You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 29.12.2016 (Khamis)


Masa : 10.30 pagi- 12.00 pagi
Tempat : Bilik Sains SK Galing

Kehadiran

1. Pn. Foziah bt Abdullah (GPK 1)


2. En. Shahrulazwa b Mohd Fauzi (KP)
3. Pn. Norhamiza bt Mohd Mutlail (S/U)
4. Pn. Anitta bt Alias
5. Pn. Intan Safinat bt Yaacob
6. Pn. Adzeilla bt Yaacob

Agenda:

1. Ucapan alu-aluan Ketua Panitia


2. Pengesahan minit mesyuarat kali kelima 2016
3. Perkara berbangkit
4. Pembentangan Kertas kerja/ Isu/ Pelaporan
4.1 Pembentangan perancangan program Panitia Sains/ Carta Gant dan Takwim 2017
5. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
6. Cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian. (RPH)
7. Buku latihan murid/ buku kerja murid
8. Bilik Sains
9. Buletin Zon Panitia
10. PEKA
11. I-Think
12. Root Course Analysis. (RCA)
13. K-BAT
14. Ujian Pertengahan Tahun dan Ujian Akhir Tahun
15. PBS
16. Penutup
1. Ucapan alu-aluan

1.1 Ketua Panitia, En. Shahrelazwa mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima
kasih di atas kehadiran guru-guru untuk mesyuarat kali pertama 2017 dan
mengucapkan selamat datang kepada Pn. Adzeilla yang pada tahun ini akan
mengajar mata pelajaran Sains.

Makluman

2. Pengesahan minit mesyuarat kali kelima

3.1 Pn. Norhamiza bt Mohd Mutlail mengesahkan minit mesyuarat yang lepas dan
disokong oleh Pn. Anitta bt Alias tanpa sebarang pindaan.

Tindakan: Setiausaha

3. Perkara berbangkit.

4.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.

4. Pembentangan Kertas Kerja/ Isu/ Laporan

4.1 Pembentangan perancangan program Panitia Sains/ Carta Gant dan


Takwim 2017

4.1.1 Ketua Panitia membentangkan perancangan program Panitia Sains untuk


tahun 2017 seperti berikut:

Bil Program Objektif Bulan

Memantapkan kemahiran PdPc dalam


1 Bijak Bestari Mac-November
format UPSR yang baharu.
Teknik menjawab
Kertas 1 dan Kertas Murid tahu cara menjawab soalan
2 Feb & Ogos
2 UPSR sebenar dan cara pemarkahan

Panduan menjawab
soalan Sains bagi Murid tahu cara menjawab soalan
3 April & Jun
murid Tahun 4, 5 sebenar dan cara pemarkahan
dan 6
Kelas tambahan Murid lulus dalam peperiksaan Setiap Selasa, Khamis
4
UPSR Tahun 6 meningkat kepada 100% dan Cuti Sekolah
Latih tubi
5 berasaskan modul 100% murid dapat memanfaatkan bahan Mac-Sept
Tahun 6
Pertandingan Reka
6 Mencungkil idea kreativiti murid Aktiviti selepas UPSR
Binaan
Memberi input secara tidak langsung
7 Zon Sains Januari- Oktober
kepada murid apabila melalui Zon Sains
Pemantauan pihak Memberi bimbingan kepada guru untuk
8 Febuari- Oktober
pentadbir dan KP penambahbaikkan dalam PdP

Makluman

5. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

5.1 RPT mesti mempunyai tarikh untuk setiap topik berdasarkan takwim sekolah dan
mesti selaras dengan rancangan harian. Untuk kelas akhir, tarikh untuk RPT dibuat
tetapi proses Pengajaran dan Pemudah cara (PdPc) berdasarkan kemahiran murid.

