You are on page 1of 18

KEPIMPINAN TRANSAKSIONAL GURU BESAR MENINGKATKAN KEPUASAN

KERJA GURU

Abstrak : Tujuan utama kertas konsep ini adalah untuk mengetahui secara jelas mengenai
kepimpinan transaksional dalam meningkatkan kepuasan kerja guru. Selain itu, melihat
hubungan antara gaya kepimpinan transaksional dengan tahap kepuasan kerja guru dan
seterusnya memberikan cadangan tentang cara mentadbir dengan berkesan menggunakan gaya
kepimpinan transaksional. Oleh itu, kertas konsep ini dapat memberi pendedahan dan
pengetahuan kepada guru besar untuk mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai untuk
meningkatkan motivasi guru-guru di bawah pimpinannya. Seorang pemimpin berkesan adalah
pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan. Ia boleh mendorong kakitangan dan
mengubah mereka ke arah lebih baik atau lebih hebat dan mencapai matlamat
organisasinya. Pemimpin yang berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah yang
penting bagi organisasi. Kepimpinan transaksional adalah salah satu jenis kepimpinan yang
berusaha mengenal pasti dan memenuhkan keperluan peringkat rendah orang bawahan demi
pencapaian matlamat organisasi. Keperluan peringkat rendah ialah keperluan fisiologi dan
keperluan keselamatan (Maslow). Oleh itu, sebagai cadangan bagi memenuhi keperluan ini
sekali gus dapat memotivasikan guru-guru, guru besar haruslah memainkan peranan sebagai
pemimpin transaksional.

Kata Kunci: Transaksional, Kepimpinan

Abstract: The main purpose of this concept paper is to know clearly about the transactional
leadership in enhancing the job satisfaction of teachers. In addition, see the relationship
between transactional leadership style with the level of job satisfaction of teachers and passing
on recommendations on how to administer effectively using transactional leadership style.
Therefore, this concept paper can provide exposure and knowledge to the headmaster to
practice appropriate leadership style to increase motivation teachers under his leadership. An
effective leader is the impetus and effective organization leader. It can motivate staff and
change them towards better or greater and achieve the goals of their organization. Effective
leaders are able to act as an important variable for the organisation. Transactional leadership
is one type of leadership that strives to identify and fill the needs of low level people for the
sake of achievement of organisational goals. Low levels of requirements was the need
physiological and safety needs (Maslow). Therefore, as proposals to meet this requirement and
thus be able to motivate teachers, headmasters should play the role of transactional leadership.

Key Words: Transactional, Leadership


1.0 PENGENALAN

Bidang pendidikan merupakan teras kepada pembangunan negara. Jika dilihat pada negara-
negara maju, corak pemikiran murid-muridnya amat berbeza dengan murid-murid yang
membesar di negara lain. Hal ini kerana, negara maju lebih menekankan kemajuan bidang
pendidikan berbanding bidang lain. Bagi mendapatkan sebuah pendidikan yang baik,
kepimpinan yang mengelolakan bidang pendidikan sesebuah negara harus memainkan
peranan. Oleh yang demikian, guru besar harus memainkan peranan mereka sepenuhnya dan
sentiasa kompeten dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin pendidikan. Pelbagai usaha
yang telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk memastikan kepimpinan sekolah berada
pada tahap yang membanggakan. Misalnya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 telah menyatakan dalam anjakan kelima iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
di tempatkan di setiap sekolah. Oleh itu, terciptalah program seperti NPQEL dan SKKSM.
Setiap pemimpin sekolah iaitu guru besar haruslah mahir tentang gaya kepimpinan
supaya mereka boleh memimpin dengan fleksibel berdasarkan situasi tertentu. Seorang guru
besar tidak harus berpegang hanya kepada satu gaya kepimpinan semata-mata. Seorang
pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan yang baik akan meningkatkan keberhasilan
organisasinya dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Gaya kepimpinan merupakan
cara seseorang pemimpin itu mengendalikan organisasi dan mempengaruhi orang bawahannya.
Pemimpin yang berkesan harus mempunyai gaya yang berbeza berdasarkan matlamat yang
berbeza supaya ia mampu untuk mempengaruhi pengikutnya. Menurut Nahravandi (2002),
gaya kepimpinan yang berbeza akan mempengaruhi prestasi organisasi atau keberkesanan
sesebuah organisasi tersebut.
Salah satu gaya kepimpinan yang sering diguna pakai oleh pemimpin sesebuah
organisasi ialah gaya kepimpinan transaksional. Gaya kepimpinan ini sering dibandingkan
dengan gaya kepimpinan transformasional. Hal ini kerana, dua-dua gaya kepimpinan ini
hampir sama dan hanya mempunyai perbezaan pada beberapa aspek. Gaya kepimpinan
transaksional antara gaya kepimpinan yang sering diamalkan oleh organisasi. Misalnya, guru
diberi anugerah cemerlang pada setiap tahun sekiranya mereka berjaya menunjukkan prestasi
yang cemerlang. Akan tetapi, anugerah cemerlang disediakan oleh pihak kementerian. Jika
dilihat pada peneguhan yang diberikan sendiri oleh guru besar, perkara ini dilihat amat jarang
berlaku.
2.0 TUJUAN

