You are on page 1of 23

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 26 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

TIP ATAU PANDUAN MENJANA IDEA BAGI MENULIS KARANGAN BAHAGIAN “B”

TEKNIK MENGKATEGORIKAN SOALAN YANG DITANYA


FORMAT SOALAN / ITEM KUNCI SOALAN / ITEM MEMPERLUAS AYAT

Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak

FORMAT SOALAN / ITEM


Proses menulis karangan terbahagi kepada dua format iaitu {format umum / format khusus}.

KUNCI SOALAN / ITEM


Arahan soalan atau item merujuk kepada idea yang mesti ditulis berdasarkan peristiwa semasa
atau isi karangan yang {akan berlaku / sedang berlaku / telah berlaku / terkecuali}.
Terkecuali pula tidak merujuk mana-mana kata bantu {akan / sedang / telah} semasa murid
memperluas ayat atau merangkai ayat melalui {Teknik I. C. I.}.

MEMPERLUAS AYAT {I. C. I}


Memperluas ayat atau merangkai ayat merujuk isi yang dikembangkan kepada tiga bahagian ayat
yang lengkap. Tiga baris ayat ini dapat membentuk wacana dalam satu perenggan karangan yang
mengandungi {idea / contoh / impak}.

KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}


) Info idea pendahuluan – contoh idea pendahuluan – impak idea pendahuluan
) Idea 1 idea isi pertama – contoh kepada isi pertama – impak kepada isi pertama
) Idea 2 idea isi kedua – contoh kepada isi kedua – impak kepada isi kedua
) Idea 3 idea isi ketiga – contoh kepada isi ketiga – impak kepada isi ketiga
) Idea 4 idea isi keempat – contoh kepada isi keempat – impak kepada isi keempat
) Penutup idea penutup – contoh kepada idea penutup – impak kepada idea penutup

Masa lapang seseorang dapat diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, satu daripadanya ialah
membaca. Tuliskan faedah-faedah membaca.

TEKNIK {I.C.I.} {KATA TANYA) TALIAN MINDA (SOALAN) KERANGKA ISI {IDEA MURID}

IDEA Apakah? Apakah faedah membaca? menambah ilmu pengetahuan ...


CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? buku, surat khabar, majalah ...
IMPAK Bagaimana? Bagaimanakah impaknya? pandai, bijak, lulus atau berjaya ...

Membaca dapat menambah pengetahuan. Buku, surat khabar dan majalah adalah antara bahan
bacaan yang mudah diperoleh. Justeru, murid yang menjadi ulat buku biasanya pandai, bijak dan
mudah lulus dalam peperiksaan.

* Talian Minda ( ) bahagian lajur IDEA, maklumat/idea diperoleh melalui kata tanya, lajur ( )
dengan kata kunci soalan. Bagi soalan di atas kata kuncinya ialah faedah membaca. Bagi maklumat
CONTOH dan IMPAK pula, maklumat/idea diperoleh melalui lajur ( ) dengan lajur ( ) sahaja.

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 27 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

Makanan ringan sangat digemari oleh kanak-kanak. Makanan ringan juga mudah diperoleh di pasar
raya atau di kedai-kedai runcit. Tuliskan kesan buruk makanan ringan kepada kesihatan kita.

INFO: Definasi Makanan Ringan


IDEA Apakah? Apakah definasi makanan ...? makanan yang disukai oleh kanak-kanak
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? keropok, kerepik dan gula-gula
IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? mudah diperoleh di kedai-kedai runcit

Makanan ringan merupakan makanan yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Makanan ringan seperti keropok udang, kerepik
kentang dan gula-gula dijual dengan harga yang murah. Makanan ringan ini pula mudah didapati di kedai-kedai runcit.

IDEA 1: Pengaruh Makanan Ringan


IDEA Apakah? Apakah pengaruh makanan ...? melalui media cetak dan media elektronik
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? surat khabar, papan iklan dan televisyen
IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? iklan yang memperdaya kanak-kanak

Pengiklanan produk makanan ringan melalui media cetak dan media elektronik mesti dihapuskan. Iklan makanan ringan di
surat khabar dan di kaca televisyen akan mempengaruhi naluri kanak-kanak. Iklan yang disebarkan telah memperdaya kanak-
kanak dengan fakta yang mengelirukan.

IDEA 2: Keburukan Makanan Ringan


IDEA Apakah? Apakah keburukan makanan ...? mengandungi bahan kimia berbahaya
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? pewarna, perasa tiruan memudaratkan
IMPAK Bagaimana? Bagaimana impaknya? boleh merosakkan sistem saraf seseorang

Selain itu, makanan ringan juga mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Kandungan pewarna dan perasa tiruan yang
berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Bahan kimia ini juga boleh merosakkan sistem saraf seseorang.

IDEA 3: Jaminan Kualiti Makanan Ringan


IDEA Apakah? Apakah jaminan kualiti ...? kualiti kebersihannya tidak terjamin
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? mudah mengalami keracunan makanan
IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? diproses tanpa mengikut peraturan

Dari segi kesihatan, penyediaan makanan ringan tidak terjamin kebersihannya. Oleh sebab itu, ada sahaja kes-kes keracunan
makanan yang disebabkan oleh makanan ringan. Makanan ini diproses tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

IDEA 4: Pengaruh Makanan Ringan


IDEA Apakah? Apakah pengaruh makanan ...? cara pembungkusannya yang menarik
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? menawarkan hadiah yang digemari
IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? hadiah menjadikan makanan ringan laris

Pengaruh makanan ringan sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak kerana cara pembungkusannya yang berwarna-warni
dan menarik. Tambahan pula, pembeliannya menawarkan hadiah berupa permainan yang digila-gilakan oleh kanak-kanak.
Impaknya, hadiah inilah yang menjadikan makanan ringan laris di pasaran.

PENUTUP: Kesimpulan Tentang Makanan Ringan


IDEA Apakah? Apakah kesimpulan tentang ...? perlu menegah kanak-kanak memakannya
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? mengganggu tumbesaran kanak-kanak
IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? menjelaskan keburukan makanan ringan

Kesimpulannya, kita perlu menegah kanak-kanak daripada memakan makanan ringan. Makanan ringan juga kurang baik
untuk tumbesaran awal kanak-kanak. Kesedaran ini perlu disuntik bagi menjelaskan keburukan memakan makanan ringan.

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 28 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

UNIT 1 KELUARGAKU SAYANG Rujukan Buku Teks: Tahun 4

KARANGAN JENIS CERITA (1) Bahagian 1: Keluarga Bahagia

Kamu dan keluarga kamu pergi ke sebuah pasar raya di ibu kota untuk membeli barangan keperluan
harian. Ceritakan suasana semasa kamu dan keluarga kamu membeli-belah di pasar raya ketika itu.
Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA

) Info mengikut keluarga – ke sebuah pasar raya – sempena “Karnival Jualan Murah”
) Idea 1promosi menarik hati – iklan digantung dan ditampal – barangan disusun kemas
) Idea 2barangan dipamerkan – keselesaan para pelanggan – harus bijak membuat pilihan
) Idea 3keadaan agak bising – meninjau harga barangan – potongan harga, menjimatkan
) Idea 4berbaris, membuat bayaran – sibuk memilih barangan – layanan mesra jurujual
) Penutup berasa amat gembira – hajat telah tercapai – ayah membelikan permainan “PS4”

SUASANA DI PASAR RAYA

Pada minggu lalu, saya mengikut keluarga saya ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Pasar
raya itu mengadakan jualan mega sempena “Karnival Jualan Murah”. Potongan harga barangan
daripada 10% hingga 70% diberi bagi barangan terpilih.
Barangan yang dipromosikan disusun dengan kemas, rapi, dan kreatif bagi menarik hati para
pelanggan. Pelbagai iklan digantung dan ditampalkan pada rak-rak tertentu. Barangan yang disusun
dengan sempurna dapat memudahkan para pembeli untuk mencari dan memilih barangan yang
dikehendaki.
Sebahagian barangan digantung dan sebahagiannya pula dipamerkan di dalam kotak atau rak
khas. Pelbagai cara dilakukan untuk keselesaan para pelanggan. Namun begitu, para pembeli juga
haruslah bijak untuk membuat penilaian.
Keadaan di pasar raya itu juga amat meriah sekali. Para pelanggan meninjau harga barangan
tersebut sebelum membelinya. Membeli barangan yang mempunyai potongan harga akan dapat
menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah keluarga.
Para pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat bayaran. Jurujual di pasar raya itu
pula sibuk melayan para pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Mereka sentiasa
memberi layanan mesra kepada para pelanggan.
Selepas memilih beberapa jenis barang yang dihajatkan, emak beratur untuk membuat
bayaran. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli permainan “PS4” yang saya idam-
idamkan. Ayah bersetuju membelikan permainan tersebut kerana diberi potongan harga sebanyak 30%
oleh pihak pasar raya tersebut.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

