You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL

08000 SUNGAI PETANI , KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK


HAL EHWAL MURID

BIL : 3 TAHUN : 2018


TARIKH : 29 OKTOBER 2018 ( ISNIN)AQ
MASA : 2.15 PETANG
TEMPAT : BILIK WAWASAN , SMK TUNKU ISMAIL.

KEHADIRAN
Hadir : Tidak Hadir (Bersebab)
1 En Zahari Bin Zakaria (PK Hem) 1 Pn Fatin Hanim Binti Rosdi
2 Pn Noor Haidah Binti Yaakob 2 En Saw Keat Tat
3 En Ho Bee Seng 3 Pn Rozia Hanis Binti A.Rahman
4 En Lim Eu Si 4 En Murthy Sagar A/L Dewandoo
5 Pn Norhartina Binti Abu Bakar 5 Pn Siti Sarah Binti Abu Bakar
6 Pn Mazlifah Binti Che Ahmad 6 En Mohd Jamil Puad Bin Othman
7 Pn Huraini Binti Daud 7 En Yusof Bin Kamis
8 Pn Andilah Binti Sulaiman 8 Cik Nasihtah Binti Saad
9 Pn Lolita Binti Mohd Yusof 9 Pn Mazziatul Feesya Binti Salleh
10 Pn Shabihah Binti Bahari 10 Pn Nasitah Bt Saad @Haron
11 Pn Che Hindon Binti Osman

I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berusaha En.Zahari Bin Zakaria Beliau mengalu-alukan kehadiran semua
guru dan ahli jawatankuasa induk unit HEM. Beliau mengucapkan tahniah atas kepada semua guru atas
pelaksanaan untuk semua program dibawah unit HEM sepanjang tahun 2018

Makluman : Semua Guru

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2. Tiada pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat
Makluman : Semua Guru
III. LAPORAN UNTI HEM
3. Pengerusi memohon semua unit HEM menghantar laporan program yang telah dilaksanakan atau yang tidak
berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang didalam takwim 2018
Makluman : Semua Guru
Tindakan : Setiausaha Unit Hem

4. Pengerusi turut menjelaskan perancangan Pelan Strategi setiap unit HEM pada 2019 hendaklah berdasarkan
kepada OPPM (One Page Program Manager ) dan OPTB (One Page Tacticle Plan ) . Penerangan berkaitan
pelan ini akan diterangkan dalam mesyuarat kali pertama 2019

Makluman : Semua Guru


5. Jawatankuasa Unit Displin / SSDM
5.1 Pelaporan dari unit displin oleh En Saw Keat Tat menyatakan bahawa sepanjang tahun 2018 ,terdapat
19 kes berat yang telah direkodkan dalam sistem SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid) . Malah kesemua kes
ini telah diambil tindakan gantung sekolah dan hukuman rotan.
Makluman : Semua Guru
.
1
6. Jawatankuasa Unit Pengawas
6.1 Pengawas tidak dapat menjalankan tugas dengan baik walaupun taklimat pengawas telah diberikan oleh
guru pengawas. Pengawas dilihat tidak mampu menonjolkan kualiti dan ketokohan. Pengawas pada tahun
hadapan akan diterajui oleh pelajar Tingkatan 6

Makluman : Semua Guru


7. Jawatankuasa Unit Buku Teks
7.1 En Lim Eu Si menjelaskan bahawa proses penyerahan dan pemulangan buku teks telah dilaksanakan
mengikut jadual yang telah ditetapkan .Penagihan buku teks akan diteruskan pada bulan November kepada
beberapa tingkatan.

Makluman : Semua Guru


8. Jawatankuasa Kebajikan
8.1 Untuk unit kebajikan ,kewangan unit ini adalah tidak tetap dan berdasakan kepada sumbangan yang diberi
antaranya ialah dari sumbangan pihak guru dan murid. Ustazah Nuraini turut menjelaskan bahawa seramai
17 orang murid telah menerima bantuan cermin mata pada tahun ini.