Tujuan utama kertas konsep ini adalah untuk mengetahui secara jelas mengenai kepimpinan
transaksional dalam meningkatkan kepuasan kerja guru. Selain itu, melihat hubungan antara
gaya kepimpinan transaksional dengan tahap kepuasan kerja guru dan seterusnya memberikan
cadangan tentang cara mentadbir dengan berkesan menggunakan gaya kepimpinan
transaksional. Oleh itu, kertas konsep ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada
guru besar untuk mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai untuk meningkatkan motivasi
guru-guru di bawah pimpinannya. Guru besar seharusnya mahir tentang gaya-gaya kepimpinan
supaya pentadbiran sekolah boleh berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, kertas konsep
ini bertujuan untuk membincangkan:
1. Mengetahui secara jelas mengenai kepimpinan transaksional dalam meningkatkan
kepuasan kerja guru.
2. Melihat hubungan antara gaya kepimpinan transaksional dengan tahap kepuasan kerja
guru.
3. Memberikan cadangan tentang cara mentadbir dengan berkesan menggunakan gaya
kepimpinan transaksional.
3.0 PERNYATAAN MASALAH

Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin mentadbir organisasinya. Setiap


pemimpin mempunyai gaya kepimpinannya tersendiri. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai gaya
kepimpinan yang telah dihuraikan oleh ahli ilmuan dari serata dunia. Misalnya, Tun Mahathir
Mohammad, mantan Perdana Menteri Malaysia dikenali dengan gaya kepimpinan autokratik
dan Nelson Mandela, mantan Presiden Afrika Selatan pula terkenal dengan gaya kepimpinan
demokratiknya. Setiap pemimpin mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza kerana
mempunyai organisasi yang berbeza. Menurut Sarvinder Singh & Ahmad Esa (2008)
pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk
membolehkan mereka menguruskan orang bawahan dalam menangani isu-isu yang timbul.
Setiap organisasi mempunyai orang bawahan yang mempunyai tret-tretnya tersendiri dan untuk
mengawal tret ini pemimpin haruslah menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai supaya
mereka boleh mencapai matlamat organisasi.
Secara harafiahnya, pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk memartabatkan
kepimpinan guru besar di sekolah. Kepemimpinan guru besar kini makin dipandang tinggi dan
diyakini berbanding dulu. Namun, ada golongan pendidik sendiri tidak mempercayai terhadap
kepimpinan guru besar dan ini menyebabkan guru tidak menjalankan kerja dalam persekitaran
yang positif. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap guru besar itu sendiri yang mengabaikan
gaya kepimpinan sendiri dan tidak menunjukkan kepimpinan yang boleh menjadi suri teladan
kepada masyarakat terutama guru sendiri. Azlin Norhaini (2006) menyatakan bahawa dalam
beberapa situasi, guru besar kelihatan masih kurang proaktif, kurang kreatif, kurang inovatif,
sering kali hilang fokus, dan sering kali hilang tumpuan kepada matlamat pengurusan sebenar
kerana terlalu kerap dan rencam menghadapi masalah yang sama. Tambahannya lagi, guru
besar kurang bersikap terbuka terhadap perubahan dan bersikap pasif terutamanya dalam
menangani masalah-masalah pengurusan walau yang rutin sekalipun.
Selain daripada itu, terdapat juga guru besar yang mempunyai masalah dengan orang
bawahannya sendiri. Perkara ini akan menjejaskan prestasi organisasi dan menjadikan
sesebuah organisasi itu lemah. Ini merupakan cabaran yang dihadapi oleh guru besar apabila
mentadbir sesebuah sekolah. Permasalahan yang sering berlaku terhadap guru besar ialah guru
yang telah lama berkhidmat tidak boleh menerima perubahan, terdapat guru yang tidak mahu
menerima teguran, guru yang tidak mempunyai profesionalisma keguruan, tiada semangat
kekitaan dalam organisasi, pentingkan diri sendiri, sentiasa berfikiran negatif, mempunyai
pelbagai puak, egoistik terhadap gred yang tinggi berbanding guru besar, dan sebagainya.
Kesemua perkara ini menjadikan guru besar tersebut dilihat sebagai lemah jika tidak mampu
untuk kendalikan sebarang permasalahan ini dengan baik. Terdapat beberapa kelemahan dalam
kepemimpinan guru besar yang boleh mengendalikan pengurusan sekolah, seperti amalan
kepemimpinan guru besar yang sentiasa merujuk kepada model birokratik menyebabkan
mereka kabur tentang peranan mereka sebagai pemimpin yang perlu menjana komitmen guru
di sekolah (Fullan 2001; Deal & Peterson 2000; Abdul Shukor 2004). Oleh demikian guru
berkualiti menjadi fokus utama dalam membangunkan profesion perguruan (Amin Senin 2005;
Fullan 2007). Tahap kepuasan kerja guru amat berkait rapat dengan pencapaian pelajar yang
menjadi pemangkin kepada perkembangan negara. Justeru itu, pembangunan profesional guru-
guru harus diberi perhatian oleh pemimpin sekolah dalam melahirkan guru-guru yang
kompeten dan dedikasi (Rusmini 2003). Kertas konsep ini akan memberikan cadangan tentang
cara kepimpinan guru besar dalam meningkatkan kepuasan kerja guru lantas membantu
organisasi untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
4.0 DEFINISI

