You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG BESAR SELATAN

02000 KUALA PERLIS, PERLIS


Tel :0498554377 / Faks :
049854489 www.skpadangbesarselatan.edu.my

RBA
emel:rba0022@skpadangbesarselatan.edu.my
MINIT MESYUARAT
UNIT DISIPLIN & BADAN PENGAWAS SEK. KEB. PADANG BESAR (S) 0022
(BIL. 02/2018)

Tarikh : 12 FEBRUARI 2018 (JUMAAT)


Masa : 10.10 PAGI – 11.10 PAGI
Tempat : Makmal Citaku Lab
Pengerusi : Encik Mansor bin Man ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

Kehadiran Guru :
1. En. Nashir bin Zakaria
2. En. Shahri bin Othman
3. Pn. Norhayati binti Othman
4. Ust. Abdul Aziz bin Abdullah
5. Pn. Rosnani binti Desa
6. Pn. Noor Aishah binti Mohd Ariff
7. Pn. Siti Nursyahirah binti Hisham

Tidak Hadir :
1. –

Kehadiran Pengawas :
-
1.0 UCAPAN PENGERUSI (GPK HAL EHWAL MURID)

1.1 Ucapan Aluan GPK HEM

Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir untuk bersama-
sama menjalankan mesyuarat unit disiplin dan badan pengawas bagi kali
kedua.

Tindakan: Semua Guru

2.0 AGENDA

2.1 Pelantikan Semula Jawatankuasa Badan Pengawas

2.1.1 Bagi pelantikan jawatankuasa dalam badan pengawas,


pelantikan dibuat berdasarkan sistem undian terbanyak di
hadapan semua guru yang ada.
2.1.2 Untuk jawatan pengerusi dan naib pengerusi secara tetap
telah diberikan kepada Ketua dan Pen. Ketua Pengawas.
2.1.3 Setiap ahli jawatankuasa yang telah dilantik merupakan
pilihan majoriti ahli pengawas lan melalui sistem undian
semua pengawas.
2.1.4 Selesai sesi pelantikan dan pemilihan ahli jawatankuasa
badan pengawas, GPK HEM dan Guru Pengawas sekolah
memberikan sedikit amanah dan pesanan kepada semua
pengawas agar menjalankan dan melaksanakan tugas
dengan baik.
Tindakan: Pengawas Sekolah dan Guru Pengawas

2.2 Program Kursus Kepimpinan Pengawas 2018

2.2.1 Kursus kepimpinan telah ditetapkan pada 20 Februari 2018


bersamaan dengan hari Sabtu.
2.2.2 Program kepimpinan dijangka bermula jam 8.00 pagi
sehingga 12.30 tengah hari.
2.2.3 Terdapat tiga slot yang dirancang iaitu SLOT 1 – Ceramah
Tentang Tanggungjawab dan Kepimpinan Pengawas, SLOT
2 – Sesi Pelantikan Semula Jawatankuasa dan SLOT 3 –
Latihan 3 Bahasa Pengerusi Perhimpunan (B. Melayu, B.
Arab & B. Inggeris)
2.2.4 Pada akhir majlis, satu sesi penyampaian sijil penyertaan
kursus telah diberikan kepada semua pengawas yang hadir.

Tindakan: Guru Pengawas Sekolah


2.3 Lain – Lain Hal

2.3.1 Pembahagian tugasan dalam badan pengawas telah


dilakukan namun masih terdapat beberapa kekangan yang
akan di atasi.
2.3.2 Beberapa aktiviti telah dirancang untuk memastikan badan
pengawas berada dalam keadaan yang mantap dan
berdedikasi.
2.3.3 Penetapan yuran bulanan untuk kegunaan badan pengawas
juga telah ditetapkan sebanyak RM 5 untuk sebulan dan
kutipan akan dilakukan oleh bendahari @ naib bendahari
yang telah dilantik.
2.3.4 Pemantauan terhadap prjalanan Badan Pengawas akan
dilakukan dari semasa ke semasa bagai usaha untuk
memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang
mantap

Tindakan: Guru Pengawas & Semua Pengawas

3.0 PENUTUP

Ucapan Terima Kasih

Guru Penolong Kanan HEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
guru dan pengawas yang telah hadir dan memberikan kerjasama yang baik
untuk mesyuarat badan disiplin dan pengawas bagi kali pertama 2018.

Tindakan: Semua Guru

Mesyuarat ditangguh : 11.10 pagi

Disediakan oleh : Disemak oleh :

...................................................... ......................................................
(NORHAYATI BINTI OTHMAN) (MANSOR BIN MAN)
Setiausaha Badan Pengawas Guru Penolong Kanan HEM,
Sekolah Kebangsaan Padang Besar Selatan Sekolah Kebangsaan Padang Besar Selatan

Disahkan oleh :

......................................................
(SHOBRI BIN MD. ZAIN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Padang Besar Selatan

You might also like