1 mega - terlalu besar / hebat 4 meninjau - memerhatikan dari jarak jauh


2 kreatif - kebolehan mencipta idea 5 mesra - berbaik-baik / erat / karib benar
3 dipamerkan - ditunjukkan / diperagakan 6 dihajatkan - diniatkan / diperlukan / kehendak

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 29 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

UNIT 2 KELUARGAKU BERWAWASAN Rujukan Buku Teks: Tahun 4

KARANGAN JENIS CERITA (2) Bahagian 1: Pendidikan untuk Masa Depan

Jam loceng kamu gagal berdering pada subuh itu. Justeru, kamu telah terlewat bangun pagi untuk ke
sekolah pada hari itu.
Tuliskan sebuah karangan tentang pengalaman kamu terlewat bangun untuk ke sekolah hari itu.

KERANGKA IDEA

) Info sergahan, cubitan mengejutkan lenaku – pukul 07:05 pagi – kesiangan lagilah aku
) Idea 1lewat mengerjakan solat – menerpa ke kamar mandi – suntuk, mandi kerbaulah aku
) Idea 2menjengkau dua ketul karipap – memohon restu ibu – mencapai basikal di tiang garaj
) Idea 3mengayuh dengan pantas – berpeluh-peluh sampai di sekolah – lewat tiba di sekolah
) Idea 4ketuk pintu, tiba di kelas – cikgu izinkan masuk – menasihati, supaya tidak lewat lagi
) Penutup syukur pembelajaran belum bermula – murid lewat masuk kelas – perhimpunan pagi

AKU KESIANGAN LAGI

Sergahan dan cubitan yang singgah di bahuku mengejutkan lenaku. Wajah ibu mencuka. Terkebil-kebil
aku dibuatnya. Alamak, jam mempamerkan pukul 07:05 pagi! Kesiangan kiranya aku. Musibah apakah
yang menafikan tugas penggera jam locengku? Bateri agaknya. Sempatkah aku ke sekolah?
Aku bingkas meraih tuala. Ibu mengomel keterkilanan kerana kelewatanku mengerjakan solat
subuh. Dalam kekalutan, aku menerpa ke kamar mandi. Oleh sebab kesuntukan, mandi kerbaulah
nampaknya aku pagi ini.
Selepas beruniform, aku menjengkau dua ketul karipap yang terhidang di meja makan. Ibu yang
sedari tadi asyik memperhatikanku, menggeleng-gelengkan kepala apabila aku merapatinya. Selepas
memperoleh restu ibu, aku menghambur keluar. Basikal yang tersandar di tiang garaj lantas kusambar.
Aku mengayuh dengan pantas. Kelajuan dayunganku rasa-rasanya seperti dayungan atlet
lumba basikal negara, Azizul Hasni Awang. Berpeluh-peluh juga aku semasa tiba di sekolah. Hari ini,
terekodlah lagi namaku dalam kes hadir lewat ke sekolah.
Aku meluru ke kelas. Selepas membaca doa pelembut, aku mengetuk pintu. Sebaik-baik sahaja
Cikgu Mazrul memberikan isyarat, aku menapak masuk. Setelah ucap salamku bersahut, aku terus
mohon maaf atas kelewatanku. Sambil mengangguk, beliau telah menasihatiku agar hadir ke sekolah
mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Aku bersyukur kerana proses pembelajaran dan pengajaran baru dimulakan. Aku dimaklumkan
bahawa semua murid masuk ke kelas agak lewat kerana banyak pengisian yang telah diperturunkan
semasa sesi perhimpunan pagi tadi.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

1 musibah - bencana / celaka / malapetaka 4 atlet - orang yang bergiat dalam sukan
2 mengomel - bersungut-sungut / meleter 5 menapak - memijakkan kaki / melangkah
3 menghambur - melompat / terjun / menerkam 6 pengisian - memberikan maklumat tertentu

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 30 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

UNIT 5 SENTIASA BERHEMAT KITA SELAMAT Rujukan Buku Teks: Tahun 4

KARANGAN JENIS CERITA (3) Bahagian 2: Tragedi

Kamu dan rakan kamu berbasikal untuk pulang ke rumah setelah selesai menjalani latihan sukan pada
petang itu. Semasa dalam perjalanan, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Kamu dan kawan kamu
itu berteduh di sebuah rumah usang.
Tulislah pengalaman yang kamu alami ketika itu.

KERANGKA IDEA

) Info perjalanan pulang, latihan sukan – berbasikal dengan kawan – awan sudah mendung
) Idea 1dalam perjalanan mulai gerimis – hujan bertambah lebat – berteduh di rumah usang
) Idea 2tempat tidak selamat – rumah usang yang hendak runtuh – guruh, petir bersilih ganti
) Idea 3Hasri, naik ke atas rumah – rumah usang runtuh – melompat keluar selamatkan diri
) Idea 4Hasri di bawah timbunan papan – sukar beri bantuan - meminta bantuan orang lain
) Penutup sebuah kereta berhenti – seorang pemuda sudi menolong – Hasri alami kecederaan

TRAGEDI SEMASA HUJAN LEBAT

Saya dan Hasri dalam perjalanan pulang daripada latihan sukan. Berbasikal dalam jarak dua kilometer
sungguh menyeronokkan kami. Namun, awan mendung hampir menutupi keseluruhan angkasa petang
itu. Menyedari masa itu emas, kami terus mengayuh basikal meninggalkan perkarangan sekolah.
Semasa dalam perjalanan pulang, tiba-tiba gerimis membasahi bumi, lalu kami pun memecut
laju basikal kami. Hujan yang pada mulanya renyai-renyai, tiba-tiba menjadi sangat lebat sekali. Saya
menjerit meminta Hasri agar berteduh di sebuah rumah usang.
“Saya rasa tempat ini tidak selamat,” kata saya meluahkan rasa kebimbangan kepada Hasri.
Apa tidaknya, keadaan rumah yang sungguh usang ini bila-bila masa sahaja akan menyembah bumi.
Guruh dan petir pula bersilih ganti.
Saya memerhatikan keadaan rumah usang tersebut. Hasri yang dikenali dengan sikap berani,
memijak anak tangga untuk naik ke atas rumah tersebut. Belum sempat saya menegah, tiba-tiba
rumah usang itu menyembah bumi, lalu saya melompat keluar dari rumah itu bagi menyelamatkan diri.
“Hasri! Hasri!” jerit saya apabila menyedari kawan saya itu masih berada di bawah timbunan
rumah yang roboh itu. Saya tidak mampu mengangkat timbunan runtuhan rumah itu. Saya menuju ke
jalan raya untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang ramai yang lalu-lalang ketika itu.
Dalam hujan yang hampir teduh, sebuah kereta sudi berhenti apabila melihat lambaian saya.
Seorang lelaki keluar dari keretanya. Belum sempat kami membantu Hasri, Hasri seperti ayam berak
kapur keluar dari timbunan papan rumah itu dengan badan yang dipenuhi darah.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

1 mendung - awan mengandungi hujan / redup 4 menegah - tidak membenarkan / melarang


2 gerimis - hujan rintik-rintik 5 roboh - jatuh kerana rosak / runtuh
3 usang - sudah lama benar 6 teduh - sudah beransur kurang / reda

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 31 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

UNIT 7 PENGALAMAN INDAH Rujukan Buku Teks: Tahun 4

KARANGAN JENIS CERITA (4) Bahagian 3: Perjalanan dengan Kereta Api

Kamu sekeluarga hendak berhari raya di kampung, malangnya tiket bas telah habis dijual. Ayah kamu
mencadangkan agar kamu sekeluarga menaiki kereta api untuk balik kampung berhari raya. Ceritakan
pengalaman kamu menaiki kereta api tersebut.
Tuliskan sebuah karangan tentang pengalaman kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA

) Info bercuti balik kampung – tiket bas ekspres telah habis – terpaksa menaiki kereta api
) Idea 1di stesen kereta api KL Sentral – banyak penumpang menunggu – bercuti, hari raya
) Idea 2menaiki Kereta Api Laju Elektrik (ETS) – gerabak Koc D – selesa, layanan pramugari
) Idea 3berhenti di stesen tertentu – menurunkan, menaikkan penumpang – kemudahan kafe
) Idea 4tempat duduk dipenuhi penumpang – pelbagai aksi penumpang – panorama menarik
) Penutup tujuh jam perjalanan – tiba di stesen kereta api Padang Besar – berasa amat seronok

PENGALAMAN MENAIKI KERETA API

Kami sekeluarga tidak dapat balik ke kampung dengan menaiki bas ekspres kerana kehabisan tiket.
Ayah mengesyorkan kami sekeluarga menaiki kereta api untuk pulang ke Arau, Perlis. Kami menurut
sahaja cadangan ayah, lagi pun ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki kereta api.
Setelah tempahan tiket dilakukan, kami ke stesen kereta api Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral)
dua hari sebelum hari raya disambut. Di stesen tersebut, kelihatan banyak orang telah membanjiri
tempat menunggu untuk pulang bercuti serta berhari raya ke destinasi masing-masing.
Mengikut catatan tiket tersebut, kami akan menaiki Kereta Api Laju Elektrik (ETS) Sinaran Pagi,
“Koc D” pada pukul 11:30 malam. Di dalam kabin juga di sediakan kemudahan pendingin hawa, tandas
dan bahan bacaan. Pramugari yang bertugas melayan para penumpang dengan layanan mesra.
Kereta api akan berhenti untuk menurun atau mengambil penumpang di stesen-stesen tertentu.
Di dalam kereta api juga terdapat kafe untuk para penumpang membeli makanan bagi mengalas perut.
Saya membeli dua bungkus kacang dan sebungkus gula-gula untuk kudapan sepanjang perjalanan.
Semua tempat duduk di dalam koc dipenuhi penumpang. Pelbagai aksi penumpang, ada yang
tidur, membaca, berborak dengan keluarga atau kenalan baharu. Mataku pula hampir terpejam tetapi
dapat bertahan kerana kehebatan panorama di kiri dan di kanan serta gelagat para penumpang.
Setelah hampir tujuh jam perjalanan, kami pun tiba di stesen kereta api Padang Besar, Perlis.
Begitulah serba sedikit tentang pengalaman saya menaiki kereta api. Saya berasa amat seronok sekali
dan berharap dapat menaiki kereta api di masa-masa akan datang.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

1 ekspres - segera / cepat / pantas perjalanan 4 kafe - restoran kecil sajikan makanan
2 destinasi - tempat yang dituju ketika perjalanan 5 panorama - pemandangan luas terbentang
3 kabin - bilik, tempat tidur dalam kereta api 6 gelagat - tingkah lalu / gerak-geri / tanda

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 32 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

UNIT 2 INSTITUSI PELAJARAN Rujukan Buku Teks: Tahun 5

KARANGAN JENIS CERITA (5) Bahagian 3: Usaha Tidak Henti Kejayaan Menanti

Kamu seorang daripada athlet yang terpilih mewakili daerah dalam kejohanan olahraga. Ceritakan
pengalaman kamu semasa menghadapi kejohanan olahraga peringkat daerah itu.
Tuliskan cerita dan pengalaman kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA

) Info loceng mengejutkan lena – bangun, berjoging – memantapkan fizikal dan stamina
) Idea 1perlu berlatih lebih kerap – persiapan kejohanan olahraga – dorongan oleh ibu bapa
) Idea 2berlatih setiap petang – latihan teknik, cara berlari – ingin merealisasikan harapan
) Idea 3masa dinantikan tiba – bersemangat mengejar impian – mulakan larian dengan baik
) Idea 4tembakan dilepaskan – memulakan larian dengan baik – tiba di garisan penamat
) Penutup merenung kad di genggaman – perasaan gembira – berjaya menjuarai pertandingan

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Bunyi jam loceng mengejutkan lena saya pada subuh itu. Saya segera bangun kerana ingin berjoging
di padang bola bersebelahan rumah saya. Saya perlu memantapkan fizikal dan stamina saya untuk
menghadapi temasya kejohanan sukan olahraga peringkat daerah.
Saya perlu berlatih dengan lebih kerap. Lebih-lebih lagi, untuk persiapan menjelangnya hari
kejohanan olahraga peringkat daerah yang semakin hampir. Di samping itu, ibu bapa saya senantiasa
memberi dorongan, perangsang dan semangat kepada saya.
Pada setiap petang, Cikgu Faizal akan melatih saya teknik dan cara berlari yang betul. Saya
menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh tanpa berasa jemu. Tambahan pula, saya terlalu ingin
merealisasikan harapan ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan.
Dalam pada itu, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Saya sungguh bersemangat dan yakin
dengan persediaan mengejar impian yang telah saya lakukan. Namun demikian, saya perlu berhati-hati
supaya dapat memulakan larian dengan baik.
Acara dimulakan, sedas tembakan dilepaskan ke udara. Saya memulakan larian dengan penuh
semangat. Justeru, saya berjaya menamatkan larian 100 meter dengan baik. Saya menggenggam kad
yang diberi oleh hakim penamat.
Selepas itu, saya merenung kad putih di genggaman. Perasaan saya berbaur antara gembira
dan terharu. Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

1 stamina - daya tahan / keupayaan seseorang 4 teknik - kaedah mencipta sesuatu


2 temasya - peristiwa yang kelihatan / tontonan 5 impian - hasrat atau cita-cita
3 dorongan - hajat / kasad yang bersungguh-sungguh 6 berbaur - bercampur / beraduk

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 33 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

UNIT 3 KEMASYARAKATAN Rujukan Buku Teks: Tahun 5

KARANGAN JENIS CERITA (6) Bahagian 2: Kerjasama Asas Kesejahteraan Hidup

Kamu dan kawan-kawan kamu terlibat bagi menjayakan aktiviti gotong-royong di tempat tinggal kamu.
Ceritakan pengalaman yang kamu telah lalui semasa menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA

) Info menyertai aktiviti gotong-royong – sempena Hari Pekerja – diketuai, ketua kampung
) Idea 1berkumpul di balai raya – membawa peralatan – menjayakan aktiviti gotong-royong
) Idea 2diagihkan, kumpulan kecil – kawasan yang dibersihkan – guna alatan yang sesuai
) Idea 3kaum ibu sibuk memasak – menyediakan pelbagai juadah – bekerja, bersatu hati
) Idea 4pembersihan selesai – berkumpul semula di balai raya – terjalin suasana muhibah
) Penutup aktiviti kemasyarakatan – penerapan nilai murni – memperkasa semangat kejiranan

KERJASAMA PUPUK SEMANGAT MUHIBAH

Hari ini, kami akan bergotong-royong. Aktiviti kemasyarakatan ini adalah bersempena cuti Hari Pekerja.
Ketua kampunglah yang menjadi penggerak utama aktiviti gotong-royong ini.
Tepat pada pukul lapan pagi, saya dan kawan-kawan saya sudah berkumpul di luar balai raya.
Kami membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes. Peralatan ini akan digunakan untuk menjayakan
aktiviti gotong-royong satu kampung.
Kami diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Antara kawasan yang akan dibersihkan
termasuklah taman permainan, surau dan balai raya. Pembentukan kumpulan kecil ini bertujuan untuk
memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan bersesuaian dengan peralatan yang disediakan.
Pada masa yang sama, kaum ibu dan kaum wanita sibuk menyediakan juadah jamuan ringan di
perkarangan balai raya. Pelbagai jenis makanan disediakan. Mereka bersatu hati memasak makanan
beramai-ramai untuk dihidangkan kepada para peserta gotong-royong.
Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah selesai. Para petugas telah berkumpul
semula di balai raya untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun tampak letih tetapi semangat
kerjasama, kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara semua peserta yang terlibat bagi
menjayakan gotong-royong tersebut.
Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti kemasyarakatan yang mampu menjalin
ikatan silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni sejagat juga dapat
dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan dalam kalangan penduduk bertambah perkasa.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

1 penggerak - galakan untuk mencapai sesuatu 4 muhibah - erat persahabatan / kemesraan


2 pongkes - bakul rotan yang berbentuk leper 5 sejagat - nilai yang bersifat kemanusian
3 juadah - bekal / hidangan berupa makanan 6 perkasa - unggul / hebat / kuat / terkenal

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 34 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 7 MENYAMBUNGKAN CERITA FORMAT UMUM

TEMA: MASYARAKAT Tajuk 7: Taman Permainan Tempat Pertemuan

“Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini ...”
Mulakan karangan kamu dengan “Kawasan perumahan tempat saya tinggal ...”