4.1 Kepimpinan
Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau
tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke
sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula
“keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994). Kepimpinan
ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi.
Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi.
Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan
pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang
erat (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960). Kepimpinan merupakan satu subjek
yang menarik kepada semua golongan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu
yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah tentera atau mengarah empayar korporat.
Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tentera, politik, agama dan sosial. Perjuangan
pemimpin yang berani dan bijaksana menjadi intipati legenda dan mitos.
Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks. Dia
melihat kepimpinan sebagai satu fenomena manusia yang universal dan sukar difahami.
Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya
di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang
terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang
membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah
pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955). Seorang
ahli pengurusan pula, mendefinasikan kepimpinan sebagai “satu proses cubaan mempengaruhi
sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahliahli untuk
berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama” (Gribben 1972). Pemikir lain
berpendapat bahawa “kepimpinan secara amnya bermakna pengaruh, satu seni atau proses
mempengaruhi manusia supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah mencapai
matlamat bersama” (Koontz 1984).
“Kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang
lain supaya bekerja keras ke arah suatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk
membantu mereka mencapainya” (Fulmer 1988). Dalam penulisan “Leadership Dynamic”,
Hollander (1978) mendefinasikan kepimpinan sebagai “ satu proses pengaruh mempengaruhi
di antara pemimpin dan pengikut. Meskipun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan
pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dari paksaan. Proses kepimpinan selalunya
melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai
matlamat bersama”.
Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan di atas maka dapatlah dirumuskan
bahawa kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik.
Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti
dalam organisasi. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu
memiliki perancangan sendiri yang mantap. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi
bagi menetapkan matlamat, menyusun, mengarah dan menyelaras dan mengawal bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang
bawahan dan merupakan satu proses yang berterusan. Setiap keadaan memerlukan corak atau
gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang
bersifat khusus. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong
orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan yang berkesan
dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja
yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi
tercapai. Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa
yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan
melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang. Mengadakan perbincangan dan
membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu
perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan
kepuasan kerja. Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat dan
berdedikasi.

4.2 Kepimpinan Transaksional


Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki
sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif
organisasi. Kepemimpinan transaksional ialah kepemimpinan yang menggunakan kaedah
pertukaran iaitu pengikut akan diberi ganjaran sekiranya mengikut arahan yang diberikan.
(Edwin A. Locke 1999). Semua kepimpinan merupakan transaksional, tetapi transaksinya tidak
seharusnya sentiasa melibatkan ganjaran kemewahan jangka pendek. Kesemua pemimpin yang
berkesan seharusnya sentiasa sedar tentang keperluan pengikutnya, sama ada mereka sengaja
menunjukkannya atau berkehendakkan pemimpin untuk melihat kehendak mereka. Tarikan
yang boleh digunakan oleh seseorang pemimpin untuk menarik minat pengikut mereka ialah
ganjaran yang boleh dilihat (wang atau hadiah) atau ganjaran yang tidak boleh dilihat (bekerja
bersama-sama untuk mencapai matlamat dan tujuan organisasi) (Edwin A. Locke 1999).
Pemimpin transaksional membantu pengikut mengenal pasti apa yang perlu dicapai
dengan mengambil kita perkara yang boleh meningkatkan semangat pengikutnya dengan
memberikan ganjaran (David I. Bertocci 2009). Pemimpin akan menyediakan ganjaran kepada
pengikutnya untuk mendapatkan hasil kerja yang tinggi dan kemudiannya menarik
pengikutnya untuk cara kerja bagaimana yang membolehkan mereka mendapat ganjaran
tersebut (David I. Bertocci 2009). Pemimpin tersebut kemudian tidak akan melibatkan diri
dalam cara kerja pengikutnya tetapi sekiranya pengikutnya tidak mencapai objektif yang telah
disasarkan dia akan mengambil tindakan (David I. Bertocci 2009). George dan Jones dalam
David I. Berocci (1999) menyatakan bahawa kepemimpinan transaksional merupakan
pemimpin yang memberikan motivasi kepada pengikutnya dengan memberikan ganjaran untuk
meningkatkan prestasi kerja pengikutnya dan mengenal pasti kekurangan dan kelemahan
pekerjanya dalam mengendalikan sesuatu kerja.
Pemimpin transaksional menggunakan konsep arah-tujuan sebagai panduan; tetapi
pemimpinnya akan mengubahsuai tujuan, matlamat dan visi dan misi organisasi dalam
memastikan pencapaian yang tinggi. Feksibel adalah ciri utama kepimpinan ini begitu juga
dengan pengikutnya (David I. Bertocci 2009). Model Kepimpinan Transformational Burn’s
(1978) – Teori kepimpinan transaksional pada awalnya dipelopori oleh Max Weber pada tahun
1947 dan diperbaharui oleh Benjamin Bass, yang membuat hipotesis bahawa pemimpin
transaksional percaya bahawa orang bekerja berdasarkan ganjaran.
5.0 ULASAN KEPUSTAKAAN

