You are on page 1of 130

MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

RUMUSAN
&
PETIKAN UMUM

MODUL 1 : RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM


1
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PANDUAN MENJAWAB SOALAN RUMUSAN


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menggalakkan
orang ramai menggunakan pengangkutan awam dan kepentingannya kepada negara. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem
pengangkutan awam berjalan lancar. Namun begitu, orang ramai masih tidak menggunakan
pengangkutan awam yang disediakan. Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah
diimplementasikan untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. Langkah yang dapat
menarik perhatian rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti
pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya bagi
memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah
tempat. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang
terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan perjalanan
pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan
pengangkutan awam tersebut.

Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas
ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Para penumpang berpeluang untuk
menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan
lebih menarik. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain seperti Komuter
dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang menaiki pengangkutan awam. Kemudahan seperti alat
pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila
menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan sampingan seperti ini pasti akan dapat
meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana orang ramai boleh mendapatkan
perkhidmatan yang berkualiti dengan bayaran yang minimum.

Kerajaan juga perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi memastikan pemandu
pengangkutan awam benar-benar berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.
Tindakan kerajaan menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan dapat mengatasi masalah
pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan. Pemeriksaan oleh pihak berwajib seperti Jabatan
Pengangkutan Jalan atau pihak polis juga perlu menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan
pengangkutan awam tetapi perlu juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang
digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan tersebut terjamin. Dengan cara itu,
keyakinan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di negara kita akan meningkat.

Di kawasan stesen komuter atau LRT umpamanya, tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah
bagi mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan atau di tempat lain yang tidak
sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan orang ramai kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan
kesesakan malah pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Begitu
juga halnya dengan pengangkutan tambahan atau “bas fider” yang dikatakan menjadi masalah kepada
pengguna komuter dan LRT. Kekurangan pengangkutan bas tambahan ini telah menyukarkan pengguna
pengangkutan tersebut jika kawasan stesen tersebut jauh dari pejabat. Justeru adalah penting sekiranya
bas-bas tambahan ditambah bilangannya bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari
rumah ke destinasi yang dituju. Jarak atau lokasi pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga
perlu ditambah dari semasa ke semasa agar lingkungan pengguna yang dapat menaiki kemudahan awam
tersebut turut meningkat.

Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada masyarakat di


negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan, mengurangkan pencemaran udara,
menjimatkan masa malah mengurangkan kos kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna
jalan raya yang bijak, kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam
sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.

STRATEGI MENJAWAB RUMUSAN

2
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

A. Langkah 1 – Menulis Pendahuluan (2 markah)

1. Baca soalan yang diberikan dengan teliti. Kenal pasti fokus soalan yang terdapat dalam
arahan soalan yang diberikan.
2. Arahan soalan (rujuk soalan contoh di atas).
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam (FOKUS 1) dan
kepentingannya kepada negara (FOKUS 2) Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
3. Beri perhatian kepada FOKUS 1 untuk membina pendahuluan rumusan anda. Cuba dapatkan
perkataan sinonim atau kata seerti dengan kata pertama dalam FOKUS 1 ini. Rujuk jadual di
bawah untuk mendapatkan perkataan sinonim untuk kata kunci FOKUS 1:

BIL FOKUS 1 (ISI PERKATAAN SEERTI (SINONIM) -PENDAHULUAN


TERSURAT)
1 Tanggungjawab Peranan / sumbangan / tugas / fungsi
2 Langkah-langkah Usaha-usaha / cara-cara / kaedah-kaedah / pendekatan /
teknik-teknik / strategi / tindakan / modus operandi
3 Kepentingan Faedah-faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan
4 Masalah Kekangan / kesulitan / kerumitan / hambatan
5 Punca-punca Faktor-faktor / sebab-sebab
6 Kesan-kesan Implikasi / impak / akibat / keburukan / natijah
7 Ciri-ciri Sifat-sifat, unsur-unsur, fitur-fitur, tanda-tanda

4. Tulislah pendahuluan anda pada perenggan pertama, satu ayat sahaja. Mulakan dengan
frasa berikutnya. Contohnya:

Kata Kunci FOKUS 1 : cara-cara

Kaedah menulis pendahuluan: Petikan ini membincangkan + usaha-usaha/langkah-


langkah/kaedah-kaedah/pendekatan/ teknik-teknik / strategi / tindakan / modus operandi +
menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam + di negara ini/ di Malaysia /
di negara kita.

Contoh pendahuluan Petikan ini membincangkan usaha-usaha


lengkap:
menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam di
negara ini.

B. Langkah 2 – Menulis isi tersurat. (4 - 12 markah)

1. Baca petikan yang diberikan sepintas lalu.


2. Baca petikan untuk kali yang kedua sambil mengenal pasti isi-isi tersurat berdasarkan
FOKUS 1.
3. Kenal pasti dan tandakan sebanyak mungkin isi tersurat yang terdapat dalam petikan.
Tinggalkan huraian dan contoh. Biasanya terdapat antara 8 hingga 10 isi tersurat dalam
petikan yang diberikan.
4. Pilih 6 isi tersurat yang anda begitu yakin.
5. Pastikan ayat-ayat yang anda garisi itu mengandungi subjek dan predikat (ayat yang
lengkap).
6. Tulis isi-isi tersurat tersebut dalam perenggan yang kedua.
7. Jumlah maksimum isi tersurat ialah 6 isi. Oleh itu, anda tidak perlu memasukkan kesemua isi
kerana jumlah perkataan yang terhad.
8. Anda perlu menulis kata tugas untuk FOKUS 1 dalam ayat pertama perenggan isi tersurat.
9. Contoh isi tersurat:

3
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Cara-cara menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan


awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam.
Kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi diperlukan untuk
menarik perhatian penumpang. Kerajaan perlu menggalakkan pemasangan
televisyen di dalam bas ekspres. Kemudahan seperti alat pendingin udara
perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa
apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kerajaan pula perlu lebih kerap
mengadakan pemeriksaan terhadap pemandu pengangkutan awam. Pihak
berwajib perlu memastikan keadaan dan keselamatan pengangkutan awam
yang digunakan pengguna terjamin.

C. Langkah 3 – Menulis isi tersirat (4 - 12 markah)

1. Isi tersirat dibina berdasarkan FOKUS 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang
diberikan.
2. Contoh: FOKUS 2 dalam soalan yang diberikan ialah: Kepentingan pengangkutan awam
kepada negara.
3. Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.
4. Kata tugas untuk FOKUS 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi
tersirat.
5. Contoh perenggan isi tersirat:

Kepentingan pengangkutan awam kepada negara ialah dapat


mengurangkan kesesakan di jalan raya. Sektor ini juga dapat mewujudkan
banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

D. Langkah 4 – Menulis Kesimpulan/Penutup. (2 markah).

1. Kaji semula fokus soalan sama ada FOKUS 1 atau FOKUS 2 .


2. Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.
3. Kesimpulan merupakan cadangan/harapan anda terhadap fokus tersebut berserta kesan atau
akibat cadangan/harapan yang anda berikan.
4. Anda juga perlu menghubungkan cadangan/harapan dengan kesan/akibat daripada
cadangan/harapan tersebut dengan menggunakan kata hubung agar/supaya/demi.
5. Gunakan penanda wacana atau rangkai kata yang menunjukkan bahawa ayat tersebut
merupakan ayat kesimpulan.
Contohnya: Kesimpulannya,... Konklusinya,....

6. Contoh kesimpulan lengkap:

Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu meningkatkan kemudahan


pengangkutan awam agar dapat digunakan oleh rakyat.

E. Formula Menulis Rumusan Lengkap

4
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Petikan membincangkan (sinonim kata kunci) + frasa berikutnya (fokus 1) + elemen


kedua.

Kata tugas fokus 1 + S1.................................................................................................. S2


.............................................. S3........................................................................................
S4............................................................................S5.......................................................................
................ S6..............................................................................................

Antara + Fokus 2 + T1.....................................................................................................


T2..........................................................................................................................................

Kesimpulannya, pihak sasaran + mestilah/haruslah + menyokong/ membanteras/


menangani + isu dalam Fokus 1 + supaya/agar + kesan / akibat.

F. CONTOH JAWAPAN LENGKAP RUMUSAN:

Petikan ini membincangkan usaha-usaha menggalakkan orang ramai


menggunakan pengangkutan awam di negara ini.
Cara-cara menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam
ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Kekerapan
perjalanan pengangkutan awam yang tinggi diperlukan untuk menarik perhatian
penumpang. Kerajaan perlu menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas
ekspres. Kemudahan seperti alat pendingin udara perlu dipertingkatkan bagi
menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan
tersebut. Kerajaan pula perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan terhadap
pemandu pengangkutan awam. Pihak berwajib perlu memastikan keadaan dan
keselamatan pengangkutan awam yang digunakan pengguna terjamin.
Antara kepentingan pengangkutan awam kepada negara ialah dapat
mengurangkan kesesakan di jalan raya. Sektor ini juga dapat mewujudkan
banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu meningkatkan kemudahan
pengangkutan awam agar dapat digunakan oleh rakyat.
(120 patah perkataan)

G BAHASA (10 MARKAH)

5
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam
jadual di bawah ini:

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian

 Kesinambungan isi baik.


18 - 20 9 - 10  Struktur ayat/tatabahasa baik
Baik 15 - 17 7–9  Kosa kata luas
 Tanda baca/ejaan betul

 Kesinambungan isi masih baik.


 Struktur ayat/ tatabahasa masih
memuaskan
12 - 14 6-7  Kosa kata masih memuaskan
Sederhana 8 - 11 4–6  Tanda bacaan /ejaan juga
memuaskan.

 Pada keseluruhannya dalam serba


Lemah 1- 7 1–4 kekurangan/ tidak memuaskan.

Nota:
1. Markah bahasa biasanya separuh daripada markah isi.
2. Jika calon menyalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, walaupun jumlah
perkataannya kurang daripada 120 patah perkataan, markah bahasa 0 markah.
3. Jika bahasa agak baik, tambah 1 markah dan jika bahasanya tidak baik, tolak 1
markah.
4. Rumusan yang kurang 120 patah perkataan, markah tidak ditolak.
5. Jika menulis rumusan melebihi 120 patah perkataan, rumusan akan dinilai
setakat 120 patah perkataan sahaja. Jumlah perkataan selebihnya tidak akan disemak.
6. Panduan pengiraan perkataan.
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
a. Nama khas
b. Perkataan berulang
c. Penggunaan kata sendi di dan ke
d. Tarikh
e. Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
f. Gelaran.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PETIKAN UMUM


6
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

A. UMUM

1. Soalan bahagian ini merupakan Soalan 2 (a) untuk kertas 2.


2. Soalan merujuk kepada petikan rumusan (Soalan 1)
3. Bahagian ini akan diajukan 3 soalan yang bernilai 9 markah.

B. MENGANALISIS SOALAN

1. Baca soalan dengan teliti untuk mendapat gambaran akan kehendak soalan.
2. Soalan terbahagi kepada tiga iaitu:
a. Menjawab soalan rangkai kata ( 2 markah)
b. Menjawab soalan pemahaman petikan. (3 markah)
c. Soalan Kemahiran Berfikir (4 markah)
3. Jawapan perlu menggunakan ayat yang lengkap.
4. Untuk soalan (ii) jawapan perlu diambil daripada petikan. Anda perlu menggunakan ayat
sendiri dan bukannya menyalin bulat-bulat daripada petikan.
5. Pastikan jumlah markah yang diberikan. Jika soalan itu tiga markah, anda dicadangkan agar
memberikan 3 isi.

PRAKTIS 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah pencegahan kes-kes
kekejaman terhadap kanak-kanak dan manfaatnya. Panjangnya rumusan tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian menyayat hati yang membabitkan
pembunuhan kanak-kanak. Pembunuhan kejam ini meninggalkan kesan yang mendalam kerana negara
kita baru saja diumumkan sebagai negara aman yang ke-19 di dunia. Paling sadis jenayah disabitkan oleh
perlakuan individu yang bermasalah jiwa dan mental serta tidak boleh dikenal pasti kerana individu ini
kelihatan normal dan hidup bebas dalam masyarakat. Berdasarkan kajian, kes jenayah kanak-kanak juga
boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tingkah laku pelakunya sukar dijangkakan kerana tidak semua
kes mempunyai corak perlakuan jenayah yang sama. Kes ini juga boleh dikaitkan dengan individu
pedofilia yang mengalami gangguan psikoseksual.
Walau bagaimanapun, ibu bapalah yang perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-
anak. Kebanyakan kes jenayah yang terjadi disebabkan kealpaan ibu bapa yang membenarkan kanak-
kanak ini bersendirian. Sebenarnya, ibu bapa kepada kanak-kanak yang berusia bawah tujuh tahun
secara sengaja mendedahkan anak mereka kepada kemungkinan diculik atau dilarikan, boleh dikenakan
hukuman mengikut seksyen 31, Akta Kanak-kanak 2001. Seksyen 33 pula menyatakan adalah menjadi
kesalahan jika ibu bapa atau penjaga membiarkan anak mereka tanpa pengawasan orang dewasa atau
meninggalkan anak untuk satu tempoh yang tidak munasabah atau membiarkan mereka dalam keadaan
tidak munasabah.
Ibu bapa harus mengajar anak supaya mempunyai sifat curiga kepada orang yang tidak dikenali
dan mengehadkan sempadan kehadiran orang yang tidak 'diiktiraf’ sebagai saudara mara atau sahabat
keluarga. Kanak-kanak di bawah umur pula seharusnya sentiasa berada di bawah pengawasan keluarga.
Kanak-kanak tidak seharusnya dibiarkan keluar bersendirian tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Jangan
sudah terhantuk, baru tengadah. Kesilapan sedetik ini akan menyebabkan penderitaan sepanjang hayat.
Walaupun pesanan seperti ini sentiasa disampaikan, masih ada lagi ibu bapa yang beranggapan tiada
salahnya membenarkan anak kecil berada di luar rumah kerana mereka sudah biasa dengan persekitaran
kawasan tempat tinggal. Ibu bapa perlu mencari titik keseimbangan bagi memastikan masa berkualiti
dapat diberikan kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu sedar bahawa anak-anak juga berhak untuk
bersama-sama mereka. Jangan mengawasi anak-anak hanya secara bermusim. Sebagai contoh, ketika
berlaku kes kehilangan kanak-kanak seperti Nurin Jazlin Jazmin dan Dirang barulah ibu bapa sibuk
memastikan keselamatan anak mereka terjamin. Selepas seketika, ingatan terhadap kejadian kanak-
kanak hilang, dibunuh dan dibakar semakin terhakis. lbu bapa kembali bersikap sambalewa.
Harus menjadi ingatan, kejadian jenayah akan berlaku apabila wujud peluang yang luas untuk
penjenayah bertindak. Penjenayah tidak seharusnya diberikan ruang dan peluang seperti ini. Peranan ibu
bapa sangat penting dalam memastikan persekitaran anak sentiasa selamat. Ibu bapa merupakan

7
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

benteng pertama dalam memastikan kehidupan anak terjamin. Semoga kisah arwah Nurul Nadirah
Abdullah menjadi pengajaran yang berguna kepada semua pihak.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Jangan ambil


mudah keselamatan anak di luar rumah oleh Anuar Patho
Rohman, Berita Harian lsnin 9 April 2012)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kejadian menyayat hati.


[2 markah]

(ii) Mengapakah pelaku jenayah terhadap kanak-kanak sukar dikenal pasti?


[3 markah]

(iii) Berikan pendapat anda tentang peranan masyarakat dalam memerangi kes-kes kekejaman
terhadap kanak-kanak.
[4 markah]

PRAKTIS 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan makan bersama-
sama dengan keluarga dan halangan untuk mengamalkannya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Budaya makan bersama-sama dengan keluarga kini semakin kurang diamalkan. Meluangkan
masa makan bersama-sama dengan keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari memberikan kesan
besar kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak. Malangnya, anak-anak zaman sekarang
makan tanpa mengikut waktu makan yang sepatutnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amat sukar
untuk mencari masa makan bersama, terutamanya pada waktu siang namun kita boleh berkumpul
sekeluarga pada waktu makan malam.

Ketika makan bersama, ibu bapa dapat menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh
menjadi teladan atau ikutan anak-anak. Hal ini termasuklah makan sayur, buah-buahan dan banyak
minum air kosong. Kalau diperhatikan, adab ketika di meja makan kini semakin hilang, terutamanya dalam
kalangan generasi muda. Anak-anak lebih gemar menikmati makanan ketika menonton televisyen. Jika
menjamu selera di meja makan, ada anak-anak yang tergesa-gesa menghabiskan makanan kerana mahu
menonton rancangan kegemaran ataupun bermain permainan komputer. Ketika inilah ibu bapa boleh
menetapkan disiplin atau adab di meja makan. Adab-adab berkenaan, termasuklah mengajar anak-anak
menyediakan hidangan, membasuh pinggan mangkuk, makan secara beradab, serta melatih mereka
mengemas meja selepas makan.

Waktu makan ialah masa yang berkualiti, tenang dan menyeronokkan. Ketika makan, ibu bapa
boleh berinteraksi dengan anak-anak. Antara topik yang boleh dibincangkan ialah peristiwa menarik di
sekolah, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau rakan-rakan rapat mereka.
Secara tidak langsung, ibu bapa juga dapat mengesan pergerakan harian anak-anak, terutamanya yang
sudah masuk usia remaja. Kajian juga menunjukkan lebih kerap keluarga makan bersama, lebih
rendahlah kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial seperti merokok, mengambil
minuman keras, penyalahgunaan dadah, dan pergaulan bebas.

Ada kalanya anak-anak mempunyai pandangan negatif terhadap ibu bapa. Oleh yang demikian,
ibu bapa boleh menjadikan masa makan sebagai masa yang terbaik untuk memuji anak-anak. Mereka
boleh berterima kasih kepada perlakuan baik atau kerajinan mereka dalam membantu keluarga dan
belajar. Perbincangan ketika masa makan juga dapat melatih anak-anak berfikir dan bertutur kerana
perbualan panjang antara ibu bapa dengan anak-anak pasti berlaku. Tamsilnya, anak-anak dapat belajar
perkataan baharu yang diperoleh ketika perbualan di meja makan. Selain itu, keakraban hubungan antara
anggota keluarga akan terjalin. Keakraban hubungan ini memberikan kesan besar kepada kehidupan
anak-anak dan akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tegasnya, makan bersama-sama dengan

8
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

keluarga perlu menjadi amalan dalam masyarakat kita. Amalan ini mampu membentuk adab sopan anak-
anak demi menjadikan mereka anggota masyarakat yang berhemah.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Amalan Makan


Bersama’, Harian Metro, 21 Mac 2012)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kesejahteraan minda.


[2 markah]

(ii) Apakah tabiat buruk yang diamalkan oleh anak-anak ketika makan?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menggalakkan amalan makan bersama-
sama dengan keluarga?
[4 markah]

PRAKTIS 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memupuk
perpaduan dan kepentingannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang etnik dan
keturunan. Semua bangsa dapat bekerjasama secara kolektif dan mengamalkan prinsip-prinsip jitu untuk
perpaduan. Namun hakikatnya tahap perpaduan kita sampai di mana? Peristiwa 13 Mei memaparkan
masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi. Dalam usaha membendung masalah ini kerajaan
menyedari bahawa negara memerlukan satu ideologi untuk terus bersatu.
Rukun Negara menjadi platform membimbing masyarakat ke arah perpaduan kerana tanpa
perpaduan di manakah letaknya nilai jati diri kita? Bukan setakat itu sahaja, masyarakat Malaysia
hendaklah mengamalkan sikap keterbukaan yang perlu disemai sejak kecil kerana amalan ini
membuktikan sebarang usaha mewujudkan perpaduan kaum akan menghasilkan natijah yang berkesan.
Hal ini juga menunjukkan sikap keterbukaan menjadi kunci kejayaan pergaulan dan perpaduan. Di sini,
masyarakat pelbagai kaum boleh mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi. Ibu bapa juga
memainkan peranan besar dalam membentuk sikap yang mulia ini kepada anak-anak mereka. Lagipun ke
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Hal ini kerana segala yang ada pada ibu bapa sebenarnya
akan diwariskan kepada generasi akan datang. Oleh itu ibu bapa perlu memahami tanggungjawab
mendidik anak-anak tidak terhad kepada amalan sikap keterbukaan tetapi juga kepada soal adab, asuhan
keagamaan dan pembentukan jati diri. Anak-anak juga perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni yang
universal.
Kerajaan telah memperkasa sekolah kebangsaan untuk menyatukan generasi muda melalui
pendidikan dan bahasa kebangsaan. Dasar Integrasi Nasional juga telah dilancarkan sebagai satu proses
dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Melalui Dasar Ekonomi Baru pula, satu lagi usaha untuk mewujudkan kerjasama agar kekayaan negara
dibahagikan sama rata antara kaum. Terkini, Program Latihan Khidmat Negara yang menyediakan
pelbagai aktiviti yang mampu merapatkan hubungan dan menjalin perpaduan serta menambah
kemesraan antara kaum.
Sikap rakyat yang sombong dan enggan bergaul terutamanya di bandar-bandar besar serta tidak
prihatin terhadap isu-isu perpaduan dan menganggap isu perpaduan tidak mendatangkan sebarang
faedah, akhirnya menjadikan kita semakin jauh . Selain itu, sikap tidak jujur atau tidak adil terhadap orang
lain juga menimbulkan rasa tidak puas hati dan dendam yang berpanjangan. Di samping itu, sebilangan
rakyat pula tidak memberi kerjasama malah membantah segala program yang dilaksanakan oleh
kerajaan.
Jadi kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan. Jika rakyat tidak boleh bersikap
terbuka, dan sentiasa berprasangka, pasti semua yang kita banggakan terhadap diri kita sendiri sebagai
satu bangsa yang bersatu padu akan musnah akhirnya. Oleh itu, demi tanah tumpah darah, kita patut dan
rela berkorban bukan untuk kita semua tetapi sebagai contoh kepada generasi akan datang.

9
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(Dipetik dan diubah suai daripada Perpaduan: Di manakah


Penghujungnya, oleh Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri Mstar
Online, Februari, 2012)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata prinsip-prinsip jitu


[2 markah]

(ii) Beberapa masalah dikenal pasti melambatkan pencapaian perpaduan dalam kalangan
masyarakat. Nyatakan masalah-masalah tersebut.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah
untuk membentuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar?
Nyatakan tiga langkah.
[4 markah]

PRAKTIS 4

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca obesiti dalam
kalangan murid dan langkah-langkah mengawalnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan sebanyak 30 peratus rakyat akan
mengalami obesiti pada tahun ini. Ketua Pegawai LPKM, Dr. Yahya Saba menyatakan bahawa angka itu
menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran
mengenainya tidak diberi perhatian secara serius, peratusannya mungkin bertambah. Statistik
menunjukkan obesiti dalam kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak dalam tempoh 10
tahun dari 1996 hingga 2006 dan senario ini membimbangkan pelbagai pihak.

Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah tidak seharusnya dikaitkan dengan pengambilan
nasi lemak di kantin sekolah semata-mata. Obesiti disebabkan oleh pelbagai punca dan amat tidak wajar
menuding jari kepada satu-satu jenis makanan yang menyumbang kepada masalah tersebut. Menurut
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, pengambilan makanan segera seperti piza, burger
dan sebagainya di luar sesi persekolahan dan di rumah turut menjadi punca kegemukan. Selain makanan
segera, ada juga kalangan murid yang membeli makanan ringan di luar pagar sekolah yang
sememangnya tidak membawa sebarang khasiat. Secara umum, obesiti membabitkan pengambilan
makanan berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi
perhatian sejak mereka dalam kandungan lagi. Kajian mendapati pertambahan berat badan ketika ibu
mengandung juga merupakan satu daripada faktor penyebab obesiti kanak-kanak.

Perkembangan teknologi pada masa ini turut mempengaruhi kecenderungan kanak-kanak


mengisi masa yang ada. Hal ini menyebabkan mereka lebih gemar melakukan aktiviti di dalam rumah
yang mengehadkan pergerakan mereka seperti menonton televisyen dan bermain komputer selain
permainan elektronik. Perubahan persekitaran sosial termasuk kesibukan ibu bapa bekerja yang tidak
memantau pemakanan anak-anak menyebabkan anak-anak mengalami masalah obesiti dan kesihatan.
Kita juga harus melihat perspektif yang lebih luas termasuk industri makanan yang menjadikan kanak-
kanak sebagai sasaran pemasaran dengan menampilkan label makanan yang menarik di samping
menawarkan pelbagai hadiah iringan. Pengaruh iklan terhadap kanak-kanak sudah banyak dikaji dan
banyak negara telah mengharamkan kempen atau pengiklanan makanan yang kurang berkhasiat.

Selain pemakanan, obesiti turut dikaitkan dengan faktor genetik. Buktinya, ada individu yang
mengadu bahawa mereka mengalami masalah kegemukan walaupun mengawal tabiat pemakanan.
Secara tuntas, satu pendekatan yang menyeluruh perlulah diambil untuk menangani masalah tersebut.
Kita khuatir jika langkah segera tidak diambil, generasi akan datang berdepan dengan pelbagai masalah
kesihatan.

