You are on page 1of 13

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Taman Ria


09400 Padang Serai
Kedah Darul Aman

E-mel : 1GOVUC\kba5019.edu
Kod Sek : KBA 5019

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU


BIL. 1/2018

Tarikh : 29 Januari 2018 (12 Jamadilawwal 1439H)

Hari : Isnin

Masa : 1.45 tengah hari – 4.00 petang

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Hadir : 1) Mohd Faizal bin Ahmad (Guru Besar)


2) Mohd Zaidi bin Mohamad Salleh (PK Kokurikulum)
3) Mohd Syaiful Izham bin Mohamad Tamin
4) Zamri bin Arshad
5) Hashim bin Abdullah
6) Haslina binti Abu Bakar
7) Habsah binti Wahab
8) Siti Hajar binti Sobri
9) Mohd Faisal bin Samsudin
10) Zalina binti Ali
11) Siti Fatimah binti Mahat

Turut Hadir : Tiada

Tidak Hadir : Siti Aishah binti Saad (Cuti Tanpa Gaji)

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Encik Mohd Faizal bin Ahmad selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima
kasih kepada semua ahli panitia di atas komitmen yang diberikan kerana sudi
hadir dan menepati masa ke mesyuarat Panitia Bahasa Melayu bil 1 2018.

2. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua guru
atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab masing-masing. Beliau mengharapkan semua guru dapat sama-
sama memberi idea dan berkongsi pendapat untuk kebaikan sekolah.

1
Makluman : Semua Ahli Panitia

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

3. Setiausaha Panitia Bahasa Melayu, Puan Haslina binti Abu Bakar


membentangkan minit mesyuarat lalu untuk disahkan. Cadangan minit
mesyuarat untuk diterima dan disahkan telah dikemukakan oleh Encik Faisal bin
Samsudin. Cadangan tersebut telah disokong oleh Encik Hashim bin Abdullah.
Makluman : Semua Ahli Panitia

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4. Perkara 16 (muka surat 4) Pelaksanaan PLC

4.1 Encik Faizal bin Ahmad mencadangkan agar ketua panitia Bahasa
Melayu menjalankan PLC kepada guru Bahasa Melayu 2 kali setahun.

Tindakan:Ketua panitia

IV. PENGURUSAN PANITIA

5. Visi dan Misi

5.1 Encik Syaiful Izham bin Mohd Tamin selaku ketua panitia
Membentangkan visi dan misi panitia iaitu:

5.1.1 Visi panitia

Mencapai Standard yang boleh dibanggakan dalam mata


pelajaran Bahasa Melayu.

5.1.2 Misi panitia

5.1.2.1 Membangunkan kesedaran terhadap perlunya


memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu.

2
5.1.2.2 Menyediakan murid dengan keperluan yang secukupnya
bagi menghadapi UPSR.

5.1.2.3 Melaksanakan kaedah pdpc PAK 21 yang berkualiti bagi


memenuhi keperluan murid

5.2 Encik Mohd Syaiful Izham bin Mohamad Tamin berharap semua ahli
panitia dapat menghayati visi dan misi tersebut,seterusnya menerapkan dalam
setiap aktiviti pdpc dan aktiviti-aktiviti anjuran panitia sama ada secara langsung
atau tidak.

Makluman: semua ahli panitia

6. Pengesahan ahli jawatankuasa panitia

6.1 Encik Mohd Faizal bin Ahmad selaku pengerusi mesyuarat membentangkan
jawatankuasa panitia Bahasa Melayu bagi tahun 2018 seperti berikut:

6.1.1 Jawatankuasa panitia

Pengerusi : Mohd Faizal bin Ahmad (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Zainon binti Zailani (PK Pentadbiran)
Pengerusi Panitia: Mohd Syaiful Izham bin Mohamad Tamin
Setiausaha 1 : Siti Aishah binti Saad
AJK : Semua Guru Bahasa Melayu
6.1.2 Jawatankuasa Program Memartabatkan Bahasa Melayu
(MBM)
Pengerusi :Mohd Faizal bin Ahmad (Guru Besar)
Naib Pengerusi :Zainon binti Zailani (PK Pentadbiran)
Setiausaha :Hashim bin Abdullah
AJK :Habsah binti Wahab
6.2. Beliau berharap agar semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik dapat
memberikan komitmen dan bekerjasama dalam memastikan kemenjadian murid
melalui program-program yang dianjurkan oleh panitia serta dapat
memantapkan lagi pengurusan panitia bagi tahun 2018.

