You are on page 1of 7

Aspek

Soalan/Tugasan Markah

Pengenalan 1. Jelaskan tentang Malayan union dan Persekutuan Tanah 5 Markah


melayu 1948.

Isi dan 2. Terangkan tentang sebab sebab dan ciri ciri Malayan
Huraian Union dan Persekutuan Tanah Melayu seperti berikut Hal 75 BT T 4

(i) Sebab-sebab Malayan Union diPerkenalkan 10 markah

( ii ) Ciri-Ciri Perjanjian Malayan Union 1946 10 Markah

( iii ) Faktor-Faktor pembentukan Persekutuan Tanah 10 Markah

Melayu

( iv) Ciri-Ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 10 Markah

3. Mengapakah orang melayu menentang pengenalan


10 markah
Malayan Union.

4. Buktikan Pengenalan malayan Union adalah suatu bentuk 10 Markah


penjajahan terhadap orang Melayu
5. Apakah cabaran yang dihadapi oleh negara dalam
membentuk sebuah negara dan bangsa Malaysia yang 10 markah
maju. KBAT
6. Huraikan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara dan bangsa
10 markah
Malaysia yang maju
KBAT

7. Apakah iktibar yang diperolehi daripada pembinaan


negara dan bangsa Malaysia melalui pengalaman
penjajahan British di bawah Malayan Union dan 10 markah
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
KBAT

8. Buat rumusan tentang pembinaan negara dan bangsa


Kesimpulan Malaysia melalui pengenalan Malayan Union dan 5 markah
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
Jawapan

Soalan 1 : Jelaskan tentang Malayan union dan Persekutuan Tanah melayu 1948.

F1 Kesedaran tentang pembinan bangsa Malaysia adalah disebabkan oleh pengenalan Malayan
Union oleh British.
H1a Banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk membina sebuah bangsa Malaysia yang utuh dan
kuat.
H1b Bangsa Malaysia telah mulai sedar tentang rancangan British memperkenalkan Malayan
Union untuk menjajah Negara ini.
F3 Penentangan Orang Melayu secara berhemah telah menyebabkan British terpaksa
mengambil kira pandangan Orang Melayu terutamanya dalam pembentukan persekutuan
Tanah Melayu.
F4 Malayan Union telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1946
H4a yang bertujuan untuk menghapuskan Negara dan bangsa Melayu.
F5 Kuasa pemerintahan akan berpusat kepada pihak British
H4a dan Raja-raja Melayu akan kehilangan kuasa masing-masing dan hanya berperanan sebagai
penasihat sahaja.
F6 Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan bagi menggantikan
Perjanjian Malayan Union.
H6a Ia adalah hasil desakan orang Melayu yang menuntut British supaya mempertimbangkan
pendapat dan kehendak mereka dalam sebarang perubahan politik di Tanah Melayu.
F7 Ia adalah sebahagian kejayaan orang Melayu menentang penjajahan British terhadap Tanah
Melayu.

2. Terangkan tentang sebab sebab dan ciri ciri Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu

seperti berikut

(i) Sebab-sebab Malayan Union diPerkenalkan

F1 Malayan Union telah diperkenalkan di Tanah Melayu


H1a sebagai satu persediaan kepada Tanah Melayu kea rah membentuk pemerintahan
sendiri.
F3 ia juga bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan menjimatkan kos
H3a kerana ia telah menyatukan pentadbiran 3 unit pentadbiran
H3b iaitu Negeri-Negeri Selat ( NNS ), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( NNMB )dan
Negeri-Negeri Melayu tidak Bersekutu ( NNMTB )
F4 Pentadbiran tiga unit pentadbiran tersebut secara berasingan
H4a telah menyebabkan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang dan kos
perbelanjaan juga adalah tinggi.
F5 British juga berhasrat untuk membentuk sebuah bangsa Malayan Union yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
H5a Bangsa tersebut akan melupakan Negara asal,
H5b dan menumpukan taat setia terhadap Negara Malayan Union.
F6 Ini akan memastikan wujudnya sumber tenaga dan pelaburan yang berterusan
untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu.
F7 Ini akan membolehkan British terus menguasai ekonomi Tanah Melayu
H7a dan mengurangkan kuasa politik orang Melayu.
( ii ) Ciri-Ciri Perjanjian Malayan Union 1946

