You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT KANTIN

SEKOLAH KEBANGSAAN KANCHONG DARAT


KALI PERTAMA
2011

TARIKH : 17 Februari 2011


HARI : Khamis
MASA : 1.00 petang
TEMPAT : Anjung Musyawarah
KEHADIRAN :
1. Tn. Hj. Abd. Hamid b. Hj. Md. Daud - Penasihat
Guru Besar SKKD
2. Pn. Hjh. Noor Bashariah bt. Baharuddin - Pengerusi
GPK HEM SKKD
3. Cik Salfa’ida bt. Abd. Wahab - Setiausaha Kantin
4. Pn. Zaliha bt. Md Din - N. Setiausaha Kantin
5. Pn. Soh Ah Chin - AJK Kantin
6. Pn. Nor Hafiza bt. Abd. Razak - AJK Kantin
7. Pn. Valamathi a/p Ramasamy - AJK Kantin
8. Pn. Fazidah bt. Abdul Kadir - AJK Kantin
9. Pn. Zaitun bt. Abdullah - AJK Kantin
10. Pn. Suzi - Wakil Pengusaha Kantin

AGENDA :
1.0 Ucapan Kata alu-aluan Pengerusi
2.0 Ucapan Penasihat
3.0 Pelantikan AJK Panitia PJK 2011
4.0 Pengurusan Kantin
5.0 Perbincangan Usul Kantin
6.0 Hal-hal Lain

1. Ucapan Kata Alu-aluan Pengerusi – Pn. Hjh Noor Bashariah bt. Baharudin

1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa ini adalah mesyuarat kantin pertama, walaupun ada mesyuarat
tak formal yang dijalankan sebelum ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan pengerusi akan mencuba
menjalankan mesyuarat ini dengan secepat yang mungkin serta akan membincangakan hal-hal
berkenaan dengan kantin sahaja.
Tindakan : Makluman

2. Ucapan Penasihat – Tn. Hj. Abd. Hamid b. Hj. Mad Daud

2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih atas kesudian guru-guru menghadiri mesyuarat kantin kali
pertama bagi tahun ini. Beliau juga memaklumkan bahawa, pihak sekolah pada hari ini telah
menerima kehadiran pegawai-pegawai dari Jabatan Kesihatan bagi memeriksa tempat takungan
air yang membolehkan pembiakan jentik-jentik. Ekoran daripada itu semua pekerja pembersihan
diminta mmbuat pemeriksaan di semua tempat, agar tiada tempat takungan air bagi boleh
dijadikan tempat pembiakan jentik-jentik yang akan dilaksanakan pada petang ini juga. Beliau
juga mengharapkan agar AJK Kantin dan Pengusaha Kantin agar memastikan persekitaran

1
kantin bersih dan bebas jentik-jentik terutamanya di tandas-tandas yang pengepam air sudah
rosak.
Tindakan : AJK Kantin dan Pengusaha Kantin

2.2 Selain itu juga, penasihat memberitahu bahawa sekolah juga telah didatangi oleh En. Agos iaitu
pegawai PPD untuk memantau bahagian kewangan. Hasil daripada pemantauan itu, mereka
maminta agar semua guru-guru kelas agar mengisi amaun yuran sekolah yang telah dikutip
daripada semua murid diisi dalam bahagian yuran dalam buku kedatangan murid.
Tindakan : Semua guru kelas

2.3 Beliau juga meminta semua guru agar bertanggungjawab dan mengambil serius tentang
kehadiran pegawai daripada Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) yang akan datang memantaupada
bila-bila masa, ekoran daripada bilangan jumlah murid LINUS tegar yang agak ramai di sekolah
ini. Maka beliau meminta kerjasama semua guru agar dapat sama-sama memikul bebanan yang
dipikul oleh guru-guru tahun 1.
Tindakan : Semua guru

2.4 Pada mesyuarat ini, guru-guru akan membincangkan usul-usul kantin dalam mesyuarat PIBG
yang lalu walaupun usul-usul ini tidak dapat dibentangkan kerana penjaga yang mencadangkan
usul tidak dapat hadir. Pada hari ini, ia akan dibincangkan bersama-sama dan sekiranya terdapat
masalah kantin yang lain maka boleh dibincangkan bersama-sama.
Tindakan : Semua AJK Kantin

3. Pelantikan AJK Kantin sesi 2011

3.1 Setiap sekolah yang mempunyai kantin, dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Kantin yang
dianggotai oleh wakil-wakil guru, staf sokongan dan murid. Sebuah jawatakuasa kantin harus
terdiri daripada ;

