You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN KEMERDEKAAN TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN BULAN

KEMERDEKAAN 2018

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis

Bismillahirrahmanirrahim…alhamdulillahirobiil alamin………. Yang Berbahagia,


PN AZIZAN MAZNAH BT YEOP PKP SKCL,

Yang dihormati
En MUHAMMAD BUKHARY BIN ZAKARIAH , GPK HEM,
EN ABDUL AZIZ BIN YAPAK GPK Kokurikulum,
EN MOHD AZAINI SHAM BIN MOHD ALI GPK Pendidikan Khas,

Barisan Warga Pendidik, PPM seterusnya murid-murid SKCL yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,


Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
rahmatNya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul
pada Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dengan penuh keamanan dan kedamaian. Sesungguhnya,
sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah, seiring
dan sederap melangkah dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar, dan beriltizam tinggi
untuk menjadi warganegara yang patriotik.

QUE:DOA
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
agi memberkati lagi majlis pada pagi ini dipersilakan
al-Fadhil Ustaz SAIFUL ADLI BIN SHARIFUL JUHARI untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin2 Ya Rabbal Alamin Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi

QUE:UCAPAN PKP
Pergi ke kota membeli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian, Kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan menjemput
Yang Berbahagia, pn. Azizan Maznah bt Yeop PKP SKCL untuk menyampaikan ucapan, seterusnya
merasmikan majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ----
------------------------------selesai ucapan--------------------------------------------- Terima kasih diucapkan
kepada pn. Azizan Maznah bt Yeop atas ucapan yang dititipkan dan sudi merasmikan majlis
penutupan bulan kemerdekaan sebentar tadi.

QUE: GIMIK PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN


Majlis diteruskan lagi dengan persembahan gimik penutupan rasmi bulan kemerdekaan 2018.
Dipersilakan.........................
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi. Sebuah persembahan yang
sangat menghiburkan.

QUE : PENYAMPAIAN BAUCER DAN SUMBANGAN BAHAN BACAAN UNTUK PSS

QUE: AKTIVITI MURID

QUE: LAUNGAN KEMERDEKAAN


Kini tibalah saat yang dinanti2 kan, laungan kemerdekaan yang akan dilaungkan
oleh.................................... Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada
..................................atas laungan kemerdekaan itu tadi.

QUE: PERSEMBAHAN PELAJAR


Bagai tiada serinya majlis penutup kita pada hari ini jika tiada persembahan daripada anak didik
yang kita sayangi. Dengan ini majlis seterusnya
menjemput....................................................untuk menyampaikan persembahan
............................................yang bertajuk..................................... Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
QUE: MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHATI.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Apabila ada pertandingan pasti ada pemenangnya.dengan ini
majlis dengan segala hormatnya menjemput
.............................................................untuk menyampaikan hadiah bagi
pertandingan................................................ Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang. Seterusnya majlis
menjemput..............................................untuk menyampaikan hadiah bagi
kategori...........................................

Para hadirin sekalian, Kini kita berada di penghujung acara. Pihak majlis ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
memastikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat SKCL berlangsung dengan meriah.
Terima kasih juga diucapakan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap di maafi.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahitaufik walhidayah.......

You might also like