You are on page 1of 1

MAKLUM BALAS MESYUARAT ( BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID )

3.5.1 KEKURANGAN IMAN/BILAL DI MASJID KERAJAAN DAN MASJID MUKIM DI


NEGERI TERENGGANU

IMAM/BILAL MASJID KERAJAAN

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kali ke 26 tahun 1986 pada 15 Ogos 1986 telah
bersetuju menempatkan imam gred S41 bagi masjid negeri dan masjid daerah,
manakala gred S27 bagi masjid utama daerah. Jawatan imam gred S17 dikekalkan
mengikut keperluan semasa.
Merujuk kepada keputusan tersebut sehingga kini masih lagi jawatan imam S41, S27
dan S17 tidak diisi sepenuhnya. Sebaliknya untuk mengatasi situasi ini, imam /bilal dari
skim mubaligh (MAIDAM) dilantik.
Bahagian Pengurusan masjid juga telah mengadakan temuduga terbuka sebanyak 3 kali
pada Julai 2011, Jun 2012 dan Disember 2013 dan telah melantik imam/ bilal (kontrak) di
bawah kerajaan Negeri Terengganu.
IMAM/BILAL MASJID MUKIM

Seramai 115 imam yang telah lulus temuduga dan tidak dilantik oleh pihak SUK. Pihak
pengurusan masjid telah mengambil inisiatif memohon rayuan seramai 75 calon imam
masjid mukim yang telah mendapat pengesahan dari YB Dun/ PP Dun masing-masing
untuk diangkat ke SUK Terengganu secara berperingkat bermula pada 16 Mei, 1 Jun
dan 15 Jun 2016 bagi mendapat impuni perkenan KDYMM Tuanku Sultan Terengganu.
Manakala baki 40 calon tidak dapat dipanjangkan ke SUK Terengganu kerana masih lagi
menunggu tindakan dari pegawai agama daerah untuk mendapat pengesahan dari YB
Dun/ PP Dun masing-masing.
Sehingga September 2016, seramai 37 calon daripada 75 calon yang telah dipanjangkan
kepada Pejabat SUK Terengganu telah pun mendapat ampuni perkenan KDYMM Sultan
Terengganu dan masih berbaki seramai 38 imam.

3.5.2 MEMBINA DAN MEMBAIKI PAGAR TANAH PERKUBURAN ISLAM


Dalam bajet MAIDAM tahun 2017, bahagian ini telah membuat permohonan sejumlah
RM 1.6 Juta bagi tujuan membina dan membaik pulih pagar tanah perkuburan Islam
sebanyak 10 buah tanah perkuburan bagi setiap daerah dengan peruntukan sebanyak
RM 20,000 setiap satu.

3.6.1 LANTIKAN IMAM/BILAL SEBAGAI AJK MASJID


Merujuk kepada keputusan mesyuarat pelantikan jawatankuasa masjid Negeri
Terengganu bagi sesi 2016-2019 yang dipengerusikan oleh Dato’ Persuruhjaya JHEAT
bertarikh 09 Mei 2016, telah bersetuju supaya Imam/bilal boleh dilantik menganggotai
jawatankuasa masjid.

You might also like