10
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Obesiti Murid, Perlu Pemantauan


Serius' oleh Hj. Samat Buang, Fokus SPM, Jun 2011)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata peningkatan yang ketara.


[2 markah]

(ii) Nyatakan bukti yang menunjukkan masalah obesiti membimbangkan pelbagai pihak.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan obesiti terhadap murid-murid?


[4 markah]

PRAKTIS 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab berlakunya
pencemaran air dan usaha-usaha untuk mengatasi masalah pencemaran air. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Air merupakan sumber semula jadi yang sangat penting bagi kehidupan di muka bumi ini. Bumi
diliputi oleh 71 peratus air dengan isi padu air dianggarkan lebih kurang 1.386 bilion km padu. Sebahagian
besar air diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Oleh sebab manusia merupakan pengguna utama
sumber semula jadi ini, maka tidak hairanlah kita juga ialah penyumbang yang terbesar kepada masalah
pencemaran air.

Pencemaran air yang paling besar berpunca daripada pembuangan sisa kumbahan yang tidak
sempurna. Pencemaran air menerusi sisa kumbahan ini bertambah buruk di kawasan yang tidak
mempunyai sistem pembetungan yang sempurna, terutamanya di kawasan luar bandar yang pengaliran
sisa kumbahan disalurkan terus ke dalam sungai. Aktiviti pertanian sama ada yang berskala kecil
mahupun berskala besar turut menjadi faktor pencemaran air. Pembukaan dan penerokaan tanah yang
tidak terkawal telah menyebabkan hakisan tanah seterusnya mencemarkan air sungai kesan daripada
bahan terampai dan keladak yang dibawa ke dalam sungai. Penggunaan racun serangga dan baja kimia
dalam bidang pertanian turut mencemarkan air. Keadaan ini pastinya memberikan kesan kepada
kehidupan akuatik dan keindahan alam semula jadi.

Aktiviti penternakan juga menjadi masalah besar kepada pencemaran air. Aktiviti penternakan
seperti penternakan ayam, lembu, kambing, dan babi direkodkan sebagai penyebab utama pencemaran
air akibat najis dan sisa kotoran yang dihasilkan. Sikap ambil mudah masyarakat yang membuang
sampah terus ke dalam longkang dan sungai memburukkan lagi keadaan. Isu seperti air yang berbau
busuk dan tidak menyenangkan yang pernah berlaku di Selangor dan Putrajaya ialah contoh paling jelas
kesan pencemaran air akibat aktiviti pembuangan sampah yang tidak terurus. Pengaliran dan
pembuangan sisa perindustrian secara tidak selamat juga semakin serius dan menyumbang kepada
pencemaran air. Air sungai yang tercemar akan memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia akibat
sisa buangan industri yang mengandungi bahan keluli, bakteria, bahan-bahan organik, dan bukan organik
yang tidak dirawat dengan betul.

Kegiatan ekonomi manusia yang mementingkan keuntungan semata-mata seperti pembalakan,


penerokaan, dan tebus guna tanah juga menyebabkan air terus tercemar. Menurut Jabatan Alam Sekitar
(JAS), aktiviti pembukaan tanah menjadi punca utama pencemaran 31 lembangan sungai di seluruh
negara. Air buangan daripada kegiatan perniagaan dan industri dipercayai menyumbang kepada
penurunan kualiti air sungai. Di bandar-bandar besar, kebanyakan restoran, gerai, dan warung makanan
berlesen dipercayai mengalirkan air buangannya terus ke dalam longkang, yang akhirnya mengalir ke
sungai.

Masalah pencemaran air di negara kita pada hakikatnya semakin serius walaupun masih
terkawal. Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga kesejahteraan alam sekitar terutamanya air.

11
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Air:


Bersyukurkah kita?' oleh Roslan Lateh, Dewan
Siswa, April 2010)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata semakin serius.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan yang akan timbul akibat pencemaran air.
Nyatakan kesan-kesan tersebut.
[3 markah]
(iii) Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mengawal pencemaran air daripada terus berlaku, namun
pencemaran air menjadi semakin tidak terkawal.
Pada pendapat anda, apakah dua kekangan yang menyebabkan usaha-usaha yang dilakukan agak
kurang berkesan?
[4 markah]

PRAKTIS 6

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
keselamatan penggunaan perbankan elektronik dan faedah-faedah penggunaan perbankan
elektronik. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kini urusan perbankan hanya di hujung jari. Cara penggunaannya cukup mudah; pengguna hanya
perlu menatap skrin komputer, melayari laman sesawang perbankan yang dipilih, menaip kata laluan atau
nombor pin kemudian memilih urusan transaksi yang diperlukan, dan dalam beberapa minit urusan
tersebut dapat diselesaikan. Aplikasi perbankan elektronik mula dibangunkan di Malaysia setelah
mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia pada 1 Jun 2000 dan Maybank merupakan institusi
kewangan pertama menjalankan perkhidmatan perbankan dalam talian dengan portal perbankannya
www.maybank2u.com.my.

Faktor keselamatan dan privasi merupakan dua perkara paling dominan yang mempengaruhi
keputusan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan perbankan elektronik. Aspek keselamatan dalam
penggunaan aplikasi ini sebenarnya terletak di tangan pengguna sendiri dengan memastikan kata laluan
ke akaun pengguna sukar diteka oleh orang lain. Oleh itu, pengguna wajar mengelakkan penggunaan
nombor telefon, tarikh lahir ataupun maklumat yang sudah biasa digunakan sebagai kata laluan.
Pengguna juga perlu kerap menukar kata laluan agar penceroboh di Internet gagal mencuri kata laluan.
Setelah segala urusan ditamatkan, pengguna juga disarankan supaya memadamkan semua data
berkenaan aktiviti Internet mengikut cara yang dipaparkan oleh pengendali perbankan elektronik.
Sekiranya data ini tidak dipadamkan, data akan berada dalam memori komputer dan boleh dikesan oleh
penggodam Internet.

Pengguna sering diingatkan supaya tidak melayani e-mel yang meminta mereka menukar nombor
pin atau kata laluan perbankan. Banyak kes dilaporkan bahawa pengguna kehilangan wang dalam sekelip
mata setelah terpedaya dengan e-mel yang kononnya dihantar oleh pihak bank meminta mereka
mengemas kini maklumat pelanggan. Hyperlink pada e-mel atau paparan oleh apa-apa jua laman
sesawang, berkemungkinan besar telah dihubungkan kepada portal rekaan para penggodam Internet
justeru pengguna dinasihati agar tidak melayari atau mengakses laman sesawang perbankan elektronik
dengan jalan pintas. Pelanggan yang bijak juga tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kata laluan
perbankan elektronik kepada sesiapa sahaja. Bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal atau
kesilapan, pengguna perIu memastikan resit transaksi disimpan untuk rujukan.

Sekiranya perlu mencatat kata laluan atau nombor pin kerana bimbang terlupa, pengguna
mencatatkannya di tempat yang selamat. Terdapat juga pengguna yang tertipu dengan penghantar sistem
pesanan ringkas (SMS) yang mengaku ahli keluarga terdekat, lalu mendedahkan maklumat perbankan
mereka. Oleh itu, jangan mudah percaya dengan SMS yang meminta kita menghantar maklumat rahsia.
Pengguna harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan SMS tersebut.

12
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Walaupun perbankan elektronik berisiko, inisiatif pengguna penting untuk mendapatkan maklumat
terkini agar penggodam tidak berjaya menembusi tembok keselamatan yang dibina. Pihak bank pula
seharusnya sentiasa menaik taraf sistem keselamatan mereka memandangkan pelbagai teknologi dan
kaedah penipuan dicipta untuk menerobos sistem keselamatan aplikasi di Internet.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Urusan Perbankan di


Hujung Jari' oleh Siti Zakiah Melatu Samsi, Dewan
Masyarakat, April 2011)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata dicipta untuk menerobos?


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa cara menggunakan khidmat perbankan elektronik.


Nyatakan cara-cara tersebut.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah khidmat perbankan elektronik kurang mendapat
sambutan daripada pengguna?
Jelaskan dua sebab.
[4 markah]

PRAKTIS 7

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan penggunaan
Internet dan tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan maklumat memudahkan capaian kepada
aplikasi Internet malah sesiapa sahaja boleh melayarinya. Sebenarnya, kebanyakan ibu bapa bimbang
akan fenomena remaja yang melayari Internet kerana hal ini akan mendatangkan pelbagai kesan negatif.
Tidak dinafikan bahawa golongan remaja kerap berada di kafe siber, begitu terangsang melayari Internet
kerana tarikan Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gajet-gajet yang lain. Keresahan dan
kebimbangan ini dapat dirasakan oleh kebanyakan ibu bapa apabila remaja terpengaruh oleh budaya
hedonisme dan akhirnya melalaikan kepentingan pelajaran. Faktor ini didorong oleh sesetengah ibu bapa
yang buta Internet dan tidak mengetahui kebaikan dan keburukannya terus dimanipulasikan oleh remaja
untuk mengunjungi kafe siber.

Kini didapati remaja selalu ponteng sekolah dan kelas tuisyen kerana ingin berkunjung ke kafe
siber untuk membolehkan mereka melayari Internet. Hal ini terjadi disebabkan di kebanyakan kawasan
berhampiran dengan kawasan perumahan terdapat kafe siber yang menyediakan kemudahan Internet
dengan bayaran yang murah. Menurut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pelbagai jenayah
siber dilakukan dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan iaitu mencatatkan kerugian berjumlah
lebih daripada RM 63 juta pada tahun 2010. Bagi tempoh lima tahun akan datang kerajaan akan
menanggung kerugian RM2.73 juta sekiranya jenayah siber tidak ditangani dengan baik sejajar dengan
peningkatan bilangan individu celik teknologi maklumat yang dianggarkan mencecah 16 juta orang.
Sebarang penulisan tanpa berhati-hati oleh golongan muda dalam blog juga boleh menjurus kepada
provokasi dan fitnah. Sehubungan dengan itu, tindakan ini dianggap satu kesalahan yang boleh
disabitkan dengan jenayah siber.

Dalam perkembangan dunia ICT, tidak salah mereka mempunyai perasaan ingin tahu dan
sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di seluruh dunia tetapi menjadi kesalahan sekiranya
kebebasan ini disalahgunakan oleh mereka dengan melayari laman sesawang yang memaparkan
kandungan yang bertentangan dengan amalan budaya dan agama. Secara purata kanak-kanak dan
remaja Malaysia yang berumur 8 hingga 18 tahun menghabiskan masa selama 19 jam setiap minggu
untuk melayari Internet. Sebanyak 23 peratus masa dihabiskan atas talian untuk media sosial dan blog
oleh golongan muda. Generasi muda dikatakan akan menghadapi krisis kecelaruan identiti dan jati diri
kerana pengaruh budaya popular melalui filem, muzik dan lagu yang mempengaruhi pemikiran mereka.

13
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Pengaruh Internet banyak meruntun remaja dengan gaya hidup asing serta menghakis
kesantunan dalam pertuturan lisan dan perlakuan. Hal ini demikian kerana mereka banyak didedahkan
dengan bahasa singkatan atau bahasa rekaan sendiri serta pengaruh dari luar negara yang menggugat
budaya. Selain itu, pengaruh alam maya ini juga mendorong golongan muda ke arah pemikiran liberal dan
mereka sukar merealisasikan hala tuju negara secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian sebelum nasi
menjadi bubur, sebarang tindakan pencegahan dan kawalan perlu dilaksanakan untuk menangani
masalah ini.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Atasi Kesan


Internet’ oleh Ami Masra, Dewan Siswa, Jun 2013.

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud menggugat budaya. [2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan tersebut, apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja


mengunjungi kafe siber? [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
menangani jenayah siber melalui Internet? [4 markah]

PRAKTIS 8

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pemupukan
semangat patriotisme dan langkah-langkah memupuk semangat patriotisme di negara ini.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Setiap kali menjelang Ogos, rakyat Malaysia diperingatkan supaya sentiasa memperbaharui
semangat patriotisme iaitu semangat cinta akan negara. Melalui semangat cinta akan negara dapat
membentuk ke arah membina negara bangsa yang bersatu padu. Patriotisme seharusnya menjadi subjek
dan tema penting yang mencorakkan hala tuju perubahan Malaysia selepas negara ini mencapai
kemerdekaan hampir 55 tahun yang lalu. Dalam mencapai matlamat dan wawasan membina Malaysia
sebagai sebuah negara maju, semangat patriotisme mampu menjadi benteng untuk memastikan
kemerdekaan negara akan terus dapat didaulatkan. Pada masa yang sama, Malaysia menghadapi
pelbagai cabaran semasa yang kritikal seperti globalisasi, liberalisasi, neokolonialisme, feudalisme baharu
dan sebagainya. Justeru, patriotisme boleh meningkatkan keyakinan kita bahawa negara ini lebih hebat
daripada negara lain. Selain itu, kita juga harus bertanya kepada diri apakah sumbangan kita kepada
negara yang kita cintai?

Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara.
Pemupukan semangat seperti ini mampu mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan
kedudukan status serta pengaruh bangsa dan negara. Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin
dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Oleh itu,
hal ini boleh meningkatkan semangat rakyat untuk mempertahankan negara daripada musuh dan
ancaman luar. Di samping itu, warganegara yang menyanjung tinggi unsur patriotisme akan menunjukkan
kesetiaan kepada raja dan negara melalui sumbangan dan pengorbanan yang tiada batasannya.

Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan,
keberanian, rela berkorban serta kesukarelaan perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang
patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara. Melalui nilai ini akan melahirkan rakyat yang
saling membantu dan bekerjasama membangunkan negara tanpa mengira perbezaan agama, bangsa
mahupun fahaman politik. Semangat patriotisme juga perlu dibangunkan melalui dasar pembangunan
manusia iaitu membabitkan ekonomi, politik, sukan, pendidikan, hubungan diplomatik dan penglibatan
Malaysia dalam konteks globalisasi. Dengan itu akan menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan
negara yang berwibawa di arena antarabangsa.

14
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 dan Hari Malaysia, rasa cinta akan
negara seharusnya dimantapkan lagi dalam hati setiap rakyat negara ini. Hal ini mencerminkan jiwa
patriotik dan perasaan seseorang itu. Golongan muda seharusnya mengambil contoh dan teladan
pejuang kemerdekaan negara dahulu. Selain Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra
yang gigih serta mempunyai semangat cinta akan negara terdapat juga tokoh-tokoh lain yang turut
berjuang ke arah kemerdekaan. Di samping itu, usaha untuk mengekalkan semangat juang yang tinggi
hendaklah dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Janganlah harapan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020
akan hancur berkecai disebabkan oleh lunturnya semangat juang anak bangsa yang berfikiran mirip ke
arah keseronokan dan kebendaan semata-mata.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Membina Bangsa Dengan


Semangat Patriotisme' oleh Dr. Aminudin Mansor Utusan
Malaysia, Ogos 2012.

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata menonjolkan imej?


[2 markah]

(ii) Pengarang menggariskan beberapa usaha untuk meningkatkan semangat cinta akan negara.
Nyatakan dua usaha tersebut.
[3 markah]

(iii) Berikan tiga sebab semangat cinta akan negara semakin luntur dalam kalangan generasi muda
pada masa ini.
[4 markah]

PRAKTIS 9

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah bersenam
kepada orang ramai dan masalah-masalah untuk melakukan senaman. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebolehan melakukan tugas harian menyebabkan ramai orang menyangka bahawa mereka
cergas, sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya. Sesetengah orang menyatakan bahawa mereka
jarang sakit dan tidak kerap mendapatkan rawatan perubatan tetapi hal ini tidak bermakna keadaan fizikal
mereka itu baik. Dari segi kesihatan, strategi yang berkesan untuk seseorang berada kekal dalam
keadaan cergas dan sihat adalah dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Walaupun
fakta ini diketahui umum namun aktiviti yang baik untuk kesihatan ini masih berada di tempat terbawah
dalam senarai keutamaan yang perlu dilakukan pada setiap minggu.
“Tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat.” Bagaimanakah senaman menyumbang
kepada akal yang sihat? Senaman dalam jangka panjang memberi kebaikan kepada otak dengan
melancarkan perjalanan darah ke otak. Peningkatan tekanan darah akan menyampaikan darah kepada
bahagian otak yang kurang mendapat darah, seterusnya meningkatkan keperluan oksigen kepada otak.
Hal ini menyebabkan kita akan menjadi lebih segar dan tidak mengantuk. Kita boleh melakukan pelbagai
kerja jika tidak mengantuk.
Dari segi teori perubatan apabila seseorang bersenam, hormon adrenaline akan dibebaskan
menyebabkan salur darah mengecil. Hal ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan darah
sampai kepada organ dalam masa yang singkat. Sebagai kesannya, salur darah di otot pula dilebarkan
untuk memenuhi keperluan oksigen kepada bahagian otot berkenaan. Terdapat banyak lagi faedah yang
berlaku dalam perubahan fisiologi apabila seseorang bersenam. Senaman menjadikan jantung akan lebih
kuat kerana darah perlu dipam cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisme tinggi. Hasilnya dapat
menjadikan seseorang sentiasa gembira dan dalam keadaan tenang.
Apabila melakukan aktiviti jasmani, pelbagai bahan kimia di dalam otak dapat memperhebat
‘hippocampus’. ‘Hippocampus’ merupakan suatu bahagian daripada otak yang amat penting untuk
memori. Kajian mendapati, senaman seperti aerobik mampu meningkatkan proses pembelajaran

15
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

walaupun kepada golongan dewasa. Anda juga akan kelihatan hebat dan berkeyakinan setelah
melakukan senaman kerana wujudnya kepercayaan dalam diri. Selain itu, senaman mampu menangani
masalah kemurungan kepada golongan yang mengalami tekanan di rumah ataupun di tempat kerja.
Banyak kes dilaporkan bahawa kemurungan ini boleh membawa kesan yang negatif.
Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu mengawal berat badan
yang berlebihan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit
jantung dan batu karang. Satu fakta menarik faedah bersenam ialah jangka hayat lebih panjang dalam
kalangan orang yang dikategorikan mempunyai kecergasan sederhana berbanding mereka yang tidak
cergas. Hal ini terbukti melalui satu kajian yang mendapati kadar kematian kumpulan orang yang tidak
cergas adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding mereka dalam kumpulan sederhana cergas.
Tuntasnya, jadikanlah bersenam sebagai satu budaya hidup kita supaya kita kekal sihat sepanjang masa.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, ‘Faedah-faedah


Senaman’, oleh Ziauddin Sharuddin, dalam Berita
Minggu, 12 Mac 2010)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata strategi yang berkesan.


[2 markah]

(ii) Nyatakan ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu mempunyai fizikal yang cergas?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan seseorang
bersenam?
[4 markah]

PRAKTIS 10

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja untuk
merealisasikan '1Malaysia' dan kekangan yang dihadapi. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Gagasan 'l Malaysia' bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum. Identiti setiap kaum yang berbeza itu dianggap sebagai aset dan asas utama konsep ini
ialah keadilan untuk semua kaum. Sekolah dan universiti yang rata-rata terdiri daripada golongan remaja
dan belia sebenarnya cerminan kepada '1Malaysia'. Sehubungan dengan itu, semua remaja dan belia
perlu mempunyai misi dan visi yang sama dengan kepemimpinan negara.
Perbezaan budaya dan agama bukan penghalang kepada perpaduan, sebaliknya perbezaan itu
dilihat sebagai suatu keistimewaan dalam masyarakat majmuk di negara kita. Remaja kita, khususnya
perlu menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian antara kaum selama ini. Keadaan
ini perlu dilestarikan demi keharmonian dan keamanan negara. Perpaduan antara kaum perlu
disepadukan dengan mengetepikan masalah peribadi dalam kalangan rakyat. Perpaduan kaum juga
mungkin tidak akan tercapai jika kita tidak mempunyai warganegara yang berkualiti dan aktif dalam
menunaikan tanggungjawab mereka.
Sejajar dengan itu, remaja juga mestilah mempunyai kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah, sesuai dengan peranan mereka sebagai bakal pemimpin dan penentu masa
depan negara. Remaja yang cemerlang dalam mengejar ilmu pengetahuan mempunyai sifat dan ciri yang
dapat menjadikan mereka berminda kelas pertama. Orang muda perlu berjuang demi masa depan
dengan ciri kewarganegaraan satu bangsa, satu bahasa, dan satu negara. Bagi memastikan aset
terpenting negara ini terus bersinar, remaja perlu menumpukan usaha ke arah menggilap potensi dan
menyerlahkan bakat yang ada. Hal ini penting kerana mereka yang berbakat dan mempunyai nilai serta
kualiti yang tinggi dapat menyumbang ke arah merealisasikan hasrat murni ini.
Sebagai generasi pelapis negara ini, remaja tiada pilihan lain kecuali meletakkan prestasi
akademik sebagai keutamaan. Mereka perlu berusaha dan beriltizam pada setiap masa serta bersaing
secara sihat dalam mengejar ilmu. Penglibatan lebih aktif dalam bidang sukan juga membantu
menjayakan gagasan 'l Malaysia'. Sukan merentasi semua sempadan dan setiap kejayaan merupakan

16
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

hasil komitmen sebagai sebuah pasukan atau institusi yang diwakili. Sukan juga menjadi landasan untuk
meningkatkan kerjasama bagi mencapai kejayaan secara berpasukan.
Golongan remaja perlu menyertai pelbagai bentuk program dan aktiviti yang merangkumi aspek
politik, ekonomi, budaya dan sosial. Program pembangunan belia juga tidak boleh lagi dilaksanakan
melalui persatuan berbentuk perkauman. Sasaran program juga tidak semestinya terbatas kepada
keahlian dalam persatuan sahaja. Maka, program yang melibatkan semua kaum perlu dipertingkatkan
agar remaja dapat berinteraksi dan bermesra. Mereka juga dapat mengenali budaya kaum lain. Keadaan
ini akan meningkatkan persefahaman antara remaja yang berlainan kaum. Oleh itu, remaja perlu
mengambil inisiatif untuk mengenali nilai, norma dan budaya kaum lain.
Jelaslah, remaja berperanan penting dalam menjanakan agenda membina negara bangsa. Untuk
memajukan negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan keadaan ini dimulakan dengan
membentuk sikap penerimaan antara kaum.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Merealisasikan 'Satu Malaysia' oleh
Ismail Sualman, Dewan Siswa, Ogos 2009)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata menjanakan agenda?


[2 markah]

(ii) Bagaimanakah penyertaan dalam pelbagai bentuk program dapat merealisasikan gagasan
1Malaysia?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah dalam memahamkan pelajar tentang
gagasan ‘1Malaysia'?
[4 markah]

17
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PEMAHAMAN
CERPEN
&
DRAMA

MODUL 2 : PEMAHAMAN CERPEN/DRAMA

18
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 2 (b) : Petikan Cerpen/Drama

1. Tiga soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:


 1 soalan pemahaman langsung terhadap kandungan teks.
 1 soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBKK.
 1 soalan aspek kesusasteraan.

2. Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan teks menyoal berasaskan kata tanya berikut:
 apa / siapa / di mana / mengapa / kenapa / bagaimana
 ataupun menggunakan arahan berikut: jelaskan / terangkan / huraikan secara ringkas /
gambarkan / maksud perkataan /frasa/ungkapan dan lain-lain.

3. Soalan aspek kesusasteraan meliputi:


 sinopsis
 tema dan persoalan / pemikiran (drama)
 watak dan perwatakan
 latar
 gaya bahasa
 sudut pandangan (cerpen)
 nilai dan pengajaran

4. Soalan pemahaman berasaskan KBKK:


 pada pendapat anda / sekiranya anda / jika anda…. dll.

5. Baca soalan dan garis kata kunci soalan.


6. Pastikan soalan langsung (daripada petikan yang diberi), soalan aspek sastera dan soalan KBKK.
7. Padankan soalan dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah menentukan jumlah
isinya.
8. Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan.
9. Untuk soalan KBKK, jangan sesekali menjawab soalan melawan arus, iaitu menentang gagasan
atau saranan yang diberikan.
10. Dicadangkan anda menggunakan masa tidak lebih daripada 20 minit untuk menjawab ketiga-tiga
soalan ini.
11. Kesalahan bahasa akan menyebabkan markah ditolak.