Makluman: semua ahli panitia

3
7. Pengurusan Fail (tugas-tugas panitia)

7.1 Encik Mohd Syaiful Izham bin Mohamad Tamin selaku ketua

Panitia memaklumkan pembahagian tugas dalam pengurusan fail panitia

adalah seperti berikut :

Bil Senarai tugas Nama guru


1. Fail (1) Mesyuarat Panitia Siti Aishah binti Saad
2. Fail (2) Surat menyurat Siti Hajar binti Sobri
3. Fail( 3) Maklumat Guru Habsah binti Wahab
4. Fail (4) Dokumen panitia Zamri binti Arshad
5. Fail (5) Bank Soalan Hashim bin Abdullah
6. Fail (6) Post - Mortem Peperiksaan Mohd Syaiful Izham bin Mohamad Tamin
7. Fail (7) Pengurusan Headcount Haslina binti Abu Bakar

Makluman: semua ahli panitia

8. Perancangan Strategik

8.1 Encik Mohd Faizal bin Ahmad Beliau meminta Panitia menyediakan
perancangan strategik yang terbaik untuk Panitia Bahasa Melayu kerana
perancangan tersebut penting dalam perancangan sekolah.
8.2 Beliau juga meminta panitia mengkaji semula perancangan strategik
3 tahun, perancangan strategik 1 tahun, plan taktikal dan plan operasi
untuk membuat penambahbaikan bagi menghasilkan perancangan
strategik yang lebih tepat dan mantap.
8.3 Selain itu, Encik Mohd Faizal bin Ahmad juga meminta perancangan
1 tahun perlu ada dokumentasi bagi setiap program yang dilaksanakan.

Makluman : Semua Ahli Panitia

4
9. Headcount

9.1 Encik Mohd Faizal bin Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Cik Fadliyana binti Mohamad Fathil kerana Berjaya menyiapkan

headcount bagi semua tahun untuk semua matapelajaran.Beliau

bersyukur kerana Cik Fadliyana binti mohamad Fathil dapat menyiapkan

headcount dengan lengkap dan tepat.

9.2 Encik Mohd Faizal bin Ahmad meminta semua guru merujuk kepada

lampiran headcount yang diedarkan.

9.3 Beliau juga memaklumkan kepada semua ahli panitia agar markah

peperiksaan akhir tahun 2017 akan dijadikan TOV bagi tahu 2018 bagi

tahun 2 hingga 6.Manakala bagi tahun 1 pula TOV akan diambil

berdasarkan ujian 1 yang akan diadakan pada bulan Mac.Encik Mohd

Faizal bin Ahmad berharap target bagi setiap murid mestilah sesuai dan

munasabah dengan kebolehan dan tahap pencapaian murid untuk

setahun.

Tindakan:semua ahli panitia

10. Post Mortem pelajaran UPSR

10.1 Encik Mohd Syaiful Izham Selaku ketua panitia membentangkan

post mortem upsr tahun 2017 seperti berikut:

10.2 Analisis Penuh Keputusan Bahasa Melayu Pemahaman dan


Penulisan UPSR SKSLR 2017

Subjek Bm Pemahaman Bm Penulisan


Kelas 6 Amanah 6 Bestari 6 Amanah 6 Bestari
Gred A 22 1 18 0
Gred B 7 3 11 8
Gred C 0 12 0 9
Gred D 0 9 0 8
Gred E 0 1 0 1
JUMLAH 29 26 29 26

5
10.3 Kekuatan Kertas BM Pemahaman

1. Bahagian A (Soalan Aneka Pilihan)- Menguasai kemahiran tatabahasa yang mantap.


2. Bahagian B (Struktur)-Teknik menjawab yang betul dan tepat.
3. Mahir memberi pendapat yang bernas dalam soalan berbentuk KBAT (soalan 3 markah)