Pengerusi : Pengetua / Guru Besar


Penolong Pengerusi : Guru Penolong HEM
Setiausaha : Guru Kantin
AJK : Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Kokurikulum
Penyelia Petang
Wakil Guru
Wakil PIBG (Ibu bapa)
Wakil Lembaga Pengurus Sekolah
(Sekolah Bantuan Modal)
Wakil Staf Sokongan
Wakil Murid

Jawatankuasa yang sudah dibentuk sekarang hanya terdiri daripada wakil guru. Maka beberapa
orang murid perlu dilantik bagi menjadi ahli jawatankuasa kantin bagi menjadi wakil murid.
Tindakan : AJK Kantin

3.2 Senarai AJK adalah seperti berikut :

Pengerusi : Tn. Hj. Abdul Hamid B. Hj Md Daud


(Guru Besar SK Kanchong Darat)
Penolong Pengerusi : Pn. Hjh. Noor Bashariah bt. Baharudin
(GPK HEM SK Kanchong Darat)
2
Setiausaha : Cik Salfa’ida Bt. Abd. Wahab
Naib Setiausaha : Pn. Zaliha bt. Md Din
AJK : Pn. Rahati bt. Ismail
(GPK Pentadbiran SK Kanchong Darat)
: Pn. Norlaila bt. Hussin
(GPK Ko-kurikulum)
Pn. Soh Ah Chin
Pn. Nor Hafiza bt. Abd. Razak
Pn. Valamathi a/p Ramasamy
Pn. Fazidah bt. Abdul Kadir
Pn. Zaitun bt. Abdullah
Tindakan : Makluman

3.3 Pengerusi mangharapkan agar semua AJK yang dilantik dapat membantu dan bekerjasama dalam
pengurusan kantin.
Tindakan : AJK Kantin

4. Pengurusan Kantin

4.1 Tanggungjawab dan peranan Jawatankuasa Kantin adalah seperti berikut;

4.1.1 Membantu Guru Besar dalam usaha membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian
berkaitan dengan pengurusan kantin.
4.1.2 Menerima dan menyampaikan maklum balas dan cadangan daripada pihak murid, staf
sokongan, ibu bapa kepada Pengetua atau Guru Besar tentang pengurusan kantin.
4.1.3 Menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan
kantin.
4.1.4 Memastikan pelaksanaan Program Kendiri Kantin Sekolah dilaksanakan dengan baik.
4.1.5 Jawatankuasa Kantin Sekolah bertanggungjawab membantu Guru Besar dalam usaha
menyelia kantin dan memastikan :
4.1.5.1 Kebersihan kemudahan, alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin.
4.1.5.2 Kebersihan, mutu khasiat dan keselamatan makanan dan minuman yang dijual.
4.1.5.3 Harga berdasarkan perjanjian.
4.1.5.4 Keselamatan di kantin sekolah.
4.1.5.5 Kesopanan, kebersihan dan kesihatan pengendali makanan.
4.1.5.6 Menyediakan laporan harian kantin dan Program Kendiri Kantin Sekolah.
4.1.5.7 Murid sentiasa berdisiplin, bersopan santun dan megamalkan budi pekerti yang
baik semasa berada di kantin.
4.1.5.8 Makanan dan minuman yang dijual mencukupi.
4.1.5.9 Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisyen.
Tindakan : AJK Kantin

4.2 Sebagai maklumat, sekolah menjalankan program Kendiri Kantin seperti yang diarahkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, MOU dan Kementerian Kesihatan yang menghendaki
pihak sekolah menghantar laporan berkenaan kantin pada setiap bulan. Melalui pemantauan yang
dibuat sekiranya markah yang diperolehi kurang daripada 70%, maka kantin akan dikategorikan
sebagai kantin yang bermasalah. Maka sekiranya itu berlaku, pihak PPD atau pihak atasan lain
akan datang memantau ke kantin sekolah.
Tindakan : Pihak Pentadbir dan Pengusaha Kantin

3
4.3 Sekiranya keracunan makanan berlaku. Laporan perlu dibuat serta merta dan kemungkinan
kantin akan ditutup selama 2 minggu. Sekiranya masalah yang ditimbulkan serius, kantin
berkenaan akan disitah.
Tindakan : AJK Kantin dan Pengusaha Kantin

4.4 Pemantauan kebersihan kantin oleh Pejabat Kesihatan yang meletakkan gred kepada setiap
kantin telah dijalankan oleh beberapa pegawai kesihatan pada beberapa minggu yang lepas. Gred
bag kantin sekolah masih ditahap B. Pengerusi meminta Pn. Suzi sebagai wakil pengusaha agar
dapat memberikan sedikit laporan atau dapatan daripada pematauan tersebut dalam agenda hal-
hal lain.
Tindakan : Pengusaha Kantin

