You are on page 1of 1

KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Dan Salam sejahtera.

Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah
pada kali ini. Terima kashh juga kerana memberikan kesempatan untuk saya
melakarkan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi GEMA
PAHLAWAN 2018.

Kejayaan GEMA PAHLAWAN merupakan kesinambungan tradisi selama ini dan


memberikan pengertian yang besar kerana menerusi majalah ini kita dapat
merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita.
Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi
yang cemerlang dalam aspek akademik mahupun sahsiah.Pemuafakatan antara
ibubapa dan guru yang dijelmakan melalui sarana ibubapa dan sarana sekolah
merupakan tunjang penting melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama
ibarat “aur dengan tebing” menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak
meletakkan diri mereka untuk melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu
ini mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-
anak sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Kegigihan serta ketabahan
pelajar mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan
jati diri yang kukuh dalam mengharungi cabaran mendatang.

Akhirulkalam, saya mendoakan SMK Dato’ Lela Pahlawan sentiasa beroleh


kejayaan dan segala usaha kita akan diberkati Allah SWT. Semoga terus berjaya
dalam segala bidang.

Sekian, terimakasih

HARUN BIN HASHIM


YDP PIBG SMK DATO’ LELA PAHLAWAN

You might also like