You are on page 1of 2

ANGKATAN BALAI PUSTAKA DAN PUJANGGA BARU DALAM

MEMPERKEMBANGKAN KESUSASTERAAN MODEN INDONESIA

1. Pengenalan

Kesusasteraan dalam pendekatan moden ditakrifkan sebagai hasil karya individu

yang mengumpul segala bentuk pengalaman, perasaan dan pemikiran, yang secara

intelektual menggabungkan estetik, imaginasi dan ilusi pengarang sebagai teks diri dan

ideologi, budaya sejarah dan moraliti zaman sebagai teks sosial yang secara modifikasi

meresapmasuk ke dalam karya sastera. Teks sastera dikatakan merentasi pelbagai cabang

isianilmu, termasuk sains sosia, ekonomi, matematik, politik, agama dan sebagainya.

Kesusasteraan Melayu moden adalah karya-karya yang dianggap mempunyai ciri-

ciri sastera mengikut ukuran barat dan universal. Pada peringkat awal memanglah

pengarang-pengarang tidak menyedari atau memahami hakikat sastera. Akan tetapi

apabila masyarakat bertambah maju munculah pengarang-pengarang yang mengambil

berat mutu-mutu karya mereka. Novel, sajak, cerpen dan drama adalah genre sastera yang

bermodelkan genre-genresastera barat. Muhammad Affendi Hassan menyebut bahawa

karya-karya sastera melayu moden adalah karya-karya tiruan.

Walaupun pendapat Muhammad Affendi itu adabenarnya, ini tidak bermakna

karya-karya Melayu moden itu tidak asli. Yang ditirua dalah bentuk secara keseluruhan.

Sastera Melayu moden tetap asli dilihat dari aspek gaya, isi dan aneka teknik yang

dikemukakan oleh penulis.Kesusasteraan Melayu moden, sama ada di Malaysia atau

Indonesia bermula dengan Abdullah Munsyi (1796-1854). Pada tahun 1838 terbitlah
Kisah Pelayaran Abdullah karyanya dalam beberapa hal telah membawa pembaharuan

serta begitu menyumbang daripada tradisi sastera sebelumnya. Zubir Usman dalam

bukunya Kesusasteraan MelayuIndonesia menyebut, Abdullah Munsyi sebagai pengarang

melayu pertama keluardaripada kebiasaan yang melanggar dan mematahkan tradisi yang

sudah turun temurun memalingkan penanya daripada menceritakan kisah-kisah ghaib

atau khayalan. Kesusasteraan melayu moden terbahagi kepada novel, cerpen, drama,

sajak, biografi dan kritikan sastera.

You might also like