You are on page 1of 3

FORUM 1

ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Kluckholn, Murray dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti manusia
yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan dalam sesuatu
perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu perkara. Ini menunjukkan
corak kehidupan bagi setiap manusia adalah unik dan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai
aspek. Perbezaan individu boleh dihayati daripada huraian beberapa aspek perbezaan seperti:

1. Fizikal

Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Ini dapat kita memerhatikan perbezaan
individu dari dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal
yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat
perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa
mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah.
Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi
daripada kanak-kanak lelaki.

Sheldon (1942) mengategorikan temperamen kepada tiga kategori iaitu Endomorf


(bertubuh bulat) dengan suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang
tekanan perasaan. Mesomorf (tubuh badan otot yang kuat) menujukkan bersifat agresif,
bertenaga dan kuat bersukan. Manakala Ektomort (kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang,
suka bersendirian dan seorang pendiam. Walaupun pembawaan ini diwarisi, namun ia juga
ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran.

2. Kognitif / Mental

Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,
menganalisis serta bakatnya. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan. Mereka
mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-
cara yang berlainan. Contohnya murid-murid perempuan mempunyai kemahiran menulis dan
memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian
murid-murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik,
Sains dan sukan. Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-
murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan.

3. . Emosi

Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka berasal
keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan.
Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh
emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih
bersifat temperamen daripada kanak-kanak perempuan.

Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan cara
yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu merancangkan pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid-murid supaya dapat
mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran dijalankan.

4. Tingkah laku

Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang alam
sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Mok Soon Sang
(2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti
sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku
seseorang itu positif. Dari segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan
sebaya, media massa dan kebudayaan.

5. Sosial

Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri
semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam, mengasingkan
diri, gugup, gelisah, impulsif. Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen
juga turut mempengaruhi individu. Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke
atas tingkah laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang
lain.

Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latarbelakang sosio-ekonomi


seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka nustrisi
adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi. Di dalam kelas, guru perlu
mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa menyediakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai.

2.6 Rohani / Agama

Kewujudan perbezaan rohani di kalangan murid-murid adalah disebabkan terdapatnya


perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing. Aspek rohani dalah lebih universal
dengan hubungan tubuh badan-minda-jiwa. Murid-murid dibesar mengikut sistem agama tertentu
dari ibu bapa. Guru-guru bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-
niali rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya melahirkan
jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.

Selain daripda enam aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan individu,
maka terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini seperti bakat atau minat,
perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang berbeza dan sebagainya.

Namun begitu, menurut Weil (1980), para pendidik perlu merancang strategi dan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang akur dengan gayapembelajaran yang berbeza-beza di
kalangan murid supaya tahap pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan

You might also like