You are on page 1of 4

Bincangkan, isu dan cabaran yang dihadapi oleh negara pada masa kini di sekolah dan

bagaimanakah aktiviti Kokurikulum dapat membentuk Negara bangsa yang cemerlang.

Isu dan cabaran di sekolah yang agak ketara dihadapi oleh negara ialah trend globalisasi yang
mana mencetuskan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia dari pelbagai
aspek seperti penggunaan teknologi maklumat serta pembentukkan jati diri pelajar.

Dari aspek penggunaan teknologi maklumat di sekolah, isu dan cabaran yang dihadapi ialah
guru berasa perubahan yang dilaksanakan sebagai elemen asing dan merasakan tidak perlu
kepada penggunaan teknologi ketika mengajar. Guru juga bersikap konservatif di mana
penggunaan teknologi tidak mempunyai faedah kerana mereka mempunyai stigma negatif di
mana penggunaan teknologi membawa banyak keburukan. Oleh itu, ia antara cabaran utama
dalam melaksanakan Pendidikan Abad ke-21 (PAK2). Sewajarnya, guru mengambil
pendekatan proaktif dalam penggunaan teknologi dalam PdPc oleh sebab penggunaan
teknologi mempunyai impak yang positif seperti guru akan melahirkan pelajar yang
berkebolehan menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan
seharian serta pelajar yang mempunyai kebolehan menguasai bahasa ibunda dan bahasa
antarabangsa.

Seterusnya, isu dan cabaran dalam pembentukkan jati diri pelajar. Hussien Ahmad (2001) ada
menyatakan bahawa proses globalisasi yang telah melanda dunia membawa perubahan
mendadak kepada perubahan hidup dan norma kehidupan manusia sama ada di negara kecil
atau besar, di bandar mahupun pedalaman kesemuanya telah menerima tempias globalisasi.
Lantaran itu, anak- anak remaja di sekolah juga tidak terkecuali. Asas agama serta jati diri
yang longgar telah menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan budaya yang songsang.
Ada antara pelajar yang ponteng sekolah untuk melepak di pusat- pusat hiburan, menghidu
gam, menangih dadah. Akhlak serta nilai hormat mereka kepada guru juga semakin terhakis.
Guru bukanlah dianggap sebagai insan mulia sebaliknya hanya alat untuk mereka mendapat
ilmu. Sewajarnya, isu dan cabaran yang telah saya nyatakan ini perlu ditangani dengan bijak
oleh semua pihak termasuklah daripada pihak sekolah mahupun kerajaan.
Sesungguhnya, aktiviti Kokurikulum dapat membentuk Negara bangsa yang cemerlang.
Sebagai contoh, bagi memahirkan lagi pelajar dengan teknologi maklumat, Kelab Teknologi
Maklumat boleh diutuhkan lagi. Pelajar diberi peluang untuk menghadiri kursus- kursus
teknologi maklumat. Memasuki pertandingan- pertandingan supaya mereka pandai untuk
menggunakan teknologi dengan betul. Guru juga perlu diberi sokongan oleh pihak sekolah
dari segi prasarana dan sokongan moral. Selanjutnya, aktiviti kokurikulum juga dapat
membentuk negara bangsa yang cemerlang dari segi sahsiah dan jati diri. Ini dapat dibuktikan
dengan aktiviti seperti badan beruniform, persatuan dan kelab yang sememangnya diwajibkan
di setiap sekolah. Pelaksaan aktiviti sebegini dapat memberi input penting dalam
pembentukkan sahsiah pelajar. Melalui pemantuan guru juga, akan menyuburkan sikap
positif dalam kalangan pelajar seperti semangat kerjasama, tolong menolong, saling
membantu serta semangat cinta akan negara. Aktiviti kokurikulum juga dapat membentuk
softskill yang mantap dan keyakinan diri yang terbaik.

Kesimpulannya, pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh negara kini, tetapi dengan
memperkasa aktiviti Kokurikulum, secara tidak langsung kita akan melahirkan pelajar yang
cemerlang secara holistic yakni bukan sahaja dalam akademik malah mempunyai sahsiah
terpuji.
Bincangkan, Apakah pemasalah yang dihadapi oleh guru guru di sekolah dalam pelaksanaan
aktiviti kokurikulum dan cadangkan bagaimana cara bagi mengatasi permasalahan tersebut.

Masalah – masalah yang dihadapi oleh guru dalam pelaksannan aktiviti kokurikulum
ialah:

a) Kekurangan kemudahan, peralatan, masa, wang dan maklumat.

b) Kemampuan dan kemahiran diri yang terbatas.

Cadangan bagi mengatasi masalah-masalah berkenaan ialah:

a) Kekurangan kemudahan, peralatan, masa, wang dan maklumat merupakan masalah


yang menyelubungi guru-guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Cara untuk mengatasi masalah ini ialah, pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa
mengemaskini kemudahan dan peralatan sekolah secara berkala. Bukan hanya pada
waktu temasya sukan sekolah sahaja. Jika kemudahan dan peralatan tidak lengkap,
guru perlu melaporkan kepada pihak sekolah untuk diambil tindakan. Antara caranya,
memohon dengan pihak yang berkenaan atau melalui dana PIBG sekolah. Oleh itu,
masalah kekurangan wang untuk membeli peralatan dapat diatasi dengan sokongan
daripada PIBG sekolah. Bagi meningkatkan maklumat tentang satu- satu aktiviti
kokurikulum pula, guru perlu mengambil inisiatif dengan menghadiri kursus- kursus
bagi mempertajam ilmu pengetahuan. Pihak sekolah juga berperanan dengan
menghantar guru-guru serta pelajar- pelajar yang berpotensi ke latihan- latihan luar
sekolah untuk mereka cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.

b) Seterusnya, guru juga berasa kurang kemampuan dan kemahiran untuk melakukan
aktiviti kokurikulum di sekolah. Guru- guru muda terutamanya berasa kurang yakin
untuk mengetuai aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti melatih pelajar aktiviti sukan
seperti bola sepak, bola jaring sepak takraw dan sebagainya. Cadangan saya, pihak
sekolah perlu melantik jurulatih luar terlebih dahulu dan guru hanya sebagai
pembimbing sementara guru itu mahir dalam satu-satu aktiviti itu. Guru juga perlu
diberi galakkan oleh pihak sekolah sekiranya anak bimbingannya Berjaya dalam
aktiviti peringkat sekolah, daerah negeri dan sebagainya. Guru itu sendiri juga perlu
merasa tanggungajawab serta bersikap proaktif dalam memperbaiki kekurangan diri
dan menanam sikap seronok dan enjoy dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di
sekolah.

You might also like