PRAKTIS 1

Petikan Cerpen : Ibu dan Ceper


19
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Kucintai Sungai Ceper sama seperti kucintai ibu. Ia bermula dari satu titik air dan kemudian
berkembang menjadi besar dan akhirnya membentuk dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang
berliku-liku membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung
ketenteraman. Pasir-pasir yang berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir di bawah bersama
ikan yang cergas.
Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana rancak ke sini seperti air terjun. Ibu tidak
boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan:
menampar tebing yang berselekoh, memasuki lubuk-lubuk yang dalam.
Ibu juga bergerak di mana sahaja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir
selut. lbulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah
tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang
menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung masuk jelapang.
Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru sahaja
lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam,
menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang,
bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

(Dipetik daripada cerpen 'Ibu dan Ceper' oleh


Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan bukti-bukti yang menunjukkan kesibukan ibu dalam petikan di atas.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan kasih sayang
anak terhadap ibu. Nyatakan tiga cara tersebut.
[3 markah]

(iii) Nyatakan satu pengajaran dalam petikan cerpen di atas dan tiga pengajaran lain daripada cerpen
tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

PRAKTIS 2

Petikan Cerpen : Memori Seorang Tua

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pagi masih lagi meredup, suram dan dingin. Dalam kepala Pak Itam, tujuh lapan khemah akan
dipasang. Anak-anak Langat bolehlah menjamu selera. Cik Habsah dari Terengganu sudah pun dijemput
untuk menyanyikan lagu Ulek Mayang. Budak Zubir dari Pusat Kebudayaan UM juga akan datang
bersama-sama gitarnya menyanyi lagu puisi. Aziz H.M. dan kumpulan teater Malininya akan
mempersembahkan drama mereka. Bagi Pak Itam, makanan untuk fizikal mesti diselaraskan juga dengan
makanan kerohanian. Pembangunan sosioekonomi sahaja tidak mencukupi, kiranya kita melupakan hal-
hal kebudayaan, hal-hal kesenian bangsa, agama dan adat resam.
“Tempat letak kereta macam mana?” Pak Itam mendongak lagi ke muka Tuk Mat.
“Semuanya beres, pak, sudah saya siapkan di tanah kosong seberang jalan!” Tuk Mat menjawab
cepat.
“Aku tak mahu, kereta-kereta dan bas-bas tetamu mengganggu lalu lintas, jalan raya itu pun
bukan besar sangat!” balas Pak Itam.
Dia mesti menghormati undang-undang, dia tidak mahu jalan raya jadi tersumbat kerana
kenderaan para tetamu jemputannya. Kalau kita sendiri tidak mahu menghormati undang-undang yang
kita buat, siapa lagi? Bukankah dia anak Melayu pertama menjadi majistret di Malaya ini, yang ikut
membubar dan mengubah suai undang-undang negara selepas Inggeris pergi.

20
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua


oleh Zahari Affandi dalam antologi Harga
Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Kemukakan dua persediaan Pak Itam untuk menyambut tetamunya.


[2 markah]

(ii) Undang-undang negara perlu dihormati oleh setiap rakyat. Jelaskan tiga kesan sekiranya undang-
undang negara tidak dipatuhi.
[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Itam seperti yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan Pak
Itam dalam cerpen tersebut.
[4 markah]

PRAKTIS 3

Petikan Cerpen : Israk

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti,” kata Mikraj.
“Tak perlu!” Israk menghayun kata-kata.
“Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu
berlagak akhir-akhir ini?” Suara Mikraj semakin lama semakin meninggi.
Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, “Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?”
“Saya kasihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan dicubit paha kiri akan
terasa sakitnya. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang!”
“Aku cukup pantang kalau diherdik oleh budak kecil!”
“Saya ajak ma dan pa bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang mengenali Wah yang
membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk ‘atuk’
bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu abang belajar erti kepayahan,
kekecewaan, dan ketabahan seorang wanita. Wah orangnya…,” butir bicara Mikraj diiringi mutiara mata.

(Dipetik daripada cerpen ‘Israk’ oleh Erda Roslan


Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan
Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Mikraj bertelingkah dengan abangnya, Israk?


[2 markah]

(ii) Sesetengah ibu bapa menghantar anak-anak mereka pulang ke rumah datuk dan nenek di
kampung pada musim cuti persekolahan.
Pada pendapat anda, adakah tindakan tersebut wajar? Berikan alasan untuk menyokong pendapat
anda.
[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Mikraj berdasarkan petikan dan satu perwatakan Mikraj berdasarkan
keseluruhan cerpen.
[4 markah]

PRAKTIS 4

Petikan Cerpen : Pemain Catur

21
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Uj tahu. Begitu juga Us, Uk, Ur dan seluruh adik-beradik serta saudara-mara daripada institusi
keluarga besar dan unggul yang di bawah penerajuan Uj. Uj memang amat menyenangi Um. Um ditatang
dalam dulang emas, kata Us yang terasa dikuak ke tepi untuk memberi laluan kepada Um mengatasi
semua abang-abangnya yang lain. Um dididik dengan sepenuh kudrat. Apa saja ilmu yang tidak diajarkan
kepada Um. Termasuk ilmu bermain catur yang menjadi kebanggaan keluarga.

Uj sering memberitahu Um, datuk nenek moyang kita ialah pewaris permainan catur terhandal di
dunia.

“Moyang kepada moyang kepada moyang kita dahulu daripada keturunan al-Hakam, rakan
sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli, iaitu seorang daripada dua pemain shatrani yang
disegani dunia beberapa ratus tahun dahulu.”

Sebenarnya, menurut Uj, moyang kepada moyang kepada moyang kepada moyangnya lebih
hebat daripada Abu Bakar Yahya al-Suli. Tetapi namanya tenggelam tegal dia tidak pandai menonjolkan
diri seperti as-Suli atau Abul al-Muzaffar Said al-Lajlaj yang sama-sama menjadi pemain catur handalan di
tanah Arab.

Catur merupakan permainan minda yang diperkenalkan orang Arab ke Benua Eropah selepas
Semenanjung Liberia ditakluki pada kurun ke-8, tambahnya.

(Dipetik daripada antologi Harga Remaja, Dewan


Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan dua cara layanan Uj terhadap Um berdasarkan petikan ini.


[2 markah]

(ii) Sebagai abang sulung, nyatakan dua tindakan yang perlu diambil untuk memastikan adik-beradik
hidup harmoni dan bersatu padu.
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen ini dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

PRAKTIS 5

Petikan Cerpen : Melissa

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Tetapi dia mempunyai fikiran lain. Kalau bukan dia yang memberikan khidmat kepada ibu
pertiwinya, maka siapa lagi orang lain?
Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang
kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula
dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang
cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu.
Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal.
Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar
asap kotor.
Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia
warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar
22
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia
berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana
berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza.
Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan
damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya.
Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati, M16.

(Dipetik daripada cerpen 'Mellisa' oleh Abdullah Hussain


dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan
Pustaka)

(i) Nyatakan perkara-perkara yang diinginkan oleh Mellisa.


[2 markah]

(ii) Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minat remaja
menyertai pasukan keselamatan negara?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

PRAKTIS 6

Petikan Cerpen : Biarkan Samudera

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

"Biar aku tinggal sahaja di samudera itu. Ia bukan milik sesiapa." Mir terus sahaja bersuara.
Matanya tetap merenung jauh. Pandangan itu menjangkau angin, bukit dan pokok-pokok hijau di kampus
itu.
Dia seperti ternampak susuk tubuh kurus ayah meredah gelombang samudera itu. Samudera
itulah yang bergulat dalam diri ayah sejak dulu. Sekarang pun, samudera itulah juga yang wujud dalam
diri ayah. Ya. Sekarang pun.
"Ayah tidak boleh dipisahkan daripada samudera itu. Ayah ialah samudera. Samudera ialah
ayah." Mulut Mir terus sahaja terkumat-kamit.
Hakimah mengeluh. Dipeluknya bahu Mir. Ada kengiluan mengalir dalam diri. Mir harus
diselamatkan sebelum segala-galanya menjadi pudar. Mir sahabatnya yang baik. Dan dia juga harus
menjadi sahabat yang baik kepada Mir.

(Dipetik daripada 'Biarkan Samudera' oleh Raihanah


Salleh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa
dan Pustaka)

(i) Apakah reaksi Hakimah setelah mendengar kata-kata Mir berdasarkan petikan di atas?
[3 markah]

(ii) Sebagai sahabat, apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya sahabat anda mengalami
masalah hilang keyakinan diri?
[3 markah]

(iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain yang terdapat
dalam keseluruhan cerpen?
[3 markah]

PRAKTIS 7

23
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Petikan Cerpen : Pahlawan Buntung

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Inilah dia! Pak Husain pahlawan kami!


"Masa yang betul-betul tidak bertemu, aku kira hampir tiga puluh tahun," tiba-tiba Pak Husain
berkata.
"Ya," jawabku. Kita berpisah dalam tahun empat puluh enam. Sekarang tujuh puluh tiga."
Pak Husain menikam pandangannya ke wajahku. Aku yang sudah empat puluh enam tahun. Dia masih
kelihatan begitu gagah. Bahagian muka dan tubuhnya masih kelihatan tegap kalaulah tidak kerana
kakinya yang buntung. Usianya sudah meningkat enam puluh. Barangkali lebih.
"Nampaknya, Pak Husain masih segar," kataku menanam harapan pada dadanya.
Dia senyum sahaja. Merenung orang ramai.
"Selalu sakit-sakit. Mak Da sudah meninggal. Lima tahun lalu."
Aku mengucap kalimah suci. Mengangguk-angguk.
"Jemputlah ke rumah kami," kataku. "Kami tinggal di Jalan Bayam. Abang dan adik kebetulan
ada."
"Terima kasih, Khalid!" Pak Husain menanamkan matanya ke dalam mataku.
"Aku nak ke Padang Bemban, rumah cucuku. Dia aqiqah."
Ketika kami berpamit, perpisahanku dengan Pak Husain merentangkan sebuah jalan ingatan tentang
kekejaman perang. Dia mengingatkan aku pada sifat kekejaman untuk sesuatu perebutan pengaruh
politik yang memperalatkan nyawa.
Pahlawan Buntung itu tersiuk-siuk pergi!

(Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung oleh


S.Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Huraikan maksud menanam harapan pada dadanya.


[2 markah]

(ii) Nyatakan tiga keadaan diri Pak Husain mengikut pandangan penulis.
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen
tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

PRAKTIS 8

Petikan Cerpen : Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu,” “Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu
budak,” Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan bibik. Anaknya
Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa
kasihan mendengar nasib bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil
anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang.
Dia belas pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah terfikir, dia akan mendapat pahala jika
mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai dibela akan besar juga nanti budak itu.
“Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita
kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit.” Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli
barang-barang lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit
seratus lima puluh ringgit pada masa itu, lumayan betul.
“Ambillah mak, ambillah. Jah nak adik, Jah nak adik!” Katijah merengek, meminta dia mengambil
anak Siew Lan.

24
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(Dipetik daripada Cerpen, Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew


Hong‟ Oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu
Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Mak Timah mengambil anak Siew Lan?


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai diambil untuk membendung gejala
pembuangan bayi ?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain
daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

PRAKTIS 9

Petikan Cerpen : Idola

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

"Sau ... saudara seperti tidak suka dipuji."


"Ya, kadangkala pujian itu merupakan racun paling berbisa," kata si hero, seperti menyindir.
"Saya ... saya ikhlas, saudara. Bukan sengaja saya reka pujian itu untuk saudara."
"Maafkan saya. Mungkin bahasa saya sedikit keras. Ya, saya merasakan pujian saudara itu sama
saja dengan pujian yang saya terima daripada ribuan penonton yang lain. Tidak ada bezanya, dan... dan
sebenarnya setiap kali merecupnya pujian, maka setiap kali itulah juga saya harus bersiap sedia untuk
berperang."
"Berperang?"
"Ya, berperang dengan diri saya sendiri."
"Maksud saudara?"
Si hero melepaskan dengusan kecil lalu menggaru-garu dagu.
"Saya harus melembutkan sukma saya yang ada kalanya serakah untuk meleburkan diri ke
kawah lupa diri."
Si penjaga panggung terkulat-kulat, merenung muka si hero dengan seliratan tanda tanya.
"Maafkan saya, saudara. Kita jumpa lagi malam nanti. Saudara dengan tugas saudara, saya
dengan tugas saya," ucap si hero, mengangguk-angguk, lalu tunduk ke arah si penjaga panggung.

(Dipetik daripada cerpen 'Idola' oleh Zaen Kasturi dalam


antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan
Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan, mengapakah si hero tidak suka dirinya dipuji?


[2 markah]

(ii) Andaikan anda si hero, nyatakan reaksi yang wajar anda tunjukkan apabila menerima pujian.
[3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni yang lain
daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

PRAKTIS 10

Petikan Cerpen : Penanggungan

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

25
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Dia menggelisah, menanggung rasa yang menekan dan menikam hatinya. Kalau dikenangnya
nasib diri, terbayanglah hidup yang pahit dan getir, menyengkang mata, dan mengikat perut. Kadang-
kadang mempertaruhkan nyawa menjalankan kewajipan sehari-hari. Malah, Kapten Mamat dan
kumpulannya menjadi tulang belakang yang kuat menanggung beban kompeni, tetapi ada kalanya, kelasi
menerima tuduhan menderhaka di dalam kapal. Ada kalanya dibuang kerja dalam masa 24 jam.

Suara anak menangis telah mengejutkan Kapten Mamat. Dia tidak jadi menung panjang. Suara
itu semakin lama semakin tajam menusuk telinganya. Dia menumpukan minat mendengar suara
perempuan. Tidak dapat dipastikan kawan anak gadisnya bercakap, tetapi mereka itu pasti di dapur.

“Jemputlah naik. Dia ada di atas.” Didengarinya suara isterinya menjemput mereka itu naik.
Kapten Mamat bangun mengambil rokok. Dihisapnya sebatang lalu duduk semula. Dia mengingat
namanya cukup masyhur baru-baru ini. Mana-mana surat khabar menyiarkan gambarnya. Isi berita ialah
sejarah hidup dan mati di laut. Dia runsing memikirkan hal serupa itu. Peristiwa yang paling pahit baginya
ialah perkara kecelakaan yang menimpa Baharum.

(Dipetik daripada cerpen ‘Penanggungan’ oleh Wijaya


Mala Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan
Bahasa dan Pustaka )

(i) Jelaskan peristiwa yang menimbulkan tekanan kepada Kapten Mamat.


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil bagi menjaga kebajikan pekerja?
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran yang
lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

PRAKTIS 11

Petikan Cerpen : Hutan Rimba

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

"Bapa telah melestarikan harta warisan alam,” Bakar mencelah kagum.


"Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat dalam
pemusnahan hutan suatu masa dulu."
"Bapa!” seru Melati. Suaranya penuh kasih. "Dulu bapa tidak memusnahkan hutan. Bapa cuma menolong
negara melaksanakan pembangunan."
"Ya. itulah yang bapa harapkan. Semoga bapa sudah memberikan sesuatu yang bermakna buat
pembangunan."
"Sudah tentu, bapa," Budi pula mengiakan. "Bahkan sampai usia tua begini pun bapa masih lagi
memberikan sumbangan. Lihat kawasan hutan simpan ini," Budi mendepangkan tangan.
"Ajam, Bakar, Melati, Bidi!'' Mak Tua yang sedari tadi sibuk melayan kerenah cucu-cucunya ikut bercakap.
“Kamu dah cari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan ini? Sekarang ni pencuri kayu balak makin
menjadi-jadi. Kalau tak dijaga, nanti habis pula kayu balak dalam hutan ini dicuri oleh mereka."
“Dah, mak. Kami dah cari. Awal bulan depan mulalah mereka bekerja," sahut Bakar.
"Kami rancang nak buka bidang kerja barulah, pak, mak," ujar Melati. "Kami nak ceburi bidang
pelancongan, kalau tengok keadaannya, hutan simpan bapa ini ada potensi untuk dijadikan kawasan
pelancongan.''
(Dipetik daripada cerpen 'Hutan Rimba' oleh
Sasjira dalam antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka)

26
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tindakan yang telah diambil oleh bapa untuk menebus
kesalahannya kerana pernah terlibat dalam pemusnahan hutan pada suatu masa dahulu.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan pemusnahan hutan terhadap alam sekitar?
Berikan tiga kesan.
[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan bapa dalam petikan di atas dan satu perwatakan bapa yang lain
daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

PRAKTIS 12

Petikan Cerpen : Tanggar Amanat

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Kasih bonda di Yellowstone ini.”


“Benar, tapi Yellowstone akan ditimpa musibah.”
“Itu hanya ramalan, anakanda.”
“Bonda dengar kalimah mulia di dalam tubuh ini?”
Dia mengangguk.
“Itu dari jantung bonda kerana bonda sentiasa mengakui tiada Tuhan melainkan Allah. Akuilah
juga bahawa Allah mampu melakukan apa-apa saja, waima hingga meruntuhkan langit, membongkar
gunung hingga menjadi seperti kapas disembur angin.
“Anak yang bijak! Dia menggumam.
“Berbondong-bondong warganegara ini yang kaya-raya, terbang meninggalkan negara. Yang
miskin pula sanggup merompak dan menyamun kerana perlukan dolar untuk keluar dari negara ini.
Kenapa bonda tidak menyertai mereka?”
Dia terdiam seketika. “Dari mana anakanda tahu ini semua?”
“Apa-apa saja dalam fikiran dan hati bonda, anakanda tahu. Nafas anakanda daripada nafas
bonda.”
“Nendamu berpesan, tetap teguhlah di Yellowstone, jaga sayap niaga warisan berzaman.
Akauntabiliti bonda di sini. Moyang-poyangmu, Ahmad Abdullah dan Maria Crus Abdullah, bermula
dengan chalet di pinggir jalan menuju Gibbon Waterfall, kemudian merebut ruang di Canyon Village,
Mammoth Hot Springs, Jackson City, Hayden Valley...
“Bonda merebut ruang di Devils Tower, begitu banyak khidmat yang bonda tawarkan hingga
kepada kursus motivasi musim bunga. Peserta-peserta, rata-rata orang putih, dimotivasikan oleh
keturunan Melayu Ahmad Abdullah. Cukup membanggakan.”

(Dipetik daripada “Tanggar Amanat” oleh Amaruszati Noor Rahim dalam antologi
Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah alasan-alasan yang dikemukakan oleh bonda untuk terus menetapkan di Yellowstone
berdasarkan petikan di atas?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan
mereka yang berhijrah di luar negara kembali berkhidmat di tanah air?
[3 markah]

27
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(iii) Huraikan satu perwatakan bonda dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakan lain
daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

PRAKTIS 13

Petikan Drama : Gelanggang Tuk Wali

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SIAK : Begini rupanya kamu, Wali! Berlindung dengan kekuatan murid? Kamu sendiri
pengecut rupa-rupanya.

TUK WALl : Engkau jangan campur, Ripin! Beri balik sundang tu kepada dia!

MAK UMI : Udahlah tu, bang! Kenapa bergaduh macam budak-budak ni!
Astaghfirullahalazim!... Ya, Allah! Kenapalah sampai jadi macam ni!

RIPIN : Tuk siak, baliklah, tuk! Tak elok macam ni! Bawalah mengucap! Kalau ada
masalah, kita selesaikan cara baik! Cara berunding!

TUK WALl : Dia memang dah lama berdendam dengan aku, Ripin! Aku tau, sejak aku
kahwin dengan Mak Umi kau, semua yang aku buat tak ada yang betul di mata
dia! Tak cukup umpat fitnah, dihasutnya orang masjid supaya pulaukan aku! Dah lama
benar aku menunggu, baru petang ini sampai hajat aku!

MAK UMI : Sudahlah tu, bang! Malu kita macam ni! Udahlah tu! Biarlah aku pergi dari sini!
Tak mau aku jadi saksi orang-orang dungu bergaduh! Mari Ripin, hantarkan
Mak Umi ke rumah Berahim!

(Dipetik daripada 'Gelanggang Tuk Wali' dalam antologi


Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i) Nyatakan bukti yang menunjukkan Siak telah lama berdendam terhadap Tuk Wali.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah perkara yang wajar dilakukan oleh Mak Umi dalam menghadapi
situasi tegang antara Tuk Wali dengan Siak.
[3 markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran lain
daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

PRAKTIS 14

Petikan Drama : Forum Remaja 2020

28
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SALMAH: Mengapa memilih Malaysia?

MU II : Malaysia kami pilih kerana mempunyai beberapa potensi yang boleh dimajukan untuk dijadikan
sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat.

CHANDRAN: Terima kasih atas penghormatan itu. Cuma satu saja yang saya ragu. Perkataan potensi
yang saudara sebutkan itu membawa implikasi bahawa negara kami belum lagi mencapai taraf prestasi
yang boleh dibanggakan sebagai sebuah negara membangun. Sedangkan kami rasa setiap keadaan
dalam negara ini adalah terkawal dan membanggakan.

MU I: ltu perasaan saja. Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai
sebuah negara model.
CHONG: Kami rasa, kami sudah mempunyai kualiti-kualiti yang mencukupi sebagai sebagai sebuah
negara model yang saudara sebutkan itu. Kami punyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa
perantaraan untuk tujuan integrasi nasional.

SALMAH: Kami punyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar untuk dipraktikkan.

CHANDRAN: Kami juga mempunyai satu kebudayaan nasional, yang mewakili seluruh cara hidup bangsa
Malaysia.

(Dipetik daripada drama 'Forum Remaja 2020' oleh


Syarif Shaary dalam antologi Harga Remaja, Dewan
Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Salmah, Chandran, dan Chong begitu yakin bahawa Malaysia mampu untuk menjadi
sebuah negara model?
[2 markah]

(ii) Pada pandangan anda, selain untuk mewujudkan integrasi nasional, apakah kepentingan bahasa
kebangsaan dalam masyarakat berbilang kaum?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat dalam
keseluruhan drama.
[4 markah]

PRAKTIS 15

Soalan 2(b) - Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PROF. PETER : Maksud saya, kampung ini kaya dengan sejarahnya. Banyak rahsia dan cerita
lama yang tersembunyi di sini...

MAKJAH : Rahsia? Cerita lama, tuan? Tuan ada simpan rahsia di sini?

PROF. PETER : Ya, banyak mengenai kejadian masa lampau.... Masih bersekolahkah adik
Zaman ini, Mak Jah?

MAK JAH : (Bimbang) Ti... tidak, tuan. Sudah berhenti, kami tak mampu. Lagipun Cempaka
perempuan, belajar sikit cukuplah. Dia tahu membezakan alif dengan batang
kelapa sudah cukup, tuan.

PROF. PETER : Sayang seribu kali sayang. Orang Melayu masih berfikiran sempit walaupun

29
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

sudah berapa tahun merdeka. Pelajaran itu penting, Mak Jah. Adakah Cempaka
tidak mahu belajar, Mak Jah?

MAK JAH : Mahu, tuan, dia mahu masuk universiti macam abangnya juga.

PROF. PETER : Mak Jah sudah salah. Mak Jah bersikap tidak adil kepada anak-anak. Pelajaran
itu mesti untuk semua orang, lelaki dan perempuan.

(Dipetik daripada drama 'Cempaka Berdarah' oleh A.


Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja Dewan
Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Mak Jah memberhentikan persekolahan Cempaka?


[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, selain faktor yang dinyatakan, mengapakah sesetengah masyarakat
pedalaman tahun 1960-an kurang menekankan pendidikan kepada anak-anak?
[3 markah]

(iii) Berikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan dan dua lagi latar tempat berdasarkan
keseluruhan drama.
[3 markah]

PRAKTIS 16

Petikan Drama : Tiang Cengal Dinding Sayung

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

SHAHRUL: Huh, mari kejap...! (SANI datang kepadanya). Uhhhh, beginilah! Abang terpaksa
balik petang, err malam ini. Esok abang sudah mula kerja, Sani.
SANI: Abang, buat apa abang cakap dengan Sani? Abang alang beritahu emaklah.
SHAHRUL: (Resah) ltulah yang menjadi masalahnya. Usahkan aku hendak cakap fasal balik,
cakap pun dia tidak mahu. Hanya berzikir, berdoa, sebut nama bapa dan sebut Tuhan.
Macam mana aku hendak beritahu dia?
SANl: Abang alang beritahu Sani, Sani hendak buat apa? Sama juga macam abang tak
cakap dengan emak.
SHAHRUL: Tetapi, sekurang-kurangnya emak masih mahu bercakap dengan engkau.
SANI: Emak cuma cakap yang perlu saja, abang. Pukul berapa? Sudah masuk waktu atau
belum? Hari ini hari apa? Ada bapa engkau balik? ltu saja.
SHAHRUL: Yang aku pelik, ini sudah hari ketiga bapa hilang. Sudah puas penyelamat survey
muka laut, cari ke pulau-pulau berdekatan tetapi masih tak jumpa mayat bapa. Kau
suruh emak terima saja hakikat ini. Buat sembahyang ghaib, buat kenduri arwah.
Habis cerita. Bukankah senang?
SANI: (Senyum sinis) Abang alang ... maafkan Sani. Abang tak patut luahkan ini pada Sani.
Pertama, abang alang lebih dewasa daripada Sani. Kedua, abang alang belum ada
apa-apa tanggungjawab. Apa salahnya kalau abang tinggal lama sedikit dengan
emak. Tunggu sampai kita tahu keputusannya (melafazkan dengan tenang).
SHAHRUL: (Mula meninggikan suara) Ohhh, engkau ingat, bank di Kuala Lumpur itu, bank aku?
Kalau diberhentikan, macam mana?
SANI: Macam yang Sani katakan tadi.
SHAHRUL: Kata apa?
SANI: Abang alang berpelajaran tinggi. Graduan dan belum berumah tangga. Graduan
abang! Nak takut apa?
SHAHRUL: (Marah) Sani, engkau ingat cari kerja di Kuala Lumpur itu macam orang pasang
pukat udang di laut, ya? Tak banyak, sikit mesti ada yang sangkut? Engkau tahu

30
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

atau tidak, berapa ribu graduan-graduan yang sedang menganggur sekarang ini?
Tahu?