4.5 SU Kantin perlu menyediakan peti aduan kantin yang lutsinar dan berkunci. Pada setiap bulan
aduan akan dikutip dan dimasukkan ke dalam Fail Aduan. Aduan harus dibuat menggunakan
borang aduan yang disediakan.
Tindakan : Setiausaha Kantin

5. Perbincangan Usul Kantin

5.1 Perbincangan usul tetap akan dibuat walaupun penjaga tidak hadir pada meyuarat PIBG lalu,
kerana ia merupakan hal serius yang perlu dibincangkan dan ditangani. Guru-guru boleh
memberikan pandangan atau cadangan berkenaan usul yang dibentangkan nanti.
Tindakan : AJK Kantin dan Pengusaha Kantin

5.2 Perbincangan usul atau isu (seperti lampiran yang disediakan) dalah seperti berikut;

5.2.1 Isu 1 berkenaan ayam tidak digoreng hingga masak. Penasihati meminta agar pihak
pengusaha agar lebih peka, memperbaiki kelemahan serta mengambil tindakan yang
wajar dikemudian hari.
5.2.2 Isu 2 hingga isu 7 iaitu berkenaan harga makanan yang mahal. Penasihat meminta pihak
pengusaha agar harga makanan hendaklah mengikut perjanjian kantin yang telah
dipersetujui. Selain itu, air yang dijual dalam bekas RM1.00 hendaklah dikurangkan
kepada RM0.50 samada dengan mengurangkan kuantiti air atau mengecilkan saiz cawan
kerana tidak ramai murid yang membawa wang yang banyak ke sekolah. Jika mereka
mambawa RM1.00 maka duit itu hanya cukup untuk membeli air sahaja.
5.2.3 Isu 8 berkenaan kantin menjual makanan tidak berkhasiat. Merujuk kepada buku kantin,
‘fast food’ seperti burger, hot dog dan kentang goreng adalah dalam kategori makanan
yang sesuai dijual, cuma bilangannya harus dikurangkan. Selain itu juga penjualan kuih
muih harus diperbanyakkan dan menunya harus bertukar setiap hari. Penasihat
mencadangkan agar penjualan buah-buahan dipertingkatkan kerana ia merupakan
makanan yang berkhasiat untuk murid-murid dan memandangkan keadaan cuaca
sekarang yang agak panas.
Tindakan : Pengusaha Kantin

5.3 Pengerusi memberi teguran bahawa terdapat beberapa orang murid yang lewat masuk ke kelas
selepas waktu rehat walaupun lonceng telah berbunyi. Sekiranya ada guru yang ternampak
murid-murid terbabit, pengerusi meminta guru-guru menegur dan menyuruh murid masuk ke
kelas kerana ia merupakan salah satu peraturan sekolah yang mesti dipatuhi oleh setiap murid.
Tindakan : Semua guru dan murid

4
5.4 Manakala perbincangan komen daripada guru yang menyatakan roti yang dijual keras. Pihak
pengusaha menjelaskan bahawa roti yang diambil adalah daripada penguasaha roti Seri Desa dan
roti dihantar pada setap hari. Pihak kantin mengambil roti daripada pengusaha terbabit kerana
harga roti yang murah jika dibandingkan dengan roti lain seperti High 5 atau Gardenia.
Walaupun rotinya sedikit kering tetapi ia mampu dibeli oleh murid-murid.
Tindakan : Makluman

6. Hal-lal lain

6.1 Penasihat meminta agar menu untuk guru-guru hendaklah divariasikan atau dipelbagaikan setiap
hari, dan harganya juga harus berpatutan mengikut harga yang telah ditetapkan. Bagi makluman
pihak kantin bahawa pada tahun ini semua guru sudah turun ke kantin untuk makan tidak seperti
tahun lepas, terdapat segelintir guru yang memboikot kantin.
Tindakan : Pengusaha Kantin

6.2 Pn. Suzi menyampaikan sedikit maklumat atau dapatan daripada pemantauan kantin daripada
pihak Jabatan Kesihatan yang lalu. Pekara yang ditegur oleh pegawai kesihatan adalah
berkenaan;

6.2.1 Terdapat beberapa orang pekerja kantin tidak memakai kasut ketika bekerja atau
mengendalikan makanan.
6.2.2 Tempat basuh pinggan yang dilakukan di lantai seharusnya dibasuh ditempat yang agak
tinggi.
Tindakan : Pengusaha Kantin