F1 Semua negeri di Tanah Melayu telah disatukan di bawah satu kerajaan pusat,
H1a kecuali Singapura yang diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan
bebas.
F2 Ia akan diketuai oleh seorang gabenor yang dilantik oleh Ratu England
F3 Tedapat Majlis Eksekutif dan majlis Undangan Malayan Union.
F4 Hak kerakyatan ditentukan oleh prinsip Jus Soli
H4a iaitu satu prinsip kerakyatan yang mudah dan longgar iaitu :
H4b Kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura.
H4c Berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin selama 10 – 15 tahun.
H4d Kurang daripada 18 tahun dan merupakan anak warganegara.
H4e Semua rakyat Britsih daripada Tanah Jajahan Takluknya.
F5 Raja-raja Melayu hanyalah sebagai ahli majlis raja-Raja Melayu
H5a yang hanya membincangkan soal agama islam dan adapt istiadat Melayu sahaja.
F6 Ketua pentadbir bagi setiap negeri di letakan di bawah kuasa Pesuruhjaya negeri.
F7 Pentadbiran Malayan Union ini adalah melibatkan terus kepada Parlimen Inggeris di
Landon
H7a bukannya tertakluk dengan Singapura.
F8 Pengenalan Malayan Union ini sama sekali telah mengubah sistem pentadbiran lama
yang terpisah dan rumit
H8a kepada pentadbiran yang berpusat di bawah penjajahan British.

( iii ) Faktor-Faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

F1 Ketegasan orang Melayu di bawah pimpinan Dato, Onn bin Jaafar


H1a yang memimpin orang Melayu menentang Malayan Union.
F2 Sikap perpaduan antara orang Melayu
H2a yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat telah mengatasi pihak-pihak yang
menyokong Malayan Union.
F3 Keupayaan yang dimiliki oleh orang Melayu untuk memujuk dan mendesak British
H3a bagi menghidupkan semula dasar perlindungan telah membantu mereka menolak
Malayan Union.
F4 Sokongan daripada pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah
Melayu
H4a seperti Sir Malcom MacDonald, Sir Edward Gent dan L.D Gammans juga telah
mendorong kerajaan British untuk membentuk Malayan Union.
F5 Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu juga telah mendapat sokongan daripada
bekas pegawai British
H5a yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
H5b iaitu Sir Frank Swettenhem, Sir R.O. Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil
Clementi.
H5c Mereka telah menolak dasar menakluki Tanah melayu.
F6 Orang Melayu juga telah mengamalkan sikap politik yang sederhana
H6a seperti penentangan melalui akhbar, demontrasi, kongres dan memujuk raja-raja
Melayu untuk menyokong penentangan terhadap British
H6b ini telah mendorong British menerima kehendak orang Melayu.
F7 Sikap raja-raja Melayu dan UMNO yang menuntut rundingan untuk menolak
Malayan Union
H7a dan bukannya menuntut kemerdekan telah menyebabkan British memilih UMNO
dan Raja-Raja Melayu.
F8 British juga bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik yang
radikal
H8a seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS.
H8b Gerakan tersebut telah dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia.
F9 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga telah mengeluarkan Piagam Atlantik 1945
yang tidak menggalakkan penjajahan baru.
F10 Mengikut Piagam tersebut Negara-negera Kolonial harus memberikan latihan
berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.
H10a Langkah yang sesuai seperti saranan PBB itu ialah menubuhkan Persekutuan Tanah
Melayu.

( iv) Ciri-Ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

F1 Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri


F2 Diketuai oleh Pesruhjaya Tinggi British
F3 Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
F4 Perlindungan khas diletakkan di bawah Pesuruhjaya Tinggi British
F5 Konsep raja berperlembagaan diwujudkan
F6 Senarai persekutuan dan senarai negeri telah diwujudkan
F7 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga telah menjelaskan lagi beberapa
pekara berikut ;
F8 Syarat kerakyatan telah diperketatkan,
H8a kerakyatan Jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu ( bagi negeri-negeri Melayu )
dan rakyat British ( bagi negeri-negeri Selat seperti Melaka dan Pulau Pinang.
H8b Ketuanan Melayu juga telah diiktiraf semula oleh British sebagai asas pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu.
H8c Ia telah diakui sejak Perjanjian Pangkor lagi.
H8c Institusi Raja Melayu telah dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukan yang
jelas dalam pentadbiran
H8d Setiap negeri Melayu juga mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis
dengan British.
F9 Perlembagaan tersebut dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Negeri yang
digunakan hingga sekarang.

