You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR

34950,BANDAR BAHARU,KEDAH.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM GURU BIL 2 / 2018

Tarikh : 23 APRIL 2018 (ISNIN )


Masa : 2.30 PETANG
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama
Pengerusi : En Md Rani B. Omar

Kehadiran
1. Puan Suriyati bt Sumari PK 1
2. En. Md Rani b Omar PK HEM
3. Puan Normata’siah bt Ahmad
4. Puan Hajah Jamilah bt..M.Kalandar
5. Puan Suraya bt.Embi
6. Puan Amilia bt.Saad
7. Puan Hindon bt.Abu Bakar
8. Cik Zurainie bt.Muhd.Neyan
9. En.Khairil Nazim bin Isa
10. Puan Yuslinda bt.Yaacub
11. En. Baihaki bin Abdul Wahab
12. Puan Noor Azizah bt Jaafar
13. Puan Zunaida bt Zainol
14. En. Mohd Amin bin Md Ali
15. En. Shahril Nizam bin Ya’akub
16. Puan Hairani bt Raduan
17. Puan Hajah Rozi Hasniyani bt Dato’ Haji Mohd Hashim Nordin
18. Cik Ropidah bt Mehat

Tidak Hadir
1. Encik Aznir b Ahmad Cuti
2. Puan Junaidah bt Zakaria Kursus
3. Cik Hairnaney bt Sadri Kursus

I. PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat


HEM kali kedua sesi 2018.

Tindakan : makluman

II. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KELAS

1
2. Semua guru kelas diminta diminta melengkapkan kelas. Maklumat yang perlu ada di
setiap kelas adalah seperti jadual waktu, jadual bertugas, visi dan misi sekolah,
jadual VLE Frog, Falsafah Pendidikan dan perkara-perkara yang dirasakan perlu.
3. Diucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah berjaya melengkapkan kelas
dengan maklumat yang dinyatakan.
Tindakan : Semua Guru Kelas

III. UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


4. Guru bertugas perlu pantau makanan dan minuman yang disediakan untuk murid
RMT. Guru bertugas perlu memastikan makanan yang disediakan mengikut menu
yang ditetapkan oleh Unit RMT.
5. Murid-murid perlu mengambil kad RMT masing-masing dan dimasukkan ke dalam
bekas RMT supaya murid yang tidak hadir dapat dikenal pasti oleh guru bertugas.
6. Guru diminta menanda buku kehadiran murid RMT.

Tindakan : Semua Guru

IV. UNIT KEBAJIKAN DAN BANTUAN MURID SEKOLAH


7. Pengerusi memaklumkan Program Penerima Zakat akan diteruskan.
8. Pengerusi turut meminta Tabung Kebajikan diedarkan setiap minggu untuk
mengumpul dana dan derma daripada murid.
9. Beliau turut menyatakan sumbangan dan derma daripada pihak luar yang diterima
terutamanya pada bulan Ramadhan hendaklah dikumpulkan dan diberikan pada
satu tarikh yang ditetapkan.
Tindakan : makluman

V. UNIT DISIPLIN (PENGAWAS)

10. Puan Hindon memaklumkan bahawa pada awal tahun telah diadakan Kursus
Pengawas dan Pentauliahan Pengawas.
11. Perjumpaan mingguan akan diadakan pada hari Ahad selepas rehat dengan semua
pengawas untuk menyampaikan info berkaitan Pengawas.
12. Jadual bertugas pengawas perlu ditampal di papan kenyataan pengawas.
13. Skop tugas pengawas perlu ditambah baik mengikut keperluan semasa supaya
pengurusan pengawas dapat dijalankan dengan lebih teratur dan efisien.

Tindakan : JK Unit Pengawas

VI. UNIT PENDAFTARAN PRA SEKOLAH


14. Pn. Yuslinda memaklumkan permohonan awal bagi pendaftaran murid Pra Sekolah
melalui talian adalah pada bulan 1 Mac hingga 31 Mei 2018. Manakala proses
pemilihan akan dijalankan pada bulan September dan Oktober untuk proses
pendaftaran.
15. Beliau juga memaklumkan maklumat murid Pra Sekolah tahun 2019 telah pun
dikemaskini dalam Sistem Maklumat Pra Sekolah Kebangsaan.

Tindakan : JK Unit Pendaftaran Pra Sekolah

VII. UNIT 3K

2
16. Pelaksanaan Jom Bersih 5 minit sebelum balik perlu dijadikan amalan oleh semua
murid dengan pemantauan daripada guru mata pelajaran akhir supaya sentiasa kemas
dan bersih.
17. Puan Jamilah memaklumkan bahawa ceramah Jenayah telah diadakan dan latihan
kebakaran akan diadakan selepas UPSR. Beliau berharap agar guru-guru dapat
menegur murid-murid mengenai penjagaan kebersihan kawasan sekolah( tabiat
menyelit sampah ke dalam pokok bunga)

Tindakan : JK Unit 3K

VIII. UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


18. Ustaz Shahril Nizam mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru
atas kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada PK HEM yang
mengambil berat mengenai ketidakhadiran murid ke sekolah.
19. Beliau juga berharap agar murid-murid diberi teguran mengenai amalan kebersihan diri.
20. Pengerusi berharap agar semua dokumentasi dimasukkan ke dalam fail.

Tindakan : Makluman

IX. APDM
21. Pengisian APDM akan dilakukan oleh PK HEM dan Puan Faridah.
22. PK HEM memaklumkan semua guru kelas perlu mengemaskini data murid untuk
mengelakkan ralat.
23. Guru kelas diminta melengkapkan maklumat dalam APDM. Semua maklumat yang
dikehendaki perlulah diisi dengan segera bagi memudahkan urusan ketika hal
kecemasan.
24. Guru kelas perlu mengemaskini maklumat pendapatan ibu bapa untuk membolehkan
mereka layak mendapat bantuan RM100 bagi pendapatan isi rumah di bawah RM3000.

Tindakan : Makluman

X. PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

25. Tiga orang guru bertugas setiap minggu di pintu pagar, RMT dan perhimpunan. Guru
yang tidak boleh datang sila maklumkan kepada Tuan Guru Besar.
26. Guru Besar berharap agar semua dokumentasi, senarai AJK program ada di dalam fail.
Hadiah hari lahir murid bulan ini diadakan pada hujung bulan ini.

Tindakan : Makluman

XI. KEDAI BUKU

3
27. Puan Amilia memaklumkan bahawa Kedai Buku akan menampung kos bayaran kertas
ujian dan kertas peperiksaan elektif sertas kertas fotostat untuk lembaran kerja murid
setiap hari.
Tindakan : Makluman

XII. PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH


28. Pengusaha kantin perlu mempelbagaikan makanan guru.
29. Kebersihan kantin perlu dijaga.
30. Makanan murid perlu sentiada bertutup. Elakkan dari terdedah.
31. Penjualan makanan adalah terkawal.makanan yang dijual kepada murid mematuhi
peraturan .

Tindakan : Makluman

XIII. HAL-HAL LAIN


32. Guru Besar berharap agar keceriaan dan kebersihan kelas akan dipertingkatkan lagi.
33. Semua guru diminta menulis kesalahan murid di dalam buku adab.
34. Puan Normata’siah berharap agar pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan yang
tidak menyiapkan kerja sekolah diambil tindakan tegas.
35. Puan Amilia meminta agar murid-murid yang lewat datang atau hampir lewat datang
pada hari Ahad menghantar beg mereka ke dalam kelas.

PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.25 petang.

Minit disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………….
Nor Atika Bt Harun
Setiausaha HEM

You might also like