You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) JENGKA 1

26430 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA


PAHANG DARUL MAKMUR
KOD SEKOLAH : CBA9006

MINIT MESYUARAT
PANITIA BAHASA ARAB
BILANGAN 2 / 2018

TARIKH : 15 MAC 2018


HARI : KHAMIS
MASA : 1.15 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN SK (LKTP) JENGKA 1
PANITIA BAHASA ARAB
SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) JENGKA 1
26430 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR

AGENDA MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB BIL. 2 / 2018

TARIKH: 15 MAC 2018

1. KATA- KATA ALUAN PENGERUSI


2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU
3. UCAPAN GURU BESAR / PENTADBIR
4. PEMBENTANGAN ANALISA PKSR 1
5. PEREKODAN PBS OFFLINE
6. AKTIVITI BAHASA ARAB
7. HAL- HAL LAIN
8. PENUTUP

PENCATAT MINIT : FAREHA BINTI BEDU

– SETIAUSAHA PANITIA BAHASA ARAB


SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) JENGKA 1

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB


BILANGAN 2 / 2018

TARIKH : 15 MAC 2018


MASA : 1.15 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN
PENGERUSI : EN ZAINAL ABIDIN BIN SAGIR
(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
KEHADIRAN: 7/ 7

NAMA HADIR:

BIL. NAMA
1. EN. ZAINAL ABIDIN B. SAGIR
(GPK KOKURIKULUM)
2. CIK SAFURA BINTI MD ZAIN
3. PN.HJH ALIZA BINTI ABD RAHMAN
4. PN.YUSNITA BINTI MD YUNUS
5. PN.REZAINIAH BINTI ABDULLAH
6. PN. SITI NORZAIMAH BINTI ISMAIL
7. PN.FAREHA BINTI BEDU

1. KATA- KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa


Arab SK (LKTP) Jengka 1 kali kedua bagi sesi 2018.
1.2 Pengerusi juga meminta agar guru guru Bahasa Arab terus berusaha keras untuk
mengekalkan dan meningkatkan prestasi subjek Bahasa Arab pada tahun ini.

Tindakan: Makluman

2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

2.1 Minit mesyuarat kali pertama 2018 disemak dan diterima dan disahkan sebulat
suara tanpa pindaan.

Tindakan: Makluman

3. UCAPAN GURU BESAR / PENTADBIR

3.1 Mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua ahli Jawatankuasa Panitia


Bahasa Arab atas kesempatan untuk mengadakan mesyuarat pada hari ini.
3.2 Memaklumkan bahawa mesyuarat panitia wajib dilakukan untuk penilaian hujung
tahun.
3.3 Mengingatkan semua guru bahawa mesyuarat mesti mengikut prosedur yang di
tetapkan seperti perlu ada surat panggilan sebelum memulakan mesyuarat.
3.4 Buku RPH perlu dilengkapkan mengikut standard yang telah ditetapkan.
3.5 Mengharapkan mesyuarat dapat dijalankan mengikut agenda yang dikehendaki.

Tindakan:Makluman

4. PEMBENTANGAN ANALISA PKSR 1

4.1 Rujuk lampiran analisa peperiksaan 2018.


4.2 Semua guru diminta melihat prestasi mata pelajaran Bahasa Arab pada
peperiksaan yang lepas dan meminta semua guru untuk mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan-kelemahan murid- murid yang diajar.
4.3 Kekuatan
4.3.1 Murid-murid yang telah menguasai Huruf Hijaiyyah tunggal lebih mudah
untuk membaca dan memahami kehendak soalan dengan baik.
4.4 Kelemahan
4.4.1 Murid-murid yang masih belum menguasai Huruf Hijaiyyah Tunggal tidak
dapat membaca dan memahami kehendak soalan dengan baik.
4.5 Cara Mengatasi
4.5.1 Guru Mata Pelajaran telah mengenalpasti murid-murid yang lemah untuk
diberi latih tubi bertutur, membaca dan menulis.
4.5.2 Guru memilih murid yang cemerlang sebagai Pembimbing Rakan Sebaya
kepada murid yang lemah.
4.5.3 Guru menggunakan lebih banyak kaedah belajar sambil bermain dan didik
hibur bagi menarik minat murid yang sangat lemah untuk menguasai
Bahasa Arab.
4.5.4 Guru menggunakan Strategi Pembelajaran Abad ke 21 yang pelbagai untuk
mewujudkan kolaborasi dan penyertaan semua murid dalam sesi
Pembelajaran dan Pemudahcaraan.
4.6 Berharap agar semua guru dapat meningkatkan bilangan murid lulus dan gred A
dalam PKSR 2 sesi 2018 yang akan diadakan pada bulan Mei kelak.

Tindakan: Semua guru Bahasa Arab

5. PEREKODAN PBS OFFLINE

5.1 Guru diminta merekodkan PBS Bahasa Arab tahun 1 hingga 6 secara offline bagi
semester pertama persekolahan.
5.2 Perekodan yang telah lengkap perlu dicetak dan diserahkan kepada Setiausaha
Peperiksaan Sekolah serta satu salinan disimpan ke dalam fail panitia.

Tindakan: Semua guru Bahasa Arab


6. AKTIVITI BAHASA ARAB

6.1 Ujian bulanan dan Kuiz Bahasa Arab telah dilaksanakan di dalam kelas
berdasarkan tajuk yang telah dipelajari.
6.2 Program Kesenian dan Kesusasteraan Bahasa Arab seperti Nasyid, Dikir Barat
dan Bicara Berirama dilaksanakan di dalam kelas mengikut masa yang sesuai.
6.3 Program yang telah dirancang ini diharap dapat memberi peluang dan ruang
kepada murid-murid untuk bertutur ayat mudah dalam Bahasa Arab.
6.4 Pertandingan tulisan cantik akan diadakan pada setiap bulan sebagai galakan
kepada murid-murid seterusnya dapat mengenal pasti murid yang berbakat dalam
tulisan Khat.

Tindakan: Semua guru Bahasa Arab

7. HAL- HAL LAIN

7.1 Ketua Panitia mencadangkan agar dapat merealisasikan untuk menyediakan satu
sudut Bahasa Arab di kawasan sekolah seperti yang telah lama dirancangkan
sebelum ini.
7.2 Ketua Panitia berharap agar guru dapat memberi sumbangan untuk membuat
banner kata-kata hikmah dan Peribahasa Bahasa Arab untuk dipamerkan di
kawasan sekolah.

Tindakan: Semua guru Bahasa Arab

8. PENUTUP

9.1 Mengucapkan jutaan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua guru
Bahasa Arab dan Pendidikan Islam serta mendoakan agar segala perancangan
dapat dijalankan dengan jayanya.
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan bacaan Surah Al Asr.

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………. ……………………..
(FAREHA BINTI BEDU) (SAFURA BINTI MD ZAIN)
SETIAUSAHA KETUA PANITIA
PANITIA BAHASA ARAB PANITIA BAHASA ARAB
SK (LKTP) JENGKA 1 SK (LKTP) JENGKA 1

Tarikh:15 Mac 2018 (Tarikh minit mesyuarat disediakan)

You might also like