You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) SEPANG

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

Bilangan Mesyuarat : (1/2016)


Tarikh : 19.01.2016
Masa : 1.30 p.m.
Tempat : BILIK GURU

Hadir

1. Cik. Thilagawathi A/P Karthiraveloo (GPK Kurikulum)


2. Pn. Suppammah (GPK HEM)
3. Pn.Elanthamilvani (GPK Kokurikulum)
4. En.Kukan Nallapen - Ketua Panitia
5. Pn. Chandralegah a/p Karnan - Setiausaha

Tidak Hadir dengan Maaf


-Tiada-

Urus Setia

Panitia Kemahiran Hidup

Ketua Panitia
(En. Kukan Nallapen)

1 PERUTUSAN PENGERUSI

YBhg. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam kegemilangan,


salam perpaduan dan salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan” serta mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir.

Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Minit Mesyuarat tanpa pindaan boleh direkodkan seperti yang berikut:

Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup & RBT Bilangan 3 Tahun 2015 yang
bertarikh 28/10/2015 disahkan tanpa pindaan.

Dicadang oleh: Pn. K.Chandralegah


Disokong oleh: Pn. Elanthamilvani

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

- Tiada -
4 PERKARA BARU/LAPORAN

4.1 Rancangan tahunan Panitia RBT & KH dibentangkan. Antara aktiviti yang
dirancang ialah Program Keceriaan Bilik KH dan Taman Pertanian. Selain itu,
Hari Keusahawanan juga dalam perancangan Tahun 2016.
.
Makluman : Semua guru KH & RBT

4.2 Taman pertanian diwujudkan dengan kerjasama Panitia Sains dan diberikan
peluang kepada murid untuk menjaga tanaman mereka. Hasil tanaman dijual dan
keuntungan digunakan untuk membeli peralatan RBT.

Makluman : Semua guru KH & RBT

4.3 Anggaran permarkahan bagi peperiksaan RBT telah diputuskan dan disahkan oleh
GPK Kurikulum. Butiran permarkahan adalah seperti berikut.
Ujian :- 50%
Projek :- 50%
Makluman : Semua guru KH & RBT

4.4 Projek-projek RBT perlu dipelbagaikan dan ia akan menarik minat murid untuk
hadir ke sekolah.
Makluman : Semua guru KH & RBT

5 HAL-HAL LAIN

-Tiada-

6 UCAPAN PENAGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh :

…………………....... ......
(K. CHANDRALEGAH)
Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup

You might also like