You are on page 1of 3

'Saya tetap teruskan Valet Doa walau dikecam'

Hasrin ketika ditemui wartawan. FOTO Mohd Fadly Samsudin

Mohd Fadly Samsudin

fadly@hmetro.com.my
Shah Alam: Pengasas Valet Doa, Hasrin Harin, 40, tetap akan menjalankan perkhidmatan itu

meskipun dikecam orang ramai.

Menurutnya, perkhidmatan membacakan doa di hadapan Kaabah diperkenalkannya itu

bertujuan memudahkan individu mempunyai masalah tidak dapat pergi menunaikan umrah

dalam masa terdekat.

"Ini termasuk individu yang tidak berkemampuan untuk pergi kerana halangan seperti sakit

atau terbabit dalam kemalangan. Saya yakin perkhidmatan dengan dijalankan ini, saya bukan

membawa orang ramai melakukan maksiat," katanya ketika ditemui di Shah Alam, hari ini.

Katanya, usaha dilakukan itu bukannya perkara main-main kerana jika dia berniat tidak baik

sudah pasti akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak.

"Saya ajak orang berdoa ingat pada Allah. Perkhidmatan seumpama ini sebenarnya sudah

lama dibuat namun tiada pihak melakukannya secara terurus atau mengiklankan

perkhidmatan mereka. Bab doa termakbul yang saya nyatakan turut dirujuk daripada hadis

sahih.

"Memang ada hadis menyatakan tempat tertentu apabila kita berdoa pasti dimakbulkan Allah

SWT, terutamanya ketika berada di Makkah," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan umat Islam supaya

tidak terpedaya dengan khidmat Valet Doa itu.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, doa adalah permohonan seorang

hamba kepada Allah SWT.

“Sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia

mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian Islam. Hak
termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia,"

katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menyarankan umat Islam memberikan maklumat kepada JAKIM

dan Jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan

terhadap sesuatu isu demi menjaga kemaslahatan dan kesucian Islam.

Semalam, ramai pengguna di laman sosial melahirkan rasa kesal selepas menyaksikan

kewujudan akaun Facebook menggunakan nama 'Valet Doa' diwujudkan bagi

memperkenalkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah.

Ia menjadi tular dan mendapat kecaman netizen berikutan pemilik akaun Facebook

menyediakan perkhidmatan dengan tawaran harga antara RM250 sehingga RM5,000 kepada

orang ramai melalui pakej tertentu seperti VVIP serta pakej King Salman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 4:20 PM

https://www.hmetro.com.my/node/206244

You might also like