You are on page 1of 5

MENUKAR AYAT BERSUSUNAN BIASA KEPADA AYAT

BERSUSUNAN SONGSANG

CIRI-CIRI AYAT BERSUSUNAN BIASA

1. Ayat subjek terletak pada bahagian hadapan yang diikuti oleh


bahagian predikat selepasnya.

Contoh ayat:

subjek Predikat
Dia menonton bola sepak di Stadium Hassanal Bolkiah.
Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota.

CIRI-CIRI AYAT BERSUSUNAN SONGSANG

1. Ayat yang mendahulukan seluruh predikat yang diikuti oleh subjek


selepasnya. (Pendepanan keseluruhan)

Contoh ayat:

Predikat Subjek
Menonton bola sepak di Stadium Hassanal Bolkiah dia
Merempuh ke dalam kota pejuang-pejuang itu.

2. Ayat songsang terbentuk apabila sebahagian daripada predikat


(Pendepanan sebahagian predikat)

i. frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.

Contoh ayat:

Predikat (keterangan) subjek Predikat


Di Stadium Hassanal Bolkiah dia menonton bola sepak
Ke dalam kota Pejuang- merempuh
pejuang itu
ii. Pendepanan frasa sendi nama.

Contoh ayat:

Tiket basnya masih pada saya.

predikat subjek
Masih pada saya tiket basnya.

3. Ayat songsang terbentuk apabila kata kerja dikedepankan.

i. (Pendepanan frasa kerja)

Contoh ayat:

Predikat subjek predikat


Merempuh Pejuang- ke dalam kota.
pejuang itu

ii. (Pendepanan frasa kerja + objek)

Contoh ayat:

Predikat subjek predikat


Menonton bola sepak dia di Stadium Hassanal Bolkiah.

iii. (Pendepanan kata bantu + frasa kerja)

Dia masih menonton bola sepak di Stadium Hassanal Bolkiah.

Predikat subjek predikat


Masih menonton bola sepak dia di Stadium Hassanal Bolkiah
4. Ayat songsang terbentuk apabila frasa adjektif dikedepankan.

i. (Pendepanan frasa adjektif)

Contoh ayat:

subjek predikat
Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba

predikat subjek
Lumpuh dengan tiba-tiba pesakit itu.

ii. (Pendepanan kata bantu + frasa adjektif)

subjek Predikat
Bangunan itu masih teguh lagi.

predikat subjek
Masih teguh lagi bangunan itu
SUSUNAN AYAT BIASA

POLA AYAT DASAR

SUBJEK PREDIKAT

FN FN
FN FK
FN FA
FN FS

1. SUSUNAN AYAT SONGSANG SELURUH

PREDIKAT SUBJEK

FN FN
FK FN
FA FN
FS FN

2. SUSUNAN AYAT SONGSANG SEPARA / SEBAHAGIAN

a) PENDEPANAN FRASA SENDI NAMA (KETERANGAN)

PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT


FS + Ktr FN FK

PENDEPANAN FRASA SENDI NAMA

PREDIKAT SUBJEK
FS FN

b) PENDEPANAN FRASA KERJA (+ OBJEK / KATA BANTU)

PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT


FK FN Ktr
c) PENDEPANAN FRASA ADJEKTIF (+ KATA BANTU)

PREDIKAT SUBJEK
FA FN

Mereka / pernah mendaki Gunung Kina Balu / tidak lama dahulu

S kk o Ktr

LATIHAN:

Tukarkan ayat biasa berikut menjadi ayat songsang.

1. Seorang wanita tua mati hangus dalam kebakaran yang berlaku


semalam.
2. Kambing-kambing yang sedang berkeliaran di padang itu dikejar
oleh anjing liar.
3. Pasangan pengantin diraja itu duduk di atas peterana sebaik-baik
sahaja diarak oleh pasukan kompang.
4. Beliau dijangka akan tiba di lapangan terbang pada pukul lima
petang.
5. Setiap anggota masyarakat perlu bekerjasama membanteras
lanun cetak rompak.

You might also like