Kepimpinan transaksional sering merupakan antara gaya kepimpinan yang sering digunakan
dalam pentadbiran dan oleh sebab itu ia juga sering dikaji oleh pakar akademik. Dalam
memastikan sesebuah pentadbiran dapat mengamalkan kepimpinan transaksional seorang
pemimpin di sekolah harus mempunyai satu usaha atau keinginan untuk memajukkan
organisasi tersebut dengan dibantu sepenuhnya oleh orang bawahan dan mempunyai hubungan
yang seimbang antara pemimpin dan orang bawahan. Kepimpinan transaksional
mengutamakan pemberian insentif kepada orang bawahannya agar mereka dapat menjalankan
tugas dengan sepenuh hati dan menaikkan sesebuah organisasi itu. Perkembangan zaman kini
yang sering dipengaruhi oleh teknologi dan menuntut semua orang untuk mempunyai ilmu
pengetahuan memerlukan sumber tenaga manusia yang berkualiti. Pernyataan ini disokong
dala kajian yang dijalankan oleh Desianty (2005) iaitu kesan terhadap kepimpinan
transaksional terhadap sesebuah organisasi mempunyai pengaruh yang signifikan.
Pemimpin transaksional boleh mengenal pasti beberapa jangkaan yang sering
diharapkan oleh seorang pemimpin dan sering kali memberikan ganjaran dengan digantikan
oleh tahap kompetensi seseorang pemimpin dan sentiasa merancang untuk menyatakan secara
jelas dan menunjukkan peranan dalam organisasinya yang baik. Terdapat dua faktor yang
dikenal pasti oleh Bass (1985) dalam menjalankan kepimpinan transaksional iaitu (1)
menguruskan tanpa pengecualian dan (2) ganjaran diluar jangkaan. Pemimpin transaksional
menggunakan ganjaran dalam bentuk penghargaan dan pujian, menaikkan pangkat,
meningkatkan mata merit, anugerah atau pemberian bonus (Bass 1985). Sikap memberi
ganjaran diluar jangkaan akan sepenuhnya meningkatkan prestasi kerja orang bawahan.
Prestasi seorang pemimpin itu dilihat pada penilaian sikap pemimpin itu dan hasil yang
diberikan untuk mencapai objektif sesebuah organisasi, mencapai matlamat tersebut akan
dikenalpasti oleh organisasi dan kesesuaian sikap interpersonal pengikutnya yang mempunyai
hubungan dengan norma organisasi.
Kepemimpinan transaksional lebih mengutamakan mengenai persekitaran yang stabil
dengan persaingan yang kecil (Tichy & Devanna 1986). Dalam persekitaran yang stabil,
kepimpinan transaksional mentadbir perkara-perkara yang mereka kenalpasti dan
mengabaikannya selepas mereka telah dapat apa yang mereka mahu dan terus mju ke hadapan.
Walau bagaimanapun, dalam persaingan masa kini pemimpin harus menetapkan satu
kewajiban untuk sebuah gaya kepimpinan yang baharu untuk memastikan prestasi dan daya
tahan sesebuha organisasi sebagai contoh kepimpinan transformasional. Tambahan lagi,
kepimpinan transaksional telah dihuraikan oleh Zaleznik (1977) sebagai seorang individu yang
mengurus diikuti dengan menetapkan matlamat, mengagihkan tugas dan menjalankan tugas
dengan memberi hukuman kepada pekerja yang tidak cemerlang dan memberi ganjaran pada
yang cemerlang. Kepimpinan transaksional memuaskan hati pengikutnya dengan mendengar
kehendak dan kemahuan pengikutnya (Wegner 2004). Dalam konteks ini, Seibert, Wang &
Courtright (2011) menyatakan bahawa kepimpinan traksaksional akan meningkatkan nilai
intrinsik mengikutnya terhadap prestasi kerjanya dan juga keyakinannya, dan membawa
mereka pada tahap motivasi yang tinggi. Oleh yang demikian, walaupun kepimpinan
transaksional mengharapkan hasil seperti yang dijangkakan, kepimpinan melampaui
ekspektasi berpotensi disebabkan oleh kepimpinan transformasional.
Aspirasi dan hala tuju para pengikut dan pemimpin menuju ke arah matlamat yang lebih
tinggi. Kedua-dua pemimpin dan pengikut diikat dalam satu pencarian matlamat dalam
membantu mereka mengenal pasti diri mereka sendiri. Oleh itu, sebuah kajian empirikal
mengenal pasti bahawa kepimpinan transformational boleh secara positifnya membantu
peningkatan prestasi, sikap dan kepuasan kerja pengikut (Liao & Chuang 2007; Walumbwa
2004). Sikap pemimpin transaksional adalah mengenai pertukaran di antara dua pihak iaitu
pengikut dan pemimpin, dengan cara ganjaran diberikan untuk usaha yang diberikan oleh
pengikut (Bums 1978).
6.0 IMPLIKASI KEPIMPINAN TRANSAKSIONAL TERHADAP
KEPUASAN KERJA GURU

Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan. Ia boleh
mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik atau lebih hebat dan mencapai
matlamat organisasinya. Pemimpin yang berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah
yang penting bagi organisasi. Di sekolah, guru besar adalah pemimpin atau peneraju dan
merupakan orang yang akan menentukan halatuju organisasi dan kakitangan. Guru besar
adalah perancang misi organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan terhadap
pencapian matlamat organisasi. Kejayaan organisasi dan maruah kakitangan dikatkan dengan
kualiti kepimpinan. Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu peminpin
yang dapat meningkatkan martabat organisasi. Dalam kertas konsep ini, jenas menerangkan
bahawa kepimpinan dalam sesebuah organisasi haruslah memainkan peranan penting dalam
kepimpinanya untuk mengubah organisasi dan juga sikap kakitangan.
Kewibawaan dan kecermerlangan kepimpinan sekolah mempunyai perkaitan dan
pengaruh yang kuat ke atas kualiti produk (anak murid) dalam usaha mencapai wawasan
pendidikan negara bertaraf dunia dan merealisasikan wawasan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Kepimpinan yang berkesan dengan guru-guru yang mempunyai
komitmen yang tinggi akan meneraju perubahan pada sekolah. Sebuah sekolah yang positif
pasti akan menghasilkan output yang positif. Kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu
supaya berusaha mencapai objektif kumpulan atau organisasi. Kepimpinan ialah proses
mempengaruhi kelompok, mengarah aktiviti mencapai matlamat yang sama.
Kepimpinan tidak boleh lari dari pengaruh mempengaruhi pemimpin dan orang yang
dipimpin. Pemimpin penting dalam pembentukan dan hala tuju organisasi. Kepimpinan berlaku
apabila seorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah
pencapaian sesuatu objektif organisasi. Kepimpinan ialah seni atau satu proses mempengaruhi
kegiatan manusia mencapai gol organisasi. Kunci dalam kepimpinan ialah pengaruh. pengaruh
ini memainkan peranan yang dominen dalan kejayaan sesuatu kepimpinan. Oleh yang
demikian, dengan kepimpinan transaksional yang diamalkan oleh guru besar dapat
memberikan impak yang besar kepada guru-guru untuk menghasilkan kerja yang memuaskan
hati.
Seorang pemimpin tansaksional yang mampu untuk mengamalkan gaya transaksional
dengan betul akan berjaya menarik guru-guru untuk mengikut arah yang dikehendaki. Pengikut
seharusnya mengikut bukan sebaliknya. Dengan menggunakan kepimpinan transaksional, guru
dapat menjalankan tugas dengan penuh berkaliber. Organisasi yang berjaya dibezakan dengan
organisasi tidak berjaya bergantung kepada gaya kepimpinan yang dinamik dan efektif.
Kejayaan organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesaan
dipimpin oleh pengetua yang cemerlang (Abd.Karim 1989). Atang Long dalam kajiannya
pada 1991 mendapati sekolah-sekolah yang mempunyai kejayaan yang tinggi dalam bidang
akademik adalah dipimpin oleh pengetua yang mempunyai kepimpinan yang berkesan. Pakar
pengurusan dan psikologi menjelaskan tiada satu bentuk kepimpinan yang tertentu mencapai
matlamat organisasi, oleh itu kepimpinan terbuka kepada perubahan dan kedaan persekitaran.
Pengurusan dan kepimpinan dua perkara yang saling berkaitan dan bersepadu, ini
kerana pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan.
Pengurusan dan kepimpinan yang berkesan akan dapat mengerakkan anggota organisasi
melaksanakan tugas dengan penuh didikasi ke arah mencapai aspirasi dan objektif yang
dirangka. Kajian perubahan atau kemajuan mengatakan bahawa sesuatu inovasi memerlukan
keadaan yang dapat mengerakkanya supaya dapat dilaksanakan, salah satu pengerak dengan
dengan kepimpinan yang berkesan . Pemimpin yang berkesan dapat mengubah organisasi dan
tingkahlaku kakitangan dari sedia wujud kepada suatu kedaan yang lebih dinamik dan
mempunyai matlamat pencapian. Ini dilakukan dengan mencipta wawasan organisasi,
menanam semangat bertanggungjawab melaksankana perubahan pada pekerja dan menyemai
budaya dan strategi baru bagi organisasi. Kepimpinan yang berkesan tidak dapat
dinafikan terbukti boleh mempengaruhi organisasi dan tingahlaku serta sikap kaki tangan
dibawahnya. (Husin.1993) dalam bukunya Kepimpinan dan keberkesanan Sekolah,
membezakan keberkesanan sekolah ialah kepimpinan guru besar.
Kepimpinan guru besar yang berkesan dapat memperbaiki tabait kerja kakitanganya ke
arah kemajuan sekolah. Pemimpin dapat membimbing, menunjuk ajar dan sentiasa memupuk
semangat kerjasama. Di samping itu juga, pemimpin akan sentiasa memberi sokongan kepada
kemahiran pengajaran, pengurusan bilik darjah dan memberi galakan inovasi serta
mengemukakan idea-idea baru pada kakitangan. Guru besar juga sebagai jurulatih atau guru
kepada guru. Guru besar juga harus meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran,
prestasi kakitangan. Guru besar seharusnya berperanan besar dalam membentuk dan memupuk
dalam diri guru-guru untuk membina minat pada profesion mereka.
7.0 CADANGAN MENINGKATKAN KEPIMPINAN
TRANSAKSIONAL

