You are on page 1of 12

1

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan atau
kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu.

1. Mawi selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran


hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.
- menasihati
- menanggungnya

2. Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di


pesisiran pantai Malaysia.
- pelancong
- persisiran

3. Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya


hubungan antara kaum dapat dipereratkan.
- program
- dipererat / dieratkan

4. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat pembinaan projek itu di atas sebab-
sebab keselamatan.
- tapak
- atas

5. Kejadian gempa bumi yang meranapkan baki sejarah di kota itu telah menggegarkan
masyarakat dunia.
- tapak
- menggemparkan

6. Semua peserta-peserta telah menghadiri kursus peningkatan prestasi di pusat


peranginan itu yang dikendalikan oleh pemidato yang tersohor.
- semua peserta
- motivator

7. Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber


alam semula jadinya.
- ekopelancongan
- kekayaan

8. Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen
sebagai pakar bedah.
- penerangan
- profesion

9. Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan
perpaduan belia semalaysia.
- mengetengahkan
- se-Malaysia

2
10. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan
kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
- berbanyak-banyak
- merasmikan

11. “Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini,” wasiat
pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.
- ! (tanda seru)
- seruan

12. Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.
- Kelawar
- pada

13. Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen
jana kuasa kecil di situ.
- rakyat
- mengesyorkan

14. Penggunaan e- mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej


dalam beberapa saat sahaja.
- e-mel
- menyampaikan

15. Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat
sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
- antidadah
- dilancarkan

16. Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik
mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.
- selain
- persaingan

17. Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan


konsep layan sendiri.
- stesen-stesen minyak
- layan diri

18. Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan
martabat mereka.
- dalam
- meningkatkan

19. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha
kemasyarakatan bahasa Melayu.
- mendukung
- pemasyarakatan

3
20. Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan
tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.
- pelupusan
- dipantau

21. Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak tujuh
puluh peratus dalam jangka masa setahun.
- menyasarkan
- produknya

22. Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja
syarikat tersebut.
- Susun atur
- daripada

23. Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba


musim membajak padi.
- Keseluruhan penduduk
- menuai

24. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat
spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.
- sesetengah
- rombakan

25. Hasrat Amin supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa
dimansuhkan kerana belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.
- untuk
- ditangguhkan

26. Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan
bakinya disimpan di dalam bank.
- saya peroleh
- berhemat

27. Jabatan Mateorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung


Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.
- meramalkan
- kawasan-kawasan lain

28. Aktiviti itu diadakan dengan matalamat untuk meningkatkan keterampilan pelajar
dalam bidang urusan persatuan.
- matlamat
- pengurusan

29. Penegasan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap


penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar mendapat sokongan
daripada orang ramai.
- Ketegasan
- motosikal

4
30. Syarikat itu membayar bonos kepada kakitangannya pada setiap tahun untuk
memberikan galakkan agar mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh.
- bonus
- galakan

31. Ahmad sedar tanggungjawab untuk membantu keluarga mengasuh datuknya yang
telah tua dan uzur itu.
- sedar akan tanggungjawab
- menjaga

32. Hutan pokok-pokok bakau di tepi pantai menjadi perisai hakisan ombak yang
meruntuhkan pantai.
- pokok
- benteng

33. Perlawanan bola sepak di antara pasukan Rumah Hijau dengan Rumah Kuning
digantungkan kerana hujan turun dengan lebat.
- antara
- ditangguhkan

34. Pihak Pos Malaysia menjual stem kenang-kenangan sempena Hari Kebangsaan
selepas melancarkan sehingga stok habis di seluruh negara.
- setem
- pelancaran

35. Sikap penduduk di rumah pangsa itu yang dibuangkan sampah ke dalam mangkuk
tandas menyebabkan pembentong selalu tersumbat.
- membuang
- pembetung

36. Penunggang dan pembonceng motorsikal diwajibkan memakai topi keledar untuk
mengurangkan risiko mati sekiranya terlibat dalam kemalangan.
- motosikal
- kematian

37. Emak menyalai ikan dengan menggunakan minyak kelapa sawit bertapis yang penjual
dakwa tidak mengandungi kolesterol.
- menggoreng
- didakwa oleh penjual

38. Kumpulan bola sepak negara kita tidak gentar untuk berhadapan dengan pasukan
mana sekalipun dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.
- Pasukan
- mana-mana pasukan

39. Pengorbanan pelopor kemerdekaan amat besar sekali kerana sanggup berkorban
nyawa demi untuk kebebasan negara daripada cengkaman penjajah.
- tokoh
- demi

5
40. Satu majlis meraikan para atlit yang harumkan nama negara dalam kejohanan sukan
antarabangsa telah diadakan di ibu negara.
- atlet
- mengharumkan

41. Semua persatuan diarahkan supaya mengadakan mesyuarat agong dan membuat
pilihan ahli jawatankuasa baru sebelum akhir bulan Mei.
- agung
- pemilihan

