You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MEIHA, PADANG SERAI, 09400 KEDAH

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA SESI 2018

Tarikh : 28.06.2018

Masa : 1.30 tengah hari

Hari : Khamis

Tempat : PSS

Kedatangan :

BIL NAMA

1 EN.M.JEYENDRAN

2 EN.SUBBARAO A/L APPLASAMY

3 PN. VASANTHA A/P MAHAMANEY

4 PN. CHANDRAKUMARI A/P NADARAJAH

5 PN.MURUGAMAH A/P NARAYANAN

6 PN. K.SHANBAGAVALLY A/P KUNNIMARTHAN

7 PN. REVATHY A/P RAMANIDA

8 PN.SHASI1KALA A/P KATHIRELU PILLAI

9 CIK KALAISELVI A/P GOVINDASAMY

10 PN.INDRA A/P RANGGASAMY

11 PN.VADIVOO A/P ARUMUGAM

12 PN.MALA A/P NAYAGAM SEBASTIAN

13 PN.UTHAYA CHANRIGA A/P MUTHAYAH

1
Agenda Mesyuarat

1. Aluan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Ucapan Tuan Guru Besar
5. Ucapan PK Pentadbiran ( Pdpc abad 21 )
6. LINUS
7. Dialog Prestasi
8. Ucapan Hal Ehwal Murid
9. Hal-hal lain
10. Ucapan Penangguhan

Agenda 1 : Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan selamat petang dan ribuan terima kasih
kepada guru-guru.

Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Em.Subbarou membentangkan minit mesyuarat yang lalu, ia diterima dan disahkan oleh
Pn.Chandra Kumari dan disokong oleh Pn.Jayabarathy.

Agenda 3 : Perkara Berbangkit

3.1

2
Agenda 4 : Ucapan Tuan Guru Besar

4.1 Guru Besar memaklumkan bahawa pemantauan oleh Pemantau Kurikulum Bersepadu

( PKB ) telah dijalankan oleh Sektor Akademik yang melibatkan para pentadbir dan juga guru-guru.

4.2 Pdpc abad 21 perlu ditulis objektif pembelajaran di papan tulis. Guru boleh menggunakan
kertas majong untuk pdpc abad 21. Cuba laksana sedaya upaya dan setakat termampu
untuk semua subjek.

4.6 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus
menyiapkan kelas abad ke 21. Ucapan syabas dan tahniah kepada guru-guru yang telah
memulakan pdpc dengan menggunakan kelas abad ke 21. Semoga semua guru dapat
meneruskan usaha dan langkah-langkah untuk menjayakannya.

4.7 Guru Besar telah memetik kata-kata seorang guru yang berjaya mendidik anak muridnya.
Antara kata-katanya yang menjadi pendorong guru-guru untuk berjaya ialah :

4.7.1 Semua guru perlu berusaha menarik minat murid mendampingi guru kerana ia
adalah satu langkah yang cukup berkesan untuk menarik mereka menyukai mata
pelajaran yang diajar.

4.7.2 Semua guru perlu memiliki penampilan diri yang baik dan akan memberi bonus
kepadanya kerana secara tidak langsung ia menjadi idola kepada murid terutama
murid dikelas yang beliau ajar.

4.7.3 Guru perlu memakai pakaian yang sentiasa kemas pada setiap hari persekolahan.
Mempunyai dedikasi dalam menyampaikan ilmu dan bersikap adil kepada semua
murid dan sentiasa bertimbang rasa dan penyayang, mesra dan sentiasa nampak
periang.

4.7.4 Guru juga perlu sentiasa tenang dan berhati-hati dalam tindakan supaya tidak
tersalah langkah, beretika dan boleh diteladani. Guru juga perlu berperwatakan
tegas tetapi amat berhemah dalam tindakan dan sentiasa memelihara disiplin diri,
bersifat cekal dan sabar.

4.7.5 Guru perlu berprinsip tetapi bersifat terbuka untuk menerima berbagai
pandangan, berilmu dan mahir dalam bidang kerjayanya. Selain itu, guru perlu
3
menghargai masa, ‘komited’ dengan tugas, memiliki idea-idea yang bernas,
kreatif dan inovatif, berwibawa, sedia berkorban masa dan wang ringgit. Guru
juga perlu berketrampilan kerana ia adalah ciri-ciri personaliti yang boleh
menawan hati murid-murid.

4.8.6 Kekemasan tempat atau bilik guru sebagai tempat untuk guru melaksanakan
kerja-kerja rutin juga menjadi perhatian murid.

4.7.7 Buku rekod sebagai buku penting yang perlu disediakan dengan kemas dan rapi
serta lengkap menjadikan guru berkenaan mendapat keyakinan dihati pentadbir
dan murid-muridnya. Begitu juga dengan kekemasan kerja-kerja yang lain yang
boleh dinilai baik oleh murid, rakan sejawatan dan pentadbir sebagai guru yang
memiliki komitmen yang tinggi.

Agenda 5 : Ucapan PK Pentadbiran

6.1 Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) merujuk kepada pelan strategik panitia,
pencerapan buku rekod mengajar. Sekiranya ada dikalangan guru yang tidak menghantar
buku rekod mengajar akan diberikan memo. Selain itu, buku rekod mengajar hendaklah
lengkap.