KERANGKA IDEA

) Info taman permainan di tempat saya – bersih dan cantik – pengguna bertanggungjawab
) Idea 1 selalu berkunjung ke taman permainan – lokasinya sesuai – sibuk pada hari minggu
) Idea 2 pelbagai alat permainan – contoh alat permainan – ada kalanya, main bola sepak
) Idea 3 peluang berkenalan – kawan berbilang kaum – menjalin perhubungan, perpaduan
) Idea 4 senja, suasana beransur sepi – melangkah pulang ke rumah – pasti berkunjung lagi
) Penutup tempat perjumpaan tidak rasmi – aktiviti sukan, riadah – menjana semangat kejiranan

Taman Permainan Tempat Pertemuan

Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini Idea
Contoh
bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana sikap orang ramai yang menggunakan alat Impak
permainan dengan bertanggungjawab dan berdisiplin.
Saya dan rakan-rakan saya selalu berkunjung ke taman permainan ini. Oleh sebab, Idea
Contoh
taman permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman ini menjadi Impak
tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada setiap hari minggu.
Pelbagai jenis alat permainan terdapat di sini. Antaranya ialah papan lungsur, Idea
Contoh
jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring, dan lain-lain lagi. Ada kalanya Impak
saya dan rakan-rakan bermain bola sepak di padang yang berhampiran.
Semasa bermain di taman ini, saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan baru. Di Idea
Contoh
samping itu, rakan-rakan yang bermain di taman ini terdiri daripada berbilang bangsa. Impak
Sehubungan dengan itu, perhubungan dan perpaduan akan terjalin mesra.
Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan ini beransur sepi. Saya dan Idea
Contoh
rakan-rakan mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Jika ada kesempatan, kami akan Impak
mengunjungi taman permainan ini lagi.
Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak rasmi penduduk Idea
Contoh
setempat. Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah di taman permainan ini mampu sedikit Impak
sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan setia kawan.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

34

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 35 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 8 MENYAMBUNGKAN CERITA FORMAT UMUM

TEMA: KELUARGA Tajuk 8: Perasaan Berpindah ke Rumah Baharu

“Aku sukar hendak melelapkan mata pada malam itu. Perasaan ...”
Mulakan karangan kamu dengan. “Perasaan ...”

KERANGKA IDEA

) Info perasaan suka dan sedih – berbaur di dalam hati – payah untuk menerima hakikat
) Idea 1 memandang sekeliling bilik – hari terakhir tidur di sini – berpindah ke rumah lain
) Idea 2 kawan-kawan menolong – memuatkan barangan ke lori – menaiki lori ke rumah baru
) Idea 3 sampai di rumah baru – menyusun barang/perabot – cuba untuk menyesuaikan diri
) Idea 4 rehat, makan tengah hari – membeli makanan di gerai – penat, makan dengan selera
) Penutup tiga bulan telah berlalu – masih teringat rumah lama – terkenang akan kawan-kawan

Perasaan Berpindah ke Rumah Baharu

Pada malam itu, emosiku tidak menentu. Perasaan suka dan sedih berbaur di hatiku. Jiwaku Idea
Contoh
dibayangi oleh khayalan yang bukan-bukan, aku amat payah untuk menerima hakikat yang Impak
sebenar.
Aku memandang sekeliling bilikku. Hari ini merupakan kali terakhir aku tidur di bilik ini. Idea
Contoh
Selepas ini, aku akan berpindah ke rumah lain. Inilah hakikat yang amat sulit untuk kujadikan Impak
sesuatu yang realiti.
Awal-awal pagi lagi, Irwan, Farid, Hafizi, dan Safari datang untuk menolong. Aku dan Idea
Contoh
keluargaku serta kawan-kawanku bertungkus-lumus memuatkan peralatan rumah ke dalam Impak
lori. Seterusnya, aku menaiki lori menuju ke rumah baharu.
Sesampai sahaja di rumah baharu, aku dan ayah memunggah barangan dari dalam Idea
Contoh
lori. Di samping itu, keluargaku yang lain menyusun barangan dan perabot di tempat yang Impak
sesuai. Hatiku mula bersedia untuk menerima fantasi semalam.
Selepas bertungkus-lumus membersihkan rumah, kami pun makan tengah hari Idea
Contoh
bersama-sama. Ayah membeli makanan dari sebuah gerai yang berhampiran. Kami begitu Impak
berselera menikmati hidangan pada tengah hari itu.
Kini sudah tiga bulan aku dan keluarga tinggal di rumah baharu. Namun, hatiku masih Idea
Contoh
terkenang akan rumah lama. Hal ini demikian kerana aku masih teringat akan kawan-kawanku Impak
yang baik budi.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

35

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 36 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 9 MENYAMBUNGKAN CERITA FORMAT UMUM

TEMA: SEKOLAH Tajuk 9: Doa Buat Cikgu Tersayang

Berita yang saya terima sungguh mengejutkan. Saya tidak percaya kata-kata kawan saya itu. Mungkin
ini hanya satu gurauan kawan-kawan kepada saya. Saya inginkan ...
Mulakan karangan kamu dengan. “Saya inginkan ...”

KERANGKA IDEA

) Info inginkan kepastian berita – bertanya kepada guru besar – telah menemui guru besar
) Idea 1 betul berita yang didengar – akan meninggalkan sekolah – sambung belajar di UPSI
) Idea 2 berasa sedih – seorang guru yang berdedikasi – sanggup berkorban untuk muridnya
) Idea 3 mengadakan jamuan perpisahan – semua rakan bersetuju – membahagikan tugasan
) Idea 4 segalanya berjalan lancar – yang diraikan terkejut – slogan “Selamat Maju Jaya”
) Penutup ucapan penghargaan – air mata bergenang – sukar untuk menerima kenyataan

Doa Buat Cikgu Tersayang

Saya inginkan kepastian tentang berita tersebut. Orang yang boleh saya tanyakan tentang Idea
Contoh
berita ini ialah guru besar saya. Saya terus berjumpa guru besar untuk mengesahkan berita Impak
yang saya dengar sebentar tadi.
“Benar, berita yang kamu dengar itu, Cikgu Azman akan meninggalkan sekolah ini. Idea
Contoh
Minggu ini merupakan minggu terakhir beliau berada di sekolah kita. Minggu hadapan, beliau Impak
akan melaporkan diri di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim,” kata guru besar.
Saya begitu sedih menerima berita itu. Cikgu Azman ialah seorang guru yang rajin, Idea
Contoh
berdedikasi dan banyak berkorban untuk kami. Walaupun beliau sibuk dengan tugasan Impak
sebagai Guru Cemerlang namun, sempat juga beliau mengadakan kelas bimbingan UPSR
pada waktu malam kepada kami.
Selaku ketua kelas, saya mengusulkan untuk mengadakan jamuan perpisahan buat Idea
Contoh
Cikgu Azman. Semua rakan saya bersetuju dengan cadangan saya itu. Kami membahagi- Impak
bahagikan tugasan untuk menjayakan jamuan tersebut.
Pada hari yang ditetapkan, segalanya berjalan lancar. Alangkah terkejutnya Cikgu Idea
Contoh
Azman kerana kelas bertukar menjadi bilik jamuan. “Selamat Maju Jaya”, slogan ini dan Impak
gambar Cikgu Azman menghiasi skrin komputer di bilik jamuan.
Cikgu Azman menyampaikan ucapan penghargaannya. Air mata bergenang di kelopak Idea
Contoh
matanya tetapi lebi banyak berlinangan di pipi kami. Kami tidak sanggup berpisah dengan Impak
beliau tetapi apakan daya kami, ini sudah ditakdirkan.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

36

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 37 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 10 MENGAKHIRI CERITA FORMAT UMUM

TEMA: MASYARAKAT Tajuk 10: Prihatin Menghulurkan Bantuan

“... Hulurkanlah bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada saya.”
Akhiri karangan kamu dengan “Itulah nasihat mereka kepada saya.”