Makluman : Semua Guru

9. Jawatankuasa Biasiswa
9.1 Pada tahun 2018, menurut guru biasiswa seramai 17 orang pelajar telah menerima biasiswa BKP . Menurut
beliau lagi, hal berkaitan pemberi biasiswa seharusnya mendapat kerjsama semua guru tingkatan kerana
semua guru tingkatan harus mengemaskini data di dalam apdm bagi memudahkan proses permohonan
biasiswa untuk murid yang layak.

Makluman : Semua Guru


Tindakan : PK Hem dan Guru Tingkatan

10. Jawatankuasa Guru Data (APDM)


10.1 Guru Data memintak agar APDM sentiasa dikemas kini kerana walaupun pelajar tersebut telah diberi
hukuman gantung sekolah namun begitu pelajar ini tetap hadir ke sekolah. Selain itu juga, Pn Hartina
meminta agar guru kelas mengemaskini data murid baru yang mendaftar masuk. Ini kerana butiran peribadi
yang lama dan masih tidak berubah.

Makluman : Semua Guru


Tindakan : PK Hem dan Guru Tingkatan
11. Jawatankuasa Kantin
11.1 Terdapat melaporkan hal berkaitan dengan harga kantin yang tidak menentu. Oleh itu guru jawatankuasa
kantin dimintak memantau harga di kantin

Makluman : Semua Guru


Tindakan : PK Hem dan Setiusaha unit kantin

12. Jawatankuasa Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling / Sekolah Penyayang


12.1 Unit bimbingan dan kaunseling pada tahun ini menjalankan sesi kaunseling yang kebanyakan daripada kes
rujukan Displin.Kebanyakan punca masalah di sekolah apabila diteroka lebih kepada masalah /isu
kekeluarga.
12.2 Pn Noor Haidah Binti Yaakob juga melaporkan terdapat 7 kes gangguan seksual di pada tahun 2018.
Tindakan telah diambil oleh unit bimbingan dan kaunseling dan juga unit displin. Selain itu juga, Pn Noor

2
Haidah turut menyatakan terdapat tiga kes yang sering kali berulang iaitu kes rokok, kes gaduh dan kes
seksualiti.
12.3 Kes Seksualiti ini kebanyakan melibatkan murid perempuan yang sering bercakap lucah dan turut
memberikan gangguan seksual kepada guru. Kes ini telah diambil tindakan dan diadakan perjumpaan
sehingga akhir tahun.
12.4 Program –program kaunseling berfokus turut dilaksanakan yang lebih menjurus kepada program sahsiah,
displin dan pembangunan diri murid. Bukan itu sahaja, unit bimbingan dan kaunseling turut melaksanakan
program yang melibatkan kerjaya /hala tuju dan psikososial dan kesejahteraan mental

12.5 Melalui ujian psikometrik yang dijalankan, item S (Sosial), Investigatif (Suka Mencuba) dan Enterprising
(Keuntungan ) amat tinggi dalam kalangan pelajar. Oleh itu ,amalan guru penyayang perlu diteruskan bagi
membantu perkembangan sahsiah dan akademik para pelajar.

Makluman : Semua Guru


Tindakan : Guru B& K

VI HAL –HAL LAIN


13 Tiada hal-hal lain.

Makluman : Semua Guru

VII PENUTUP

19 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan atas komitmen yang
diberikan. Beliau mengharapkan agar unit hal ehwal murid dapat menjalankan tugasan seperti yang telah
dirancang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang.

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

…………………………………. ……………………………………
(FATIN HANIM BINTI ROSDI) (ZAHARI BIN ZAKARIA)
Setiausaha Unit Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Tunku Ismail SMK Tunku Ismail
08000 Sungai Petani 08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman. Kedah Darul Aman.

3
MAKLUM BALAS LAPORAN TINDAKAN
LAPORAN MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID BIL 3 / 2018

BIL PERKARA CATATAN

1.

You might also like