Tindakan : Semua guru

6.2 Guru perlu mewujudkan aktiviti kumpulan kolaboratif dan koperatif. Pencerapan oleh
pentadbir kepada semua guru bermula pada bulan April hingga Julai yang melibatkan
pemantauan buku latihan murid. Buku latihan murid perlu ditulis hari, tarikh dan mata
pelajaran kerana ia termasuk dalam pemantauan PKB. Kekemasan dan kebersihan buku
latihan murid juga ditekankan serta pembetulan perlu dibuat oleh murid.

Tindakan : Semua guru

6.3 Pn.Mala memaklumkan bahawa ada dikalangan murid yang tidak mahu menyiapkan
kerja sekolah. Pentadbir memaklumkan bahawa langkah awal mengatasi masalah tersebut
ialah dengan membawa pelajar berjumpa dengan kaunselor seterusnya jika tidak dapat
diatasi masalah ini guru hendaklah membawa pelajar berjumpa dengan guru besar.

Tindakan : Semua guru dan pentadbir

4
6.4 Guru perlu mewujudkan kelas abad 21 dan menggunakan kreativiti untuk membuat
jadual kelas. Hasil-hasil pembelajaran murid ditampal dalam kelas. Guru yang masuk
kelas awal pagi perlu mengarah murid membersihkan kelas.

Tindakan : Semua guru

6.5 Peningkatan murid PROTIM ada kaitan dengan PKB.

Tindakan : Guru PROTIM

6.6 Semua guru perlu menyediakan pentaksiran offline dan membuat dialog prestasi dalam
mesyuarat panitia.

Tindakan : Semua guru

Agenda 6: LINUS

6.1 Semua guru perlu bekerjasama untuk memastikan LINUS dapat diselesaikan. Namun
tidak dinafikan masalah murid menyebabkan LINUS tidak berjaya diselesaikan namun
guru-guru tidak boleh menyalahkan murid semata-mata. Guru perlu berusaha untuk
membantu mereka. Guru sentiasa mencari idea untuk membantu mereka .

Agenda 7 : Ucapan Hal Ehwal Murid

7.1 Maklumat yang terdapat dalam jadual kedatangan perlu diisi dengan lengkap.

Tindakan : Semua guru kelas

7.3 Puan B.Jayabarathy perlu bertindak mengadakan mesyuarat kantin.

Tindakan : AJK kantin

7.6 144 orang yang mendapat makanan RMT dan guru bertugas perlu memantau makanan
RMT. Laporan RMT perlu ditulis dan jawatankuasa RMT perlu memperkenalkan sistem
kad nama. Sekolah akan mewujudkan kumpulan guru yang bertugas memantau RMT
pada setiap pagi.

7.7 Guru perlu memastikan tanda nama dan lencana dipakai oleh setiap murid.

5
Agenda 8 : Hal-hal lain

8.1 Pn.Shanbagavally memaklumkan bahawa HIP akan dijalankan pada bulan depan. Semua
guru-guru dan murid-murid akan terlibat sama dalam program ini.

8.3 PK HEM bertanyakan guru tahun 1 samada sudah menyerahkan buku kesihatan murid
yang ditandatangani. Jawapan telah diberikan.

8.4 PK HEM minta semua guru bertugas RMT hadir pada masa yang tepat. Beliau juga
minta buku RMT diisi dan ditandatangan sama ada guru besar,PK Pentadbiran,PK HEM
atau PK KOKO setiap hari.

8.5 Masalah ponteng sekolah akan dibanteras dengan menjalankan program turun ke
kampung oleh PK HEM.

8.6 Pn.Mala memaklumkan bahawa murid yang lambat datang ke sekolah tidak dapat makan
makanan RMT kerana kehabisan makanan tersebut. Jawapan PK HEM, guru cuba cari
penyelesaian yang terbaik.

8.7 Puan Shanbagavalli memberi cadangan bahawa makanan akan diberikan kepada murid
sehingga jam 7.30 pagi. Selepas jam 7.30 pagi semua makanan akan dilelong.

8.8 Guru Besar menegaskan bahawa semua guru perlu mengikut MMI dengan betul. Ikut
masa yang telah ditetapkan dan jangan tunggu loceng berbunyi baru hendak pergi ke
kelas kecuali ada hal tertentu seperti guru daripada kelas lain mungkin mengambil untuk
ke kelas berikutnya.

8.10 Dalam hal-hal lain, apa sahaja guru bertugas yang bercakap diperhimpunan perlu
direkodkan kerana ia adalah satu eviden guru.

Agenda 9 : Ucapan Penangguhan

9.1 Tuan Guru Besar berharap agar semua guru menjalankan tugas pada tahun 2017 dengan baik
demi kebaikan SKAJ dan ia juga adalah untuk kepentingan organisasi. Terima kasih kepada
semua guru, semoga Allah memberkati hendaknya.
6
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.39 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ……………………………………………………..

(PN.B.JAYABARATHY) ( EN.SUBARAU )
Setiausaha Jawatankuasa Induk Penolong Kanan Pentadbiran
Kurikulum Sekolah

Disahkan oleh

…………………………………………………

(EN.M.JEYENDRAN )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tamil Ladang Padang Meiha

You might also like