KERANGKA IDEA

) Info rehat di kantin bersama kawan – sibuk, murid berpusu-pusu – membeli makanan
) Idea 1 sedang makan, nampak murid menangis – berhenti makan – menghampiri murid itu
) Idea 2 sedia membantunya – nasi yang dibelinya terjatuh – tiada wang lagi untuk berbelanja
) Idea 3 mempunyai wang lebih – membelikan nasi lemak lain – pujuk, berhenti menangis
) Idea 4 memberi nasihat – berhati-hati semasa membeli makanan – ucap terima kasih
) Penutup menolong orang – pesanan ibu bapa dan guru – itulah nasihat mereka kepada saya

Prihatin Menghulurkan Bantuan

Pada waktu rehat, saya bersama rakan-rakan saya pergi ke kantin untuk membeli makanan Idea
Contoh
dan minuman. Suasana pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid berpusu-pusu untuk Impak
membeli makanan.
Ketika saya dan rakan-rakan saya sedang makan, saya ternampak seorang murid Idea
Contoh
lelaki menangis teresak-esak. Saya terus berhenti makan. Saya menghampiri murid tersebut Impak
untuk mendapatkan kepastian.
Saya menyatakan hasrat untuk membantunya. Murid tersebut memberitahu saya Idea
Contoh
bahawa nasi lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai. Malangnya, dia tidak mempunyai Impak
wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu.
Kebetulan saya mempunyai wang pada hari itu, saya meminta seorang rakan saya Idea
Contoh
membelikan sebungkus nasi lemak sebagai ganti. Saya memujuknya supaya bersabar dan Impak
berhenti menangis.
Sebelum beredar dari tempat itu, saya sempat menasihati murid tersebut. Saya Idea
Contoh
mengingatkannya supaya berhati-hati semasa membeli makanan. Dia mengucapkan terima Impak
kasih kepada saya atas pertolongan yang telah diberikan.
Sebagai seorang murid yang lebih tua, saya berkewajipan menolongnya. Saya masih Idea
Contoh
ingat pesan ibu bapa dan guru-guru saya. Hulurkanlah bantuan kepada orang yang dalam Impak
kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada saya.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

37

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 38 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 11 MENGAKHIRI CERITA FORMAT UMUM

TEMA: MASYARAKAT Tajuk 11: Sambutan 31 Ogos Penuh Gilang-gemilang

“... marilah kita sama-sama mengekalkan dan meningkatkan keamanan serta kemajuan di bumi
bertuah ini. Cintailah bumi berdaulat ini.”
Akhiri karangan kamu dengan “Cintailah bumi berdaulat ini.”

KERANGKA IDEA

) Info 31 Ogos setiap tahun – rayakan Hari Kebangsaan – cuti umum, kakitangan kerajaan
) Idea 1 perayaan disambut – lahirkan rasa kecintaan kepada negara – semangat patriotisme
) Idea 2 pelbagai acara diadakan – perbarisan, perarakan raksasa – pasukan tentera, polis
) Idea 3 perarakan kenderaan berhias – hiasan kreatif – mewakili badan-badan berkanun
) Idea 4 malam, pertunjukan kebudayaan – gegaran artis terkenal – pertunjukan bunga api
) Penutup sambutan Hari Kemerdekaan – amat perlu diraikan – semai rasa cinta akan negara

Sambutan 31 Ogos Penuh Gilang-gemilang

Pada 31 Ogos tiap-tiap tahun, rakyat Malaysia akan meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Idea
Contoh
Sambutan Hari Kebangsaan ini akan diraikan oleh seluruh lapisan masyarakat di negara. Impak
Kerajaan juga telah memberikan cuti umum kepada semua kakitangan kerajaan.
Perayaan yang disambut bertujuan untuk melahirkan rasa kecintaan kepada negara. Idea
Contoh
Apabila semangat patriotisme ini sudah terbentuk dalam setiap rakyat Malaysia akan lahirlah Impak
rakyat yang setia, bertoleransi dan sayang akan negara sendiri.
Pelbagai acara diadakan pada hari tersebut. Acara dimulakan dengan perarakan Idea
Contoh
raksasa oleh pegawai kerajaan dan pegawai sektor swasta. Mereka terdiri daripada pasukan Impak
tentera dan polis, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta serta pasukan pancaragam.
Perarakan berwarna-warni itu menjadi daya tarikan rakyat Malaysia dan pelancong asing.
Tepuk sorak penghargaan bergema apabila kumpulan kenderaan berhias melalui Idea
Contoh
pentas utama. Kenderaan berhias ini pula biasanya mewakili badan-badan berkanun seperti Impak
Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Hicom Sendirian Berhad dan lain-lain lagi.
Pada sebelah malamnya pula, pertunjukan kebudayaan diadakan di Dataran Merdeka. Idea
Contoh
Puluhan artis mengegarkan sambutan tersebut melalui lagu-lagu patriotik yang didendangkan. Impak
Pertunjukan bunga api merupakan acara puncak sambutan pada malam tersebut.
Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun penting dan perlu diadakan. Idea
Contoh
Sebagai rakyat yang lahir dan dibesarkan di Malaysia, marilah kita sama-sama mengekalkan Impak
dan meningkatkan keamanan serta kemajuan di bumi tercinta ini.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

38

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 39 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 12 FAKTA FORMAT UMUM

TEMA: SEKOLAH Tajuk 12: Faedah Bergiat Dalam Sukan

Setiap tahun semua sekolah dimestikan mengadakan temasya kejohanan sukan olahraga.
Terangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai aktiviti tersebut.

KERANGKA IDEA

) Info pesta sukan tahunan – hari sukan diadakan – aktiviti kegemaran murid-murid
) Idea 1 bersukan, badan sihat – mengeluarkan peluh – memperoleh ketenangan
) Idea 2 menambah kenalan – penglibatan dalam sukan – memupuk perpaduan kaum
) Idea 3 menaikkan nama sekolah – apabila menang pertandingan – usaha berterusan
) Idea 4 memanfaatkan masa – tidak bebas bergaul – terhindar daripada gejala negatif
) Penutup aktiviti yang berfaedah – mempelbagaikan aktiviti positif – merebut peluang

Faedah Bergiat Dalam Sukan

Saban tahun sekolah kita akan menganjurkan temasya sukan olahraga. Pesta sukan biasanya Idea
Contoh
diadakan pada hari Sabtu atau hari Ahad untuk memberi peluang ibu bapa hadir. Aktiviti Impak
tersebut memang ditunggu-tunggu oleh setiap murid.
Menerusi penyertaan dalam acara sukan, badan kita akan sihat. Hal ini demikian Idea
Contoh
kerana apabila kita berlari badan kita akan berpeluh. Kesannya kita akan memperoleh Impak
ketenangan dan memudahkan kita untuk mengulang kaji pelajaran.
Melalui aktiviti sukan, kita boleh menambahkan rakan atau kenalan. Sebagai contoh, Idea
Contoh
penglibatan oleh pelbagai kaum dalam acara sukan yang dipertandingkan. Aktiviti ini secara Impak
tidak langsung dapat memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Penyertaan dalam acara sukan dapat menaikkan nama baik sekolah. Hal ini demikian Idea
Contoh
apabila kita terpilih mewakili sekolah dan menjadi juara, nama sekolah kita akan harum. Impak
Justeru, apabila kita sudah dewasa, kita berusaha untuk mengharumkan nama negara pula.
Penyertaan dalam acara sukan bermakna kita dapat memanfaatkan masa lapang kita. Idea
Contoh
Jika tidak bersukan, mungkin kita akan bercampur gaul dengan budak-budak nakal yang Impak
boleh menyebabkan kita menjadi kacang hantu. Bersukan juga dapat membentuk jiwa yang
tenang dan pergaulan yang mesra.
Sesungguhnya sukan merupakan aktiviti yang berfaedah yang perlu disertai oleh Idea
Contoh
setiap murid. Dalam usaha menjadi murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, kita Impak
janganlah sekadar menjadi ulat buku. Oleh itu, kita jangan lepaskan peluang untuk menyertai
aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

39

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 40 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 13 FAKTA FORMAT UMUM

TEMA: SEKOLAH Tajuk 13: Cara-cara Menghargai Jasa Guru

Pengorbanan guru terlalu besar. Sebagai anak murid yang baik, kita perlu membalas jasa yang guru
kita curahkan. Terangkan usaha-usaha untuk membalas jasa guru.