6.3 Ekoran daripada itu penasihat meminta agar setiap pekerja henaklah memakai pakaian yang
lengkap seperti apron, penutup kepala dan kasut ketika mengendalikan makanan. Selain itu juga,
pengusaha harus memastikan setiap pekerja mendapat suntikan setiap 3 tahun sekali.
Tindakan : Pengusaha Kantin

6.4 Pn. Fazidan menegur bahawa perancangan aktiviti kantin untuk tahun ini, harus dibincangkan
dalam mesyuarat kali pertama. Tetapi apa yang beliau dapati bahawa perancangan sudah siap
dibuat sebelum mesyuarat pertama dijalankan. Selain itu juga, beliau meminta agar setiausaha
memanjangkan laporan kantin yang dibuat oleh guru kepada pihak pengusaha dan laporan yang
dibuat harus disahkan atau disemak oleh pihak pentadbir. Ini bagi memastikan pihak pengusaha
tahu akan kelemahan yang perlu diperbaiki agar tidak berulang lagi dilain waktu.
Tindakan : Setiausaha Kantin

6.5 Pn. Zaliha menggariskan beberapa panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap
pengusaha katin. Ini merupakan dapatan beliau daripada mesyuarat HEM yang telah dihadiri
pada tahun lepas. Pekara-pekara yang perlu dititik beratkan oleh pihak pengusaha adalah seperti
berikut;

6.5.1 Setiap pekerja harus menutup kepala menggunakan topi atau tudung ketika
mengendalikan makanan.
6.5.2 Mengawasi serangga LELATI iaitu lipas, lalat dan tikus yang perlu dipantau dan ambil
langkah pencegahan menggunakan peralatan yang sewajarnya.
6.5.3 Alatan perkakasan dapur harus diletakkan di tempat yang agak tinggi dan tidak boleh
sama sekali membasuh pinggan mangkuk di atas lantai.
6.5.4 Semua pekerja harus memakai pakaian lengkap, berkasut tutup penuh, memakai apron
dan menutup kepala setiap hari ketika mengendalikan makanan.
Tindakan : Pengusaha Kantin
5
6.6 Selain itu, juga Pn. Zaliha mengharapkan agar pihak pengusaha mengurangkan penggunaan
bahan perasa dalam masakan kerana beliau masih mendengar rugutan daripada beberapa orang
guru. Hal ini diperjelaskan oleh Pn. Suzi bahawa kantin tidak lagi menggunakan sebarang bahan
perasa dalam masakan, jika ada pun hanya sedikit sahaja.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan Oleh ; Disemak Oleh ;

……………………………………….. ……………………………………..
(CIK SALFA’IDA BT ABD. WAHAB) (PN. HJH NOORBASHARIAH BAHARUDIN)
Setiausaha Kantin, Guru Penolong HEM,
SK Kanchong Darat. SK Kanchong Darat.

Disahkan Oleh ;

……………………………………….
( TN. HJ. ABD. HAMID B. MD. DAUD )
Guru Besar,
SK Kanchong Darat.

6
LAMPIRAN

ISU KANTIN

1. Saya harap pihak kantin memasak ayam gorng betul-betul masak didalamnya. (Pn. Misthilah bt.
Abu Yamin)
- Diterima dengan penjelasan pihak sekolah.

2. Makanan dikantin terlalu mahal. (En. Abdul Aziz b. Maskam)


- Diterima dan akan diambil tindakan

3. Mengurangkan harga makanan di kantin. (En. Mohd Rauf)


- Diterima dan akan diambil tindakan

4. Makanan terlalu mahal untuk urid. Harga makanan tidak patut untuk pelajar sekolah rendah. (Pn.
Norlinda Ismail)
- Diterima dan akan diambil tindakan

5. Harga makanan dan minuman tidak munasabah! Mahal!. Buat dua senarai harga untuk murid
(murah) dan untuk guru (tinggi sedikit untuk guru). (En. Shahrul Nizam b. Mohd. Din)
- Diterima dan akan diambil tindakan

6. Menjual makanan di kantin sekolah dengan harga yang berpatutan untuk memberi peluang
kepada anak-anak yang kurang mamapu, boleh membeli dengan duit belanja yang sedikit. (En.
Mohd Sedeh b. Miskun)
- Diterima dan akan diambil tindakan

7. Makanan di kantin terlalu mahal! Contoh air sirap RM0.30 segelas dan keropok leko RM0.30
sekeping. (Pn. Shamsidar bt. Sharif)
- Diterima dan akan diambil tindakan

8. Penyediaan makanan berkhasiat daripada kantin dan kurangkan makanan fast food. (Pn. Shima)
- Diterima dan akan diambil tindakan

You might also like