(Dipetik daripada Drama Tiang Cengal Dinding Sayung oleh


Suriani Mohd. Yusof: dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Sani beranggapan bahawa Shahrul tidak patut meluahkan perasaan yang terbuku di
hatinya?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya pengangguran dalam
kalangan siswazah di negara ini?
[4 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan dua lagi nilai murni yang
terkandung dalam keseluruhan drama ini.
[3 markah]

PRAKTIS 17

Petikan Drama : 1400

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

MAK SOM: (Kepada INTAN SITI RAHIMAH) Pak Tuan dah berangkat balik.
PAK TUAN DOLAH: Intan, lusa mereka akan datang. Jamuan kali ini hendaklah lebih daripada yang
biasa, sebab ada orang-orang yang lebih besar.
INTAN SITI RAHIMAH: Siang tadi Intan ke surau. Orang-orang kampung masih mengatakan kekotoran
daripada kandang kuda mencemarkan air sungai. Anak-anak mereka sakit-sakit belaka, dan macam-
macam lagi.
PAK TUAN DOLAH: Itulah dah dikatakan. Intan jangan ke surau mereka. Mengapa pergi mencemarkan
kaki ke sana?
INTAN SITI RAHIMAH: Mereka datang sendiri menjemput. Takkanlah Intan tak pergi?
PAK TUAN DOLAH: Lain kali kata sibuk, tak usah pergi.
INTAN SITI RAHIMAH: Tetapi mereka ini isteri dan ibu kepada orang-orang yang bekerja dengan kita.
Mereka besar hati datang menjemput. Itu pun takut-takut pula.
PAK TUAN DOLAH: Ya, mereka harus takut pada kita. Jika tidak naik kepala nanti. Intan harus sedar
dengan siapa hendak bercampur gaul?
INTAN SITI RAHIMAH: Intan sedih melihat keadaan hidup setengah-setengah daripada mereka.
Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka.

(Dipetik daripada drama' 1400' oleh Noordin


Hassan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti Rahimah kepada Pak
Tuan Dollah.
[2 markah]

(ii) Sekiranya anda Pak Tuan Dollah, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk
memastikan sungai itu tidak terus tercemar?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan lain
daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

31
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PRAKTIS 18

Petikan Drama : Dato’ Onn

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

ONN : Cuba tuan tanya setiap orang yang berbangsa Melayu. Mahukah kamu merdeka? Tentu mereka
tidak mahu. Merdeka ertinya berjuang, itu yang mereka tidak bersetuju. Lebih baik tangkap ikan, duduk di
warung kopi, lepas itu mengelamun tak menentu. Itulah yang harus kita pecahkan. Kebuntuan pemikiran
Melayu harus kita selesaikan. Yang duduk di kedai kopi harus kita sedarkan. Yang bodoh tidak belajar,
harus kita sekolahkan. Barulah kemunduran dapat diatasi. Orang Melayu bekerja penuh dedikasi. Tidak
lagi dilamun mimpi. Dan kemiskinan dapat dibasmi.
SYED HUSSEIN : Tepat sekali, tetapi kita harus ada tempat untuk menyuarakan segala pendapat.
Sebagai nelayan suara kita tersekat. Perjuangan tak sampai ke matlamat.

ONN: Hanya ada satu cara untuk menyuarakan pendapat. Dalam surat khabar kita boleh menulis dengan
tepat. Masa sudah tiba untuk mengubah pemikiran rakyat supaya tidak merempat.

SYED HUSSEIN: Benar, kerana itulah saya datang berjumpa dengan Encik Onn ini. Kita harus tubuhkan
akhbar kita sendiri. Di sana suara kita menjadi saksi. Rakyat harus dibangunkan dari segala segi.

(Dipetik daripada drama ‘Dato' Onn’ oleh Othman Haji


Zainuddin dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan
Bahasa dan Pustaka)

(i) Dato' Onn menyatakan sebab-sebab orang Melayu tidak mahu merdeka.
Nyatakan dua sebab tersebut.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Dato' Onn dalam petikan drama di atas dan satu perwatakan yang lain
daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

32
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PEMAHAMAN
PROSA
KLASIK

MODUL 3 : PEMAHAMAN PROSA KLASIK

PENDEKATAN MENJAWAB SOALAN 2 (c): Petikan Prosa Klasik

33
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

1. Tiga soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:


 1 soalan maksud kata/frasa/ungkapan/ayat.
 1 soalan pemahaman langsung terhadap kandungan teks atau keseluruhan cerita.
 1 soalan berasaskan KBAT.

2. Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan teks menyoal berasaskan kata tanya berikut:
 apa / siapa / di mana / mengapa / kenapa / bagaimana
 ataupun menggunakan arahan berikut: jelaskan / terangkan / huraikan secara ringkas /
gambarkan / nyatakan dll.

3. Soalan pemahaman berasaskan KBAT:


 pada pendapat anda / sekiranya anda / jika anda…. dll.

4. Baca soalan dan garis kata kunci soalan.

5. Pastikan soalan langsung dan soalan KBAT.

6. Padankan soalan dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah menentukan jumlah
isinya.

7. Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan.

8. Untuk soalan KBAT, jangan sesekali menjawab soalan melawan arus, iaitu menentang gagasan
atau saranan yang diberikan.

9. Dicadangkan anda menggunakan masa tidak lebih daripada 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga
soalan ini.

10. Kesalahan bahasa akan menyebabkan markah ditolak.

PRAKTIS 1

Petikan Prosa Klasik : PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa dengan geramnya, "Ya, ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak,
tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!"
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, "Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau
berkelakuan demikian ini di depan orang tua?'
"Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda
berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?·
Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang
sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda tertegun
kaum lalu kembali bertanya kepada puterinya. "Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung
itu?"
"Dialah budak hitam yang meminta tolong bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu, tetapi
telah ayahanda nyahkan dia."
"Siapa namanya?"
"ltulah Awang Sulung Merah Muda, anak Tuanku Si Helang Laut, cucu kepada Tuanku Si Helang
Mawai. Dialah yang sebenarnya bertanggungjawab memeliharakan geliung dan isinya selamanya ini.
Sekarang marilah ayahanda lihat isi geliung kita ini, telah penuhlah dengan wang dinar emas pemberian
bajak laut."

34
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(Dipetik daripada 'Pelayaran yang Penuh


Peristiwa' dalam antologi Harga Remaja, Dewan
Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud bertanggungjawab memeliharakan geliung.


[2 markah]

(ii) Siapakah Awang Sulung Merah Muda?


[3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, apakah yang harus dilakukan oleh warga tua untuk menjadikan hidupnya
lebih bermakna?
[3 markah]

PRAKTIS 2

Petikan Prosa Klasik : MERAH SILU

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba
sahaya itu, "Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunnya
oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepalanya!" Setelah Raja Muhammad mendengar khabar
inang itu baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar mendapatkan Merah
Gajah lalu dibunuhnya.
Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad.
Kata mereka, "Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab
ia membantunkan rambut sehelai yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda
Merah Gajah perbuatannya itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rambut yang berwarna
keemasan itu."
Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju
serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda
menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.
Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan
askar kedua-dua itu, mereka berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat
hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam
pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan saki-baki rakyat yang masih
hidup. Mereka menyembah mengaku taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam
negeri itu.

(Dipetik daripada Merah Silu, Antologi Dirgahayu


Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata Sebaik mendengar khabar itu.


[2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan, apakah reaksi Raja Ahmad apabila diberitahu tentang kematian Merah
Gajah yang dibunuh oleh Raja Muhammad?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Raja Muhammad membunuh Merah Gajah?
[3 markah]

PRAKTIS 3

Petikan Prosa Klasik : HIKAYAT INDERA NATA

35
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata inang pengasuh itu, “Sungguhlah tuan puteri itu beranak seorang laki-laki bernama
Indera Nata tetapi sekarang ini Indera Nata itu telah lamalah sudah hilang disuruh oleh Raja Rom pergi
mencari gajah bergadingkan emas serta tuan puteri tujuh orang.”
Maka kata Indera Nata, “Hai mak inang, akulah ini Indera Nata serta tuan puteri tujuh orang itu
dan adalah aku bawa ini!”
Mak mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi memberitahu akan Tuan Puteri
Cenderawati. Setelah bondanya mendengar Indera Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan
anakanda itu.
Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang itu dibawa oleh anakanda
itu. Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihat anakanda itu. Maka lalu ia memeluk mencium
anaknya itu seraya katanya, “Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun
selama anakku pergi itu tiadalah aku mau makan dan minum dan tidur daripada sangat aku bercintakan
anakku ini!”
Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada bondanya itu serta kata
bondanya sambil bercucuran air matanya, “Hai anakku Indera Nata, betapakah anakku beroleh gajah
bergadingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?”

(Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata” dalam antologi


Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud aku bercintakan anakku.


[2 markah]

(ii) Apakah yang berlaku terhadap Tuan Puteri Cenderawati sepanjang ketiadaan Indera Nata?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab seorang anak kepada seorang ibu?
[3 markah]

PRAKTIS 4

Petikan Prosa Klasik : HIKAYAT KHOJA MAIMUN

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah maka ia pun pulanglah kepada makam itu. Maka Bayan itu pun menunjukkan
dirinya kepada perempuan itu seraya katanya, "Bedebah yang tiada berbudi engkau! Inilah orang yang
kena murka kerana tiada malu. Sungguhpun ia Syeikh dan wali masakan ia berkata-kata dari kuburnya,
melainkan akulah yang berkata kerana aku ingin membalas pekerjaanmu dahulu itu." Maka kata
perempuan itu, "Balaslah olehmu akan aku ini. Hai Bayan, hukumlah akan kesalahan aku ini, akan
sekarang engkau berbuat syafaat apalah kiranya akan daku!" Maka Bayan itu pun terlalu sangat kasihan
hatinya akan isteri saudagar itu seraya katanya, "Janganlah engkau bercinta, akulah akan memulangkan
engkau dengan suamimu itu dan sabarlah engkau dahulu sehingga panjanglah rambut itu dan bulu
keningmu itu." Maka isteri saudagar itu pun terlalu sukacitanya mendengar kata Bayan itu. Maka Bayan
itu pun dipelihara oleh isteri saudagar.

Setelah berapa lamanya maka rambut isteri saudagar itu panjanglah. Maka Bayan itu pun
teringatlah kepada tuannya saudagar itu lalu ia terbang ke rumah tuannya. Setelah sampai ia memberi
salam kepada saudagar itu. Maka kata saudagar, "Hai unggas, datang dari manakah engkau ini?" Sahut
Bayan itu serta mengempar-gemparkan sayapnya seperti laku orang menyembah seraya katanya, "
Hambalah Bayan yang tuan hamba peliharakan dahulu itu. Maka pada suatu hari hamba diam kepada
sangkaran hamba. Maka datanglah seekor kucing. Maka ditangkapnya hamba serta dikeluarkan hati
hamba lalu dimakannya."

(Dipetik daripada 'Hikayat Khoja Maimun' dalam antologi


Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

36
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(i) Berikan maksud rangkai kata berbuat syafaat.


[2 markah]

(ii) Apakah reaksi Bayan setelah mendengar rayuan isteri saudagar tersebut?
[3 markah]

(iii) Nyatakan pendapat anda tentang kelebihan-kelebihan memberi maaf kepada seseorang yang
pernah melakukan kesalahan terhadap diri kita.
Berikan dua kelebihan.
[3 markah]

PRAKTIS 5

Petikan Prosa Klasik : HIKAYAT LANGLANG BUANA

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah itu maka hari pun hampir siang. Maka Raja Indera Bumaya pun mencita geliga daripada
Raja Johan Syahperi itu maka keluarlah empat orang lengkap dengan senjatanya. Maka titah Raja Indera
Bumaya, "Hai saudaraku, pergilah tuan hamba perang dengan Raja Bahrum Dewa itu tetapi janganlah
tuan hamba bunuh." Setelah demikian titah Raja Indera Bumaya maka jin empat orang itu pun lalu
menyembah lalu turun berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa itu.
Setelah seketika berperang maka rakyat Raja Bahrum Dewa pun pecahlah perangnya, banyak
tertangkap. Ada yang lari masuk ke dalam kota kerana tiada tertahan lagi tangkap jin empat orang itu.
Maka titah Raja Bahrum Dewa, "Sudahkah engkau tangkap? Apa mati laki-laki itu?" Maka sembah segala
hulubalang yang lari itu, " Ya tuanku, tiadalah mati laki-laki itu. Maka hulubalang tuanku dua ratus yang
lari, dua puluh orang hulubalang yang tertangkap orang itu. Maka patik dengar suaranya seorang juga
maka segala rakyat beribu-ribu sekalian itu pun dilawannya juga."
Setelah baginda mendengar sembah segala hulubalang itu maka Raja Bahrum Dewa pun marah
menyuruh memalu gendang mengumpulkan segala rakyat sekalian. Setelah sudah berkampung segala
rakyat dan menteri hulubalang sekalian, maka titah Raja Bahrum Dewa, "Segeralah pergi tangkapkan
beta laki-laki itu."

(Dipetik daripada cerita 'Hikayat Langlang


Buana', dalam Antologi Dirgahayu, Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan maksud rangkai kata mencita geliga.


[2 markah]

(ii) Mengapakah Raja Bahrum Dewa murka?


[3 markah]

(iii) Sekiranya anda Raja Indera Bumaya, apakah langkah yang wajar anda ambil untuk mengelakkan
peperangan?
[3 markah]

PRAKTIS 6

Petikan Prosa Klasik : HIKAYAT SIAK

37
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Tuan Bujang bermohonlah kepada Sultan Palembang hendak mudik. Maka dilepaskan
baginda Sultan Palembang dengan kasih sayangnya, dibekalkan dengan pakaian keemasan dan keris
kebesaran. Maka Tuan Bujang mudik ke Rawas. Maka Tuan Bujang berbini dengan anak Dipati Batu
Kucing. Dan tiada berapa lamanya Tuan Bujang duduk di Rawas itu, maka beranak seorang laki-laki,
dinamakan Raja Alam.
Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan
sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk
perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya.
Maka Tuan Bujang pun naik ke Minangkabau, lalu ke Pagaruyung. Maka Tuan Bujang
menghadap baginda. Maka terkejut ia melihat Tuan Bujang, lalu baginda bertitah, "Mengapa engkau lama
di lahut?" Maka sembah Tuan Bujang, "Patik menengok cupak gantang orang." Maka baginda pun
tersenyum, "Akan sekarang ini, apakah kehendak engkau?" Sembah Tuan Bujang, "Lebih-lebih maklum
duli tuanku sahaja, mana titah." Maka kata Puteri Jilan, "Kutahu kehendak engkau. Baiklah engkau turun
ke lahut, ke Siak. Ambil olehmu Negeri Johor. Tuntut kematian ayahandamu."

(Dipetik daripada 'Hikayat Siak' dalam antologi


Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan
Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata berebut kebesaran?


[2 markah]

(ii) Nyatakan peristiwa yang berlaku sebelum Tuan Bujang mudik ke Rawas.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Bujang menuntut bela atas kematian ayahandanya?

[3 markah]

PRAKTIS 7

Petikan Prosa Klasik : DUA GELIGA HIKMAT

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Maka lalu dihampirinya akan tasik itu. Maka dilihat olehnya Inderaputera pasirnya itu daripada
emas urai dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan gersiknya daripada mantika
dan rumput daripada kuma-kuma dan airnya seperti bau kasturi dan tepi tasik itu beberapa pohon anggur
dan pohon zabib dan pohon delima dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.

Maka Inderaputera melihat berbagai-bagai temasya. Maka Inderaputera pun berjalan di tepi tasik
itu dan berbunyi suatu suara itu demikianlah bunyinya, "Hai Inderaputera, ingat-ingat tuan hamba!" Maka
didengar oleh Inderaputera bunyi suara itu. Maka dilihat ke kiri dan ke kanan, seorang pun tiada manusia
dilihatnya, maka ia pun berjalan juga pada tasik itu maka dilihatnya oleh Inderaputera sepohon kayu.
Maka lalu diusirnya. Maka sampailah Inderaputera ke bawah pohon kayu itu. Maka dilihat oleh
Inderaputera itu mayat banyak terhantar di bawah pohon kayu itu.

(Dipetik daripada "Dua Geliga Hikmat" dalam


antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa
dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata berbagai-bagai temasya berdasarkan petikan di atas?
[2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan, apakah yang dilihat oleh Inderaputera setelah baginda menghampiri tasik?

38
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, nyatakan usaha-usaha untuk menjadikan tasik sebagai pusat pelancongan?
[3 markah]

PRAKTIS 8

Petikan Prosa Klasik : HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri
Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang
berlima bersaudara, silakan ke Kedah.
Maka tiada berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Maka
bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang.
Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka
belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk ke dalam kota.
Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah santap
air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, “Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan
saudara saya sebab berebutkan kerajaan.”
Khabar Raja Kedah, “Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima
bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara.”
Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, “Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan, dan
mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini dan seperti
Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya.”

(Dipetik daripada “Hikayat Opu Daeng


Menambun” dalam antologi Dirgahayu
Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja
Kedah?
[2 markah]

(ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya
mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian.


Berikan tiga sebab.
[3 markah]

PRAKTIS 9

Petikan Prosa Klasik – PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Dengan hal yang demikian sampailah geliung panjang itu ke Negeri Pati Talak Terengganu.
Ketika geliung panjang kenderaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa itu berlabuh, Tuan Puteri
Pinang Masak, Puteri Uli Pati Talak Terengganu sedang beristirahat di atas peterana di magun.
Melihatkan kesampaian geliung itu, Tuan Puteri menitahkan Si Kembang Cinanya pergi bertanyakan
tentang geliung itu, tetapi Si Kembang Cina menyuruh pula Bujang Selamat pergi bertanya.
"Hai jurubatu, dari mana geliung ini datang dan apa hajat datang ke mari.”
"Kami datang dari Negeri Bandar Mengkalih hendak pulang ke Negeri Semarang di Tanah Jawa."
"Apakah muatannya?"

39
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

"Kami belayar bukan hendak berniaga, cuma hendak meninjau kati dan dacing, cupak dan
gantang, adat resam negeri orang."
Bujang Selamat berlari-lari pulang memberitahukan hal itu kepada baginda raja. Titah baginda,
"Bagaimana hendak melihat adat resam orang kalau tidak naik ke darat? Pergilah kau sekali lagi, Bujang
Selamat, tanyakan adakah mereka tahu adat orang di laut."
Bujang Selamat pun berlari-larilah pula menuju ke geliung panjang lalu bertanyakan hal itu. Sahut
Awang Sulung, "Adat di laut kami tahu: jika ada angin belayar, jika tidak berlabuh."
"Tahukah pula encik adat orang di negeri?" Tanya Bujang Selamat.
"Tahu juga, tetapi kerana berlabuh di laut, entah apa pula pantang larangnya."
(Dipetik daripada 'Pelayaran yang Penuh Peristiwa'
dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan
Pustaka)

(i) Berikan maksud beristirahat di atas peterana.


[2 markah]

(ii) Nyatakan tujuan kedatangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa seisi geliung ke Negeri Pati Talak
Terengganu.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah yang akan diperoleh apabila seseorang itu mengembara
atau melancong ke sesuatu tempat sama ada di dalam atau di luar negara.
Kemukakan tiga pendapat anda. [3 markah]

PRAKTIS 10

Petikan Prosa Klasik : HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Akan kata segala dagang dari Petani memandang gurap sangat hairan; dari zaman datuk nenek
baharu memandang serupa ini. Akan kata dagang Tandang Halidar, “Inikah gerangan dikatakan kota?”
Beredar segala Cina yang makan madat hairan tercengang-cengang tiada sedar gurap andalan
berkemala dipandang malam. Tanglung di atas tiang bernyala serta sampai siang harinya. Di Pulau
Berhala malamnya itu gurap masuk ke kuala.
Maka sekalian kelengkapan kenaikan penjajap pun mustaidlah sudah. Maka belayarlah ke negeri
Siak. Serta sampai di dalam sungai, lalu mudiklah sekalian kelengkapan angkatan penjajap itu.
Maka terkejutlah orang Siak. Maka isinya bedil Laila Majnun tiada mahu berbunyi. Maka masuk
alamat kepada kadi, Laila Majnun mohon kepada Raja Siak; ia hendak mohon kembali, dipasang ia tiada
tala, takut derhaka ke bawah duli, kepada Datuk Demang disuruh pasang seperti aur ditarik songsang,
sungguhpun kawan dalam makan perangsang, dan seperti ayam takutkan musang.
(Dipetik daripada ‘Hikayat Opu Daeng Menambun’ dalam
antologi Digahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan
Pustaka)

(i) Apakah maksud masuk alamat?


[2 markah]

(ii) Bagaimanakah reaksi orang-orang dagang apabila terpandangkan gurap?


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan bagi mengelakkan negara
dicerobohi oleh musuh?
[3 markah]

40
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PEMAHAMAN
PUISI

MODUL 4 : PEMAHAMAN PUISI

PENDEKATAN MENJAWAB SOALAN 2 (d) : Puisi

1. Tiga soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:


41
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

 1 soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan / maksud perkataan / frasa /


baris.
 1 soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBAT.
 1 soalan aspek kesusasteraan.

2. Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan teks menyoal berasaskan kata tanya berikut:
 apa / siapa / di mana / mengapa / kenapa / bagaimana
 ataupun menggunakan arahan berikut: jelaskan / terangkan / huraikan secara ringkas /
gambarkan dll.

3. Soalan aspek kesusasteraan meliputi:


 Tema dan persoalan
 Bentuk
 gaya bahasa
 nilai dan pengajaran

4. Soalan pemahaman berasaskan KBAT:


 pada pendapat anda / sekiranya anda / jika anda…. dll.

5. Baca soalan dan garis kata kunci soalan.

6. Pastikan soalan langsung, soalan aspek sastera dan soalan KBAT.

7. Padankan soalan dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah menentukan jumlah
isinya.

8. Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan.

9. Untuk soalan KBAT, jangan sesekali menjawab soalan melawan arus, iaitu menentang gagasan
atau saranan yang diberikan.

10. Dicadangkan anda menggunakan masa tidak lebih daripada 20 minit untuk menjawab ketiga-tiga
soalan ini.

11. Kesalahan bahasa akan menyebabkan markah ditolak.

PRAKTIS 1

Petikan Puisi : PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Baca petikan pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
42
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI )

Terang bulan terang di paya,


Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,


Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,


Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,


Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Anwar Ridhwan (Penyelenggara)


Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud resam di dunia.


[2 markah]
(ii) Jelaskan dua cara anda membalas budi baik seseorang.
[4 markah]
(iii) Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.
[3 markah]

PRAKTIS 2

Petikan Puisi : PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)

Apa guna berkain batik,


Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Dari Kelang lalu ke Jawa,


Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga,


Suruh diambil mari diurut;
43
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Duduk termenung harimau tua,


Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang,


Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya,


Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud burung terbang disambar ikan.


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan pantun kepada masyarakat Melayu lama?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang dikemukakan dalam pantun di atas.
[4 markah]

PRAKTIS 3

Petikan Puisi – SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangatlah mulia,


Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,


Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihat kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,


Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Sebagai lagi tanda berakal,


Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal.

Jika ia dikasihi raja,


Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
44
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Apabila raja kasih sangat,


Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,


Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

(Dipetik dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa


dan Pustaka, 2009)

(i) Apakah maksud ‘Mencari kupasan jangan tersemu’ dalam rangkap terakhir syair di
atas?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah ciri-ciri orang yang tidak berakal?
[4 markah]

(iii) Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam syair di atas.
[3 markah]

PRAKTIS 4

Petikan Puisi : SYAIR SITI SIANAH

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR SITI SIANAH

Sesetengah perempuan terlalu janggalnya,


Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka,


Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada terhingga.

Setengah perempuan sangat pesolek,


Berhias berdandan berpakai molek,
Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.
Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik hidungnya,
Seperti buaya besar mulutnya.

Setengah perempuan perangainya cela,


Habis dipenuhi rambut di kepala,

45
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Rambut yang sikit disiputnya pula,


Memakai cemara berjela-jela.

Terkadang muka dibubuh pupuri,


Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,


Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka melekat.

Kaki dan tangan dinaikkan pula,


Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila.

Berlindunglah kita kepada Allah,


Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.

Setengahnya suka bermain judi,


Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi.

Laki-laki perempuan bertindih lutut,


Banyaklah perbuatan yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk di buntut.

Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Jelaskan sikap tercela sesetengah perempuan seperti yang dijelaskan oleh penyair dalam syair di
atas.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah remaja zaman dahulu kurang terlibat dalam gejala sosial
berbanding dengan remaja pada masa ini?
[3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang hendak disampaikan oleh penyair dalam syair ini.
[4 markah]

PRAKTIS 5

Petikan Puisi : GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

46
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Gurindam 12 Fasal yang Keenam

Cahari olehmu akan sahabat,


Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru,


Yang boleh tahukan tiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri,


Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,


Pilih segala yang setiawan.

Abu Hassan Sham (Penyelenggara)


Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud rangkap kedua gurindam di atas.


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita disarankan supaya memilih kawan yang baik.
Berikan tiga sebab.
[3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam gurindam ini.
[4 markah]

PRAKTIS 6

Petikan Puisi : SELOKA EMAK SI RANDANG

Baca seloka di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soolan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Seloka Emak Si Randang

Baik budi Emak Si Randang,


Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Md. Ali Bachik (penyelenggara)


Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003, dlm Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Nyatakan kesan mengutamakan orang luar daripada keluarga sendiri.


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang terbaik untuk melayan tetamu.
Nyatakan tiga cara.
[3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut.

47
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

[4 markah]

PRAKTIS 7

Petikan Puisi : PANTUN ENAM KERAT

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN ENAM KERAT

Putik kelapa menjadi muda,


Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kering menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,


Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cencaru,


Gelama tidak berumpan lagi,
Kali tersangkut di tepi gantang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Terangkan maksud rangkap pertama pantun di atas.


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang harus dilakukan oleh seseorang sekiranya
berhadapan dengan masalah.
Berikan tiga cara.
[3 markah]

(iii) Jelaskan tiga pengajaran yang diperoleh daripada pantun di atas.


[4 markah]

PRAKTIS 8

Petikan Puisi : PANTUN LAPAN KERAT

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

48
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PANTUN LAPAN KERAT

Buat bangsal di tengah hutan,


Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dalam perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang,


Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,


Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang di darat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,


Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berdasarkan rangkap pertama, nyatakan sifat-sifat orang yang beriman.


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh
oleh budaya Barat? Berikan tiga faktor.
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama dan satu pengajaran yang
terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut.
[4 markah]

PRAKTIS 9

Petikan Puisi : SYAIR MAKNA RIAK

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

49
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Syair Makna Riak

Kemudian dinyatakan makna riak,


Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan,


Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,


Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,


Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,


Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukanya orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,


Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila.


Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak.


Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.

Mohd Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh


Puisi Melayu Tradisi, 1993 dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Gambarkan sikap seseorang yang mempunyai sifat riak yang terdapat dalam rangkap tiga?
[2 markah]

(ii) Dalam syair tersebut, penyair menggambarkan ciri-ciri seseorang yang mempunyai sifat riak.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk menjauhi sifat riak.
[3 markah]
(iii) Kemukakan dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut.
[4 markah]

PRAKTIS 10

50
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Petikan Puisi : SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI

Baca petikan syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI

Laksamana dititahkan Betara,


Ke negeri Patani berjalan segera,
Mendapat cogan Raja Senggora,
Akan menerima hukum dan dera.

Barang yang hendak dihukumkan,


Sekalian tidak boleh disalahkan,
Kesalahan pinta dimaafkan,
Pegawai yang dipegang itu.

Setelah demikian titah Betara,


Laksamana tiada berani dura,
Kerana negeri hendak dipelihara,
Kelak menjadi huru-hara.

Niat laksamana yang pegari,


Daulat baginda barang berdiri,
Jika selamat sentosa negeri,
Biarlah susah di atas diri.

Berjalan ia berhati hampa,


Bonda yang sakit tiada dilupa,
Kerana sakit berat menimpa,
Yakin hatinya tiada berjumpa.

Bonda Duli Mahkota Indera,


Pada Laksamana emak saudara,
Sakit terlantar hampir bermara,
Meninggalkan dia peri terkira.

Daripada kerja terlalu berat,


Ke atas negeri hendak mudarat,
Jadilah dititahkan duli hadirat,
Bimbang dan masyghul disuruh kerat.

Tiadalah lagi terkata-kata,


Sudah dengan titah Sang Nata,
Diputuslah hati yang bercinta,
Kepada Allah diserah semata.

Daripada sudah demikian peri,


Keberatan tertanggung di atas negeri,
Yang sakit itu seorang diri,
Bala yang datang meliput negeri.

Jadilah dititahkan Seri Betara,

51
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Tiadalah lagi terkira-kira,


Berjalanlah pergi bersegera-segera,
Mendapat cogan Raja Senggora.

MOHD YUSUF MD NOR dan ABDUL RAHMAN KAEH (Penyelaras)


Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Jelaskan maksud dalam rangkap ketiga syair di atas.


[2 markah]

(ii) Bagaimanakah cara untuk mewujudkan suasana yang aman dan sentosa di dalam negeri?
[3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada syair ini.
[4 markah]

PRAKTIS 11

Petikan Puisi : GURINDAM TONGGAK DUA BELAS

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Tonggak Dua Belas

Hendak pandai menghargai masa,


Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,


Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,


Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,


Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,


Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,


Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,


Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,


Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,


Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,


Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,


52
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,


Kembangkan bakat semoga aktif.

Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) (Penyelenggara)


Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud rangkap pertama “Gurindam Tonggak Dua Belas”.


[2 markah]

(ii) Sekiranya anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepemimpinan yang
anda harap dapat diteladani oleh rakyat bawahan?
[3 markah]

(ii) Nyatakan bentuk gurindam di atas.


[4 markah]

PRAKTIS 12

Petikan Puisi : SELOKA SI LUNCAI

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Seloka Si Luncai
Md. Ali Bachik (ILADAM) – Penyelenggara

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...


Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan ... !
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003


Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka

Ada kebun tidak ditanam,


Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,

(i) Berdasarkan baris seloka di atas, mengapakah pengarang menegur sikap Si Luncai?
53
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

[3 markah]

(ii) Dalam seloka tersebut, pengarang ada mengemukakan persoalan kepentingan menuntut ilmu.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya jika seseorang itu tidak bersungguh-sungguh
menuntut ilmu?
[3 markah]

(iii) Nyatakan dua latar masyarakat yang terkandung dalam seloka ini.
[3 markah]

PRAKTIS 13

Petikan Puisi : Sajak HARGA REMAJA

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja


yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kau penuhi


piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah.

Remaja amat mahal


sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.

Rahman Shaari
Langit di Tangan, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan sajak di atas, apakah ciri-ciri seorang remaja yang berharga?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu anda lakukan agar tidak terlibat dalam gejala sosial?

[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.


[4 markah]

PRAKTIS 14

Petikan Puisi : Sajak DI PERPUSTAKAAN


54
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Di Perpustakaan

Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati

Maju ke ruang buku


Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman.

Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai.

Shafie Abu Bakar Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009

(i) Siapakah penyajak berdasarkan rangkap terakhir sajak?


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk menarik minat remaja
ke perpustakaan?
[4 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang ingin disampaikan melalui sajak di atas?
[3 markah]

PRAKTIS 15

Petikan Puisi : Sajak MENGINTAI RUANG INSAF

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

55
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Mengintai Ruang Insaf

Semakin berat kejahilan


terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu nur-Mu.

Sewaktu berlari di padang hidup


kerap kakiku tersadung selirat akar
tubuhku tercalar duri pidana
pada samar kejauhan
ancala mulia makin kabur
dan menghilang.

Sekadar songsong aksara kata


tanpa kembali ke tunjang makna,
“Apakah dalam saraf khilaf
masih terbuka ruang untuk
dianugerahkan keinsafan?”

Rabb,
moga pintu taubat-Mu terbuka
sebelum api dari bara itu menyala.

Shukri Abdullah
Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud baris Semakin berat kejahilan, terpikul di bahu berdasarkan sajak di atas.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang berkesan untuk mengelakkan remaja daripada terlibat
dalam kegiatan yang tidak bermoral?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
[4 markah]

PRAKTIS 16

Petikan Puisi : Sajak MAHSURI

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

MAHSURI

(1)
Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
56
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

disimbah darah suci


Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini.

(2)
Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup
dia hanya bermula dengan
khayalan seorang seniman
pun kata orang Mahsuri pernah hidup
tetapi bahasa seorang pencerita
membuatnya lebih hidup dari
kehidupannya
sastera yang mewarnai tanah air
kerana tanpa Mahsuri
Langkawi tidak sebegini bererti.

Mahsuri membesarkan Langkawi


sastera membesarkan tanah air.
ZURINAH HASSAN
Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Jelaskan peristiwa yang berlaku kepada Mahsuri seperti yang diceritakan dalam rangkap pertama
sajak di atas.
[2 markah]
(ii) Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada pembangunan Pulau
Langkawi sehingga terkenal di seluruh dunia.
[3 markah]
(iii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]

PRAKTIS 17

Petikan Puisi : Sajak ADAT SEZAMAN

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Adat Sezaman

Peradaban zaman semakin berlalu


meninggalkan kesan mendalam
terlalu indah apabila dipandang
terlalu mulia apabila diselidik
santun si dara jadi idaman
warak si teruna jadi ikatan
si tua tersenyum mesra
memandang teruna dara
sama cantik sama padan
berganding bersama
di singgahsana ...
Masa itu telah jauh
zaman sudah berlalu
santun sang dara
dan warak sang teruna telah lenyap

57
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

si tua berduka lara


memandang teruna dara
bergandingan tanpa silu
tanpa hormat
tanpa batasan
adat sezaman ditinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning jadi ikutan.
Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

(i) Berdasarkan sajak di atas, nyatakan amalan mulia teruna dan dara pada zaman dahulu.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja kini mengabaikan adat dan agama?
[3 markah]

(iii) Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

PRAKTIS 18

Petikan Puisi : Sajak TIBA WAKTUNYA

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

TIBA WAKTUNYA

Angin musim semakin deras dan ganas


meniup tamadun ke era yang pantas
lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah
merebut tunas-tunas harapan yang hijau
dari putik dan pucuk berembun kemilau.

Haruskah kita tunduk mengutip sisa-sisa


atau berada di sana meraih simpati?
usah kautanya persoalan dilema
kerana ini bukan waktunya
untuk berhujah perlu tidaknya
dan masa pun tidak akan menanti
buat mewajar padah atau simpati.

Wanita zaman siber


perlu mengacung minda ke tengah arena
suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi
menuju wawasan era globalisasi.

Lepaskan segala belenggu kedaifan


huraikan segala keliru kekusutan
wanita zaman ini perlu bangun berani
yakin diri tahan diuji
tinggi pekerti anggun gerak-geri
terunggul dalam segala segi.
58
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Mari kita jana semua upaya


dalam menjulang citra seluruh wanita
dengan kudrat mental juga fizikal
berbekal iman dan semangat cekal
kita gerakkan kemampuan yang pukal.

Kini sudah tiba waktunya


kita bertakhta di persada dunia.

GHAZALI LATEH
Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Apakah harapan penyajak kepada wanita zaman siber ini?


[2 markah]
(ii) Golongan wanita perlu dihargai kerana banyak menyumbang tenaga dalam pembangunan
negara. Nyatakan dua cara untuk mengenang jasa golongan wanita.
[4 markah]
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
[3 markah]

PRAKTIS 19

Petikan Puisi : Sajak DIRGAHAYU BAHASAKU

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

DIRGAHAYU BAHASAKU

Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.
Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku


hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan


ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.
Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.

59
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

AHMAD SARJU
Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Jelaskan kegemilangan yang pernah dikecapi oleh bangsa dan bahasa Melayu dalam rangkap
yang keempat.
[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dijalankan untuk mengembalikan
kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi?
[3 markah]

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak 'Dirgahayu Bahasaku',
[3 markah]

PRAKTIS 20

Petikan Puisi : Sajak KECEK (V)

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

KECEK (V)
Awang Abdullah

1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.

2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.
3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang taut ternganga
dan mengurung sederet anak-anaknya
di bawah pusaran nasib

60
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

tapi dia tidak pernah mengumpul


kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut
di papan hidupnya.

4
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.

AWANG ABDULLAH
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Dalam rangkap kedua dan ketiga sajak ini penulis menyatakan persamaan antara kehidupan
seorang petani dengan seorang nelayan.
Berikan satu persamaan tersebut.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah kemiskinan dalam masyarakat dapat ditangani?
[3 markah]

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

PRAKTIS 21

Petikan Puisi – Sajak BANGKITLAH

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

BANGKITLAH

Anak-anak yang sedang lena


bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.
Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.
Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau mahu terus nangis
tanpa air mata?

Kalau tidak

61
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

Rejab F.I
Langit di Tangan, 1995. Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Mengapakah penyajak menyeru anak-anak muda 'bangkit'?


[3 markah]

(ii) Sebagai remaja, apakah peranan yang boleh dimainkan remaja untuk mencapai aspirasi negara?
[3 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas?


[3 markah]

PRAKTIS 22

Petikan Puisi : Sajak PASAR PERASAAN

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
dengan menggunakan ayat sendiri.

PASAR PERASAAN

ini pasar perasaan


pada gerainya duduk penjual sentimental
yang sering dikunjungi pembeli emosional.

ini pasar perasaan


mereka memperdagangkan kata-kata
yang terbit daripada kalbu
bukan terbit daripada akal.

mereka memperdagangkan hujah


yang rapuh dan lapuk
bagai kayu buruk;
yang mudah dipatahkan bagai ranting kering.

ini pasar perasaan


di dalamnya mengalir sungai manusia
yang menghilirkan suara kosong.

ini pasar perasaan


yang memperdagangkan akal cetek
dan tawar-menawar yang dangkal.

kumasuki pasar ini


kususuri sungai sibuk ini
di tengah-tengah penjual dan pembeli
yang kaya dengan perasaan
tetapi miskin dengan kebijaksanaan.
ini pasar tidak berakal
yang diriuhkan kekosongan.

(Antologi Dirgahayu Bahasaku


Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Jelaskan maksud rangkap keenam sajak ini.

62
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

[3 markah]

(ii) Andaikan bahawa anda seorang pembahas pasukan debat sekolah, nyatakan sebab-sebab yang
memerlukan anda mengemukakan hujah yang bernas sewaktu berbahas?
[3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai yang dapat diperoleh daripada sajak ini.
[4 markah

PRAKTIS 23

Petikan Puisi : Sajak DI BAWAH LANGIT YANG SAMA

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Di Bawah Langit Yang Sama

Di bawah langit yang sama


Kita hirupi udara
Tanpa mengira Beirutmu
Ataupun Kuala Lumpurku
Kita menghirup udara
Di bawah langit yang sama.

Aku suka gerimis di Kota London


Pernah terpesona angin dingin - tajam di Washington
Pohon-pohon hijau atau aneka warna
tiada bezanya.
Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika
Kerana di bawah langit ini
Kita sama.

Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan


Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera
Berkongsi siang miliki malam
Anyam cinta pelangikan zaman
Tiupkan harapan senada
Sesama kita - warga dunia
Di bawah langitnya
Yang sama.

Peta-peta itu yang memisahkan


Jangan tutup pos sempadan
Visa hanya keperluan rasmi seketika
Pasport dokumen pengenalan titik mula
Kita dakapi mimpi tak berbeza
gapai hasrat
Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam
Di bawah langit ini yang sama.

Lim Swee Tin


Antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Nyatakan hasrat penyajak dalam rangkap ketiga sajak tersebut.
[2 markah]

(ii) Penyajak menyeru supaya manusia mengamalkan konsep kesamarataan hidup tanpa membezakan
warna kulit dan fahaman.
Apakah faedah-faedah sekiranya kita mengamalkan konsep hidup di atas?
[3 markah]

63
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

PRAKTIS 24

Petikan Puisi : Sajak ARKITEK KOTA

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

ARKITEK KOTA

hanya seniman peka


yang faham akan jiwa laut,
kenal lambung gelombangnya,
alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota.

kerana arkitek matang itu anak di taman,


perenung di perpustakaan,
orang muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksana,
dan datuk bandar yang bangga.

dia harus sayangkan lagu burung,


pemancing di teduh pohon,
pemerhati tasik,
pengawas bintang,
dan bunga menjalar di beranda.

pencipta kota ialah


pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai,
kelakar tua yang mengampungkan cerita
orang bercinta yang perlukan bulan.

dia pengukir ruang hidup,


penghias suasana sempurna,
membenarkan penemuan,
memungkinkan kemungkinan.

Dari Seberang Diri.

MUHAMMAD HAJI SALLEH


Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Apakah maksud harus sayangkan lagu burung dalam sajak di atas?
[2 markah]

(ii) Mengapakah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting dalam kehidupan
manusia?
[3 markah]
64
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.


[ 4 markah]

65
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Pengetahuan dan
Kemahiran Bahasa

MODUL 5 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

A. MEMBINA AYAT

PANDUAN UMUM MENJAWAB SOALAN 3 (a): Membina Ayat

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.


2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan soalan.
3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa atau nama khas - 0 markah.
4. Sengaja menambah atau menukar imbuhan – 0 markah.
5. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, akan ditolak ½ markah bagi setiap
soalan.
6. Jika semua perkataan digunakan sebagai satu ayat, diberi pertimbangan sebagai satu ayat.

66
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

7. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.


8. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.
9. Soalan bahagian ini merangkumi ;
(i) Kata dasar dan kata terbitan
(ii) Kata banyak makna
(iii) Kata yang hampir sama makna
(iv) Kata nama
(v) Kata kerja
(vi) Kata adjektif
(vii) Kata ganda
(viii) Kata tugas
(ix) Kata terbitan/pasangan kata terbitan
(x) Pasangan kata homograf
(xi) Pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh
(xii) Pasangan kata ganda dan kata majmuk
(xiii) Pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhan
(xiv) Pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan
(xv) Pasangan kata dasar dan kata majmuk
(xvi) Pasangan kata homofon
(xvii) Kata pinjaman bahasa Melayu
(xviii) Kata tunggal
(xix) Kata terbitan
(xx) Kata majmuk

PRAKTIS 1

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) seniman
(ii) budiman
(iii) hartawan
(iv) karyawan
(v) peragawati
(vi) olahragawati
[6 markah]

PRAKTIS 2

Tulis satu ayat bagi perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) nama
(ii) bernama
(iii) ternama
(iv) menamakan
(v) kenamaan
(vi) penamaan
[6 markah]

PRAKTIS 3

67
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) reda - redah


(ii) paras - parau
(iii) kerat - kelat
[6 markah]

PRAKTIS 4

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) menjahit
(ii) menyulam
(iii) mengait
(iv) menganyam
(v) memilin
(vi) menyirat

[6 markah]

PRAKTIS 5

Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gamat
(ii) diam
(iii) bidang
[6 markah]

PRAKTIS 6

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bekalan
(ii) pembekal
(iii) membekalkan
(iv) menaiki
(v) kenaikan
(vi) penaikan
[6 markah]

PRAKTIS 7

68
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,
menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) memelihara
(ii) memulihara
(iii) menambah
(iv) menambak
(v) menjirus
(vi) menjurus
[6 markah]

PRAKTIS 8

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan ini
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) lukis
(ii) melukis
(iii) melukiskan
(iv) terlukis
(v) lukisan
(vi) pelukisan

[6 markah]

PRAKTIS 9

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) bunga
(ii) haus
(iii) gugur

[6 markah]

PRAKTIS 10

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) tembok - tembuk


(ii) telur - telor
(iii) tempoh - tempuh

[6 markah]

PRAKTIS 11

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
69
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(i) mabuk laut


(ii) lipat ganda
(iii) pindah tangan
(iv) tahan lasak
(v) harga borong
(vi) sumpah seranah
[6 markah]

PRAKTIS 12

Tulis satu ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan
maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) laga - melagakan


(ii) kabur - mengaburkan
(iii) diam - mendiamkan

[6 markah]

PRAKTIS 13

Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) hangat
(ii) genting
(iii) gugur

[6 markah]

PRAKTIS 14

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) menggulai
(ii) menumis
(iii) menggoreng
(iv) menyiang
(v) memotong
(vi) mencantas

[6 markah]

PRAKTIS 15

70
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) setempat
(ii) bertempat
(iii) menempatkan
(iv) lurus
(v) berselurus
(vi) melurus

[6 markah]

PRAKTIS 16

Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) dapat - bersependapat


(ii) prihatin - keprihatinan
(iii) sejuk - kesejukan

[6 markah]
PRAKTIS 17

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) abadi
(ii) akhlak
(iii) iltizam
(iv) istirahat
(v) syumul
(vi) zuriat

[6 markah]

PRAKTIS 18

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata majmuk di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan kata majmuk
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) ambil alih


(ii) daya usaha
(iii) campur tangan
(iv) lipat ganda
(v) ramah mesra
(vi) luar biasa

[6 markah]

PRAKTIS 19

71
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) menjahit
(ii) menyulam
(iii) menekat
(iv) memangkas
(v) mencantas
(vi) memotong

[6 markah]

PRAKTIS 20

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) kehampaan
(ii) kesukaran
(ii) kelalaian
(iv) kebejatan
(v) kemaslahatan
(vi) kepincangan
[6 markah]

B. SINTAKSIS

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 3 (b) – SINTAKSIS


1. JENIS AYAT ( ada 4 jenis )

i. Ayat Penyata ( menyatakan sesuatu) Dia sedang membaca surat khabar

ii. Ayat tanya  Siapakah yang datang?

iii. Ayat Seruan ( ada tanda seru).  Wah, cantiknya baju kamu!

iv. Ayat Perintah ( ada 4 jenis : ayat silaan, ayat larangan, ayat suruhan, ayat permintaan)

 Jangan membuang sampah ke dalam longkang. ( Ayat Larangan )


 Tolong belikan saya sebatang pensel. ( Ayat Permintaan )
 Jemputlah ( Silalah ) naik ke pentas. ( Ayat Silaan )
 Bawa buku-buku ini ke bilik guru. ( Ayat Suruhan )
72
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

2. POLA AYAT BM – ada 4 pola ayat.

i. FN + FN  Dia / adik saya

ii. FN + FK  Kakak / sedang menjahit baju.

iii. FN + FA  Rumah itu / sungguh cantik.

iv. FN + FS  Saya / ke Kuala Lumpur semalam.

3. Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.

i. (a) Saya telah memulangkan buku itu dua hari yang lalu.

Buku itu telah saya pulangkan dua hari yang lalu.

ii. (b) Kamu telah memulangkan buku itu dua hari yang lalu.

Buku itu telah kamu pulangkan dua hari yang lalu.

*Ayat pasif Kata Ganti Nama Diri Pertama & Kata Nama Diri Kedua sama binaan ayatnya.

i. (c) Mereka telah memulangkan buku itu dua hari yang lalu.

Buku itu telah dipulangkan oleh mereka dua hari yang lalu.

Imbuhan ‘ter’ pada kata kerja boleh hadir dalam kata kerja aktif atau kata pasif. Struktur ayat kata
ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga adalah sama. Contohnya:

i. Kakak terangkat batu yang besar itu.  Batu yang besar itu terangkat oleh kakak.

ii. Saya terambil baju yang berwarna merah itu.  Baju yang berwarna merah itu terambil
oleh saya.

4. Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang.

Panduan: Kenal pasti subjek ( 1 ) , predikat ( 2 )

i. Dia ketawa terbahak-bahak.

Dia / ketawa terbahak-bahak


1 2

Ketawa terbahak-bahak / dia. ( 2 + 1 )

ii. Orang kaya itu berhijrah ke luar negara.


Panduan: Kenal pasti subjek (1) , predikat (2) dan predikat (3)

Orang kaya itu berhijrah ke luar negara.


1 2 3

73
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Formula ayat biasa : 1+ 2+ 3

Formula ayat songsang : 2+ 3+ 1 / 3+1 + 2

3 +2 + 1 / 2+1 +3

a. Berhijrah ke luar negara orang kaya itu. (2 + 3 +1)


b. Ke luar negara orang tua itu berhijrah. (3 + 1 + 2)
c. Ke luar negara berhijrah orang kaya itu. (3 + 2 + 1)
d. Berhijrah orang kaya itu ke luar negara. (2 + 1 + 3)

5. Tukarkan ayat cakap ajuk kepada cakap pindah.

“Mengapakah kamu datang lewat hari ini?” tanya Encik Gopal kepada Musa.
“Maafkan saya, Encik. Saya terpaksa membawa anak saya ke klinik,”kata Musa.
“Oh, begitu! Saya maafkan,” kata Encik Gopal
“ Terima kasih, Encik.”

(i) “Mengapakah kamu datang lewat hari ini?” tanya Encik Gopal kepada Musa.
Encik Gopal bertanya kepada Musa sebab-sebab dia lewat pada hari ini.

(ii) “ Maafkan saya, Encik. Saya terpaksa membawa anak saya ke klinik,”kata Musa.
Musa meminta maaf kepada Encik Gopal dan menjelaskan bahawa dia terpaksa membawa
anaknya ke klinik.

 Perkataan ‘menjelaskan’ boleh ditukar kepada ‘memberitahukan’, ‘menerangkan’,


‘mengatakan’.

(iii) “Oh, begitu! Saya maafkan,” kata Encik Gopal


Encik Gopal memahami masalah Musa dan memaafkannya.

(iv) “ Terima kasih, Encik.”