KERANGKA IDEA

) Info masa dihabiskan di sekolah – dididik oleh guru – jasa guru patut dikenang
) Idea 1 belajar bersungguh-sungguh – menyiapkan kerja sekolah – memperoleh kejayaan
) Idea 2 penghargaan pada Hari Guru – memberi hadiah – sebagai tanda ingat kepada guru
) Idea 3 menjadi insan berguna – senyum, memberi salam – guru berasa sangat gembira
) Idea 4 jasa guru sepanjang hayat – melahirkan jurutera, doktor – hasil asuhan guru
) Penutup pengorbanan para guru – sewajarnya diingati – berusaha sehingga berjaya

Cara-cara Menghargai Jasa Guru

Kira-kira lima jam tiga puluh minit, kita menghabiskan masa di sekolah. Dalam tempoh itu, kita Idea
Contoh
dijaga, diberi pendidikan, dibentuk menjadi manusia berguna oleh guru. Guru laksana ibu dan Impak
ayah kita di sekolah, sudah sewajarnya jasa guru patut kita balas.
Salah satu cara untuk membalas jasa guru ialah dengan belajar bersungguh-sungguh. Idea
Contoh
Sebagai contoh, latihan yang diberi oleh guru hendaklah disiapkan mengikut tempoh masa Impak
yang ditetapkan. Guru kita akan berasa besar hati apabila anak muridnya berjaya kerana apa
yang diajarnya dimanfaatkan oleh anak didiknya.
Pada Hari Guru pula, berilah hadiah kepada guru yang mengajar kita. Sebagai contoh Idea
Contoh
memberi pen, bunga, kad ataupun ucapan penghargaan. Perbuatan yang kita lakukan Impak
membuatkan guru terasa dirinya dihargai dan terharu kerana apa yang dilakukan selama ini
rupa-rupanya menjadi ingatan kepada anak muridnya.
Cara membalas jasa guru juga boleh ditunjukkan dengan menjadi manusia yang Idea
Contoh
berkeperibadian mulia. Apabila bertemu guru, lemparkanlah senyuman dan berilah salam. Impak
Jika sikap berhemah ini kita amalkan, sudah tentu guru berasa gembira.
Kita perlu mengenang jasa mereka sepanjang hayat kita. Kejayaan seorang pepimpin Idea
Contoh
mentadbir negara dan kejayaan seorang doktor melakukan pembedahan adalah hasil Impak
kegigihan seorang guru menyuntik ilmunya. Kejayaan anak didiknya itulah yang memberi
semangat kepada seorang guru untuk terus mengasuh dan mendidik.
Sesungguhnya pengorbanan guru diibaratkan sebagai lilin yang menerang orang lain Idea
Contoh
dengan membakar dirinya sendiri. Justeru, wajarlah kita menghargai jasa dan pergorbanan Impak
para guru. Cikgu, jasamu segar dalam ingatanku.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

40

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 41 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 14 FAKTA FORMAT UMUM

TEMA: SEKOLAH Tajuk 14: Pusat Sumber Gedung Ilmu

Setiap sekolah di negara kita mempunyai pusat sumbernya sendiri. Tulis suatu karangan yang bertajuk
“Pusat Sumber Gedung Ilmu”.

KERANGKA IDEA

) Info pusat sumber sekolah – sumber pelbagai ilmu – membantu proses pembelajaran
) Idea 1 simpanan pelbagai rujukan – meminjam buku – selesa, mengulang kaji pelajaran
) Idea 2 ada ruang perbincangan – bimbingan berkomunikasi – perkongsian pintar ilmu
) Idea 3 perkhidmatan audio visual – dimanfaatkan dalam P&P – menarik minat murid-murid
) Idea 4 tempat rujukan para guru – koleksi ABM disimpan – dapat mempelbagaikan P&P
) Penutup sebuah gedung ilmu – ejen pencetus minda cemerlang – jadikan sahabat setia kita

Pusat Sumber Gedung Ilmu

Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Di pusat sumber terkumpul pelbagai jenis bahan Idea
Contoh
bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah. Peranan pusat sumber amat besar dalam Impak
membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelbagai maklumat boleh diperoleh di pusat sumber. Murid-murid juga boleh Idea
Contoh
meminjam buku-buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulang kaji pelajaran lebih Impak
selesa di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita.
Pusat sumber ada menyediakan ruang untuk sesi perbincangan. Semasa Idea
Contoh
perbincangan juga murid-murid dibimbing berkomunikasi secara lisan. Perbincangan adalah Impak
satu daripada cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan.
Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat Idea
Contoh
bantu ini boleh dimanfaatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang Impak
canggih dapat membantu dan menimbulkan menarik minat murid-murid untuk meneroka ilmu.
Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat rujukan bagi Idea
Contoh
mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini. Alat bantu mengajar seperti carta, kad Impak
imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber. Bahan-bahan bantu mengajar ini dapat
mempelbagai proses pengajaran dan pembelajaran.
Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan khazanah ilmu yang Idea
Contoh
perlu didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang. Impak
Jadikanlah pusat sumber sebagai sahabat setia kita.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

41

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 42 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 15 FAKTA FORMAT UMUM

TEMA: MASYARAKAT Tajuk 15: Faedah-faedah Berkebun

Masa lapang seseorang boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, satu daripadanya ialah
berkebun. Tuliskan faedah-faedah berkebun.

KERANGKA IDEA

) Info aktiviti masa lapang – mengusahakan kebun – kebun sayur-sayuran, kebun bunga
) Idea 1 mendatangkan banyak faedah – menyihatkan badan – berpeluh, menjamin kesihatan
) Idea 2 terhindar daripada gejala sosial – melepak, berpeleseran – masa diurus dengan baik
) Idea 3 menambah pengetahuan, pengalaman – kerja-kerja petanian – kaedah/cara moden
) Idea 4 menambah ekonomi – hasil dijual/dipasarkan – menampung perbelanjaan seharian
) Penutup mendatangkan banyak faedah – mengisi masa lapang – menyihatkan jasmani, rohani

Faedah-faedah Berkebun

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada waktu lapang. Satu daripada aktivitinya ialah berkebun. Idea
Contoh
Berkebun boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah berkebun sayur- Impak
sayuran atau berkebun bunga.
Berkebun boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Berkebun juga boleh Idea
Contoh
menyihatkan badan. Semasa menjalankan aktiviti berkebun, badan kita akan berpeluh dan ini Impak
baik untuk kesihatan.
Di samping itu, berkebun juga dapat menghindarkan kita daripada melakukan perkara Idea
Contoh
yang tidak berfaedah. Kita terhindar daripada aktiviti melepak, berpeleseran, dan aktiviti yang Impak
kurang sihat. Masa senggang kita dapat diurus dengan aktiviti yang dapat memberi manfaat.
Pengetahuan dan pengalaman kita akan bertambah dengan berkebun. Perkara ini Idea
Contoh
boleh diperoleh melalui kerja-kerja membuat batas, menabur baja, dan menanam anak benih. Impak
Kita dapat mengetahui kaedah pertanian moden masa kini.
Selain itu, berkebun juga boleh menambah ekonomi kita. Apabila tanaman kita Idea
Contoh
mengeluarkan hasil yang banyak, kita boleh menjualnya. Hasil jualan boleh digunakan untuk Impak
menampung perbelanjaan harian atau disimpan sebahagiannya.
Sebagai kesimpulannya, berkebun mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Oleh Idea
Contoh
itu, jadikanlah aktiviti berkebun sebagai salah daripada cara mengisi masa lapang. Berkebun Impak
juga dapat menjana kesihatan jasmani dan rohani seseorang.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

42

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 43 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 16 FAKTA FORMAT UMUM

TEMA: SEKOLAH Tajuk 16: Jauh Perjalanan Luas Pandangan

Sekolah kamu sering mengadakan program lawatan sambil belajar. Nyatakan kebaikan yang dapat
diperoleh apabila seseorang murid menyertai program tersebut.