Kepimpinan transaksional adalah salah satu jenis kepimpinan yang berusaha mengenal pasti
dan memenuhkan keperluan peringkat rendah orang bawahan demi pencapaian matlamat
organisasi. Keperluan peringkat rendah ialah keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan
(Maslow). Oleh itu, sebagai cadangan bagi memenuhi keperluan ini sekali gus dapat
memotivasikan guru-guru, guru besar haruslah memainkan peranan sebagai pemimpin
transaksional. Kertas konsep ini akan mencadangkan beberapa peranan yang boleh diamalkan
oleh guru besar bagi meningtkatkan kepimpinan transaksionalnya dalam usaha meningkatkan
motivasi semua guru dengan berpandukan kepada ciri-ciri kepimpinan transaksional yang
dikemukakan oleh Bass. Seorang pemimpin transaksional haruslah memiliki ciri-ciri sebagai
berikut :
a. Contingent reward
Kontrak pertukaran penghargaan untuk usaha, penghargaan yang dijanjikan kepada individu-
individu di bawah pimpinannya.
b. Active management by exception
Melihat dan mencari penyimpangan dari aturan atau standard, mengambil tindakan perbaikan.
c. Pasive management by exception
Intervensi hanya jika standard tidak tercapai.
d. Laissez-faire
Memberikan kebebasan kepada orang bawahannya.

Dalam konteks ini, kepimpinan transaksional yang harus diamalkan oleh guru besar
ialah ‘Contingent reward’ . Dalam hal ini, guru besar haruslah menjelaskan perkara yang ingin
dicapai, pelaksanaan dan ganjaran yang akan diterima jika misinya berjaya. Pemimpin
transaksional memotivasikan pengikutnya dengan menawarkan ganjaran sebagai satu
pertukaran kepada tugas yang dilaksanakan. Operasi organisasi adalah pada aras “bertindak-
menerima” di mana pengikut bersetuju untuk bekerja (bertindak) kerana mengharapkan sesuatu
ganjaran (menerima) daripada organisasinya. Disebabkan itu, tiada komitmen peribadi
daripada pengikut untuk meningkatkan prestasi organisasi atau membuat perubahan kreatif dan
inovatif. Tindakan pengikut hanya sekadar mengekalkan status quo organisasi. Sebagai contoh,
jika seorang guru berjaya meningkatkan peratusan murid yang mendapat gred “A” dalam
sesuatu subjek, guru tersebut akan mendapat imbuhan atas kejayaan yang telah dicapai. Dengan
pemberian imbuhan ini, sudah pasti guru tersebut akan lebih bermotivasi untuk berusaha
dengan lebih gigih pada setiap masa.

Dalam teori kepimpinan transaksional, terdapat pengurusan secara pengecualian dan


ganjaran luar jangka. Kepimpinan mengikut gaya pengurusan secara pengecualian akan
menjelaskan hukuman yang diterima jika gagal mencapai standard yang dipersetujui.
Pemimpin haruslah memberi perhatian serius kepada kesalahan yang dilakukan oleh orang
bawahan. Setiap kesalahan akan dihebahkan dan tindakan yang setimpal akan diambil. Sebagai
contoh, Guru Besar telah menetapkan sesuatu standard yang perlu dicapai oleh guru-guru dan
pekerja-pekerja sekolah dalam menjalankan tugas masing-masing. Namun, jika mereka gagal
mencapai standard tersebut, Guru Besar akan mengenakan tindakan atau meminta mereka
memberikan sebab sesuatu standard tidak tercapai. Hal ini bertujuan memastikan semua guru
lebih kimited dan menjalankan tugas dengan tanggungjawab. Guru besar yang tidak
mengenakan sebarang tindakan apabila guru-guru di bawah pimpinannya akan menyebabkan
guru-guru lain berasa tidak adil dan mereka juga akan terdorong melakukan kesalahan yang
sama kerana tiada tindakan dikenakan ke atas mereka.

