You are on page 1of 2

Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2018

KAJIAN PELAKSANAAN VLE FROG DALAM PDP DI SEKOLAH


1
Abd Razak bin Kaprawi, 2Jafri bin Hussin
1,2
IPGK TEMENGGONG IBRAHIM
abdrazakipti@gmail.com

Abstrak
Pihak Kementerian Pendidikan jelas menunjukkan usaha untuk membantu guru
mengintegrasikan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP), namun kajian literatur menunjukkan wujud
pelbagai permasalahan dalam usaha melaksanakannya. Justeru itu, kajian ini
berusaha untuk meninjau pengintegrasian VLE dalam PdP di sebuah sekolah di Johor
Bahru. Kajian ini bertujuan untuk berusaha mempertingkatkan pelaksanaan PdP
abad ke-21 bagi aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam PdP.
Pengkaji menggunakan teknik temuduga untuk melihat pelaksanaan VLE di sekolah
tersebut. Analisis berdasarkan tema telah digunakan dalam membincang isu yang
berkaitan. Kajian ini menjelaskan lagi pelaksanaan VLE dalam kalangan guru dari
aspek keberkesanannya, faktor-faktor pengekalan penggunaannya dan impak yang
telah terhasil. Didapati bahawa guru mempunyai latihan yang minimal terhadap
pengintegrasian VLE dalam PdP. Di samping itu faktor minat guru menunjukkan
kesan yang positif dan melalui VLE, PdP berpusatkan pelajar diamalkan melalui
kerjasama dengan rakan-rakan mereka dalam menjayakan tugasan yang diberikan.
Inovasi ini juga mewujudkan suasana yang menyeronokkan dalam PdP kerana guru
dan murid dapat berkoperatif. Aktiviti menggunakan VLE dapat mengembangkan
daya kreativiti murid dengan menghasilkan beberapa objek melalui aplikasi-aplikasi
lain dalam VLE. Di samping itu, VLE mampu membentuk suasana pembelajaran
bersifat kendiri iaitu pelajar dapat menggunakannya di rumah atau dimana-mana
sahaja.

Keywords: Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE), Pengajaran dan


pembelajaran (PdP), Bahan bantu mengajar (BBM)

1.0 Pengenalan
Kini, menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah menjadi
salah satu mercu tanda asas masyarakat moden. Banyak negara kini menganggap
memahami TMK dan menguasai kemahiran asas dan konsep TMK sebagai
sebahagian daripada teras pendidikan, di samping membaca, menulis dan mengira.
Bidang TMK memberi impak kepada peningkatan teknologi dan inovasi dalam sistem
pendidikan secara amnya. TMK dilihat berpotensi baik sebagai penguat dan
pemangkin dalam mencapai proses pengajaran dan pembelajaran yang unggul (Surif,
Ibrahim, & Abu Hassan, 2012). Justeru itu, peluang yang ada perlu diraih melalui
penggabungan pengetahuan dan pembelajaran dengan kekuatan alat teknologi
pendidikan, dan menggunakan sinergi ini bagi menyediakan suasana pengajaran dan
pembelajaran guru pelatih yang lebih berkesan. Hal ini menjadi lebih penting
menyedari bakal guru merupakan pemacu terhadap sesebuah negara maju.
Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2018

Rujukan

Abdullah, Nazila and Tasir, Zaidatun (2007) Kajian Terhadap Kaedah Mengajar,kefahaman
Dan Pandangan Guru Terhadap Konsep Sekolah Bestari Di Sebuah Sekolah Di
Daerah Kulai. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/ No Perolehan : 07669

Boon, Y., & Ngatimin, S. (September, 2011). Penggunaan Makmal Komputer Dalam Kalangan
Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran : Satu Tinjauan. Journal of Technical, Vocational & Engineering
Educational, Vol. 3, 132-147.

Chung, M. H., & Badusah, J. (n.d.). Sikap Guru Bahasa Malaysia Terhadap Penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah sekolah
Rendah Bintulu, Sarawak.

Creswell, J. W. (2013). Qualitative Inquiry & Research Design: Choosing Among Five
Approaches. Washington DC: Sage.

Hammond, M., Crosson, S., Fragkouli, E., Ingram, J., & Kingston, Y. (2009). Why do some
studentas make very good use of ICT ? Technology, Pedagogy and Education, 18(1),
59-73.

Harun, J., & Tasir, Z. (2005). Multimedia Konsep dan Praktis. Kuala Lumpur: Venton Pub.

Hassan, J., & Abdul Rahman, F. R. (2011). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Hassan, J., & Md Yasin, Z. (2010). Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah
Menengah Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Retrieved 2016, from
eprints.utm.my: http://eprints.utm.my

Jasmi, K. A. (2012). Analisis data dalam penyelidikan kualitatif in Kursus Penyelidikan


Kualitatif siri 3 2012 at Felda Residence Tg. Leman, Mersing, on 23-22 May 2012.
Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan
Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim, pp 1-11.

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif in Kursus


Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 March 2012.
Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan
Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.

Lam, S.-f., Cheng, R. W.-y., & Ma, W. (2009). Teacher and student intrinsic motivation in
project-based learning. Instructional Science. Jurnal Instructional Science, 37(6), 565-
578.

Md Rais, A. R., Ahmad, A. R., Abd Hadi, N. A., & A. S. (2015). Kompentensi Guru Terhadap
Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran. 7th International Seminar on Regional Education (pp. 79-89). Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Surif, J., Ibrahim, N. H., & Abu Hassan, R. (2012). Tahap Amalan Dan Pengintegrasian Ict
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Seminar MEDC.

You might also like