You are on page 1of 1

Teks Ucapan Tetamu Vip Kaler Seplesh 2.

Bismillahirahmanirahim
Asalamualaikum WBT dan Selamat Pagi.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua mahasiswa/i ke program
Kaler Seplesh Run 2.0. Program ini merupakan program anjuran Majlis Kepimpinan Pelajar Kolej
Kediaman Bestari dengan kerjasama pihak UTEN.

Objektif program ini adalah: Pertama, memastikan kadar nadi pelajar berada dalam keadaan kadar
nadi yang stabil supaya badan kita dapat tenaga yang cukup dan proses perdarahan dalam tubuh
badan dapat berjalan dengan lancar. Kedua, menjadikan program ini sebagai satu medium larian
untuk mahasiswa/i kolej kediaman bestari agar menjadi pelajar yang memiliki minda dan fizikal
yang sihat dan cerdas. Ketiga, mewujudkan satu prasarana sukan yang lebih efektif dalam
meningkatkan budaya kesukanan dalam kalangan mahasiswa/i. Berdasarkan ketiga-tiga objektif
tersebut maka terbitnya program lanjutan Kaler Seplesh Run 2.0 ini. Dengan harapan mahasiswa/i
dapat mengembleng tenaga untuk mencapai target atau objektif program ini.

Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pusat Sukan
Universiti kerana memberi peluang untuk melaksanakan program ini. Selain itu, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada pihak UTEN kerana memberi peluang dan ruang
bagi melaksanakan program ini. Insyallah pada masa akan datang kita dapat terus berhubung dan
dapat melaksanakan program-program anjuran bersama seperti Kaler Seplesh Run 2.0 ini. Dalam
pada itu juga, saya ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada barisan Majlis
Kepimpinan Pelajar Kolej Kediaman Bestari kerana berjaya melaksanakan program Kaler Seplesh
Run 2.0 dengan jayanya walaupun dalam masa yang sangat singkat ini.

Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun secara tidak langsung sebelum, semasa dan selepas program ini berlansung. Saya
mewakili pihak Majlis Kepimpinan Pelajar Kolej Kediaman Bestari memohon ampun dan maaf
sekiranya ada serba kekurangan sepanjang program Kaler Seplesh Run 2.0 ini berlansung.

Dengan ucapan bismillahirahmanirahim, saya merasmikan Program Kaler Seplesh Run 2.0 buat
kali ini. Sekian terima kasih. Asalamualaikum wbt.

You might also like