You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG LIMA BELAS

35800 Slim River, Hulu Selangor, Selangor


§¾º¢Â Ũ¸ Ä£Á¡ À¢Ç¡Š §¾¡ð¼ò ¾Á¢úôÀûÇ¢
35800 º¢Ä¢õ âÅ÷, ¯Ö º¢Ä¡íÜ÷, º¢Ä¡íÜ÷
KOD SEKOLAH : BBD 5051

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BILANGAN 2 TAHUN 2018

Tarikh : 17 April 2018

Masa : 1.30 tengah hari – 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, SJK (T) Ladang Lima Belas

Pengerusi : En. K. Kalayvanan (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) : 5 orang

Nama yang hadir : En. Kalayvanan (Guru Besar)


En. Sivarajan (GPK Pentadbiran)
En. Kutty Krishnan a/l Ittan
Pn. Thunisha
Cik. Monashangkari

Turut Hadir (Jika ada) : -

Nama yang tidak hadir : -

Urus Setia Mesyuarat : En. Sivarajan (GPK Pentadbiran)

En. Kutty Krishnan a/l Ittan (Ketua Panitia BI)

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Tuan Pengerusimengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa Inggeris ke


Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bilangan 2 Tahun 2018.

1.2 Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan hal-hal
yang berkaitan dengan Panitia Bahasa Inggeris.

1.3 Beliau berharap semua guru Bahasa Inggeris memberi komitmen yang tinggi dan
menjalankan tugas selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.4 Tuan Pengerusi menyatakan bahawa guru-guru telah melaksanakan tugasan


dengan baik dan bersikap ‘team building’ serta meminta meneruskan usaha ini
secara berterusan supaya mencapai matlamat sekolah.

1.5 Tuan Pengerusi berharap mesyuarat dijalankan dengan lancar dan mendapat kata
putus yang sewajarnya.

1.6 Tuan Pengerusi menyatakan semula KPI sekolah untuk UPSR bagi tahun 2018
adalah 2.15 dan KPI PPD adalah 2.14. Oleh itu, beliau berharap agar semua guru
akan berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang pada tahun ini..
1.7 Guru Besar memaklumkan tentang saranan jabatan berdasarkan pekeliling-
pekeliling yang diedarkan.

1.8 Guru Besar meminta guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris semasa pengajaran dan pembelajaran
supaya meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan murid.

1.9 Puan Pengerusi menjelaskan semula tentang visi dan misi sekolah serta usaha
yang diperlukan oleh semua guru untuk menjayakannya.

1.10 Guru Besar meminta semua guru menggunakan bahan bantu belajar yang kreatif
supaya murid-murid lebih berminat untuk belajar.

1.11 Guru Besar berpesan supaya semua guru peka terhadap perkembangan semasa
dalam dunia pendidikan terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran BI.

1.12 Guru Besar menerangkan tentang dasar dan polisi Kementerian Pelajaran
Malaysia iaitu Program NKRA iaitu Program LINUS 2.0, MBMMBI dan Pdp Abad
ke-21.

1.13 Beliau menjelaskan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dirangka


berasaskan tiga objektif khusus, iaitu memahami cabaran semasa pendidikan di
Malaysia, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan
menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,
termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.14 Beliau menyatakan bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memberi
tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan
berkualiti dan berkemampuan, iaitu Prasekolah, Literasi dan numerasi (LINUS),
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baharu Kepada Pemimpin
Sekolah.

1.15 Beliau menyatakan bahawa KPM memberi penekanan kepada Melindungi Masa
Instruksional (MMI), iaitu masa yang sebenar digunakan untuk aktiviti
pembelajaran yang berkesan tanpa gangguan. Pelaksanaan MMI akan
memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah
membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif.

1.16 Puan Pengerusi menyatakan bahawa PPD Hulu Selangor telah merancang
pelbagai program untuk memantapkan pelaksanaan MBMMBI di peringkat daerah
selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.17 Beliau menyatakan bahawa Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
dan berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan
fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan
nilai.

1.18 Tuan Pengerusi meminta penyelaras HIP melaksanakan program-program yamg


dirancang sepanjang tahun jadual program yang ditetapkan.

1.19 Beliau meminta semua guru yang mengajar tahun 1, 2 dan 3 mengemaskini
prestasi murid mengikut jadual yang ditetapkan oleh Penyelaras PBS. Beliau turut
meminta guru-guru memasukkan band dalam template offline dan juga
menyediakan rekod transit secara manual.
1.20 Puan Pengerusi menyatakan semula bahawa pelaksanaan pentadbiran dan
pengurusan sekolah adalah berpandukan kepada Sistem Pengurusan Sekolah
Kualiti (SPSK).

1.21 Puan Pengerusi berpesan supaya semua guru perlu bekerjasama dengan
kakitangan sokongan dan kakitangan swasta yang turut berkhidmat di sekolah
supaya pentadbiran dan pengurusan sekolah berjalan lancar.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG LALU

2.1 En. I. Kutty Krishnan selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris membentangkan minit
mesyuarat yang lalu.

2.2 Dicadang untuk disahkan oleh Cik. T. Monashangkari


Disokong untuk pengesahan oleh Pn. V. Thunisha

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara-perkara berbangkit.