Kepimpinan ganjaran luar jangka pula akan menetap dan menjelaskan perkara yang
ingin dicapai, pelaksanaan dan ganjaran yang akan diterima jika misinya berjaya. Guru besar
transaksional boleh memotivasikan pengikutnya dengan menawarkan ganjaran sebagai satu
pertukaran kepada tugas yang dilaksanakan. Operasi organisasi adalah pada aras “bertindak-
menerima” di mana pengikut bersetuju untuk bekerja (bertindak) kerana mengharapkan sesuatu
ganjaran (menerima) daripada organisasinya. Disebabkan itu, tiada komitmen peribadi
daripada pengikut untuk meningkatkan prestasi organisasi atau membuat perubahan kreatif dan
inovatif. Tindakan pengikut hanya sekadar mengekalkan status quo organisasi. Sebagai contoh,
jika seorang guru berjaya meningkatkan peratusan murid yang mendapat gred “A” dalam
sesuatu subjek, guru tersebut akan mendapat imbuhan atas kejayaan yang telah dicapai.

Selain itu, guru besar juga harus mengamalkan gaya kepimpinan laissez-faire, yang
bermaksud biarkan mereka bersendirian. Guru besar harus memastikan tindakan susulan dan
pemulihan dijalankan kepada murid yang bermsalah. Secara ringkasnya, pemimpin ini
membiarkan orang bawahan melakukan tugas-tugas organisasi mengikut cara masing-masing
dan hanya campur tangan apabila diminta berbuat demikian. Contohnya, Guru Besar
memberikan tugasan kepada tukang kebun untuk mencantikkan kawasan sekolah, namun
beliau tidak menetapkan sebarang cara atau cadangan. Tukang kebun tersebut bebas untuk
menggunakan kepakaran dan pengalaman beliau untuk mencantikkan kawasan sekolah. Begitu
juga dengan guru-guru, guru besar perlu memberikan kebebasan kepada guru-guru untuk
menjalankan kaedah pengajaran mengikut kreativiti mereka. Guru besar hanya bertindak
sebagai pemudah cara atau pembimbing sahaja. Bukan sahaja dalam bidang pengajaran, malah
dalam hal-hal melibatkan pengendalian program sekolah dan sebagainya. Kebebasan yang
diberikan akan memudahkan guru-guru untuk berkreativiti dan tidak terhad terhadap satu-satu
cara sahaja. Hal ini secara tidak langsung akan lebih bermotivasikan guru-guru untuk
menjalankan tugas dengan penuh komited, dedikasi dan cemerlang. Sebagai contoh, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum ingin menganjurkan projek perkhemahan peringkat sekolah,
beliau hanya melantik seorang guru penasihat bagi program tersebut. Jadi, guru penasihat
tersebut perlu merancang aktiviti serta perkara-perkara yang berkaitan bersama ahli
jawatankuasa yang lain. Ini menggambarkan pemimpin transaksional yang memberikan
kebebasan terhadap orang bawahan untuk mencari kaedah terbaik dalam menyelesaikan
tugasan yang diberikan. Pengaruh pemimpin adalah minimum terhadap sesuatu projek atau
program yang dijalankan kerana orang bawahan yang menjadi penggerak utama. Pemimpin
menjadi pemantau bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar.

Kepimpinan guru besar yang dinamik dan bersungguh merupakan pembolehubah


membawa kejayaan sekolah. Guru besar berkesan ialah guru besar yang memainkan peranan
sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan jelas tentang organisasinya dan kaki
tanganya. Menurutnya ada 4 peranan pemimpin untuk mencapai perubahan organisasi dan
perubahan sikap kakitangan iaitu; (1) Mempunyai kemahiran teknikal, pemimpin mesti
bertindak sebagai jurutera perubahan. Tumpuan mestilah kepada teknik pengurusan dan
pentadbiran yang cekap, mahir memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin
keberkesanan yang maksimum. Kemahiran yang dinyatakan termasuklah, perancangan,
pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan. (2) Pemimpin berperanan sebagai jurutera
manusia. Pemimpin sewajarnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia dalam
organisasi, termasuk membina dan mengekalkan moral tinggi dikalangan kakitangan,
mengalakkan inovasi, kreativiti dan memberi sokongan kepada kakitangan. (3) Pemimpin
utama organisasi, akan menyumbang kepada kepakaran. Pemimpin mesti mahir dalam
pengurusan, kurikulum, dignosis keperluan kakitangan, penilian, atau pencerapan yang
berkesan. (4) Pemimpin simbolik, merujuk kepada pemimpin sebagai ketua yang memberi
isyarat tentang nilai, kepentingan , tujuan atau wawasan sesuatu perkara yang hendak dicapai.
Pemimpin turun kebawah, melihat sekitar organisasi, mengetuai upacara rasmi, cuba
mengenali kakitangan dengan lebih dekat. (5) Pemimpin budaya, yang berusaha mencari,
mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya menjadikan organisasi
itu satu organisasi yang utuh dan kukuh. Dengan mengadakan aktiviti bersosial antara
kakitangan dan murid dan murid dengan budaya organisasi dapat membantu pemimpin untuk
menjalankan tugas sebagai peimpin transaksional dengan baik. Majlis untuk memberi hadiah
dan penghargaan dapat mengekalkan imej dan prestasi organisasi.
8.0 KESIMPULAN