Musa mengucapkan terima kasih kepada Encik Gopal.

6. Mencerakinkan ayat.

Baca ayat di bawah ini, kemudian cerakinkan ayat tersebut.

i. Perbuatan vandalisme ini meninggalkan kesan buruk kerana dinding bangunan itu rosak
akibat tulisan dan contengan grafiti yang dilakukan oleh kumpulan gengster.

 Kenal pasti kata hubung dalam ayat ( Kalau ada 3 kata hubung (KH), maka ada 4 ayat tunggal;
kalau ada 2 KH, maka ada 3 ayat tunggal)

 Ayat di atas ada 3 KH : kerana, dan, yang , maka ada 4 ayat tunggal.

(i) Perbuatan vandalisme ini meninggalkan kesan buruk.


(ii) Dinding bangunan itu rosak akibat tulisan grafiti.
(iii) Dinding bangunan itu rosak akibat contengan grafiti.
(iv) Perbuatan itu dilakukan oleh kumpulan gengster.

74
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

7. Analisis Ayat : Subjek & Predikat.

i. Abang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Subjek : Abang

Predikat : telah berjaya mendapat keputusan cemerlang.

ii. Kerana sakit, Mary tidak hadir ke sekolah.

Subjek : Mary

Predikat : tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

PRAKTIS 1

Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh diselesaikan oleh ibu bapa sekiranya mereka
mengambil langkah pencegahan awal.
(ii) Kursus perhubungan awam telah ditawarkan oleh kebanyakan kolej dan universiti di negara kita.
(iii) Isu pembuangan bayi perlu kita tangani dengan segera demi menjaga imej negara.

[6 markah]

PRAKTIS 2

Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama +
Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
(FN + FSN).

(i) Dia masih tidur.

75
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(ii) Bas itu dari Seremban.


(iii) Kucing itu kurus kering.
(iv) Rakannya gadis Filipina.
(v) Puan Ramziah guru di sekolah itu.
(vi) Merokok membahayakan kesihatan.
[6 markah]

PRAKTIS 3

Kenal pasti jenis ayat-ayat pasif di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat pasif
dengan ganti nama diri pertama, ayat pasif dengan ganti nama diri kedua, ayat pasif dengan ganti
nama diri ketiga atau ayat pasif songsang.

(i) Makanan itu belum aku rasai lagi sejak pagi tadi.
(ii) Hutang itu perlu kaujelaskan selewat-lewatnya esok.
(iii) Bahagian tepi bangunan kedai itu dicat oleh Pak Samad.
(iv) Saya tendang bola itu sekuat hati sehingga luar pagar sekolah.
(v) Ladang tebu itu telah dibersihkan oleh mereka pagi semalam.
(vi) Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga hari ini.
[6 markah]

PRAKTIS 4

Baca dan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian gabungkan setiap dua ayat tersebut dengan kata hubung
yang sesuai.

(i) Atiqah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan segera.
Ibunya membenarkan dia turut serta dalam perkhemahan pengakap itu.

(ii) Puan Haliza berjanji akan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Anaknya itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

(iii) Orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.


Pelajar-pelajar tingkatan tiga terpaksa mengulang kaji pelajaran.
[6 markah]

PRAKTIS 5

Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud
asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari Internet seringkali menghabiskan masa berjam-jam di
hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap
keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya
melayari laman-laman yang tidak berfaedah.
[ 6 markah]

PRAKTIS 6

Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu.


(ii) Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat.
76
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(iii) Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat.
[6 markah]

PRAKTIS 7

Pisahkan setiap ayat majmuk di bawah ini menjadi dua ayat tunggal dengan mengekalkan maksudnya.

(i) Malaysia mempunyai kelebihan menerajui pengeluaran produk halal kerana orang Islam akan lebih
yakin membeli produk keluaran negara Islam.
(ii) Kehidupan hari ini lebih mencabar dan kita perlu peka terhadap setiap perubahan yang berlaku.
(iii) Antioksida pada teh hijau dan teh hitam mampu melambatkan pembentukan bakteria di dalam
mulut.
[6 markah]

PRAKTIS 8

Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.

Sarah menanya rakannya Lisa sama ada Lisa nampak apa yang dia nampak. Lisa memberitahu bahawa
dia nampak dua orang bertopeng sedang cuba masuk ke rumah jiran mereka. Sarah mencadangkan
agar mereka menelefon pihak polis dengan segera. Lisa bersetuju dengan cadangan itu dan ingin
menelefon pihak polis, tetapi dia memberitahu Sarah bahawa dia mesti pergi jauh sedikit supaya
perbualannya tidak didengar oleh pencuri itu. Sarah meminta Lisa bersegera untuk menelefon pihak
polis kerana mungkin pencuri itu akan terlepas lari nanti. Lisa mengiakan dan meminta Sarah
memerhatikan pencuri itu dengan teliti.

[6 markah]

PRAKTIS 9

Tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asal ayat
tersebut.

(i) Pak Samad telah menjemput Fuad ke rumahnya untuk kenduri tahlil.

(ii) Penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong membina surau bersama-sama dengan
angkatan tentera.

(iii) Tsunami telah melanda Acheh dan Jepun selepas berlakunya gempa bumi berskala besar.

[6 markah]

PRAKTIS 10

Tukarkan perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.

Cikgu Idayu : Mengapakah awak tidak menghantar kerja kursus yang saya arahkan
semalam?

Aina : Maafkan saya cikgu, kerja kursus saya tertinggal di rumah.

Cikgu Idayu : Awak memang banyak alasan dan selalu tidak menyiapkan tugasan
yang saya berikan.
77
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Aina : Eh, tidaklah cikgu! Hanya kali ini saya betul-betul tertinggal kerja
kursus itu di rumah.

Cikgu Idayu : Baiklah, saya terima alasan awak. Pagi esok saya mahu kerja kursus
awak itu diletakkan di atas meja saya.

[6 markah]

PRAKTIS 11

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.

(i) Menara Berkembar Petronas bangunan pencakar langit negara kita.

(ii) Pelancong itu sedang membeli cenderamata tetapi rakan-rakannya yang lain telah lama pulang ke
hotel.

(iii) Pemberian hadiah khidmat cemerlang itu daripada majikannya.

[6 markah]

PRAKTIS 12

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kerajaan menyeru semua kakitangan awam supaya berjimat cermat ketika berbelanja.

(ii) Sebelum pulang kamu mesti memadamkan semua lampu dan kipas.

(iii) Mangsa banjir Kampung Bendang Sepuluh itu memohon bantuan kewangan sebanyak RM500
daripada ADUN kawasan berkenaan.

[6 markah]

PRAKTIS 13

Tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Penduduk kampung itu akan membaiki jambatan yang rosak di hujung kampung.

(ii) Dia akan membeli rumah pangsapuri itu jika memperoleh pembiayaan penuh daripada bank.

(iii) Kanak-kanak yang meraung-raung kesakitan itu terluka kaki kirinya.

[6 markah]

PRAKTIS 14

Tukarkan ayat songsang berikut kepada ayat susunan biasa.

(i) Dari jauh sudah kelihatan Menara Berkembar Petronas itu.

(ii) Sungguh indah pemandangan di Taman Negara.

(iii) Bagi memudahkan kita membuat perancangan saya mohon penjelasan yang lebih lanjut.
78
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

[6 markah]

PRAKTIS 15

Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut dan nyatakan jenisnya.

(i) Budak itu bukan adik Sukatini.


(ii) Akan saya baca buku itu.
(iii) Amboi, petah sungguh budak itu bercakap!
(iv) Siti Zaleha sedang membaca buku.
(v) Susun pasu-pasu bunga di tepi pagar itu.
(iv) Sudah jelaskah hutang pinjaman perumahan Puan Asbaida?

[6 markah]

PRAKTIS 16

Tulis perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.

Cikgu Azlan : Rajesh, mengapakah awak lewat hari ini?


Rajesh : Maafkan saya cikgu. Saya terpaksa menghantar adik saya ke
sekolahnya dahulu. ( Dengan suara yang tersekat-sekat)
Cikgu Azlan : Mengapakah awak yang perlu menghantarkan adik awak ke sekolah?
Rajesh : Ayah saya kurang sihat, cikgu. Dia demam.
Cikgu Azlan : Oh, begitu! Cikgu faham masalah awak. (Sambil mengangguk-anggukkan
kepalanya)
Rajesh : Saya cuba datang lebih awal pada hari esok, cikgu.

[6 markah]

PRAKTIS 17

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat dengan lengkap bagi
setiap ayat dalam petikan seperti yang berikut:

Subjek : ___________________________________________
Predikat : ___________________________________________
Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. Kerjaya ini menuntut keberanian
juruterbang memandu pesawat. Kemahiran memandu kapal terbang lebih sukar daripada memandu
kenderaan lain. Cara pengendaliannya amatlah berbeza. Mereka perlu menjalani latihan khas di pusat
latihan penerbangan. Juruterbang yang berkemahiran mampu menerbangkan pesawat tanpa mengira
sama ada perjalanan itu jauh atau dekat.

[6 markah]

PRAKTIS 18

Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah atau karangan biasa tanpa mengubah maksud
asalnya.

79
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

“Maria, tolong ambil bubur kacang di dapur,” pinta mak. “Bubur kacang, siapa buat mak?” tanya Maria.
“Kakak kau masak tengah hari tadi,” balas mak. “Dah ambil, tolong hidang di meja, boleh kita minum
petang bersama ayah,” tambah mak lagi. “Baiklah mak, tentu sedap bubur kakak buat, Maria pun dah
lapar ni,” jawab Maria. “Memang sedap tu, kakak kamu bubuh durian yang ayah beli semalam,” terang
mak. “Ayah, mak, marilah makan, Maria dah hidang di meja ni,” Maria memanggil ayah dan maknya
minum petang.

[6 markah]

PRAKTIS 19

Tukar ayat cakap pindah di bawah kepada ayat cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Tuan pengetua menjelaskan bahawa mana-mana pelajar yang menghisap rokok di kawasan
sekolah akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas kerana perbuatan tersebut merupakan
kesalahan berat dari segi peraturan sekolah.

(ii) Cikgu Ramlah memaklumkan kepada penyelaras Kem Kecemerlangan Matematik bahawa dia tidak
dapat hadir kerana terpaksa mengikuti kursus haji di Masjid Abu Bakar Temerloh.

(iii) Fatimah memuji kecantikan baju batik yang dipakai oleh Kamariah kerana coraknya yang mesra
alam.

[6 markah]

PRAKTIS 20

Nyatakan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan atau ayat
permintaan.

(i) Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada urus setia.

(ii) Jangan tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.

(iii) “Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang tamu,” kata kakak kepada jirannya.

(iv) “Sila penuhkan tempat kosong di hadapan,” kata pengerusi majlis kepada para hadirin.

(v) Pengguna jalan raya diminta tidak melalui kawasan runtuhan itu kerana berbahaya.

(vi) Usah dikenang peristiwa yang sedih itu.

[6 markah]

C. KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 3 (c) – Membetulkan Kesalahan Ejaan dan


Imbuhan

1. Baca arahan soalan dengan teliti.


2. Baca setiap ayat yang diberikan dengan teliti untuk mengenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan
dalam ayat-ayat tersebut.
3. Gariskan kesalahan ejaan dan imbuhan itu.
4. Pastikan anda dapat mengenal pasti tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan.
5. Tulis semula kesalahan itu dan pembetulannya pada kertas jawapan yang disediakan.

80
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PRAKTIS 1

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Perpaduan ialah kunci pemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada
dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup aman dan damai. Perpaduan dapat
melahirkan melalui hubungan baik dengan jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupok
semangat muhibbah, saling dipercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.
[6 markah]

PRAKTIS 2

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Dari jauh, di salah sebuah kafe popular di ibu kota, terlihat sekumpulan remaja begitu rancak
bersembang, sambil menikmati anika makanan yang terhidang di atas meja. Keadaan di kafe "lima
bintang" itu begitu sesak dengan kunjungan yang majoritinya remaja berbangsa Melayu. Persoalannya,
adakah mereka tidak memperdulikan pengumuman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia baru-baru ini
bahawa kafe tersebut tidak disenaraikan dalam premis makanan halal.

[6 markah]

PRAKTIS 3

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Satu pamiran barang-barang antik telah berada di pusat kraf tangan bermula semalam.
(ii) Kita mestilah mempertahan martabat bahasa Melayu sebagai lambang jatidiri bangsa daripada
dicemari oleh bahasa asing.
(iii) Pengarah syarikat itu telah melantik seorang juru ukur untuk menyukat perluasan tanah terbiar.
[6 markah]

PRAKTIS 4

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Selepas bidang teknologi maklumat dan komunikasi, Malaysia kini pemberi fokus pada bio-
teknologi.
(ii) Ketika berada di pusat membeli-belah, ibu bapa hendaklah mengingatkan anak-anak supaya tidak
bermain di kawasan eskalatur.
(iii) Walau pun dunia telah mengalami arus globalisasi, namun ada sesetengah golongan yang
memandang rendah terhadap mementingkan bahasa Inggeris.
[6 markah]

PRAKTIS 5

81
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku oleh polis
trafik.
(ii) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga tidak bimbang
akan keselamatannya.
(iii) Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam setengah.
[6 markah]

PRAKTIS 6

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkat hasil negara dalam bidang
komersial.

(ii) Setiap pelajar mempunyai tahap kecerdekan yang berbeza dan perlukan masa untuk mempelajari
sesuatu perkara yang dipelajari di sekolah.

(iii) Semua pegawai pelajaran yang telah perkhidmatan untuk jangka masa yang tertentu akan
dinaikkan pangkat secara otomatik.
[6 markah]

PRAKTIS 7

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Alangkah terkejutnya apabila mengetahui bahawa suara pontianak menggilai itu bukanlah suara
sebenar tetapi rakaman daripada telefon bimbit milik rakanku.

(ii) Langkah kerajaan menurunkan ta'arif elektrik bagi penggunaan domestik dan komersial akan
mengurangkan kos operasi pelbagai sektor industri bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi
negara.

(iii) Tanah runtoh berlaku akibat pembangunan tanpa mengambil kira atau memahami peranan hutan
dan bukit-bukau sebagai kawasan tadah hujan yang penting.

[6 markah]

PRAKTIS 8

82
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Pada setiap tahun, kerajaan telah memperuntukan jutaan ringgit untuk membiayai pusat-pusat
serenti dan menjalankan kempen anti-dadah.

(ii) Peraduan menulis essei sewajarnya diperbanyak demi meningkat kemahiran menulis bahan ilmiah.

(iii) Rakyat Malaysia turut berbangga dengan penglibatan dan pencapaian atlit kurang upaya dalam
beberapa acara yang bertanding di peringkat antarabangsa.

[6 markah]

PRAKTIS 9

Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat itu semula. Anda tidak boleh mengubah struktur dan
maksud asal ayat tersebut.

(i) Guru-guru hendaklah memperkukuhkan ilmu saikologi bagi menghadapi murid pada zaman
teknologi maklumat.

(ii) Hajjah Rogayah telah menghadiahkan anak tunggalnya sebuah rumah sempena ulang tahun
kelahiran anaknya itu.

(iii) Gejala hedonisme telah mempengaruhi remaja kita dengan pelbagai pembuatan yang bersifat anti-
sosial.
[6 markah]

PRAKTIS 10

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kemajuan industri pelancongan memerlukan tenaga profesional dan buruh yang banyak samada
yang terlibat dengan kerja binaan mahupun pengurusan.

(ii) Kerja-kerja mendalami Sungai Muda telah dijalankan agar dapat membantu mengatasi masaalah
banjir kilat di bandar Seri Setia.

(iii) Kerajaan Malaysia telah menghadkan kemasukan buruh asing demi kesejahteraan rakyat dinegara
ini.
[6 markah]

PRAKTIS 11

83
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Dalam zaman pasca modenisasi negara terpaksa menghadapi dengan penyakit merbahaya yang mampu
meranapkan peradaban bangsa, yakni pembuangan bayi. Perbuatan ini berupa tanda kepincangan
manteliti gulongan muda.
[6 markah]

PRAKTIS 12

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pihak pengurusan pasar raya itu memperkenal tiket pra-bayar untuk kemudahan pengunjung
meletakkan kenderaan di premis tersebut.

(ii) Dia tetap memegang pada adat dan budaya timur walaupun berada di luar negara lebih daripada
dua puluh tahun.

(iii) Hubungan antara bangsa yang dijalin erat membolehkan negara dikenali seantero dunia.

[6 markah]

PRAKTIS 13

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Encik Othman telah membawakan keluarganya untuk menikmati keenakan mi goreng dan
murtabak ayam di kedai itu.

(ii) Yang Dipertuan Agong telah mencemar duli untuk menyempurnakan majlis perletakan batu asas
masjid baharu di kampung itu.

(iii) Perdana Menteri telah menitipkan ucapan balasungkawa kepada keluarga mangsa tanah runtuh
yang hilang ahli keluarga mereka.

[6 markah]

PRAKTIS 14

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Penggunaan e-mail pada hari ini banyak memberi kemudahan untuk berkumunikasi dengan cepat.
Sesuatu mesej dapat disampaikan dalam berapa saat sahaja, walaupun pada peringkat antara bangsa.
Mesej juga dapat dihantar kepada lebih daripada seorang penerima dan diguna secara meluas dewasa
ini.
[6 markah]

PRAKTIS 15

84
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

(i) Kawasan yang disyaki menjadi tempat bersembunyi kuncu-kuncu pemberontak itu sedang diawasi
oleh pihak tentera.

(ii) Ketua Panitia Sejarah telah mengarahkan semua guru mata pelajaran mengemaskini fail
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di bawah seliakan masing-masing.

(iii) Setiap pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecam struktur ayat yang menyalahi hukum
tata bahasa.
[6 markah]

PRAKTIS 16

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu
semula.

(i) Kementerian Pelajaran Malaysia permainkan peranan yang signifiken ke arah memperkasakan
bidang Sains Angkasa agar setanding dengan negara maju.

(ii) Pengerusi mengumunkan bahawa mesyuarat agong akan mengadakan secara dwitahunan mulai
tahun hadapan.

(iii) Kerajaan digalakkan kemasukan pelancung dari luar negara untuk menjanakan ekonomi negara.

[6 markah]

PRAKTIS 17

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana kejadian
penceroboh yang berlaku baru-baru ini.

(ii) Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.

(iii) Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka peranan hulu balang sangat penting untuk
jaminan keamanan negeri.

[6 markah]

PRAKTIS 18

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
85
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(i) Pihak sekolah mengundang ibu bapa untuk datang ke sekolah bagi menandatangankan rekod
kemajuan murid sambil berbincang dengan guru-guru tentang prestasi akademi anak masing-
masing.

(ii) Kerajaan digesa ambil tindakan terhadap laman web lucah yang semakin banyak seperti cendawan
tumboh selepas hujan.

(iii) Kita perlu menggembeleng tenaga untuk memajukan negara dalam semua aspek penghidupan
dengan mengekalkan budaya tempatan yang murni.
[6 markah]

PRAKTIS 19

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Setiap bulan Kasim mengirim ayahnya wang sebagai perbelanjaan. Ayahnya sangat gembira atas
keperihatinan anaknya itu. Pendidikan ayahnya selama ini telah menjadikan Kasim seorang anak yang
mengenang budi. Dia menganggap itu merupakan tanggungjawab seorang anak. Kasim juga sentiasa
menjalinkan silaturrahim dengan saudara maranya walaupun terpisah oleh batasan geografi.
[6 markah]

PRAKTIS 20

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Pesakit leukimia itu memohon simpati daripada masyarakat memberi sumbangan untuk mengubati
penyakitnya.

(ii) Stesen televisyen swasta itu telah menyiarkan filem-filem lagenda Seniman Agung Tan Sri P.
Ramlee untuk mengingati kepergiannya.

(iii) Pemakaian stokin yang berlainan warna telah jadi ikutan muda-mudi pada masa sekarang.
[6 markah]

D. KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 3 (d) – Membetulkan Kesalahan Kata atau Istilah


dan Kesalahan Tatabahasa

1. Baca arahan soalan dengan teliti.


2. Baca setiap ayat yang diberikan dengan teliti untuk mengenal pasti kesalahan kata atau istilah
sama ada dari aspek perbendaharaan kata, golongan kata, pengimbuhan, pemajmukan, dan
penggandaan. Kemudian gariskan kesalahan itu.
3. Selepas itu, kenal pasti pula kesalahan tatabahasa sama ada dari aspek frasa atau struktur ayat
dan gariskan kesalahan itu.
4. Pastikan anda dapat mengenal pasti tiga kesalahan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa.
5. Tulis semula kesalahan itu dan pembetulannya pada kertas jawapan yang disediakan.

86
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PRAKTIS 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan ingatan manis yang sukar
dilupakan olehku.

(ii) Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat prihatin dunia dan menjadi isu antarabangsa di
masa ini.

(iii) Ayah mencantas semak samun di kebunnya pada tiap hujung minggu.
[6 markah]

PRAKTIS 2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) "Masyarakat berfikir" adalah asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju pada
zaman ke-21.

(ii) Minit mesyuarat itu ada dengan pengetua untuk ditatap oleh beliau sebelum dibentangkan dalam
mesyuarat bulanan.

(iii) Ketua kampung akan membincangkan tentang masalah-masalah yang ditempuhi oleh anak
mukimnya pada minggu depan.
[6 markah]

PRAKTIS 3

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Tidak kira sama ada di kota atau desa, semua manusia adalah sama di samping Tuhan.

(ii) Kejayaan pelakon itu yang dimasyhurkan sebagai pelakon wanita terbaik telah disambut gembira
daripada peminatnya.

(iii) Persembahan teater yang mengisahkan tentang kehidupan Tun Dr. Mahathir telah berjaya menarik
penggiat-penggiat teater seluruh Malaysia menontonnya.

[6 markah]

PRAKTIS 4

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

87
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(i) Pelbagai sayur-mayur dijual oleh Pak Habib di pasar tani untuk menambahkan pendapatan bagi
membiayai keluarganya.

(ii) Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak berharga kerana memberikan manfaat yang
banyak kepada berjuta penduduk dunia sejak terciptanya alam ini lagi.

(iii) Tanah lungsur yang berlaku di lereng bukit itu telah meranapkan tiga buah rumah apabila
penghuninya bernasib baik kerana mereka tiada di rumah ketika itu.

[6 markah]

PRAKTIS 5

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.

Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk menyalurkan berbagai maklumat
kepada masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini, media massa telah digunakan secara menyeluruh. Ini
kerana media massa berfungsi sebagai pelebar maklumat kepada masyarakat secara komprehensif.
Selain itu, media massa berperanan mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan
membuka perasaan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam.
[6 markah]

PRAKTIS 6

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Semua pelajar-pelajar digalakkan supaya menonton taman Kementerian Pengajian Tinggi untuk
mendapatkan maklumat kemasukan ke Institusi Pengajian Awam (IPTA).

(ii) Walaupun kita terpaksa bersaing-saing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, persahabatan
perlulah dipulihara.

(iii) Sebagai pelajar, kita mesti tabah merempuh segala cabaran agar supaya kita berjaya dalam
pelajaran.
[6 markah]

PRAKTIS 7

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Setengah orang suka mengambil kesempatan apabila seseorang ditindih kesusahan.

(ii) Pihak kerajaan tempatan diusulkan agar memperbanyak aktiviti yang menguntungkan kepada para
remaja.

(iii) Ayah menasihati agar kami mengikut rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk supaya kami tidak
bersikap bongkak.

[6 markah]

88
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PRAKTIS 8

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Semua murid-murid hendaklah menceburi aktiviti kokurikulum, di samping menumpukan aspek
akademik bagi mencapai kecemerlangan secara holistik.

(ii) Nasi Arab Restoran yang baru dibuka itu mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan
peminat.

(iii) Perabot-perabot yang diimport itu mendapat permintaan yang menggembirakan oleh penduduk di
kawasan kejiranan itu.
[6 markah]

PRAKTIS 9

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat itu semula.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
kesalahan bahasa itu.

(i) Semua rakyat mesti saling bantu-membantu sewaktu menghadapi kemiskinan ekonomi yang tidak
menentu.

(ii) Murid diminta berdiri untuk menyanyikan lagu patriotik bagi penghormatan kepada negara.

(iii) Pengetua Sekolah-Pengetua Sekolah akan diberikan kenaikan darjat sempena sambutan Hari Guru
Malaysia pada tahun ini.

[6 markah]

PRAKTIS 10

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

Sukan merupakan lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan atau kemahiran dalam sesuatu
permainan. Selain itu, sukan tidak sahaja menjadi medan untuk mempamerkan skil permainan atlet dalam
bidang masing-masing, malahan menjadi lapangan yang dapat meningkatkan mutu permainan sesuatu
pasukan. Lazimnya tiap negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran
kejohanan sukan yang bermutu dan bertaraf dunia.

[6 markah]

PRAKTIS 11

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Orang yang mengetahui berbagai bahasa tidak mudah dibuli atau diambil kemudahan oleh orang
lain.

89
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(ii) Kos perbelanjaan untuk membina taman permainan kanak-kanak itu dibayar oleh pihak swasta.