42. Fail individu yang tersimpan di bilik kaunselor akan kami rojok apabila dimintakan
untuk membuat laporan tentang kemajuan pelajar berkenaan.
- rujuk
- diminta

43. Pengetahuan terhadap pemakanan wajar dimiliki oleh kaum wanita yang menentukan
menu makanan harian untuk anak-anak mereka.
- bagi
- seimbang

44. Anugerah yang dikirimkan oleh kami kepada bekas pendidik kami sempena Hari
Guru telah selamat diterima.
- Hadiah
- kami kirimkan

45. Kesesakan lalu lintas berlaku di bandar pusat apabila berlaku kemalangan yang
menyekat kecekapan pergerakan kenderaan di jalan raya.
- pusat bandar
- kelancaran

46. Adik saya sering memainkan bowling dengan kawan-kawannya pada setiap hari
minggu dan cuti umum.
- bermain
- boling

47. Cikgu saya akan menghadiahi senaskhah buku kepada pelajar yang mendapat marka
yang tertinggi.
- menghadiahkan
- markah

48. Perlawanan bola sepak yang sedang berlansung dengan hebat itu akan ditamat oleh
pengadil pada bila-bila masa sahaja.
- berlangsung
- ditamatkan

49. Kerani itu hendak membeli alatulis yang dijual di warung buku yang terletak
berdekatan dengan pejabatnya.
- alat tulis
- kedai

6
50. Orang yang dijangka sebagai perompak itu telah ditangkap oleh polis berhubung kes
rompakan di kedai emas semalam.
- disyaki
- berhubung dengan kes

51. Pelari cepat negara gagal membawa cabaran Malaysia di peringkat antarabangsa sejak
era M. Jegathesan dan Rabuan Pit.
- pecut
- pada

52. Hasil kajian gulungan profesional dalam bidang perubatan, lahirlah kaedah baru untuk
perawat penyakit itu.
- golongan
- merawat

53. Kemajuan teknoloji komunikasi dan maklumat terkini telah berjaya meneroka
pemikiran kita agar celik dengan berbagai jenis ilmu.
- teknologi
- berbagai -bagai / pelbagai

54. Hal ini penting khususnya bagi golongan intelik kerana keupayaan penguasaan
pelbagai bahasa membolehkan golongan ini memperoleh ilmu pengetahuan.
- intelek
- menguasai

55. Para penonton saling tolak- menolak di antara satu sama lain ketika hendak menyusup
ke dalam dewan.
- saling menolak/ tolak-menolak
- antara

56. Kerja-kerja membaikpulih bangunan besejarah itu dijangka mengambil belanja yang
besar.
- membaik pulih
- bersejarah

57. Pada ketika yang sama juga, beberapa kawasan bersejarah sejak zaman pra-sejarah
dahulu telah musnah.
- waktu / masa
- prasejarah

58. Pameran sains dan teknologi itu sungguh menarek perhatian para kunjungan.
- menarik
- pengunjung

59. Semasa Majlis Hari Ibu berlangsong, adik Shafiq menghadiahi sejambak bunga
kepada ibunya.
- berlangsung
- menghadiahkan

7
60. Satu selidikan akan dijalankan untuk mengetahui punca kepupusan beberapa spisis
burung di negara ini.
- penyelidikan
- spesies

61. Pengalaman pahitgetir semasa darurat masih segar dalam khayalan Pak Dollah
- pahit getir
- ingatan

62. Peserta bengkel Bahasa Melayu berbalas-balas pandangan bagi menyiapkan tugas
untuk dibentang di akhir kursus.
- bertukar-tukar
- pada

63. Tunku Abdul Rahman merupakan cendekiawan yang telah berjaya menuntut
kemerdekaan negara kita dari British.
- negarawan
- daripada

64. Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat yang serba canggeh pada masa
ini mampu membawakan kita meneroka pelbagai jenis ilmu dengan berkesan.
- canggih
- membawa

65. Pihak kerajaan pula telah menyasarkan kus berjuta-juta ringgit untuk memaju
kawasan tersebut.
- kos
- memajukan

66. Demikianlah berapa pandangan yang telah disampaikan oleh mereka dalam foram
semalam.
- beberapa
- forum

67. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula, baginda bersemayam di atas
mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke65 tahun.
- takhta / singgahsana
- ke-65

68. Kaki tangan awam diingatkan supaya mereka sentiasa mendahului kebajikan rakyat
dalam memberikan perkhidmatan.
- Kakitangan
- mendahulukan

69. Surat kenyataan daripada kementerian pelajaran malaysia tentang peraturan pakaian
telah dihantar kepada pihak sekolah.
- pekeliling
- Kementerian Pelajaran Malaysia

8
70. Bagi membulehkan Malaysia dibangunkan dengan pesat dan berdaya saing pada
peringkat antarabangsa, penguasaan beberapa bahasa utama dunia merupakan satu
keperluan.
- membolehkan
- membangun

