You are on page 1of 1

MANUAL REF.

O&M/SOP/2011/1
DATE ISSUED: 29 MAC 2011
ISSUE NO. 1
EDITION NO. 1
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
PAGE NO. 3/9
OPERATION AND MAINTENANCE DIVISION
OPERATION AND MAINTENANCE PROCEDURES MANUAL
GARISPANDUAN TEKNIKAL PENGALIHAN PAIP AIR
SUBJECT
[Technical Guideline for Pipe Diversion]

3.4. Analisis Kestabilan Tanah wajib dikemukakan oleh Jurutera Perunding Bertauliah jika diminta
oleh pihak SYABAS.

3.5. Sekiranya terlalu banyak paip air terlibat untuk dialihkan, cadangan untuk mengalihkan
kedudukan struktur binaan tersebut atau pembinaan terowong servis (service tunnel) harus
dipertimbangkan bagi mengelakkan gangguan kepada ramai pengguna.

3.6. Semua saluran paip air besi keluli yang bergaris pusat 700mm dan ke atas hendaklah dibuat
kimpalan luar dan dalam berserta cement lining pada setiap sambungan.

3.7. Saluran paip air tersebut perlu ditimbus menggunakan pasir berlapis-lapis di bawah dan atas
dengan dipadatkan menggunakan mesin pemampat mekanikal atau yang setaraf dengannya.
Satu lapisan pasir untuk menyerap air setebal 150mm perlu disediakan pada bahagian bawah
paip korekan (trench).

3.8. Bagi korekan di bawah jalan berturap, lapisan batu kerikil (crusher run) setebal 300mm perlu
disediakan sebelum Binder Course setebal 60mm dan Wearing Coarse setebal 40mm untuk
turapan semula.

3.9. Kedalaman antara permukaan saluran paip hingga ke aras akhir jalan mestilah tidak kurang
daripada 1.2 meter. Sekiranya kurang daripada jarak tersebut, perlindungan ke atas paip adalah
diperlukan. Cadangan perlindungan paip perlu dikemukakan untuk semakan dan kelulusan
SYABAS. Kaedah perlindungan secara ’Concrete Surround’ adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Sekiranya cadangan perlindungan menggunakan ’Concrete Slab’ dikemukakan, ia mestilah
direkabentuk untuk memudahkan kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan paip air.

3.10. Lukisan yang berkaitan kerja-kerja pemasangan paip air dan turapan semula jalan adalah
dilampirkan seperti di Lampiran 2. Lukisan dan Spesifikasi yang lengkap boleh diperolehi
daripada laman web rasmi SYABAS bertajuk ’SYABAS STANDARD SPECIFICATION FOR PIPE
LAYINGWORKS’.(www.syabas.com.my/mainservice.php?pg_post=2&pg_id=4&menu_id=49)

3.11. ’Utility Mapping’ adalah wajib dijalankan disekitar kawasan pengalihan paip dan dikemukakan
kepada SYABAS untuk semakan.

You might also like