3. Mengapakah orang melayu menentang pengenalan Malayan Union.

F1 Kebanyakan orang Melayu menentang Malayan Union kerana bebarapa faktor


H1a antaranya ialah Cara Sir Harold MacMichael mengugut raja-raja Melayu akan
diturunkan tahta sekiranya tidak menerima Malayan Union.
C1a contohnya Sultan Badlishah, Kedah.
F2 Sultan juga tidak diberi masa yang secukupnya
H2a untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku pada Sultan
Perak.
H2b Ada juga sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union kerana atas dasar
setia kawan kepada British
C2a seperti Sultan Selangor dan Johor.
F3 Selepas perang dunia kedua, orang Melayu menggangap belum tiba masanya untuk
British membuat pembaharuan politik di Tanah Melayu.
F4 Di bawah Malayan Union ini kuasa Raja-raja Melayu telah terhakis walaupun masih
mempunyai kuasa membincangkan soal-soal agama,
H4a tetapi zakat Fitrah dipungut dibawah nama Gabenor Malayan Union.
F5 Penentangan orang Melayu juga adalah disebabkan oleh pemberian kerakyatan
yang longgar kepada orang dagang yang datang berhijrah ke Tanah Melayu.
H5a Dasar terbuka ini telah mengancam status quo orang Melayu sebagai penduduk
peribumi.
H5b Jumlah orang Melayu akan menjadi semakin kecil dengan kemasukan orang dagang
ini.
F6 Keadaan ekonomi dan juga pendidikan akan menjadi bertambah mundur
F7 Orang Melayu juga merasa bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah
dibina oleh Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi.
H7a Ia akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan Melayu Melaka

4. Buktikan Pengenalan malayan Union adalah suatu bentuk penjajahan terhadap


orang Melayu

F1 Semua negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta
dua Negeri selat telah disatukan dan diletakkan di bawah Gabenor Malaya
Union.
F2 Ratu England adalah sebagai ketua Malayan Union.
F3 Gabenor British adalah dilantik oleh Ratu England untuk mengetuai Malayan union
F4 Raja – raja Melayu hanya menjadi Ahli Majlis Raja – Raja Melayu tanpa sebarang
Kuasa
F5 Raja-raja melayu juga tahta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
F6 Zakat Fitrah juga dipungut dibawah nama Gabenor Malayan Union
F7 Seorang Pesuruhjaya Negeri telah dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir
F8 Malayan union berusaha mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah
pemerintahan pusat yang kuat.
F9 Pernatbirannya tidak lagi tertakluk kepada Singapura seperti Sebelum ini.
F10 Sebaliknya terus kepada Parlimen British di London
F11 Konsep pentdbiran baru ini menolak tradisi dan sistem politik Melayu
F12 Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya boleh menjadi rakyat
Malayan Union.

