You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI BESAR,

34520 BATU KURAU,


PERAK DARUL RIDZUAN
No Tel/Fax: 05-8882711 Kod Sekolah : ABA6030
_______________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN


( JAWATANKUASA BUKA PETI SEBUT HARGA KANTIN 2019 -2020)

Tarikh : 17 Oktober 2018

Masa/Hari : 1.45 Petang (Rabu)

Tempat : Bilik Gerakan, SK Pantai Besar

Kehadiran : 1. Pn. Sabariah binti Ariffin ( Penolong Kanan Pentadbiran )


2. Pn. Naini bt Mat Zain
3. Pn. Nor Hazlina bt Ismaail

Agenda 1: Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat Jawatankuasa Buka Peti Sebut Harga Kantin Sesi 2019- 2020 telah
dipengerusikan oleh Puan Sabariah binti Ariffin.
1.2 Beliau mengalu-alukan kehadiran semua AJK yang dilantik.
1.3 Beliau menerangkan tujuan diadakan mesyuarat untuk membuka peti sebut harga
kantin yang baru bagi sesi 2019-2020.
1.4 Beliau juga menerangkan tatacara membuka peti sebut harga tersebut.

( Tindakan: Makluman )

Agenda 2: Membuka Peti Sebut Harga

2.1 Mesyuarat sebulat suara melantik Puan Nor Hazlina binti Ismaail sebagai setiausaha
dan pencatat.
2.2 Pn. Sabariah bt Ariffin yang dibantu oleh Pn. Naini bt Mat Zain menyemak semua
borang sebut harga kantin sesi 2019-2020 dan menyusun mengikut kedudukan sewa
yang tertinggi.
( Tindakan: Setiausaha sebut harga kantin 2019-2020)

Agenda 3: Merekod Maklumat Sebut Harga

3.1 Pn. Sabariah binti Ariffin dibantu oleh Pn. Naini binti Mat zain membuka sampul sebut
harga dan mencatat dalam borang A.

1
3.2 Terdapat empat pengusaha yang menyertai sebut harga.
3.3 Mengikut tarikh penghantaran, syarikat –syarikat yang menyertai sebut harga kantin
bagi sesi 2019-2020 ialah seperti berikut:
3.3.1 : Delima Yy Enterprise
3.3.2 : Ej Sepakat Enterprise
3.3.3 : Sufyanafeesa Enterprise
3.3.4 : Eda Malik Enterprise

( Tindakan: Setiausaha sebut harga kantin 2019-2020)

Agenda 4: Rumusan Dan Hal Lain

4.1 Pn. Sabariah binti Ariffin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir
dan memberi kerjasama. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................ ............................................
(NOR HAZLINA BT ISMAAIL)
Setiausaha
Jawatankuasa Buka Peti Sebut Harga,
Sebut Harga Kantin,
Sesi 2019-2020

You might also like