KERANGKA IDEA

) Info aktiviti yang menyeronokkan – memperoleh pengetahuan – memperluas pengalaman


) Idea 1 melawat ke Melaka – melihat kesan sejarah – mengetahui tentang sejarah tertentu
) Idea 2 melawat Bandar Hilir, Melaka – melawat kota “A Farmosa” – kubu tentera Portugis
) Idea 3 melawat Perigi Hang Tuah – legenda tersendiri – boleh mengubati aneka penyakit
) Idea 4 seronok, merasa masakan luar – ikan bakar Umbai – melancung, menjamu selera
) Penutup kebaikan mengikuti lawatan – menimbulkan kesedaran – daya tarikan pelancong

Jauh Perjalanan Luas Pandangan

Melancong merupakan satu daripada aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati. Idea
Contoh
Semasa aktiviti lawatan ini, kita memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Bak kata Impak
pepatah, banyak berjalan luas pengalaman.
Jika kita berpeluang melawat ke negeri Melaka. Kita akan dapat melihat kesan-kesan Idea
Contoh
peninggalan sejarah oleh penjajah di kota tersebut. Pengalaman yang kita lalui boleh Impak
membuka minda kita tentang sejarah tempat tersebut.
Semasa berada di sekitar Bandar Hilir, Melaka, kita berpeluang untuk melawat kota “A Idea
Contoh
Farmosa”. Kota ini ialah kota yang dibina oleh tentera Portugis. Kota ini pernah dijadikan kubu Impak
pertahanan tentera Portugis ketika itu.
Aktiviti lawatan tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung melawat Perigi Hang Tuah. Idea
Contoh
Perigi ini mempunyai legendanya tersendiri. Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk Impak
tempatan, air perigi ini dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Keseronokkan menyertai lawatan lebih dirasai apabila berpeluang menikmati Idea
Contoh
keenakan masakan di sesuatu tempat. Contohnya, menikmati keenakan ikan bakar di Umbai. Impak
Para pelancong dari dalam dan luar negara juga turut menikmati keindahan malam di tepi
pantai Melaka sambil menjamu selera.
Kesimpulannya, banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat diperoleh semasa Idea
Contoh
mengikuti program lawatan sambil belajar. Lawatan ke Melaka contohnya, dapat memberi Impak
kesedaran bertapa pentingnya memulihara kesan-kesan peninggalan sejarah. Semua
peninggalan sejarah ini menjadi daya tarikan kepada pelancong.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

43

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 44 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 17 PERBINCANGAN FORMAT UMUM

TEMA: MASYARAKAT Tajuk 17: Bersukan Menyihatkan Badan

Bersukan merupakan satu daripada aktiviti riadah yang sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur,
tidak kira lelaki mahupun perempuan. Bincangkan kebaikan bersukan kepada kesihatan seseorang.

KERANGKA IDEA

) Info kegiatan penting seharian – bersenam, badan sihat – badan lemah, berpenyakit
) Idea 1 beraneka jenis sukan – olahraga, renang, bola sepak – anggota tubuh cergas, kuat
) Idea 2 zaman saiber, pelbagai kemudahan – malas bersukan – mudarat, badan lemah
) Idea 3 bersukan, sifat mulia – sifat sabar, kerjasama – harmoni, eratkan perpaduan kaum
) Idea 4 terhindar, gejala sosial – mencuri, melepak, ketagih dadah – merosakkan diri remaja
) Penutup bersukan sebagai aktiviti harian – memperoleh keharmonian hidup – sihat, cerdas

Bersukan Menyihatkan Badan

Bersukan merupakan salah satu kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan yang Idea
Contoh
sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, kita akan lemah dan Impak
mudah dihinggapi penyakit.
Bersukan ada beraneka jenis. Antara kegiatan sukan ialah olahraga, renang, bola Idea
Contoh
sepak, berjoging, berjalan kaki, dan sebagainya. Anggota tubuh badan kita akan menjadi Impak
cergas dan kuat dengan bersukan.
Pada zaman saiber yang semakin canggih ini, banyak kemudahan telah tersedia. Idea
Contoh
Kemudahan ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Sikap ini akan memudaratkan Impak
diri kita. Badan kita akan menjadi lemah dan mudah terkena penyakit.
Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia seperti Idea
Contoh
sabar, bekerjasama, bertolak ansur, dan semangat toleransi. Malah, dengan bersukan dapat Impak
mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita.
Bersukan dapat membentuk sikap mulia seseorang insan. Bersukan juga dapat Idea
Contoh
menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala yang tidak diingini seperti mencuri, Impak
melepak, dan menagih dadah. Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri kita
terutamanya muda-mudi.
Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian kita. Idea
Contoh
Dengan bersukan, kita akan memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera. Badan yang Impak
sihat lahirlah otak yang cerdas.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

44

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 45 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 18 PERBINCANGAN FORMAT UMUM

TEMA: SEKOLAH Tajuk 18: Cara-cara Untuk Meraih Kecemerlangan Akademik

Semua murid inginkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik. Bincangkan cara-cara
untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran.
kira lelaki mahupun perempuan. Bincangkan kebaikan bersukan kepada kesihatan seseorang.

KERANGKA IDEA

) Info impiankan kecemerlangan – pencapaian 5A dalam UPSR – usaha, kesungguhan


) Idea 1 tekun ketika belajar – memberi perhatian, catat nota – mudah menguasai pelajaran
) Idea 2 banyak ulang kaji – di rumah, baca nota pelajaran – bantu mendalamkan ingatan
) Idea 3 mengikuti kelas bimbingan – anjuran sekolah,pusat tuisyen – menguasai pelajaran
) Idea 4 banyak membuat latihan – diperoleh daripada buku, internet – pendedahan soalan
) Penutup berusaha memperoleh kejayaan – usaha tangga kejayaan – ibu bapa, guru gembira

Cara-cara Untuk Meraih Kecemerlangan Akademik

Tiap-tiap orang murid mempunyai impian untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran. Idea
Contoh
Pencapaian 5A dalam UPSR merupakan neraca kecemerlangan seseorang murid. Impak
Kecemerlangan bukan datang mengolek tetapi perlu usaha dan kesungguhan.
Tekun ketika belajar adalah kunci untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Kita Idea
Contoh
mesti memberi perhatian semasa guru mengajar dan mencatat nota penting. Jika kita Impak
memberi tumpuan, mudahlah kita memahami dan menguasai pelajaran tersebut.
Selain itu, kita perlu banyak mengulang kaji pelajaran. Ketika berada di rumah, kita Idea
Contoh
perlu membaca nota pelajaran yang guru beri. Latih tubi yang kita lakukan akan membantu Impak
mendalamkan ingatan kita terhadap sesuatu pelajaran.
Mengikuti kelas bimbingan merupakan satu cara untuk mengatasi kelemahan kita Idea
Contoh
dalam pelajaran. Kita boleh mengikuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah Impak
atau yang disediakan oleh pusat tuisyen. Impaknya, pemahaman terhadap sesuatu topik yang
guru ajarkan mudah untuk dikuasai.
Di samping itu, kita juga perlu lebih banyak membuat latihan bagi memperkasa Idea
Contoh
penguasaan terhadap sesuatu pelajaran. Latihan tersebut boleh kita peroleh daripada buku- Impak
buku yang ada di pasaran atau melalui penerokaan di internet. Latihan sebegini akan
mendedahkan kita kepada item yang seakan-akan dengan soalan peperiksaan.
Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang. Idea
Contoh
Umpama kata pepatah “Usaha Tangga Kejayaan”. Ibu bapa dan guru-guru pasti akan berasa Impak
gembira dengan kejayaan tersebut.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

45

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 46 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 19 PERBINCANGAN FORMAT UMUM

TEMA: MASYARAKAT Tajuk 19: Kebaikan dan Keburukan Permainan Video

Pusat permainan video yang banyak terdapat hari ini ada kebaikan dan keburukan kepada para
remaja. Nyatakan pendapat dan pandangan kamu tentang perkara tersebut.
perempuan. Bincangkan kebaikan bersukan kepada kesihatan seseorang.