Seorang pemimpin seharusnya mempunyai kemahiran kemimpin yang baik selain daripada
mempunyai ilmu tentang kepimpinan. Kebanyakkan pemimpin yang agung terdahulu
dilahirkan sebagai pemimpin dan mempunyai satu daya tarikkan sehingga mampu untuk
menarik ramai orang menjadi pengikutnya. Sebagai contoh, Atilla the Hunt yang dikatakan
seorang yang kejam tapi mampu untuk memiliki ramai pengikut. Hal ini berlaku kerana, daya
kepimpinan dalam dirinya yang menjadikan dia diangkat sebagai pemimpin yang baik. Antara
contoh yang lain, mantan perdana menteri negara Tun Dr. Mahathir bin Mohammad
merupakan seorang pemimpin yang disegani bukan sahaja di dalam negara tetapi serata dunia.
Pelbagai negara telah mengangkat dan mengakui kehebatan kepimpinan beliau. Hal ini juga
disebabkan oleh ciri kepimpinan dalam dirinya yang menjadikannya seorang pemimpin yang
baik.
Walau bagaimanapun, untuk mencari seorang pemimpin yang mempunyai daya
kepimpinan yang tinggi bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh sebab itu, kementerian pendidikan
telah memasukkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 salah satu
perkara yang perlu ditambah baik ialah nilai kepimpinan guru besar. Usaha-usaha yang
dilakukan seperti kursus NPQEL untuk bakal guru besar yang mahu menyandang jawatan
sebagai guru besar seharusnya dipuji kerana ia dapat membantu sepenuhnya kepada
perkembangan organisasi sekolah. Oleh yang demikian, guru besar seharusnya mengambil
inisiatif untuk memupuk daya kepimpinan dalam diri jika kekurangnya daya tersebut. Guru
besar seharusnya sedar bahawa pengikut mereka iaitu guru-guru terkesan secara langsung hasil
daripada keperibadian guru besar itu sendiri. Bagaimana cara guru besar itu mentadbir
sesebuah sekolah dapat dilihat daripada hasil yang dikeluarkan iaitu murid-murid.
Guru besar yang dapat mengamalkan gaya kepimpinan transaksional dapat
meningkatkan prestasi organisasi tersebut. Hal ini berlaku disebabkan, guru-guru akan lebih
bermotivasi apabila sering disogok dengan hal-hal yang positif seperti pemberian bonus dan
penghargaan. Setiap manusia dahagakan penghargaan dalam apa setiap yang dilakukan.
Pemimpin seharusnya peka terhadap perkara yang dilakukan oleh orang bawahanya. Di
sekolah terdapat segelintir guru besar yang langsung tidak ambil tahu atas setiap aktiviti yang
dilakukan oleh guru-gurunya dalam membantu menaikkan nama sekolah. Hal ini lama
kelamaan akan menjadikan guru tersebut bermotivasi rendah dan tidak lagi akan memberikan
komitmen yang sama. Terdapat juga guru besar yang hanya memandang pada usaha seorang
guru sahaja sedangkan guru yang lain diabaikan walau sebesar manapun kejayaan yang
diberikan kepada sekolah. Semua perkara ini harus dielakkan dan disedari oleh guru besar
bahawa mereka sendiri yang telah menjatuhkan organisasi mereka dan mereka yang menjadi
penyebab kepada matlamat yang tidak tercapai.
Kejayaan pendidikan negara sekarang ini berpunca dari kepimpinan yang berkesan dan
wawasan yang jelas. Pemimpin yang berfikiran luas, berpandangan jauh, pemimpin berdaya
maju, berinisiatif, kreatif, berinovasi dan semangat yang tinggi akan menghasilkan sebuah
sekolah yang cemerlang. Pemimpin yang yakin pada kepimpinan dan melaksanakan tugas
dengan amanah, produktif, keikhalasan dan kematangan akan bertindak sesuai dengan
perkembangan semasa dan kehendak kakitangan. Pemimpin harus menjalankan perancangan
berperingkat dan berterusan, memastikan penglibatan semua warga dalam semua aktiviti,
memberikan penghargaan pada kakitangan, mengharapkan keputusan secara kolektif dan
pendekatan musyarah serta hubungan baik dengan agensi luar akan meletakktan kepimpinan
sekolah cemerlang dan dihormati. Kemajuan dan perubahan organisasi bergantung kepada
individu dalam organisasi, menggunakan kemudahan yang kondusif, tanpa pembaziran tenaga
dan sumber.

You might also like