(iii) Program Rakan Muda dilaksanakan mengikut gaya hidup tertentu kerana setengah kementerian
mempunyai kecekapan dalam bidang tersebut untuk membangunkan belia.

[6 markah]

PRAKTIS 12

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Bantuan rakyat 1Malaysia ialah untuk membantu golongan yang berkemampuan rendah.

(ii) Beberapa buah rumah-rumah rosak teruk dan pokok rebah akibat ribut yang melanda kawasan itu.

(iii) Lima hakim telah mengadili Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri.

[6 markah]

PRAKTIS 13

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kempen untuk melayangkan Jalur Gemilang seharusnya dijalankan secara berterusan dan tidak
terhad kepada bulan kemerdekaan sahaja.

(ii) Kereta api Sinaran Pagi dari Johor Bahru telah terbabas dari landasan menyebabkan dua
gerabaknya terbalik.

(iii) Abang belum mengambil keputusan tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau sektor
kerajaan.

[6 markah]

PRAKTIS 14

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Wanita itu amat rindukan anaknya sehingga tanpa segan malu meraung apabila dimaklumkan oleh
polis bahawa anaknya masih belum dijumpai.

(ii) Adalah dimaklumkan bahawa hari esok diumumkan sebagai cuti awam.

(iii) Ibu sedang memotong ikan di dapur, sementara ayah memperbaiki keretanya yang rosak.
[6 markah]

PRAKTIS 15

90
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pengajian yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pertanian telah berjaya mengeluarkan baka pokok
yang bermutu tinggi.

(ii) Untuk memastikan yang produktiviti syarikat mereka bertambah, Encik Hasnan berjanji memberikan
bonus sebagai intensif kepada para pekerjanya.

(iii) Lukisan-lukisan yang bergayut di dinding itu menarik perhatian para pengunjung.

[6 markah]

PRAKTIS 16

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Setiap individu digalakkan membuat perawatan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali
untuk memastikan mereka bebas daripada pelbagai penyakit-penyakit yang berbahaya.

(ii) Para guru sanggup berkorban mengadakan kelas tambahan di masa cuti demi meninggikan
bilangan murid yang lulus dalam peperiksaan nanti.

(iii) Perdana Menteri Malaysia yang satu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj berperanan penting
di dalam sejarah kemerdekaan tanah air tercinta.

[6 markah]

PRAKTIS 17

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip
berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.

(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan
peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.

(iii) "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada
masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.

[6 markah]

PRAKTIS 18

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

91
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(i) Puan Fatimah tercegat apabila dimaklumkan bahawa anak bongsunya meninggal dunia di dalam
kemalangan jalan raya.

(ii) Perjanjian Pelanggan merupakan antara usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan awam.

(iii) Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbagai-bagai mestilah bersatu padu sama
ada pada waktu senang dengan susah.

[6 markah]
PRAKTIS 19

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

Ahmad telah menduduki temu duga untuk jawatan guru sandaran. Antara dokumen-dokumen yang perlu
dibawa ialah sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lain-lain lagi. Dia berasa agak takut bila berhadapan
dengan penemu duga. Melalui sesi soal jawab baharu dia tahu bahawa kelulusan akademik sahaja bukan
menjamin kejayaan dalam kerjaya.

[6 markah]

PRAKTIS 20

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik kerana
mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang mereka.

(ii) Habis pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan oleh kami setahun
yang lalu.

(iii) Ayah memandu melebihi had laju yang ditetapkan lalu merempuh isyarat lampu merah kerana
terlewat menghadiri temu janji.
[6 markah]

E. PERIBAHASA

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 3 (e) - Peribahasa

 Calon perlu menguasai maksud peribahasa. (termasuk simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan,
pepatah, bidalan, perbilangan dan kata hikmat.)

 Pelajar perlu dilatih mengaplikasikan penggunaan peribahasa dalam ayat yang gramatis.
 Pelajar perlu didedahkan peribahasa yang ada dalam buku teks.

 Pelajar perlu mempunyai nota/ latihan/ rujukan yang khusus untuk peribahasa.

 Bentuk soalan yang dikemukakan lazimnya mementingkan penggunaan/aplikasi peribahasa iaitu:

(i) Membina ayat berdasarkan peribahasa

92
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(ii) Menyatakan maksud peribahasa


(iii) Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud
(iv) Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
(v) Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan ( situasi )
(vi) Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan perbualan
(vii) Menyatakan peribahasa yang sama maksud
(viii) Melengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

PRAKTIS 1

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.

(i) Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang.

(ii) Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda tetapi cuba membaikinya hingga benda itu menjadi
rosak.

(iii) Jangan sengaja mencari kesusahan.


[6 markah]

PRAKTIS 2

Nyatakan satu peribahasa yang menepati maksud di bawah.

(i) Melakukan pekerjaan yang sia-sia.

(ii) Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya.

(iii) Keadaan orang yang berilmu tetapi tidak menunjuk-nunjukkan dirinya.

[6 markah]

PRAKTIS 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai berdasarkan
situasi tersebut.

Walaupun Shahida dan Shahira adik-beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat dan
perwatakan yang sangat berbeza. Mereka sentiasa berselisih faham dan sering bertengkar dalam
menegakkan pendirian masing-masing. Ibu mereka selalu memberi nasihat agar mereka bertolak ansur
antara satu sama lain namun tidak dihiraukan. Perselisihan yang berlarutan itu berakhir apabila mereka
mula insaf dan bermaafan-maafan.
[6 markah]

PRAKTIS 4

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu lagi peribahasa yang sama maksudnya
dengan peribahasa dalam ayat tersebut.

(i) Orang yang baik, walau di mana-mana berada akan dimuliakan juga, umpama minyak setitik, di laut
sekalipun timbul juga.

(ii) Dia sepatutnya berfikir semasak-masaknya sebelum meletak jawatan kerana dia belum pasti
mendapat pekerjaan di bandar itu, takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

(iii) Jangan sekali-kali kita berludah ke langit, kerana perbuatan itu umpama mengeji diri sendiri.
[6 markah]

93
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PRAKTIS 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat
dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama. Amalan rasuah dalam
jangka panjang mampu memusnahkan sesebuah negara. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah
selama ini, sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa nanti mereka
pasti akan diketahui oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada ketahui
orang.
[6 markah]

PRAKTIS 6

Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.

(i) indah khabar daripada rupa


(ii) meninggi diri
(iii) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
[6 markah]

PRAKTIS 7

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat
kosong dalam dialog tersebut.

Tuan Haji Ali: Jika tidak ada kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan hala tuju
negara, kita akan dianggap seperti ........ (1) ..........kerana mengikut sahaja kehendak orang lain.

Prof. Hasni: Jadi, anak muda perlulah sedar tanggungjawab mereka mempertahankan negara dan
sanggup berkorban sehingga ke titisan darah terakhir. Peribahasa ......... (2) ......... perlu menjadi
pegangan mereka.

Tuan Haji Ali: Kita mengharapkan generasi muda di negara ini dapat meneruskan legasi negara supaya
setanding dengan negara maju, sesuai dengan peribahasa ......... (3) ............

[6 markah]

PRAKTIS 8

Nyatakan peribahasa lain yang sama maknanya dengan peribahasa yang diberikan di bawah ini.

(i) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

(ii) Alang-alang mandi biar basah

(iii) Mencurah garam ke laut

(6 markah]
PRAKTIS 9

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat
tersebut.

(i) Kedudukan pekerja Syarikat ABC seperti ………………………… kerana kedudukan kewangan
syarikat amat kritikal.
94
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(ii) Semua ahli masyarakat hendaklah bergotong-royong bak kata orang tua-tua
……………………………………………..

(iii) Ibu bapa mesti mendidik anak-anak tentang amalan berbudi bahasa sejak kecil bak kata pepatah
………………………………….
[6 markah]

PRAKTIS 10

Tulis ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) Alang-alang mandi biarlah basah.

(ii) Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.

(iii) Otak cair.


[6 markah]

PRAKTIS 11

Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan
peribahasa tersebut.

(i) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung


(ii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
(iii) Genggam bara api biar sampai jadi arang

[6 markah]

PRAKTIS 12

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa lain yang sama maksudnya
dengan peribahasa yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Segala nasihat yang diberikan seperti hujan jatuh ke pasir kerana tidak sedikit pun berbekas di
hati Junid.

(ii) Apabila hujan berlarutan, keadaan penduduk di kawasan tanah tinggi itu seperti abu di atas
tunggul kerana diancam tanah runtuh.

(iii) Kemenangan pasukan Rumah Merah itu umpama orang mengantuk disorongkan bantal kerana
mereka memang mengharapkannya sejak awal pertandingan lagi.
[6 markah]

PRAKTIS 13

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat
tersebut.

(i) Remaja kini gemar mengunjungi kafe siber yang semakin banyak beroperasi di negara ini.

(ii) Walaupun kita semakin maju, namun budaya nenek moyang perlu kita amalkan agar berkekalan.

(iii) Ketika kita sedang berbual-bual atau bergurau senda, kita perlulah berhati-hati mengeluarkan tutur
kata kerana tersilap kata akan mengeruhkan keadaan.

[6 markah]
95
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PRAKTIS 14

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Abangnya menegur sikap adiknya yang suka menangguhkan kerja sedangkan abangnya juga
sering berbuat demikian, sikap abangnya......................................
(ii) Kita tidak boleh bersikap .............................. kerana tamak, akhirnya diri sendiri yang rugi.

(iii) Pasangan pengantin itu sama cantik, sama padan ...............................................

[6 markah]

PRAKTIS 15

Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa berikut. Ayat anda hendaklah dapat memberikan maksud
peribahasa tersebut.

(i) pelanduk dua serupa

(ii) bulat kata

(iii) retak menanti belah

[6 markah]

PRAKTIS 16

Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud peribahasa tersebut.

(i) Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu yang betul sedangkan dia sendiri berbuat salah.

(ii) Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

(iii) Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

[6 markah]

PRAKTIS 17

Baca peribahasa di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sama maksud dengan
peribahasa tersebut.

(i) Gagak pulang ke benua.


(ii) Alang-alang berdakwat biar hitam.
(iii) Musuh dalam selimut.

[6 markah]

PRAKTIS 18

96
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa lain yang mempunyai maksud
yang sama atau hampir sama dengan peribahasa tersebut.

(i) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga


(ii) Api dalam sekam
(iii) Membuka pekung di dada

[6 markah]

PRAKTIS 19

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat
tersebut.

(i) Sebaik-baik sahaja mendapat surat panggilan temu duga sebagai pegawai bank di Kuala Lumpur,
Zuraidah telah menyuruh abangnya mencarikannya rumah sewa dan meletakkan jawatannya
sebagai kerani di Ipoh, Perak.

(ii) Jamil menganggap bahawa Abdul merupakan rakan yang boleh dipercayainya. Namun, rupa-
rupanya di belakang Jamil, Abdul telah memburuk-burukkan Jamil kepada rakan-rakannya yang
lain.

(iii) Projek penternakan ikan air tawar yang diusahakan Johan begitu mencabar kesabarannya. Namun,
berkat kecekalan dan keazamannya akhirnya dia berjaya menempa kejayaan sebagai pengusaha
ikan air tawar yang paling terkenal di daerah itu.
[6 markah]

PRAKTIS 20

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat
tersebut.

(i) Harapan Pak Abu untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran hancur berkecai apabila
anaknya itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap oleh polis.

(ii) Doktor pakar sakit jiwa dari hospital terkenal itu berjaya mengesan punca-punca kemurungan
dengan hanya memperhatikan tingkah laku kanak-kanak yang dirawatnya.

(iii) Ramli telah membelanjakan kesemua wang simpanannya apabila dikhabarkan syarikatnya akan
memberikan bonus sebanyak lima bulan gaji tanpa mengetahui bahawa perkhabaran tersebut
merupakan khabar angin sahaja.

[6 markah]

97
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Novel

MODUL 6 : NOVEL

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 4 – NOVEL


1. Pelajar mesti jelas tentang maksud soalan pemahaman Komponen Sastera (Komsas).
2. Novel-novel Tingkatan Empat dan Novel Tingkatan Lima perlu dibaca dan diulang kaji.
3. Pastikan pelajar menulis jawapan berpandukan jumlah markah bagi setiap soalan.
4. Jawapan bagi soalan Komsas:
 tema - perlu ada huraian/ contoh
 persoalan - perlu ada huraian/ contoh
 perwatakan - perlu ada contoh
 latar - perlu ada contoh
 nilai - perlu ada contoh
 pengajaran - perlu ada huraian/ contoh

5. Pastikan satu isi ditulis dalam satu ayat. Pastikan satu contoh ditulis dalam satu ayat sahaja.
6. Pelajar mesti memberi jawapan secara perbandingan dalam soalan perbandingan antara novel.
(menggunakan perkataan/ rangkai kata yang menunjukkan perbandingan - Contoh : tetapi, juga,
walau bagaimanapun, manakala, sebaliknya)
7. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
8. Soalan 4 (a) memperuntukkan 7 markah. Markah isi maksimum 4 markah dan markah bahasa
maksimum 3 markah. Markah bahasa diberi secara impression.
9. Soalan 4 (b) memperuntukkan 8 markah. Markah isi maksimum 6 markah dan markah bahasa
maksimum ialah 2 markah.
10. Jika calon menjawab dan tiada isi, calon hanya akan mendapat 1 markah untuk bahasa.

98
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PRAKTIS 1

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tema novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat dalam setiap
novel.
[8 markah]

PRAKTIS 2

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang mempunyai
nilai murni.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar masa dalam setiap
novel.
[8 markah]

PRAKTIS 3

(a) Huraikan dua persoalan berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
[7 markah]

(b) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan
nilai bertanggungjawab.
[8 markah]

PRAKTIS 4

(a) Jelaskan peleraian cerita daripada sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]

(b) Huraikan satu pengajaran bagi kedua-dua buah novel yang anda pelajari.
[8 markah]

PRAKTIS 5

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terdapat persoalan ketabahan watak utama
menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan tersebut.
[7 markah]

(b) Jelaskan satu nilai ketabahan yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
[8 markah]

PRAKTIS 6

(a) Kesesuaian pemilihan judul sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut.
Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat daripada setiap novel
tersebut.
[8 markah]

99
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

PRAKTIS 7

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai keberanian yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu persamaan teknik plot yang
terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
[8 markah]

PRAKTIS 8

(a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua situasi yang menunjukkan hubungan
kekeluargaan yang erat.
[7 markah]

(b) Setiap novel mengandungi pelbagai nilai murni yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan nilai
kerjasama daripada setiap novel tersebut.
[8 markah]

PRAKTIS 9

(a) Terdapat pelbagai latar tempat yang dipaparkan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat serta peristiwa yang
dikaitkan dengan latar tempat tersebut.
[7 markah]

(b) Jelaskan dua teknik plot yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[8 markah]

PRAKTIS 10

(a) Huraikan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan
teknik imbas kembali yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]

PRAKTIS 11

(a) Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel.
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua cara watak sampingan membantu watak
utama menyelesaikan masalah dalam novel tersebut.
100
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat bagi setiap novel itu.
[8 markah]

PRAKTIS 12

(a) Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan oleh pengarang untuk menimbulkan minat
dalam diri pembaca agar menyudahkan pembacaan mereka.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan unsur
saspens dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu perwatakan watak sampingan yang
dipaparkan dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

101
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Praktis soalan
PEPERIKSAAN
spm

MODUL 7 : PRAKTIS SOALAN SPM

PRAKTIS SOALAN PEPERIKSAAN

SPM 2011

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

102
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

1103/2

BAHASA MELAYU
Kertas 2
2 ½ jam

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4
berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan
5.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa
kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasa bahasa kebangsaan.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada kelazimannya, istilah bahasa kebangsaan merujuk kepada satu bahasa yang dikaitkan
dengan sesebuah negara. Bahasa yang dipilih untuk menjadi bahasa kebangsaan biasanya ialah bahasa
setempat atau bahasa peribumi. Bahasa kebangsaan sering dijadikan simbol jati diri nasional yang sama
untuk seluruh rakyat sesebuah negara.
Dalam hal ini, seperti kebanyakan negara, Malaysia memiliki hanya satu bahasa kebangsaan,
iaitu bahasa Melayu. Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja, negara kita telah berjaya
membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai
bahasa kebangsaan negara kita kerana bahasa Melayu ialah bahasa kumpulan etnik yang paling besar
dan atas kemampuannya sebagai lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara masyarakat selama
beberapa abad di rantau ini. Di samping itu, bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu
sebelum negara ini dijajah oleh kuasa Barat. Walau bagaimanapun, akibat penjajahan Barat, perpaduan

103
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

rakyat di negara kita mulai tergugat. Tindakan onar penjajah itu meninggalkan kesan yang mendalam
sehingga menyulitkan kita untuk menyuburkan jati diri serta citra bangsa yang utuh sifatnya.
Setelah mencapai kemerdekaan, para pemimpin kita telah mengambil langkah segera untuk
mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan negara. Atas kesedaran itulah,
bahasa Melayu dikembalikan peranannya sebagai alat perpaduan dan seterusnya membangkitkan
semangat kebangsaan rakyat negara ini. Di samping itu, bahasa kebangsaan juga dapat memupuk
semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia, yang bersifat padu dan abadi. Hal tersebut hanya dapat
dilakukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan, yang antaranya digunakan sebagai bahasa
pengantar tunggal dalam sistem pendidikan nasional. Melalui sistem pendidikan tersebut bahasa
kebangsaan juga berperanan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalam negara kita. Sehubungan
dengan itu, banyak negara yang memanfaatkan fungsi bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan
rakyat.
Melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan sesama rakyat, komunikasi yang berkesan dapat
dizahirkan. Hal ini demikian kerana melalui pertuturan satu bahasa yang sama rakyat mudah memahami
antara satu sama lain dan rasa saling menghormati akan dapat diwujudkan. Sesungguhnya bahasa
kebangsaan bukan sahaja merupakan jiwa rakyat, tetapi sebenarnya ialah maruah negara dan maruah
rakyat negara kita. Dalam konteks ini martabat dan nama baik bahasa Melayu perlu dijaga. Bahasa
Melayu wajar diletakkan pada kedudukan teratas, yakni di atas mana-mana bahasa lain di negara kita
selaras dengan cogan kata bahasa jiwa bangsa.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Kepentingan Satu


Bahasa Kebangsaan' oleh Teo Kok Seong, Pelita
Bahasa, Oktober 2009)

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a)- Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata padu dan abadi.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa faktor pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Nyatakan faktor-faktor tersebut.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak media dapat menggalakkan rakyat menggunakan
bahasa kebangsaan?
Jelaskan dua cara.

104
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

[4 markah]

Soalan 2(b) - Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PROF. PETER : Zaman, kamu sudah melampau. Kalau kamu tidak menghormati aku,
tidak apa. Tetapi kalau hak aku kamu rampas aku akan bertindak!

ZAMAN : Aku menghormatimu sebagai pensyarah dan profesor. Tapi kalau hak
kami kamu hendak rampas dan cabuli, aku tidak akan berfikir dua kali,
Profesor. Dan engkau tidak ada hak di sini!

PROF. PETER : Aku rakyat di sini. Aku juga ada hak di sini!

ZAMAN : Rakyat negeri ini? Kerakyatan yang kamu dapat dengan tipu helah?
Kaudatang untuk memecahbelahkan kami, bukan untuk menguatkan
perpaduan kami. Engkaulah Profesor yang berbulu ayam. Apakah ini
intelektual yang patut mengajar kami?

MAKJAH : Sudahlah, nak. Sekarang apa yang tuan mahu?

PROF. PETER : Mak Jah, aku sudah katakan tadi, aku mahu mengambil adikku. Aku mahu dia
hidup dalam keluargaku ... (menerkam ke arah CEMPAKA, tetapi CEMPAKA lari
ke arah ZAMAN).

CEMPAKA : Jangan, aku bukan adik kau. Engkau orang putih gila.

ZAMAN : Engkau jangan sentuh dia, Peter!

(Dipetik daripada drama 'Cempaka Berdarah' oleh A.


Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja Dewan
Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah tujuan Profesor Peter datang berjumpa dengan Mak Jah?
[2 markah]

(ii) Andaikan anda Zaman, apakah tindakan-tindakan yang wajar anda ambil untuk menyelamatkan
Cempaka?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni yang lain
daripada keseluruhan drama.
[4 markah]

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

105
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Setelah sudah santap maka Inderaputera pun makan sirih dan berkatalah lnderaputera, "Hai
saudaraku, manakah gemala hikmat itu?"
Maka sahut tuan puteri, "Hai kakanda, ambillah gemala itu oleh kakanda! Adapun pergunanya
hikmat itu terlalu banyak. Adapun jikalau saudaraku hendak buat negeri, maka citalah nenek hamba Dewa
Langkurba yang di dalam laut supaya jadi suatu negeri dengan alatnya takhta kerajaannya dan segala
hulubalangnya dan rakyatnya sekalian itu dan biti-biti perwara dan serta jin, peri, dewa, dan mambang
lengkaplah dengan senjatanya. Adapun hulubalangnya ada dua orang, seorang bernama Dikar Kilat dan
seorang Dikar Agus dan Dikar Kilat jikalau saudaraku hendak menyuruhkan kepada suatu negeri atau ke
dalam laut, maka dengan seketika itu juga ia pergi datang. Adapun Dikar Agus itu jikalau saudaraku
hendak menyuruhnya menurunkan hujan atau angin atau api nescaya dapat olehnya. Demikianlah
gunanya gemala hikmat itu. Adapun jikalau lain daripada saudaraku nescaya tidaklah hamba berikan."
Maka kata Inderaputera, "Wahai adinda, sungguhlah tuan kasih kepada kakanda dan apalah
kakanda hendak balaskan kasih adinda itu kandalah yang menanggung kasih adinda!"

(Dipetik daripada 'Hikayat Dua Geliga Hikmat' dalam


antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan
Pustaka)

(i) Berikan maksud setelah sudah santap.


[2 markah]

(ii) Apakah keistimewaan-keistimewaan gemala hikmat yang menyebabkan lnderaputera ingin


memilikinya?
[3 markah]

(iii) Sekiranya anda Inderaputera, apakah yang akan anda lakukan untuk membalas jasa tuan puteri
yang telah memberikan gemala hikmat itu?
Berikan dua cadangan.
[3 markah]

Soalan 2(d) - Pantun

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN ENAM KERAT


Md. Ali Bachik (ILADAM) - Penyelenggara

Rangkap 1 Putik kelapa menjadi muda,


Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.

106
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Rangkap 2 Ambil galah jolok kedondong,


Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.
Rangkap 3 Sarat bermuat ikan cencaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kail tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
lbarat melukut di tepi gantang.

Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003


Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud rangkap kedua pantun tersebut.


[2 markah]

(ii) Rangkap pertama pantun menggambarkan perasaan kecewa yang cuba disembunyikan oleh
seseorang.
Pada pendapat anda, wajarkah kita bersikap demikian?
Jelaskan dua alasan anda.
[4 markah]

(iii) Huraikan pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut.
[3 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) cepumas
(ii) halaju
(iii) jejantas
(i) jenama
(ii) pawagam
107
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(iii) purata
[6 markah]

(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata
hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Kemarau ialah bencana alam. Kemarau berpunca daripada cuaca panas. Kemarau berpunca
daripada kurangnya hujan. Kemarau menyebabkan tanah kering-kontang. Tumbuh-tumbuhan
banyak yang mati. Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air. Kemarau menyebabkan
air terpaksa dicatu. Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan.
Hal ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.
[6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.

Industri perfileman yang semakin pesat dan canggih telah mempengaruhi perkembangan sahsiah
anak-anak. Keprihatinan ibubapa amat diperlukan untuk mengawal anak-anak agar tidak
mempengaruhi watak wira dan wira wati dalam filem. Dalam hal ini, mereka perlu memastikan
anak-anak tidak terbawa-bawa dengan watak tersebut dalam kehidupan sehingga menjejaskan
prestasi akedemik.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Album yang baru diterbitkan itu mengandungi koleksi lagu-lagu lama yang berkuantiti dan
diminati oleh orang ramai.

(ii) Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Sejarah dalam tempoh yang telah guru mereka
tetapkan.

(iii) Istana yang terpaling indah itu ialah tempat sultan tinggal.
[6 markah]

(e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Pasangan yang sepadan.

(ii) Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.

(iii) Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

[6 markah]

Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

108
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(i) Papa ... (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Interlok karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama dalam
novel tersebut.
[7 markah]

(b) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

PRAKTIS SOALAN PEPERIKSAAN

SPM 2012

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


109
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

1103/2

BAHASA MELAYU
Kertas 2
2 ½ jam

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4
berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan
Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan
kesihatan kepada negara kita. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang memerlukan pendekatan dan
strategi menyeluruh, kerajaan melaksanakan usaha sama dalam pelbagai bidang yang menjadi teras
ekonomi negara. Kerjasama yang terjalin antara sektor kesihatan dengan sektor pelancongan telah
merancakkan industri pelancongan kesihatan, iaitu lebih banyak pelancong dari serata dunia berkunjung
ke Malaysia bagi mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan selain memenuhi agenda
pelancongan mereka. Hal ini dipengaruhi oleh faktor kebanyakan hospital di negara ini mendapat
pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

110
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi, Malaysia
mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong kesihatan. Hal ini demikian
kerana negara kita sememangnya mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan kesihatan yang
terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di rantau Asia Tenggara. Kemajuan dalam
perkhidmatan perubatan swasta merupakan elemen bernilai tambah yang mempunyai potensi untuk
menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut. Selain itu, negara kita mempunyai pakar perubatan
antara yang terbaik di dunia. Tambahan pula, caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara
maju.