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 PERKONGSIAN MAKLUMAT (MESYUARAT PANITIA BI PERINGKAT


DAERAH)

4.1.1 SJK(C) Batang Kali dipilih sebagai pengerusi mata pelajaran Bahasa Inggeris
bagi semua sekolah SJKC dan SJKT di daerah Hulu Selangor.

Tindakan : Makluman

4.1.2 Secara keseluruhannya peratus lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris UPSR
2017 di SJKC meningkat manakala SJKT mencatatkan penurunan tidak sihat
berbanding tahun sebelumnya.

Tindakan : Makluman

4.1.3 PPD Hulu Selangor menggalakkan pihak sekolah menjalankan program bacaan
pagi sebelum PdP bermula.

Tindakan : Makluman
4.1.4 Guru-guru perlu melatih murid supaya murid bersedia untuk menjawab soalan-
soalan berbentuk Kemahiran Pemikiran Aras Tinggi (HOTS).

Tindakan : Makluman

4.1.5 Ketua Panitia didedahkan dengan pengurusan panitia berasaskan Sistem


Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).

Tindakan : Makluman

4.1.6 Guru-guru perlu melaksanakan PdP abad ke-21 semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Tindakan : Makluman
4.2 ANALISIS PEPERIKSAAN BAGI MATAPELAJARAN BAHASA INGGERIS
(Ujian 1 ) TAHUN 2018

4.2.1 Pencapaian Bahasa Inggeris mengikut tahun: Bahasa Inggeris ( Pemahaman )

Tahun A B C D Melepasi tahap E Tidak melepasi Peratus


minimum tahap minimum
1 - - - - - - -
2 1 - - - 1 - - 100
3 - 2 1 - 3 - - 100
4 - - 2 - 2 1 1 67
5 - - 1 1 - - 100
6 - - 2 - 2 - - 100

Tindakan : Makluman

4.2.2 Pencapaian Bahasa Inggeris mengikut tahun: Bahasa Inggeris ( Penulisan )

Tahun A B C D Melepasi tahap E Tidak melepasi Peratus


minimum tahap minimum
1 - - - - - - 100
2 1 - - - 1 - - 100
3 - 2 1 - 3 - - 100
4 - - - 2 2 1 1 67
5 - - - - - 1 - 0
6 - - 2 - 2 - - 100

Tindakan : Makluman

4.3 KOMEN MENGENAI UJIAN 1 TAHUN 2018

4.3.1 Secara keseluruhannya tahun 2 terdapat peningkatan dan tahun 3 pula seorang
murid tidak mencapai tahap minimum iaitu E.dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris manakala tahap 2 iaitu tahun 5 seorang murid tidak mencapai tahap
minimum dalam Penulisan dan tahun 6 juga tidak mencapai tahap minimum
disebabkan murid itu OKU.

Tindakan : Makluman

4.3.2 Puan Pengerusi menyatakan bahawa program-program peningkatan akademik


perlu dimantapkan untuk meningkatkan prestasi murid-murid yang lemah.

Tindakan :Guru mata pelajaran

4.4 KELAS BIMBINGAN DAN KELAS TAMBAHAN

4.4.1 Kelas Tambahan pada hari Isnin ( 1.30 - 2.30ptg) bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris untuk murid-murid tahun 5 & 6 akan dikendalikan oleh Encik I. Kutty
Krishnan selaku guru Bahasa Inggeris Tahun 6.

Tindakan : Makluman

4.4.2 Kelas Bimbingan masa cuti dan kelas pagi bagi murid Tahun 6 untuk mata
pelajaran Bahasa Inggeris akan dikendalikan.

Tindakan : Makluman
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru Besar meminta semua guru fokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas berdasarkan teori-teori pembelajaran yang berkesan.

Tindakan: Semua Guru

5.2 Pengerusi meminta semua guru memeriksa hasil kerja murid secara berkala.
Jadual berkala bergantung kepada guru yang berkenaan.

Tindakan: Semua Guru matapelajaran

5.3 Guru Penolong Kanan Pentadbiran meminta guru-guru memastikan semakan ke


atas buku latihan dan aktiviti dijalankan dalam masa tiga hari latihan berkenaan
diberi kepada murid.
Tindakan: Semua Guru

5.4 Guru Besar masih mengharapkan prestasi meningkat dengan lebih ketara lagi
kerana penggunaan Bahasa Inggeris akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus
dalam peperiksaan SPM nanti.
Tindakan: Semua Guru

5.5 Ketua Panitia telah memaklumkan format penulisan Rancangan Pengajara Harian
terkini setelah perbincangan semasa mesyuarat panitia di Pejabat Pendidikan
Hulu Selangor.
Tindakan: Semua Guru

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan
menyumbang idea untuk memantapkan pengurusan sekolah dan panitia Bahasa
Inggeris.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

................................................................................ ……...............................……….......
( CIK. MONASHANGKARI A/P TARUMALINGAM) (EN. SIVARAJAN A/L JEYAPALAN)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris, Penolong Kanan Kurikulum,
SJK (T) Ladang Lima Belas. SJK (T) Ladang Lima Belas.

Tarikh : Tarikh :

Disemak Oleh,
..............................................................
(EN. KALAYAVANAN A/L KRISHNAN)
Guru Besar,
SJK (T) Ladang Lima Belas.

Tarikh :

You might also like