You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SHARIFAH RODZIAH,

JALAN KUALA KEDAH,


05400, ALOR SETAR,KEDAH.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PRS BIL. 1/2018

Tarikh : 10 Januari 2018


Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Kaunseling
Kehadiran :
1) Pn.Shuhaini binti Tajuddin - PK Hem
2) Pn.Siti Nor Rothiah binti Syed Abd. Malek - Guru B & K
3) Cik Nor Hafeda binti Hashim - Guru B & K
4) Pn. Shahidah binti bt Abd. Halim
5) Pn. Salina binti Mansor

Agenda Mesyuarat :
I. Perutusan Pengerusi
II. Pembentangan Takwim /Perancangan
III. Agihan Tugas /PembahagianTugas
IV. Hal-hal lain
V. Ucapan Penangguhan

I PERUTUSAN PENGERUSI
1. Puan Shuhaini sebagai pengerusi mesyuarat memulakan majlis dengan
bacaan ummul kita Al-Fatihah.
2. Pn.Shuhaini mengucapkan terima kasih kepada semua Jawatankuasa
PRS yang hadir dalam mesyuarat ini.
3. Pn. Shuhaini mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen semua ahli
JK dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
4. Pengerusi juga memperingatkan semua ahli jawatankuasa tentang kata-
kata seorang ulama iaitu Imam Al Ghazali mengenai seorang guru. Imam
Al Ghazali membahagikan guru kepada 4 Kategori iaitu :
• AL – MUDARRIS(Pengajar)
• AL – MUADDIB( Pendidik)
• AL – MUALLIM( Guru)
• AL – WALID ( Orang tua)
5. Pengerusi juga berharap agar kita semua boleh menjadi seperti lebah yang
memberikan manfaat kepada semua orang melalui madu yang dihasilkan.
Jagan menjadi seperti lalat yang tidak bermanfaat kepada orang lain.
II. TAKWIM DAN PERANCANGAN
6. Pengerusi merujuk kepada pelan taktikal PRS seperti yang dilampirkan.
7. Diharapkan setiap aktiviti yang dirancangkan akan dilaksanakan mengikut
ketetapan tersebut.
8. Perancangan aktiviti perlu dilaksankan dengan baik dan perlu ada laporan
atau dokumentasi dan dimasukkan ke dalam fail Induk.
9. Setiap aktiviti atau perjumpaan PRS hendaklah tidak menganggu waktu
Pdp dan dilaksnakan selepas waktu persekolahan.
10. Tiada perjumpaan semasa waktu rehat kerana takut murid akan terlewat
masuk ke kelas waktu ke 5.

III. AGIHAN TUGAS DAN PEMBAHAGIAN KERJA

11. Pengerusi membacakan senarai Ahli Jawatankuasa PRS bagi tahun 2018
12. Diharapkan setiap ahli jawatankuasa dapat memberikan kerjasama dan
komitmen terhadap tugas aktiviti yang di jalankan di bawah JK
Pembimbing Rakan Sebaya.

IV Hal-Hal Lain.
13. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada PRS kerana berjaya memakai
Uniform yang seragam. Nampak cantik dan kemas. Perlu dikekalkan pada
tahun hadapan.
14. PRS juga perlu dimantapkan dari segi sahsiah dan akhlak yang boleh
menjadi model atau contoh kepada rakan sebaya.
15. Menekankan latihan komunikasi dan memberi galakan dan motivasi untuk
lebih beranai tampil kehadapan.

V UCAPAN PENANGGUHAN.
16. Terima kasih kepada semua guru atas kerjasama sepanjang mesyuarat
pada hari ini.
17. Jaga diri kita – sayangi diri kita – hidup berkasih sayang saling hormat
menghormati
18. Guru profession yang mencabar kerana kita urus manusia dan banyak isu
yang hangat sekarang..
19. Kita doakan semoga Allah permudahkan semua kerja buat kita sepanjang
tahun 2018.
20. Tangguh mesyuarat dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Mesyuarat ditangguh jam 4.00 petang

Dicatat oleh : Disahkan oleh:

(SITI NOR ROTHIAH BINTI SYED ABD. MALEK) (SHUHAINI BINTI TAJUDDIN)

You might also like