You are on page 1of 3

PK 07/3

SEKOLAH LKTP TENGGAROH 1


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN
MURID PRASEKOLAH 2019

Tarikh : 10 Julai 2018 (Selasa)

Masa : 12.00 tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK. LKTP Tenggaroh 1

Pengerusi : Khatijah bt Abdullah (Penyelaras Prasekolah)

Kehadiran(Bilangan) : 7 orang

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Ucapan alu-aluan dengan mengalukan kehadiran semua ahli mesyuarat di atas
kerjasama yang diberikan untuk mesyuarat kali ini.

1.2 Bacaan doa oleh Ustaz Shafudin bin Hamzah.

1.3 Ucapan Pengerusi Jawatankuasa pemilihan dengan menyatakan harapan beliau


supaya proses pemilihan ini dapat dijalankan dengan jayanya.

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

2.1 Tiada

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada
4 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1. Permohonan murid pada tahun ini boleh dilaksanakan melalui permohonan
manual dan juga online mengikut garis masa yang telah ditetapkan.

4.2 Penyelaras menyatakan syarat pemilihan murid prasekolah pada tahun 2018.
i. Warganegara Malaysia
ii. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 sahaja
yang layak untuk memohon.
iii. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas.
iv. Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa
Pemilihan murid berdasarkan sistem merit.
v. Bilangan murid tidak melebihi 25 orang setiap kelas.
vi. Proses pemilihan hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid
Prasekolah yang terdiri daripada:
 En. Zapriudin bin Bujang (Guru Besar) - Pengerusi
 En. Md Razif bin A.Razak (GPK Pentadbiran) - Naib Pengerusi
 Pn. Siti Mariam bt Masran (GPK Hal Ehwal Murid) - Setiausaha
 En. Mohd Noor Nazri bin Mohd Tumari (GPK Kokurikulum) - AJK
 Pn. Khatijah bt Abdullah (Guru Prasekolah ) – Penolong Setiausaha
 Pn. Hadijah Bee Bee bt Halid (PPM Prasekolah
 Pn.Syakilah binti Abu Husin – Wakil PIBG

4.3. Permohonan prasekolah telah dibuka mulai 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018
bagi permohonan atas talian dan 31 Mei 2018 bagi permohonan secara manual.
4.4. Membentangkan jumlah permohonan sebanyak 33 permohonan. 17 permohonan
melalui atas talian manakala, 16 permohonan melalui manual.
4.4. Permohonan merupakan daripada murid yang berumur 6 tahun dan 5 tahun
pada tahun 2019.
4.5 Pihak jawatankuasa pemilihan juga bersetuju untuk menerima sebanyak 24 orang
murid yang berumur 6 tahun berdasarkan kepada merit pemilihan murid yang telah
ditetapkan.
4.6. Pemilihan murid bagi memenuhi kuota 25 orang murid di dalam satu kelas akan
dibuka untuk rayuan pada bulan September.

PENUTUP
a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

…………………………………… …………………………….
(PN. KHATIJAH BT ABDULLAH) (EN. ZAPRIUDIN BIN BUJANG)
Penolong Setiausaha, Pengerusi,
Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah, Jawatankuasa Pemilihan
SK (LKTP) Tenggaroh 1. SK (LKTP) Tenggaroh 1.

You might also like