You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR

34950,BANDAR BAHARU,KEDAH.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM GURU BIL 3 / 2018

Tarikh : 23 APRIL 2018 (ISNIN )


Masa : 2.30 PETANG
Tempat : BILIK MESYUARAT UTAMA
Pengerusi : EN. MD RANI BIN OMAR

Kehadiran
1. Encik Aznir b Ahmad Guru Besar
2. Puan Suriayati bt Sumari PK 1
3. En. Md Rani b Omar PK HEM
4. Puan Normata’siah bt Ahmad
5. Puan Hajah Jamilah bt..M.Kalandar
6. Puan Suraya bt.Embi
7. Puan Hindon bt.Abu Bakar
8. Cik Zurainie bt.Muhd.Neyan
9. En.Khairil Nazim bin Isa
10. Puan Yuslinda bt.Yaacub
11. En. Baihaki bin Abdul Wahab
12. Cik Hairnaney bt Sadri
13. Puan Zunaida bt Zainol
14. En. Mohd Amin bin Md Ali
15. En. Shahril Nizam bin Ya’akub
16. Puan Hairani bt Raduan
17. Puan Hajah Rozi Hasyani bt Dato’ Haji Mohd Hashim Nordin
18. Cik Ropidah bt Mehat
19. Cik Hairnaney bt Sadri
20. Puan Junaidah bt Zakaria

Tidak Hadir
1. Puan Amilia bt.Saad CRK
2. Puan Noor Azizah bt Jaafar Bengkel

I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab dan doa.
2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat HEM kali ketiga
bagi tahun 2018.

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

1
3. Minit mesyuarat Bil 2/2018 disahkan oleh Cik Ropidah bt Mehat dan disokong
sebulat suara oleh semua guru yang hadir.

III. PERKARA BERBANGKIT


4. Tiada

IV. LAPORAN / PERKARA PERBINCANGAN


5. MAKLUMAN BERKENAAN PROGRAM BAGI MURID TAHUN 6
5.1 Pn. Suriayati memaklumkan bahawa program Solat Hajat & Majlis Restu
Ilmu akan dijalankan pada 23 September 2018 (Ahad) di Dewan Al- Khazini,
jam 8.30 pagi.
5.2 Pn. Suriayati meminta agar para ibu bapa dimaklumkan mengenai program
ini melalui whatsapp terlebih dahulu. Surat jemputan akan diberi kemudian.
5.3 Pn. Suriayati juga meminta agar AJK PIBG (ibu bapa) dimasukkan dalam
senarai nama AJK yang akan bertugas pada hari kejadian nanti.
5.4 Makanan sempena solat hajat akan disediakan oleh AJK PBIG secara
bergotong royong.

Tindakan: Makluman

6. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


6.1 Rancangan Makanan Tambahan berjalan lancar sepanjang tahun.
6.2 Terdapat beberapa murid yang sama telah dikenalpasti makan dengan
lambat sehingga menjejaskan waktu pdpc selepas rehat.
6.3 Guru bertugas diminta memantau murid tersebut supaya dapat makan
dengan lebih cepat.

Tindakan: Makluman

7. KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS


7.1 Guru-guru kelas diminta memastikan laci meja kelas dikosongkan. Murid-
murid tidak dibenarkan meninggalkan buku atau sampah di dalam laci meja.
7.2 Laci meja kelas perlu dibersihkan seminggu sekali dengan pantauan guru.

Tindakan: Makluman

8. BUKU LAPORAN BERTUGAS :


8.1 En. Md Rani meminta guru bertugas agar mencatat apa sahaja maklumat
yang disampaikan dalam perhimpunan ke dalam buku laporan bertugas
mingguan.
8.2 Menurut Md Rani, ini adalah bukti sekiranya pemantau datang dan bertanya
tentang cara maklumat disampaikan di sekolah.

Tindakan: Makluman

9. BIMBINGAN DAN KAUNSELING :


9.1 En. Md Rani mengucapkan tahniah kepada En. Shahril Nazim kerana
program-program di bawah unit bimbingan dan kaunseling berjalan dengan
lancar, seperti lawatan ke rumah murid, sambutan hari lahir, dll.

2
Tindakan: Makluman

10. APDM :
10.1 Guru kelas diminta untuk mengisi sendiri maklumat dalam APDM.
10.2 Guru waktu pertama diminta untuk memaklumkan kehadiran murid dalam
telegram agar mudah guru kelas isi maklumat kehadiran dalam APDM.

Tindakan: Makluman

11. PPDa :
11.1 En. Md Rani memaklumkan bahawa tiada aktiviti PPDa di peringkat zon,
namun meminta agar aktiviti berkaitan PPDa dijalankan di peringkat
dalaman.

Tindakan: Makluman

12. KESIHATAN :
12.1 En. Abdullah meminta agar AJK Kesihatan menjalankan Hari Sihat dengan
menjalankan aktiviti senamrobik.

Tindakan: Makluman

13. BUKU REKOD KEDATANGAN


13.1 Dalam buku rekod kedatangan, guru-guru diminta agar tidak menggunakan
cecair pemadam sekiranya ada kesalahan, sebaliknya hanya potong / garis
sahaja, kemudian tandatangan ringkas dan tulis maklumat yang betul.
13.2 En. Md Rani turut mengingatkan agar peratus kehadiran di muka hadapan
dan belakang buku rekod kehadiran diisi dengan lengkap.
13.3 En. Md Rani juga memohon agar guru-guru kelas sentiasa cakna dengan
murid yang tidak hadir. Murid yang terlalu kerap tidak hadir ke sekolah perlu
diberi surat amaran.

Tindakan: Makluman

14. DISIPLIN
14.1 En. Md Rani minta agar semua guru mainkan peranan dalam usaha
mengawal disiplin murid.
14.2 Guru-guru perlu tegur kesilapan murid seperti rambut, pakaian dan tingkah
laku agar murid tidak melakukan kesalahan tersebut dengan berterusan.
14.3 Sekiranya guru sukar mengurus satu-satu situasi atau kes, guru boleh
serahkan pada En. Khairil Nazim selaku guru disiplin untuk kendalikan kes
berkenaan.
Tindakan: Makluman
15. HAL-HAL LAIN :
15.1 Guru Besar memaklumkan bahawa markah PdPc guru-guru bagi bulan Julai
akan dimasukkan.
15.2 Hari Usahawan Sekolah akan dijalankan pada 14 Oktober 2018
3
15.3 Tahun ini merupakan tahun terakhir Pn Farihan menjadi pengusaha kantin
SKPP. Permohonan tender baru kantin akan dibuka tidak lama lagi.
15.4 En. Md Rani mengingatkan unit-unit jawatankuasa HEM untuk jalankan
mesyuarat bagi setiap jawatankuasa kecil yang ada. Minit mesyuarat juga
perlu ada. Ketua setiap unit diminta melaporkan perkembangan aktiviti yang
telah dirancang atau dijalankan kepada setiausaha HEM dari semasa ke
semasa.

Tindakan: Makluman

PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.56 petang dengan ucapan terima kasih daripada
Pengerusi kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

............................................... ..........................................................
(NOR ATIKA BT HARUN)
Setiausaha HEM,
SK Permatang Pasir,
Bandar Baharu,
Kedah

You might also like