5. Apakah cabaran yang dihadapi oleh negara dalam membentuk sebuah negara dan bangsa
Malaysia yang maju.

F1 Cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk mewujudkan pembinaan negara ialah
berkenaan dengan bahasa kebangsaan
H1a Konflik kedudukan bahasa tersebut juga membuka ruang kepada kaum-kaum yang
lain untuk turut sama memperjuangkan bahasa ibunda mereka kerana mereka
beranggapan bahawa bahasa ibunda tersebutr juga perlu dimartabatkan.
H1b masyarakat majmuk di Malaysia perlu menyedari bahawa pembinaan negara bangsa
menerusi penggunaan satu bahasa amat penting dalam mewujudkan persefahaman.
F2 Aspek kebudayaan juga merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi dalam
merealisasikan konsep negara bangsa di Malaysia
F3 Cabaran yang berikutnya ialah pempraktikan sistem pendidikan vernakular yang
diperkenalkan oleh pihak British.
H3a Pada masa ini, sistem pendidikan tersebut masih dipraktikkan dalam sistem
pendidikan negara menerusi kewujudan beberapa buah sekolah vernakular.
F4 Politik berasaskan perkauman juga merupakan antara cabaran dalam merealisasikan
konsep negara bangsa Malaysia yang maju.
H4a Politik berasaskan kaum merujuk kepada keadaan sistem politik yang
memperjuangkan hak dan ideologi kaum masing-masing
H4b Struktur sistem politik yang mewakili kaum masing-masing telah menyukarkan usaha
untuk menimbulkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat di negara ini.
H4c Hal ini demikian kerana, kebanyakan politik yang wujud dilihat lebih cenderung
untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan kaum masing-masing seolah-olah
menidakkan kepentingan semangat perpaduan dalam konteks masyarakat majmuk
F5 Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia masih kurang sedar tentang pentingnya
perpaduan dan persefahaman dalam menjayakan konsep negara bangsa.
H5a Konsep tersebut perlu direalisasikan ke arah mewujudkan identiti nasional dalam
kalangan rakyat Malaysia.
F6 Sikap pemimpin politik yang mementingkan politik kepartian sesama sendiri dan
tidak berminat dengan perpaduan .
F7 Taraf sosial ekonomi yang berbeza antara kaum juga memberikan cabaran yang
dalam membentuk sebuah negara bangsa yang maju.
F8

6. Huraikan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah


negara dan bangsa Malaysia yang maju

F1 Langkah untuk mengatasi cabaran menjadikan membentuk sebuah negara bangsa


yang maju ialah mewujudkan kerjasam antara kaum dalam semua bidang dengan
melibatkan semua kaum dalam aktivi ekonomi sosial dan politik
F2 masyarakat majmuk di negara ini seharusnya mewujudkan persefahaman antara
satu dengan lain.
F3 Masyarakat pelbagai kaum juga seharusnya tidak membangkitkan isu-isu yang
berunsurkan perkauman.
F4 masyarakat majmuk di negara ini seharusnya menghormati sensetiviti kaum-kaum
yang lain dan mengamalkan konsep bertoleransi.
F5 Kerajaan juga seharusnya mengambil langkah proaktif dalam mewujudkan semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.
F6 Pembinaan negara bangsa merupakan medium yang efektif yang mampu
mewujudkan perkongsian identiti sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu.
F7 Dengan wujudnya perkongsian tersebut, Malaysia akan dikenali pada peringkat
global menerusi kewujudan perkongsian identiti yang unik.
F8 kita perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri
supaya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan.
F9 Keamanan dan perpaduan perlulah sentiasa dipelihara kerana kemajuan sesebuah
negara itu dipengaruhi oleh keadaan didalam negaranya.
F10 Jika negara kita tidak aman, pelabur dari negara luar pasti was-was untuk melabur di
negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk melabur di negara kita untuk
mengukuhkan kewangan negara
7. Apakah iktibar yang diperolehi daripada pembinaan negara dan bangsa Malaysia
melalui pengalaman penjajahan British di bawah Malayan Union dan pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu

F1 Iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah


masyarakat Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan .
F2 Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang kaum .
F3 Pentingnya pemimpin berwibawa untuk memerintah negara kita .
F4 Pengenalan Malayan Union telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British
yang inginkan penjajahan mutlak terhadap Tanah Melayu .
f5 Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman Kesultanan
Melayu Melaka bangun menentang British .
F6 Rentetan daripada penyatuan tersebut , Kongres Melayu 1946 telah diadakan dan
UMNO ditubuhkan untuk menentang niat jahat British tersebut .
F7 Kerjasama antara raja-raja melayu dengan UMNO dan orang melayu pada
keseluruhannya telah menyebabkan British mula berlembut dan memulakan
rundingan .
F8 Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila Perjanjian Persekutuan 1948 telah
membolehkan Persekutuan Tanah Melyu dibentuk 1 Febuari 1948 .
F9 Perjanjian tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa british sebelum
tahun 1941 .

You might also like