71. Aliran dan isu keanika bahasaan yang menguasai dunia pada hari ini telah meletakan
keutamaan kepada penguasaan pelbagai bahasa, khususnya bahasa Eropah.
- keanekabahasaan
- meletakkan

72. Pihak kerajaan atau suwasta telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan awam,
misalnya tandas awam, telefon awam, balai raya dan lain- lain untuk memudahkan
orang ramai.
- swasta
- kemudahan

73. Dia mengucapkan syukur dengan Tuhan kerana telah mengurniainya tubuh badan
sihat dan rezeki yang melimpah.
- memanjatkan
- kepada

74. Latihan itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.
- Program / Aktiviti
- untuk

75. Oleh kerana sudah lama berjalan, peristiwa itu sudah luput daripada ingatan penduduk
kampung.
- Oleh sebab
- berlalu

76. Sejak akhir-akhir ini media masa kita sering membuatkan liputan tentang keselamatan
sekolah yang agak longgar.
- massa
- membuat

77. Perubahan suasana sekolah pada masa ini telah menyebabkan kaedah, stratigi dan
model program yang dapat meningkat keselamatan murid serta guru perlu disesuaikan
dengan keadaan semasa.
- strategi
- meningkatkan

78. Anggota masyarakat hendaklah menunjukkan keperihatinan menghadapi moral agar


anak-anak menjadi orang yang berguna.
- keprihatinan
- terhadap

9
79. Hari Kebangsaan memperingatkan tentang erti kebebasan yang lebih luas kepada kita
semua.
- mengingatkan erti
- ......................................

80. Abad ke20 menyaksikan letusan pelbagai idea dan percubaan yang amat
membanggakan.
- ke-20
- cetusan

81. Penghasilan Menara Berkembar Petronas yang menggunakan teknologi seni bina
termoden telah meletakkan Malaysia pada peta dunia.
- Pembinaan
- senibina

82. Dalam tempuh beliau memegang jawatan tersebut, kedua-dua akhbar tulisan jawi itu
diberi nafas baru.
- tempoh
- diberikan

83. Sila layari Intenet dan senaraikanlah sekurang-kurangnya 10 destinasi perlancongan


yang terkenal di negara ini.
- Internet
- pelancongan

84. Kini, aktiviti sukan lasak seperti kembara mendaki gunong dan lumba basikal bukit
dapat tarikan minat orang ramai, terutama golongan remaja di negara ini.
- gunung
- menarik

85. Kemudahan canggih berdasarkan teknologi yang terdapat di KLIA dapat dibanggakan
oleh kita.
- berasaskan
- kita banggakan

86. Kerana kekurangan masa, mereka tidak sempat membincangkan lain- lain perkara
dalam mesyuarat pada hari ini.
- kesuntukan
- perkara-perkara lain

87. Para-para ilmuan itu sedang bersidang di dalam dewan seminar itu.
- Para ilmuan
- berbincang

88. Perdana menteri mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sanggup
meluangkan masa untuk sertai pertubuhan sukarela.
- Menteri
- menyertai

10
89. Di samping menyediakan bantuan di peringkat antara bangsa, persatuan sukarela ini
tidak membelakangi masyarakat menempat.
- antarabangsa
- setempat / tempatan

90. Tugas para juru terbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum terbang.
- juruterbang
- berlepas

91. Kelima penari Kumpulan Seri Kebudayaan Negeri Terengganu itu berwajah putih.
- Kelima-lima
- berkulit

92. Bersihkan akan kami kawasan belukar di belakang dewan itu melalui bergotong-
royong.
- Akan kami bersihkan
- dengan

93. Barang-barang yang menjadi bahan simpanan pihak pendakwa ada di pihak pembela
kes tersebut.
- bukti
- pada

94. Negara kita telah mendahulu kebanyakkan negara membangun lain dalam bidang
teknologi pertanian.
- mendahului
- kebanyakan

95. Syarikat itu telah mengondol dua hadiah dalam bertanding reka cipta produk baru
pada tahun ini.
- menggondol
- pertandingan

96. Sektor pelancongan dibahagi kepada dua ketegori utama iaitu pasaran domestik dan
pasaran antarabangsa.
- terbahagi
- kategori

97. Semenjak keluarganya berpindah, tiada siapa pun yang mewarisi rumah tersebut
sehingga kawasan sekitarnya ditumbuhi semak-samun.
- sesiapa
- mendiami / menghuni

98. Dia berasa ganjil ketika berada dalam majlis yang penuh adat istiadat yang orang
kenamaan hadiri.
- kekok
- dihadiri oleh orang kenamaan

11
99. Pembangunan kemudahan asas untuk kemudahan rakyat akan membantut jika
kegiatan merosakannya masih berterusan.
- terbantut
- merosakkannya

100. Pemain yang sangat lincah itu dikawal hebat oleh pihak lawan tiap kali dia menerima
bola.
- ketat
- setiap

12

You might also like