You are on page 1of 2

1.

Tajuk Kertas Kerja/Kajian :


Penglibatan Pelajar Secara Aktif Dalam Kokurikulum
(Pakaian Seragam) Terhadap Peningkatan Kemahiran Generik – Satu Kajian Kes di SMK
Rompin Permai, Kuala Rompin, Pahang.

2. Nama Penuh Penulis:


Mohd Asri bin Hassan

3. Jawatan:
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

4. Alamat Penuh Tempat Bekerja:


SMK Rompin Permai
Jalan Pantai Hiburan
26800 KUALA ROMPIN
Pahang Darul Makmur

5. Nombor Telefon Pejabat:


09-4141273

6. Nombor Telefon Bimbit:


017-7567615

7. Alamat e-mail:
cea8031.smkrompinpermai@gmail.com
asrietuyi@hotmail.com

1
ABSTRAK Kajian ini cuba melihat sejauh mana Penglibatan Pelajar Secara Aktif Dalam
Kokurikulum (Pakaian Seragam) Terhadap Peningkatan Kemahiran Generik oleh Mohd Asri bin
Hassan, SMK Rompin Permai, e-mail: cea8031.smkrompinpermai@gmail.com. Penglibatan
secara aktif pelajar di dalam aktiviti kokurikulum khususnya pakaian seragam dilihat dari pelbagai
peringkat pencapaian bermula dengan mewakili sekolah, daerah, negeri dan juga di peringkat
antarabangsa. Kemahiran-kemahiran yang cuba diterapkan di dalam aktiviti kokurikulum ialah
kemahiran generik. Penglibatan pelajar dalam kokurikulum dapat membantu bagi mencorakkan
kemahiran generik pada diri pelajar sebagai bekalan dalam mempromosikan diri dalam komuniti
dan juga di alam pekerjaan pada masa hadapan. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengkaji
tahap peningkatan kemahiran generik dalam kalangan pelajar unit pakaian seragam Pandu Puteri
di SMK Rompin Permai (SMKRP) yang terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum (pakaian
seragam). Sampel kajian melibatkan dua orang murid Tingkatan Lima di sekolah ini yang terlibat
dalam kegiatan kokurikulum unit pakaian seragam Pandu Puteri semenjak tahun 2014 hingga
tahun 2018 sehingga bergelar Pandu Puteri Raja. Kajian ini menumpukan kepada mengenal pasti
faktor penglibatan pelajar, tahap pengaplikasian pelajar dan persepsi pelajar menerusi penglibatan
mereka secara aktif dalam kegiatan kokurikulum (pakaian seragam). Kajian tinjauan dengan
menggunakan pendekatan kaedah kualitatif akan dijalankan. Instrumen temu bual yang dibina
secara umumnya bertujuan untuk menjawab objektif utama kajian dan persoalan kajian bagi kajian
ini dikemukakan kepada murid yang merupakan ahli Pandu Puteri SMKRP yang bergiat aktif
dalam kokurikulum (pakaian seragam). Data yang diperoleh melalui temubual/wawancara
ditranskripsikan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menjawab persoalan kajian.
Faktor-faktor yang mendorong penglibatan murid dan tahap pengaplikasian kemahiran generik
yang diterima murid menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum pakaian seragam akan
dapat dikenalpasti mengunakan kajian deskriptif. Dapatan dari kajian ini akan dapat membantu
dalam memberi cadangan secara menyeluruh bagi meningkatkan penguasaan kemahiran generik
oleh pelajar menerusi penglibatan dalam kokurikulum pakaian seragam di SMKRP dan di sekolah-
sekolah yang lain. Kata Kunci: Kokurikulum dan Kemahiran Generik

You might also like