You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PSS KERJA BIL.

4 TAHUN 2018

Tarikh :
Masa : 1.00 – 2.30 petang
Tempat: Bilik Kesidang

Bil. Nama Jawatan


1. PK Kurikulum
2. GPM
3. Bank Soalan
4. ICT
5. Nilam
6. Penolong Penyelaras PSS

Turut Hadir : tiada

Tidak hadir (bersebab)


tiada
Urus Setia Mesyuarat:

Agenda
1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi menyampaikan kata alu-aluan dan mengucapkan penghargaan kepada


semua guru yang hadir ke mesyuarat panitia kali ini.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Kali ke-3 disahkan oleh Pn Haziemah bt Harun dan disokong oleh
Pn Lau Ai Yen.
Makluman

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Kerosakan bumbung


GPM melaporkan kontraktor telah membuat kerja pembaikpulihan siling akibat bocor.
Namun terjadi kebocoran siling di bahagian baharu dalam bilik APD yang agak serius.
1
Akibatnya air turut melimpah dari siling bilik kerja.

3.2 Persediaan PSS Abad 21


3.2.1 CPU terbiar telah dibaikpulih dan diletakkan di sudut ICT di dalam PSS. Bilangan
CPU yang dibaikpulih enam buah.
3.2.2 Komputer daftar pengunjung telah diaktifkan menggunakan sistem Zabra
Murid dan guru boleh mendaftar masuk ke PSS menggunakan no ahli PSS

3.3 Kad Pintar PSS


3.3.1 Kad Pintar PSS versi baharu (Kad PVC) telah diedarkan kepada semua murid
tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 telah
diedarkan bermula Julai sehingga Oktober 2018.
3.3.2 Murid Tingkatan 5 dikecualikan kerana menggunakan kad PSS versi terdahulu
(Kertas warna yang dilaminate)

3.4 Sistem Automasi Zabra


3.4.1 Rekod pinjaman dan pemulangan bahan buku telah mula menggunakan sistem
automasi Zabra.
3.4.2 Sambungan intranet tergendala akibat kelemahan YES. Pinjaman buku terpaksa
dibuat di komputer utama ( kawalan )
3.4.3 GPM memaklumkan perancangan tahun akan datang iaitu memohon sumbangan
PIBG untuk sambungan internet baharu untuk kelancaran sistem dan kemudahan
murid.

3.5 Keceriaan PSS


3.5.1 Dinding luar PSS yang lusuh dan bercontengan telah dicat semula. Kerja-kerja
mengecat telah selesai seperti perancangan.

3.6 Bilik APD


3.6.1 Panitia Geografi diberi tempat untuk mempamerkan info di dinding belakang bilik APD.
Murid-murid yang menggunakan bilik APD teruja melihat bahan pameran Panitia
Geografi.
3.6.2 Pengerusi mencadangkan agar GPM memohon sekali lagi sumbangan daripada PIBG
untuk menggantikan kerusi meja lipat dalam bilik APD

3.7 Aktiviti PSS setakat Januari – Jun 2018 ialah


i. Orientasi PSS Murid Tingkatan 1 & Peralihan
ii. Latihan Dalam Kumpulan Nilam Diperbaharui
iii. Bengkel Pengawas Pusat Sumber 2018
iv. Orientasi Pengawas Pusat Sumber Baharu 2018
v. Pelancaran Nilam & VLE Frog 2018
vi. Kem Membaca 1 Malaysia
vii. Jom 10 Minit Membaca
viii. Literasi Maklumat sepanjang tahun (sudut info bertema di PSS)
ix. Literasi Maklumat dengan Koloborasi Panitia Sains
x. Koloborasi bersama STEM + untuk bengkel STEM
xi. Pasca PT3 – Jejak Maklumat PSS Sistem Dewey
xii. Pasca PT3 – Nilam

3.8 Kertas soalan


3.8.1 Kertas soalan SPM telah dikumpul dan difailkan.

3.9 Perbelanjaan
3.9.1 Perbelanjaan PCG mengikut ketetapan telah dibuat setakat Jun 2018. Sebanyak RM
2
dan baki ialah RM

4.0 Perkara baharu

4.1 Nilam diperbaharui


4.1.1 Nilam diperbaharui diperkenalkan oleh PKG. Kutipan data direkod secara online.
Hanya sedikit murid yang membuat rekod bacaan Nilam.
4.1.2 GPM telah menyebarkan hebahan kepada semua guru tingkatan untuk mengutip buku
Nilam.
4.1.3 Pada KPM telah menutup sementara sistem online Nilam untuk penyelenggaraan.
Pihak KPM akan memaklumkan perihal baharu berkenaan Nilam di masa akan datang
.
4.2 Galeri Sekolah
4.2.1 Ruang bilik di PSS yang dicadangkan untuk dijadikan Galeri Sekolah belum dapat
dibuat kerana kekangan kewangan. Perancangan dibawa ke tahun hadapan.

Makluman

5.0 Hal-hal Lain


5.0 Literasi Maklumat di koridor PSS
5.0.1 GPM memaklumkan perbincangan reka bentuk dan infomasi yang dikehendaki telah
dibuat. Informasi yang dicadangkan ialah berkenaan komponen sistem Dewey.

6.0 Ucapan penangguhan


Pengerusi menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa kerja kali ke-4 dengan mengulangi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah menunjukkan prestasi yang baik
sepanjang tahun ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Urus Setia

Pusat Sumber Sekolah


SMK Bandar Puchong Jaya (A)
Tarikh :

You might also like