KERANGKA IDEA

) Info permainan video, digemari remaja – baik buruknya – merehatkan minda, melekakan
) Idea 1 bermain video, merugikan masa – leka dan mengasyikkan – banyak masa terbuang
) Idea 2 mendorong ponteng sekolah – berpakaian biasa – penglibatan, sukar dikesan polis
) Idea 3 banyak wang habis – sanggup menipu ibu bapa – wang digunakan, bermain video
) Idea 4 pergaulan lebih bebas – melepak, merokok, berpeleseran – berlakunya gejala sosial
) Penutup perminan video ada baik buruknya – pintar membuat keputusan – jangan keterlaluan

Kebaikan dan Keburukan Permainan Video

Permainan video sangat digemari oleh para remaja hari ini. Namun begitu, permainan ini ada Idea
Contoh
baik dan ada buruknya kepada perkembangan minda seseorang. Permainan ini dapat Impak
merehatkan minda dan sekaligus boleh melekakan kita.
Aktiviti bermain video yang keterlaluan akan merugikan masa. Hal ini demikian kerana Idea
Contoh
kegiatan ini menjadikan remaja itu terlalu asyik dan terlalu leka. Secara tidak langsung, Impak
banyak masa yang dihabiskan untuk bermain video.
Keasyikan ini akan mendorong para remaja untuk ponteng sekolah. Mereka Idea
Contoh
berpakaian biasa ketika mengunjungi tempat-tempat ini. Oleh sebab itu, perbuatan mereka Impak
sukar dikesan oleh pihak poilis atau oleh pihak yang berwajib.
Selain itu, banyak wang akan dihabiskan untuk tujuan tersebut. Malahan, ada remaja Idea
Contoh
yang sanggup menipu ibu bapa untuk mendapatkan wang belanja yang lebih. Namun Impak
demikian, wang tersebut digunakan untuk bermain video.
Di samping itu, kegiatan ini mendorong kepada pergaulan yang tidak terkawal dalam Idea
Contoh
kalangan remaja. Mereka lebih gemar melepak, merokok, dan berpeleseran. Akibatnya, gejala Impak
sosial yang tidak sihat dan tidak bermoral ini sukar dibendung.
Berdasarkan faktor-faktor di atas, jelas dan terbukti bahawa permainan video banyak Idea
Contoh
mendatangkan keburukan kepada para remaja. Remaja masa kini harus pintar dalam Impak
membuat keputusan. Boleh bermain permainan video tetapi jangan keterlaluan.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

46

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 47 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 20 PERBINCANGAN FORMAT UMUM

TEMA: MASYARAKAT Tajuk 20: Kesan Buruk Makanan Ringan Kepada Kesihatan

Semua jenis makanan ringan dilarang dijual di semua kantin sekolah. Namun, kanak-kanak dapat
membelinya di kedai-kedai. Bincangkan kesan buruk makanan ringan kepada kesihatan.

KERANGKA IDEA

) Info makanan yang disukai kanak-kanak – contoh makanan ringan – senang didapati
) Idea 1 pengiklanan harus dikurangkan – pengaruh iklan – fakta yang diiklankan tidak tepat
) Idea 2 mengandungi pewarna, perasa – kimia berbahaya – boleh merosakkan sistem saraf
) Idea 3 kebersihan tidak terjamin – tidak mengikut peraturan – berlaku keracunan makanan
) Idea 4 pengaruh, cara pembungkusan – tawaran hadiah permainan – jualan laris di pasaran
) Penutup penegahan membeli makanan ringan – kesan negatif – perlu disedarkan keburukan

Kesan Buruk Makan Ringan Kepada Kesihatan

Makanan ringan merupakan makanan yang amat disukai oleh kanak-kanak. Makanan ringan Idea
Contoh
seperti keropok udang, kerepik kentang, gula-gula dijual dengan harga yang murah. Makanan Impak
ringan ini pula mudah didapati di mana-mana sahaja.
Pengiklanan produk makanan ringan di akhbar dan di televisyen seharusnya Idea
Contoh
dikurangkan. Iklan-iklan ini akan mempengaruhi kanak-kanak untuk membeli makanan ringan Impak
tersebut. Hal ini demikian kerana iklan yang disebarkan telah memperdaya kanak-kanak
dengan fakta yang tidak tepat.
Selain itu, makanan ringan juga mempunyai pewarna dan perasa tiruan yang Idea
Contoh
berlebihan. Bahan pewarna dan perasa tiruan ini pula mengandungi bahan kimia yang Impak
berbahaya. Bahan kimia ini juga boleh merosakkan sistem saraf seseorang.
Dari segi kesihatan, penyediaan makanan ringan tidak terjamin kebersihannya. Idea
Contoh
Makanan ini diproses tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan. Oleh sebab itu, ada sahaja Impak
kes-kes keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan ringan.
Pengaruh makanan ringan sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak kerana cara Idea
Contoh
pembungkusannya yang menarik. Tambahan pula, pembeliannya menawarkan hadiah Impak
permainan yang digila-gilakan oleh kanak-kanak. Impaknya, hadiah inilah yang menjadikan
makanan ringan laris di pasaran.
Kesimpulannya, kita perlu menegah kanak-kanak daripada memakan makanan ringan. Idea
Contoh
Makanan ringan juga kurang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Kesedaran ini perlu disuntik Impak
bagi menjelaskan tentang keburukan memakan makan ringan.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

47

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 48 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

LATIHAN 21 PERBINCANGAN FORMAT UMUM

TEMA: SEKOLAH Tajuk 21: Menelaah Pelajaran Kunci Kejayaan

Menelaah pelajaran menjamin kejayaan seseorang murid dalam bidang akademik. Bincangkan tentang
kebenaran pendapat di atas.

KERANGKA IDEA

) Info definasi pembelajaran – perlu kesungguhan, ketekunan – mencatat nota, merujuk


) Idea 1 menelaah, latih tubi berterusan – menyegarkan semula ilmu – mudah memahami
) Idea 2 pencairan, keciciran ilmu – menalaah lebih kerap – racak hampir waktu peperiksaan
) Idea 3 kayu ukur pemahaman – bertanya kepada guru – dapat memperkukuh pengetahuan
) Idea 4 faktor emosi murid – ketenangan mempengaruhi minda – mudah ilmu bertapak
) Penutup menelaah kunci kejayaan – sediakan jadual belajar – impian membuahkan hasil

Menelaah Pelajaran Kunci Kejayaan

Definasi pembelajaran bukan sekadar proses guru mengajar dan murid belajar sahaja. Murid- Idea
Contoh
murid perlulah ada kesungguhan dan ketekunan menelaah pelajaran mereka. Menelaah Impak
pelajaran pula merangkumi mencacat nota dan membuat rujukan.
Menelaah pelajaran perlukan latih tubi yang berterusan. Latih tubi ini pula akan Idea
Contoh
membangkitkan kesegaran semula sesuatu topik yang kita pelajari. Apabila berlaku Impak
pembugaran ilmu, amat mudah untuk kita memahami apa-apa yang kita baca.
Faktor masa juga antara penyebab berlakuknya pencairan dan keciciran ilmu. Bagi Idea
Contoh
mengatasi masalah pencairan dan keciciran ilmu, menelaah perlu dilakukan lebih kerap. Impak
Semakin hampir hari peperikaan, semakin rancak proses menelaah diamalkan.
Menelaah pelajaran juga menjadi kayu ukur penentu kefahaman kita terhadap sesuatu Idea
Contoh
topik pelajaran. Jika kita kurang faham, kita mesti bertanya kepada guru kita. Impaknya, kita Impak
akan memperkukuh pengetahuan kita terhadap topik tersebut.
Namun, faktor emosi perlu diambil kira ketika menelaah pelajaran. Ketenangan jiwa Idea
Contoh
dan persekitaran yang sesuai akan mempengaruhi minda kita. Minda yang tenang akan Impak
memudahkan ilmu bertapak di ruang pemikiran kita.
Kesimpulannya, kita dapat rumuskan bahawa menelaah adalah kunci kejayaan dalam Idea
Contoh
pelajaran. Oleh itu, moleklah kita menyediakan jadual belajar sendiri di rumah bagi menelaah Impak
pelajaran mengikut keutamaan. Di samping itu, disiplin diri juga amat penting untuk
merealisasikan agar impian membuahkan hasil yang diidam-idamkan.

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

48

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

You might also like