You are on page 1of 6

PANITIA MATEMATIK

SMK BUKIT ROKAN


73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN

1. TAJUK LAPORAN : LAPORAN COOPERATIVE LEARNING SPM 2016


2. TARIKH : 03 OGOS 2016 (RABU)
3. TEMPAT : BILIK PPSMI 1 , BILIK PPSMI 2 & BILIK TAYANG
4. MASA : 7.30 PAGI - 2.30 PETANG
5. ANJURAN : PANITIA MATEMATIK, SMK BUKIT ROKAN
6. PENDAHULUAN :
Ilmu dan pengetahuan bukan sahaja dapat diperolehi melalui saluran dari guru-guru dan juga
inisiatif sendiri, tetapi juga melalui pengalaman dengan berkongsi sesuatu dengan orang lain.
Dengan itu, pembelajaran berkelompok atau berkumpulan bukan sahaja boleh memupuk
semangat bekerjasama antara satu sama lain tetapi juga dapat menerapkan budaya
perkongsian ilmu di kalangan pelajar terutamanya kepada mereka yang bakal menduduki
SPM 2016.

7. OBJEKTIF
7.1 Pelajar boleh memperolehi kecemerlangan dalam matematik melalui aktiviti
berkelompok.
7.2 Sekolah dapat meningkatkan kualiti keputusan SPM dalam matematik.
7.3 Melahirkan budaya pembelajaran berkelompok yang sihat.
7.4 Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan.
7.5 Pelajar dapat mengisi masa-masa berharga dengan aktiviti berfaedah.

8. SENARAI AJK PERLAKSANA


Pengerusi : Tn.Hj. Mohamd Isa b. Wahab (Pengetua)
Naib Pengerusi : En. Zainordin b. Abu Bakar (GPK Akademik)
Pegawai Pembimbing : En. Riduan bin Idris (PPD Tampin)
SISC+ : Pn. Yuslina binti Othman (PPD Tampin)
Penyelaras 1 : Cik Norsapura bt.Aris (KBSains Matematik)
Setiausaha : Pn. Murniza bt. Othman
Penganalisis Data : Pn. Siti Zaharah bt Muhamad
Guru Pembimbing : 1. Pn. Siti Zaharah bt Muhamad
: 2. Pn. Norsyaida Syarafina bt Ngah Nordin
: 3. Pn. Murniza binti Othman
Fotografi & Persediaan Tempat : En. Mohd Yunus b Jailani
Cenderahati : Pn. Norita bt Mohd Sahidan

1
9. TENTATIF
MASA ATURCARA
7.30 pagi – 8.00 pagi Pendaftaran peserrta / taklimat
8.00 pagi – 9.30 pagi Slot 1 : Graf Fungsi
9.30 pagi – 10.00 pagi Rehat / Kudapan
10.00 pagi – 11.30 pagi Slot 2 Statistik
11.30 pagi – 1.00 petang Slot 3 : Pelan & Dongakan
1.00 petang – 1.30 petang Rehat/ solat zohor
1.30 petang – 2.30 petang Post Test
2.30 petang – 3.00 petang Ucapan Perasmian Penutupan / Penyampaian Hadiah

10. PERBELANJAAN / KOS


Perkara Perbelanjaan Sumber
Makan Pelajar 52 X RM3 = RM156 Dana Kecemerlangan Felda
Hadiah & Peralatan RM80 Dana Kecemerlangan Felda
JUMLAH RM236

11. PENUTUP / REFLEKSI


Program dapat dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah dirancang, pelajar telah
dibahagikan kepada 3 kumpulan dan akan bergerak mengikut sesi yang telah ditetapkan. 3
orang guru selaku guru pembimbing dan 9 orang fasilitator akan membantu pelajar sepanjang
sesi bengkel. Daripada semua peserta yang terdiri daripada kelas 5B dan 5C iaitu 43 oraang
pelajar 2 orang tidak hadir.
Pelajar telah menduduki Pre-Test pada hari Isnin (01/08/2016) sebelum bengkel
dilaksanakan dan menduduki Post-Test selepas selesai mengikuti semua sesi bengkel. Analisis
menunjukkan hanya 3 orang pelajar yang tidak menunjukkan peningkatan pada Post-Test,
terdapat pelajar yang menunjukkan peningkatan yang sangat baik.
Berikut ialah keputusan kumpulan terbaik ialah kumpulan B (markah purata
tertinggi), peserta terbaik (markah tertinggi) Agila a/p Ganasan (5B) dan peserta yang
mendapat lonjakan terbaik (peningkatan tertinggi antara Pre-test dan Post-test) ialah Nabila
bt. Sujak (5B).
Kelebihan program ini, pelajar berbincang dalam kumpulan yang lebih kecil dan
peranan fasilitator sangat membantu pelajar. Pelajar dapat tingkatkan kemahiran atau teknik
menjawab. Pelajar dapat mengikut masa yang telah ditetapkan. Kekangan program ini ialah
hanya dapat fokus beberapa topik sahaja, dan memerlukan sesi lain bagi topik-topik yang lain.
Perancangan panitia untuk mengadakan program bagi bahagian kedua, fokus kepada
topik-topik dalam kertas 2 bahagian A.

2
12. LAMPIRAN (BERGAMBAR)

3
4
5
Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………… ……………………………………..
MURNIZA BINTI OTHMAN TN. HJ. MOHAMD ISA BIN WAHAB
KP MATEMATIK PENGETUA
SMK BUKIT ROKAN SMK BUKIT ROKAN

You might also like