Tindakan: Semua guru Sains

6. Cara penulisan rancangan pengajaran harian (RPH)

6.1 Cara penulisan rancangan pengajaran harian guru mesti selaras.


6.2 Tajuk:
SK:
SP:
Akt:
EMK:
Refleksi:

Objektif pembelajaran tidak perlu ditulis kerana SP merupakan objektif


pembelajaran.
Refleksi ditulis dengan pen merah.
Tindakan:Semua guru Sains

7. Buku latihan murid/ buku kerja murid

7.1 Tahun 1 menggunakan 1 buah buku tulis dan 1 buku aktiviti.


7.2 Tahun 2 dan 3, menggunakan 1 buah buku panjang dan 1 buku aktiviti.
7.3 Tahap 2 bergantung kepada guru mata pelajaran. Jika menggunakan 1 buku murid
dibenarkan untuk menggunakan bahagian yang tidak bergaris untuk menyalin nota,
membuat latihan atau melukis gambar. Rasionalnya adalah supaya tidak membazir.
7.4 Untuk tahap 1, kelas pertama sahaja yang menggunakan buku kerja. Kelas kedua dan
ketiga menggunakan buku aktiviti.
7.5 Untuk tahap 2, hanya tahun 4, 5 dan 6 yang menggunakan buku kerja
7.6 Guru diingatkan supaya menanda buku latihan murid.
7.7 Murid yang menghantar lewat, guru perlu menanda buku tersebut dan tulis tarikh
buku itu ditanda.
Tindakan: Semua guru Sains

8. Bilik Sains

8.1 Guru diingatkan supaya mencatat nama dan masa di dalam buku setiap kali
menggunakan bilik Sains.

8.2 Setiap guru Sains diminta supaya memberi satu salinan jadual waktu Sains kepada
setiausaha.

Tindakan: Semua guru Sains

9. Zon Sains

9.1 Setiap guru akan diberi jadual untuk mengemaskini dan menampal bahan yang
berkaitan Sains.

BULAN NAMA GURU BERTUGAS


Jan/ Jun Pn. Intan Safinat bt Yaacob
Feb/ Julai En. Shahrulazwa b
Mac/ Ogos Pn. Anitta bt Alias
April/ Sept Pn. Adzeilla bt Yaacob.
Mei/ Okt Pn. Norhamiza bt Mohd Mutlail
Tindakan: Semua guru Sains

10. PEKA

10.1 Bermula dari Tahun 4 sehingga Tahun 6.

10.2 Bahan eksperimen atau maklumat perlu disimpan sebagai bahan bukti.

10.3 Peka dilaksanakan kepada murid tahun 6 sahaja untuk pemarkahan UPSR. Murid
tahun 4 dan 5 dinilai semasa proses PdPc.

Tindakan: Guru Sains Tahun 4, 5 & 6


11. I-think

11.1 Nota murid perlu menggunakan sekurang-kurangnya 2 peta i-think.

Tindakan: Semua guru Sains

12. Root Course Analysis. (RCA)

12.1 RCA ini dibuat selepas setiap kali ujian. Guru perlu mengetahui punca masalah
murid yang gagal dan program yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah tersebut.

Tindakan: Semua guru Sains

13. K-BAT

13.1 Penyediaan soalan ujian terdiri dari soalan berfikir aras tinggi.

Makluman

14. Ujian Pertengahan Tahun dan Ujian Akhir Tahun

14.1 Ujian akan diadakan sebanyak tiga kali, iaitu Ujian Sumatif 1, Ujian Sumatif 2 dan
Ujian Akhir Tahun

14.2 Jadual penggubal soalan seperti berikut:

Tahun Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


Ujian 1 Pn. Intan Safinat Pn. Adzeilla Pn. Anitta Pn. Norhamiza En. Shahrulazwa Pn. Anitta
Ujian 2 Pn. Intan Safinat Pn. Adzeilla Pn. Anitta Pn. Norhamiza En. Shahrulazwa En. Shahrulazwa
PAT Pn. Intan Safinat Pn. Adzeilla Pn. Anitta Pn. Norhamiza En. Shahrulazwa Pn. Anitta

Tindakan: Semua guru Sains

15. Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (PBS)

15.1 Setiap murid mesti dinilai oleh guru yang mengajar samaada secara formatif
(semasa dan sepanjang proses PdPc) dan juga secara sumatif secara bertulis
dihujung unit pembelajaran. Penilaian boleh dibuat melalui eviden murid (lisan &
pemerhatian) dan eviden bahan (bertulis).
15.2 Perekodan murid dibuat 2 kali setahun.
Tindakan:Semua guru Sains
16. Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Harapan beliau agar
guru-guru dapat bekerjasama dan saling tegur jika terdapat kesilapan untuk
penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi Mata Pelajaran Sains.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………. …………………………… …………………..

(INTAN SAFINAT BT YAACOB) (SHAHRULAZWA B MOHD FAUZI) (FOZIAH BT ABDULLAH)


Guru Sains Ketua Paniti Sains GPK Kurikulum
SK Galing SK Galing SK Galing

You might also like