You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN INTAN BAIDURI

52100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH


KALI KEDUA 2018

Tarikh : 4 April 2018


Hari : Rabu
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Guru

KEHADIRAN:
1. En Mohammad Ikhram Bin Aziz (Pengerusi)
2. Pn. Haliza Bt Mohamat Dawam (Setiausaha)
3. Pn. Zaniza Bt Zabani

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan
kehadiran guru-guru pada mesyuarat kali ini.
1.2.Analisis terhadap peperiksaan Sejarah di peringkat sekolah telah
dibuat.
1.3 Masih banyak perlu dibaiki. Namun terima kasih atas kerjasama
semua
Tindakan : Makluman

1.4 Pencapaian murid agak sederhana. Murid kurang minat


membaca.
Justeru guru perlu kreatif untuk menarik minat pelajar
Tindakan : Makluman

1.5 Meminta semua guru mempelbagaikan aktiviti dalam PdP dan


cuba fahamkan murid tentang konsep sejarah yang sebenarnya.
Tindakan : Makluman

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat sebelum ni diterima dan disahkan dengan sebulat
suara.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada
4.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN
4.1 Jumlah latihan seminggu untuk Sejarah sahaja. Semua guru
bersetuju untuk memberi 5 latihan seminggu kepada murid masing-
masing.
Tindakan : Makluman

4.2 Guru guru perlu menyediakan soalan untuk peperiksaan


pertengahan tahun yang dijadualkan pada bulan Mei. Pembina
soalan telah ditetapkan iaitu :

Tahun 4 – Pn. Haliza Bt Mohamat Dawam


Tahun 5 – Pn. Zaniza Bt Zabani
Tahun 6 – En . Mohammad Ikhram Bin Aziz
Tindakan : Makluman

4.3. Soalan peperiksaan mestilah mengikut format yang telah


ditetapkan dan mestilah disertakan dengan JPU yang akan
dimasukkan kedalam fail panitia sejarah. Soalan peperiksaan juga
perlu dimasukkan kedalam fail panitia untuk rujukan.

Tindakan : Makluman

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Semua guru perlu menanda dan menyemak buku latihan murid.
Pastikan latihan
lengkap.

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.20 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,


.......................................................... … …....................................................
(Pn Haliza Bt Mohamat Dawam) (En. Mohammad Ikhram Bin Aziz )
Setiausaha Pengerusi

Tarikh : 4 April 2018

You might also like