Keyakinan pelancong kesihatan terhadap mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan
Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS IS09002. Pengiktirafan
tersebut dimiliki oleh pengamal perubatan tempatan yang memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM). Sehubungan dengan itu, Malaysia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan
kerana terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan doktor
pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Lebih istimewa, pusat perubatan swasta di
Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan kerana kos penginapan hospital bergantung pada
pilihan pesakit sama ada mahu memilih penginapan yang mewah atau penginapan yang selesa dengan
bayaran yang berpatutan. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia daripada
pusat perubatan swasta tempatan.

Bagi memperkasa industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan perkhidmatan yang
relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir
penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian
kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Bagi
memastikan jumlah pelancong kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi dari tahun ke tahun,
kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat membantu pengamal
perubatan mempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Sinergi Sektor


Kesihatan dengan Pelancongan' oleh Hanafi Timan,
Dewan Ekonomi, Oktober 2010)

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a)- Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata strategi menyeluruh?


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan
kesihatan.
Nyatakan usaha-usaha tersebut. [3 markah]

111
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(iii) Jelaskan pendapat anda tentang dua peranan pihak media untuk memajukan industri pelancongan
kesihatan di negara ini.
[4 markah]

Soalan 2(b)- Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

"Ajam, Bakar, Melati, Budi!" Mak Tua yang sedari tadi sibuk melayan kerenah cucu-cucunya ikut
bercakap. "Kamu dah cari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan ini? Sekarang ni pencuri kayu balak
makin menjadi-jadi. Kalau tak dijaga, nanti habis pula kayu balak dalam hutan ini dicuri oleh mereka."
"Dah, mak. Kami dah cari. Awal bulan depan mulalah mereka bekerja," sahut Bakar.
"Kami rancang nak buka bidang kerja barulah, pak, mak," ujar Melati. "Kami nak ceburi bidang
pelancongan. Kalau tengok keadaannya, hutan simpan bapa ini ada potensi untuk dijadikan kawasan
pelancongan."
"Betul," Budi menyokong. "Aliran sungai kecil di tengah hutan itu bolehlah kita perbesar untuk
dijadikan kolam memancing ikan." ·
"Saya fikir pun begitu. Banyak kerja yang perlu kita buat. Saya rasa ... " Melati berfikir-fikir.
"Bolehlah kita tiru kawasan pelancongan seperti Lembah Danum di Lahad Datu, Sulaman Resort di
Tuaran, atau kita tiru seperti Sukau," Melati menambah dengan bersemangat.
"Usaha seperti itu perlukan modal besar," pintas Bakar.
"Kita boleh keluarkan modal bersama-sama. Kita jadikan usaha ini satu perniagaan keluarga,"
Budi memberi saranan.

(Dipetik daripada cerpen 'Hutan Rimba' oleh Sasjira


dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan
Pustaka)

(i) Nyatakan ciri yang menyebabkan hutan simpan milik bapa berpotensi untuk dijadikan kawasan
pelancongan.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh keluarga Melati untuk membuka
pusat pelancongan?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai kemanusiaan lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba
sahaya itu, "Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunnya
oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepalanya!"
Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda merasa amat marah. Baginda
menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya. Setelah Merah Gajah
mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka, "Wah tuanku
paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut
sehelai yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya
itu tiada akan mati Puteri Betong kerana mencabut rambut yang berwarna keemasan itu."

112
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju
serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda
menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.
Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan
askar kedua-dua itu, mereka pun berperang.

(Dipetik daripada 'Merah Silu' dalam antologi Harga


Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Raja Muhammad membunuh Merah Gajah?


[2 markah]

(ii) Apakah reaksi Raja Ahmad setelah mendengar berita kematian Merah Gajah?
[3 markah]

(iii) Sekiranya anda Raja Muhammad, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk
mengelakkan peperangan dengan Raja Ahmad?
[3 markah]

Soalan 2(d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Bangkitlah
Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi ini


113
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

burung-burung berterbangan di udara


dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.

Anak -anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau mahu terus nangis
tanpa air mata?

Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

(1969)

Rejab F.I
Langit di Tangan, 1995
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud perut belantara menjadi ladang.


[2 markah]

(ii) Dalam sajak tersebut, penyajak ada menyentuh persoalan kelekaan generasi muda pada masa ini.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya kepada negara kita jika generasi muda terus leka?
[3 markah]

(iii) Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata ganda di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda boleh menambahkan imbuhan tetapi tidak boleh
menggunakan perkataan itu sebagai nama khas.

(i) kumat-kamit
(ii) remuk-redam
(iii) selang-seli
(iv) serba-serbi

114
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(v) simpang-siur
(vi) tungkus-lumus
[6 markah]

(b) Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud
asalnya.

(i) Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.


(ii) Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu.
(iii) Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan
ulang tahun hari kemerdekaan negara.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sejarah sesebuah negara hendaklah ditulis dengan berdasarkan fakta dan intrepretasi
yang tepat selain diambil kira konteks tempatan.

(ii) Pada masa ini harga seunit rumah dibandar-bandar besar terlalu mahal hingga
menyukarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliknya.

(iii) Sebagai sebuah negara multi etnik, Malaysia memerlukan amalan pengongsian budaya
dalam kalangan rakyat.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Suasana pembelajaran yang konklusif merupakan faktor yang menentukan sama ada
murid-murid berasa seronok ketika belajar dan sebaliknya.

(ii) Kelas Pendidikan Khas memerlukan jasa pembantu murid kerana kebanyakan murid-murid
istimewa ini perlu diberikan perhatian yang khusus.

(iii) Guru berperanan untuk membentuk generasi yang memahami inspirasi negara dan
seterusnya membawa Malaysia ke mercu kegemilangan di masa depan.
[6 markah]

(e) Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Membaca jambatan ilmu.

(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

[6 markah]

Soalan 4: Novel
115
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Papa ... (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Jelaskan dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]

(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam novel tersebut.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

PRAKTIS SOALAN PEPERIKSAAN


SPM 2013

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


1103/2

116
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

BAHASA MELAYU
Kertas 2
2 ½ jam

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4
berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan
5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan hutan bandar
dan cara-cara mengekalkan hutan bandar. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Kawasan bandar merupakan penyumbang utama pembebasan gas karbon dioksida yang menjadi
punca utama pencemaran udara. Oleh itu, kewujudan hutan bandar penting bagi mengurangkan masalah
ini. Hutan bandar merupakan tumbuh-tumbuhan yang sedia ada dan juga pokok-pokok yang ditanam
secara sistematik di persekitaran bandar. Hutan bandar berperanan untuk menyediakan kawasan hijau
yang berkualiti bagi mengimbangi binaan batu dan struktur lain yang mendominasi landskap bandar.

117
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Hutan bandar berfungsi untuk mengurangkan kesan negatif akibat kemerosotan kualiti alam
sekitar di kawasan bandar. Ketika ini, hutan bandar menjadi semakin relevan dan sangat berpotensi untuk
mengurangkan masalah pencemaran udara. Di samping itu, masalah pemanasan global juga dapat
dikurangkan melalui penghutanan bandar. Pokok pinggiran jalan yang ditanam pula dapat dijadikan
peneduh daripada panas matahari. Namun demikian, pemilihan pokok yang sesuai perlu diambil kira oleh
pihak berkuasa tempatan. Umpamanya, penanaman pokok palma, walaupun cantik, tidak membawa
banyak faedah sebagai peneduh kerana saiz kanopinya yang kecil berbanding dengan pokok-pokok
besar yang lain. Begitu juga pokok angsana, walaupun rendang tetapi dahannya mudah patah dan
membahayakan orang ramai.
Pada masa yang sama, pokok besar yang ditanam di sekitar bandar seperti Khaya senegalensis
dan Samanea saman berfungsi untuk menyerap gas karbon dioksida di atmosfera. Karbon dioksida yang
diserap berubah ke bentuk biojisim yang disimpan sebagai karbon sama ada di bahagian akar atau di
bahagian batang, daun dan dahan. Peranan utama pokok yang menjadi penyumbang kepada perhutanan
bandar adalah untuk mengurangkan masalah perubahan iklim. Hal ini demikian kerana pokok yang ada di
sesuatu kawasan bandar dipercayai dapat memberikan sumbangan bukan sahaja di kawasan bandar
tersebut bahkan di peringkat global. Oleh itu, hutan bandar sememangnya penting dalam melengkapkan
ekosistem bandar.
Berbeza dengan hutan hujan tropika yang berfungsi untuk mengurangkan kerosakan tanah,
menyediakan sumber makanan dan perlindungan kepada pelbagai jenis haiwan, hutan bandar pula dapat
meminimumkan kerosakan akibat hakisan tanah. Hal ini disebabkan kewujudan hutan bandar sedikit
sebanyak telah dapat menangani masalah kejadian tanah runtuh di kawasan bandar. Oleh itu, pelbagai
usaha perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan pokok besar yang sedia ada di kawasan bandar. Usaha
ini penting demi meningkatkan kualiti udara di bandar di samping manfaatnya terhadap alam sekitar
secara keseluruhan.

(Dipetik dan diubah suai daripada, 'Hutan Bandar' oleh Ahmad


Azaruddin Mohd Noor dan Adnan Mohammad, Dewan Kosmik,
Jun 2011)

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud secara sistematik.


[2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa fungsi hutan hujan tropika.


Nyatakan fungsi tersebut.
[3 markah]

118
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(iii) Usaha-usaha memupuk semangat cinta akan hutan perlu bermula pada peringkat sekolah.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat
tersebut?
[4 markah]

Soalan 2( b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

"Lebih baik daripada kau yang liar tu," sambung Israk membela diri sekali gus menggelapkan lagi
wama merah di jiwa Mikraj.
"Kalau abang kata saya liar, abang tu lagi liar. Akar hati abang ke sana ke mari mencari
kesalahan orang. Pucuk hati abang pula menari tanda riak, ujub, sombong, berlagak!" Bom radang Ghaza
dilepaskannya.
"Hii, mengapa gaduh-gaduh ni! Adik-beradik tidak manis bertikam lidah. Kata orang tua-tua carik-
carik bulu ayam bercantum jua akhirnya. Tapi, kamu berdua ni bila nak bercantum?" Wah mula masuk
campur.
Israk dan Mikraj terpempan.
"Wah tahu, kamu berdua bertekak fasal Wah, bukan? Wah sedar siapa diri Wah. Wah tinggal di
kampung, rumah buruk, tapi kamu tinggal di kediaman mewah. Setiap hari kamu lihat pencakar langit, tapi
di sini cuma ada pokok yang mencakar langit. Kamu makan yang enak-enak, tapi di sini Wah hanya
makan makanan tradisional, tak sedap pada kamu. Wah sedar Israk selesa dengan keadaan seperti itu.
Wah tahu .... "
Wah memandang cucu-cucunya. Kuyu mata Wah, tetapi tentu kuyu lagi jiwa dan raganya.

(Dipetik daripada cerpen 'Israk' oleh Erda Roslan Khairi


dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan perbezaan-perbezaan kehidupan antara Wah di kampung dengan cucu-cucunya di


bandar.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh Israk dan Mikraj untuk
meredakan perselisihan faham antara mereka?
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan Wah yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
perwatakannya yang lain daripada keseluruhan cerpen itu.
[4 markah]

Soalan 2( c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan maka baginda pun bertanya, "Hai Indera Jenaka, manatah Si Piatu itu sekarang ini?"
Maka sembah Indera Jenaka Itu, "Ya tuanku, adapun Si Piatu itu bukankah akan namanya benar
dan namanya yang benar Indera Nata kerana sekalian mergastua yang di dalam hutan menyebut
namanya Indera Nata. Arakian maka adalah Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan dibawa oleh
lembur kehendaknya ke negeri Pattani, ya Tuanku Syah Alam. Adapun Indera Nata itu terlalu sekali
beraninya dan beberapa ia bertemu dengan mergastua yang buas-buas itu pun tiada memberi bahaya
akan dia dan jika tiada dengan Indera Nata itu nescaya matilah hamba dimakan oleh segala binatang.
119
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Maka hamba pun terlalu sekali hairan melihat kelakuannya itu kerana sangat berani dengan segala
binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Maka hamba pun terlalu takut
melihat kelakuannya itu."

Hatta maka raja pun hairan mendengar ceteranya Indera Nata itu, "Wah, anak siapakah gerangan
itu maka terlalu ia sangat beraninya dan bijaksana itu!"

(Dipetik daripada 'Hikayat Indera Nata' dalam antologi


Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud mergastua yang buas-buas.


[2 markah]

(ii) Apakah keistimewaan-keistimewaan Indera Nata?


[3 markah]

(iii) Sekiranya anda raja, apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan Indera Nata berkhidmat
dengan kerajaan anda?
[3 markah]

Soalan 2(d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Dirgahayu Bahasaku

Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
120
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa


yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku


hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan


ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000)

Ahmad Sarju
Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(iv) Nyatakan dua kepentingan bahasa Melayu seperti yang digambarkan dalam sajak tersebut.
[2 markah]

(v) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan bahasa Melayu
dikenali pada peringkat antarabangsa?
[3 markah]

(vi) Selain persoalan kepentingan bahasa Melayu, jelaskan dua persoalan lagi yang terdapat dalam
puisi tersebut.
[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tuliskan satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bilah
(ii) jambak

121
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(iii) keping
(iv) pucuk
(v) rawan
(vi) utas
[6 markah]

(b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa
Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa
Sendi Nama (FN+FS).

(i) Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru.
(ii) Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu.
(iii) Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat.
(iv) Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan.
(v) Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan.
(vi) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti
sempena Bulan Bahasa.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pelaksanaan projek memperlebarkan jalan raya merupakan usaha pihak kerajaan untuk
menaik taraf infrastruktur di kawasan luar bandar.

(ii) Mesyuarat ahli jawatan kuasa sambutan Hari Koperasi Sekolah sedang berbincang
aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.

(iii) Pihak swasta turut bertanggungjawab untuk melaksanakan projek membangunkan di


tempat-tempat rekriasi yang terdapat di negara kita.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kerjasama di antara negara rantau ASEAN dalam bidang ekonomi haruslah diketatkan
lagi.

(ii) Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka
pada guru semata-mata

122
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(iii) Penceramah terkenal yang dijemput khas itu telah membacakan ceramahnya dengan
begitu berkesan sekali hingga ramai murid-murid menitiskan air mata.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut.

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.

(ii) Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.

(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai
juga.
[6 markah]

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Papa ... (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari.


[7 markah]

(b) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang dapat dijadikan
teladan.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

PRAKTIS SOALAN PEPERIKSAAN


SPM 2014

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

123
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

1103/2

BAHASA MELAYU
Kertas 2
2 ½ jam

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4
berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan
5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan kaunselor dan
langkah-langkah untuk menggalakkan murid mendapatkan khidmat kaunselor. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Murid-murid pasti sudah biasa mendengar perkataan kaunselor, tetapi sejauh manakah
pengetahuan mereka tentang fungsi kaunselor? Ramai murid yang masih kabur tentang fungsi sebenar
kaunselor dan kriteria individu yang memerlukan khidmatnya. Sebagai orang yang terlatih, kaunselor
melaksanakan tugas berlandaskan pengetahuannya dalam bimbingan dan kaunseling yang mampu
124
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

menangani sebahagian masalah di sekolah. Antara masalah yang dialami oleh murid ialah tekanan
emosi. Dalam hal ini, fungsi kaunselor adalah untuk menolong murid mengenal pasti punca tekanan
emosi tersebut, di samping memberikan bimbingan tentang cara menangani masalah yang dihadapi.

Walau bagaimanapun, kaunselor bukanlah berperanan untuk menyelesaikan masalah seperti


tanggapan sesetengah pihak. Perkara ini perlu difahami oleh setiap murid yang mahu mendapatkan
bantuan atau khidmat daripada kaunselor. Kaunselor sebenarnya berperanan untuk memandu murid
memahami serta menerima keadaan diri sendiri supaya mereka dapat meningkatkan perlakuan yang baik
dan mengurangkan perlakuan yang sebaliknya. Sehubungan dengan itu, murid tidak seharusnya
menganggap bahawa mereka yang berjumpa dengan kaunselor merupakan individu yang bermasalah
semata-mata. Tanggapan ini tidak benar sama sekali. Hakikatnya, apabila bertemu dengan kaunselor,
murid akan dibantu untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupannya seperti
panduan memilih jurusan atau kerjaya yang sesuai dan bukan memberikan tumpuan terhadap masalah
tertentu sahaja.

Kaunselor juga dapat membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan minatnya. Hal
ini penting supaya segala tindakan yang bakal dilakukan oleh murid selaras dengan apa-apa yang diingini
agar mereka berpeluang membuat perancangan masa depan untuk mencapai matlamat hidup. Pada
masa yang sama, kaunselor bertanggungjawab untuk membimbing murid memanfaatkan peluang bagi
penyempurnaan kendiri. Pelaksanaan pelbagai program bimbingan dan kaunseling seperti ceramah,
kursus dan kem motivasi akan membolehkan kaunselor memahamkan murid tentang hubungan mereka
dengan masyarakat sekitar. Dalam hal ini, mereka akan dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi secara
positif dengan rakan sebaya dan jiran-jiran. Selain itu, kaunselor juga dapat memupuk nilai-nilai murni
dalam diri murid melalui sesi kaunseling yang dijalankan. Penyemaian nilai-nilai murni ini akan
meningkatkan mutu disiplin murid-murid di sekolah.

Sesungguhnya, usaha-usaha penambahbaikan perkhidmatan kaunseling wajar dilaksanakan agar


khidmat yang diberikan oleh kaunselor mendapat kepercayaan murid. Sikap profesional kaunselor dalam
melaksanakan tugas hendaklah menjadi keutamaan demi menaikkan imej perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah.

Dipetik dan diubah suai daripada


'Memanfaatkan Khidmat Kaunselor'
oleh Nadiah Naufal,
Dewan Siswa, April 2012

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mendapat kepercayaan.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa tanggapan yang salah tentang khidmat kaunselor di
sekolah.

125
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

Nyatakan tanggapan-tanggapan yang salah tersebut.


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, selain mendapatkan khidmat kaunselor, apakah tindakan-tindakan yang
wajar dilakukan oleh murid untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mereka?
[4 markah]

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

CHONG : Kami rasa, kami sudah mempunyai kualiti-kualiti yang mencukupi sebagai sebuah
negara model yang saudara sebutkan itu. Kami punyai satu bahasa kebangsaan sebagai
bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional.

SALMAH : Kami punyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar untuk
dipraktikkan.

CHANDRAN : Kami juga mempunyai satu kebudayaan nasional, yang mewakili seluruh cara hidup
bangsa Malaysia.

SALMAH : Kami hidup dengan baik dan dalam suasana muhibah. Dari segi makanan saja sudah
cukup sebagai bukti.

CHANDRAN : Misalnya, kalau orang India makan roti canai, orang Melayu dan orang Cina pun makan
roti canai.

CHONG : Kalau orang Cina makan kuetiau, orang Melayu dan orang India pun makan kuetiau.

SALMAH : Kalau orang Melayu makan sambal belacan, orang Cina dan orang India pun makan
sambal belacan! Demikianlah betapa harmoninya bangsa kami, bangsa Malaysia.

CHONG : Kami ada etika kerja yang berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Dengan
etika itu kami berharap untuk meningkatkan produktiviti.

SALMAH : Kami ada Dasar Ekonomi Baru sebagai strategi untuk menyusun semula masyarakat
secara adil. Kami juga ada Rukun Negara sebagai panduan cara hidup masyarakat
Malaysia. Ia diterima dengan baik. Apa, itu masih belum mencukupi?

Dipetik daripada drama 'Forum Remaja'


oleh Sharif Shaary
dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud suasana muhibah.


[2 markah]

(ii) Selain meningkatkan produktiviti, amalan etika kerja berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan
Amanah membawa banyak kebaikan.
Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan lain berdasarkan amalan etika kerja
tersebut.
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain
daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

126
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

[4 markah]

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan maka bertitahlah Yang Amtuan Raja Sulaiman kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara,
"Jikalau patut kepada akhir saya,jikalau baik serta dan suka Daeng yang berlima bersaudara boleh kita
pakai. Jikalau belum baik rasanya, kita ubah pula. Jikalau boleh saya hendak berkhabar."
Kata Opu Daeng yang berlima, "Silakanlah bertitah, boleh saya semua mendengar."
Maka berkhabarlah Yang Amtuan Raja Sulaiman kepada Daeng yang berlima bersaudara itu.
"Daeng Merewahlah kita jadikan Yang Amtuan Muda; dan Opu Daeng Chelak hendak saya kahwinkan
dengan adik saya yang bernama Tengku Puan itu, lagi seorang yang belum berlaki. Maka adik saya yang
tengah itulah diambil, dirampas oleh Yang Amtuan Raja Kecil dibawanya ke Siak dibuatnya bini."
Demikianlah khabar Yang Amtuan Raja Sulaiman. "Jikalau suka demikian itu, Daeng yang berlima
bersaudara boleh saya dengar."
Maka menjawablah Opu Daeng yang berlima bersaudara, "Baiklah. Jika demikian itu,
muafakatlah saya lima bersaudara ini."
Dan setelah selesai bicara demikian itu, maka bermohonlah pulang kepada kenaikannya.

Dipetik daripada
'Hikayat Opu Daeng Menambun'
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud bermohonlah pulang kepada kenaikannya.


[2 markah]

(ii) Yang Amtuan Raja Sulaiman telah mengemukakan beberapa perkara kepada Daeng yang
berlima bersaudara.
Nyatakan perkara-perkara tersebut.
[3 markah]

(iii) Yang Amtuan Raja Sulaiman telah berbincang dengan Opu Daeng yang berlima bersaudara
sebelum membuat keputusan.
Pada pendapat anda, mengapakah baginda perlu berbincang?
[3 markah]

Soalan 2(d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Mahsuri
(1)
Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
127
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

rambutmu menjadi jalur hitam


terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini.

(2)
Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup
dia hanya bermula dengan
khayalan seorang seniman
pun kata orang Mahsuri pernah hidup
tetapi bahasa seorang pencerita
membuatnya lebih hidup dari kehidupannya
sastera yang mewarnai tanah air
kerana tanpa Mahsuri
Langkawi tidak sebegini bererti.
Mahsuri membesarkan Langkawi
sastera membesarkan tanah air.

Zurinah Hassan
dalam antologi Harga Remaja,
Ikon Inter Active Sdn. Bhd.

(i) Berikan maksud khayalan seorang seniman.


[2 markah]

(ii) Kisah Mahsuri merupakan satu legenda yang membuatkan Langkawi terkenal di seluruh
dunia.
Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan legenda Mahsuri terus
hidup sebagai warisan sejarah?
[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.


[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan, menukarkan atau menggugurkan
imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) putih bersih


(ii) bersatu hati
128
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(iii) titik permulaan


(iv) kenangan manis
(v) berpandangan jauh
(vi) menenangkan fikiran
[6 markah]

(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut;

Subjek : _________________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________________

(i) Atlet muda itu telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel.

(ii) Sejak di bangku sekolah lagi abang terkenal dengan sikapnya yang ringan tulang.

(iii) Penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat di taman rekreasi menjadi tanggungjawab
semua pihak.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Majlis dailog antara guru dengan ibu bapa akan diadakan dalam masa berdekatan untuk
membincangkan masalah disiplin murid.

(ii) Kerajaan telah memperuntukkan berbillion ringgit untuk persediaan prasarana di kawasan
pedalaman.

(iii) Demi memastikan keselamatan penumpang, pihak berkuasa sering menjalani pemantauan
terhadap bas-bas ekspress terutamanya pada musim perayaan.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai itu amat dikagumi oleh saya.

(ii) Kerajaan telah mengambil beberapa langkah-langkah positif untuk memelihara seni muzik
gambus supaya tidak pupus dimakan zaman.

(iii) Sungai Melaka yang menyusur di tengah-tengah Bandar Raya Melaka di suatu masa dahulu
amat kotor tetapi kini telah diperindah hingga menjadi daya tarikan pelancong.
[6 markah]

129
MODUL SOALAN BERKUALITI SPM – BAHASA MELAYU 2

(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

(i) Menurut sahaja kehendak orang lain.

(ii) Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.

(iii) Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja.
[6 markah]

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Papa,,, (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof


(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah LKadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd, Talib Hassan

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan satu
konflik yang dihadapinya.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu latar masyarakat yang terdapat
dalam setiap novel.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

130

You might also like