10.4 Kelemahan Kertas BM Pemahaman

1. Bahagian B (Struktur)-Kesalahan ejaan yang ketara menyebabkan murid kehilangan markah.

10.5 Kekuatan Kertas BM Penulisan

1. Teknik menjawab Bahagian A, B dan C mengikut kehendak dan kaedah pemeriksaan.


2. Bahagian B- Menguasai kemahiran menulis ulasan secara tersurat dan tersirat menggunakan
maklumat berdasarkan grafik yang diberi.
3. Bahagian C-Kebanyakan murid menjawab soalan C2- tidak terikat dengan format.

10.6 Kelemahan Kertas BM Penulisan

1. Kelemahan ketara aspek tatabahasa seperti penggunaan tanda baca, kosa kata yang tepat
serta ejaan.

11. SKPMg2

11.1 Encik Mohd Faizal bin Ahmad memaklumkan SKPMg2 (Skor

Komposit) akan diberi taklimat dalam masa terdekat.Berdasarkan

pengisian tahun 2017, beliau menasihatkan semua ahli panitia

memastikan pengisian skor yang pertama tidak terlalu tinggi bagi

pengisian bulan Mac.

Makluman : Semua Ahli Panitia

12. KSSR

12.1 Encik Mohd Faizal bin Ahmad juga memaklumkan bahawa kssr

semakan sudah sampai tahun 2.Murid dinilai berdasarkan tahap

penguasan ,manakala tahun 3,4,5,dan 6 pula murid dinilai berdasarkan

band.Kssr semakan bergerak perlahan dan penguasaan DSKP mesti

dikuasai oleh semua guru supaya memudahkan guru melaksanakan

pdpc yang lebih mantap.

6
Makluman : Semua Ahli Panitia

13. Ujian/Peperiksaan

13.1 Encik Mohd Faizal bin Ahmad memaklumkan tarikh ujian sumatif 1

masih belum dapat ditetapkan dan dijangka akan diadakan pada bulan

Mac.Tarikh Peperiksaan pertengahan tahun akan dimaklumkan

kemudian.Percubaan UPSR pula akan diadakan pada bulan Julai

manakala peperiksaan UPSR akan dijalankan pada bulan September .

Peperiksaan akhir tahun pula dijalankan pada hujung bulan

Oktober dan November.

Makluman: semua ahli panitia

13.2 Beliau juga memaklumkan sekiranya kertas soalan

Untuk matapelajaran teras tidak dibekalkan diminta semua guru Bahasa

Melayu membuat soalan sendiri untuk kelas yang diajar.

13.3 Beliau juga memaklumkan ujian/peperiksaan dilaksanakan

mengikut takwim sekolah.

13.4 Tugas-tugas guru menggubal soalan ujian adalah seperti berikut:

Tahun 1 Puan Siti Aishah binti Saad dan Haslina Binti Abu Bakar
Tahun 2 Puan Siti Hajar binti Sobri dan Encik Mohd Zaidi bin Mohamad Salleh
Tahun 3 Puan Haslina binti Abu Bakar dan Habsah binti Wahab
Tahun 4 Encik Hashim bin Abdullah
Tahun 5 Encik Mohd Syaiful Izham bin Mohamad Tamin
Tahun 6 Encik Zamri bin Arshad

Makluman : Semua Ahli Panitia

14. Kontrak latihan

14.1 Encik Mohd Faizal bin Ahmad meminta Semua guru perlu

menyediakan kontrak latihan murid bagi memudahkan urusan pentadbir

untuk menyemak kekerapan latihan murid melalui pkb nanti.

14.2 Beliau juga menyarankan agar panitia selaraskan tapak untuk

kontrak latihan murid dan gunalah format yang mudah dan senang untuk

7
semua ahli panitia.

Tindakan:Semua ahli panitia

15. Nota / Latihan

15.1 Guru mestilah memberi penerangan dan menulis nota dahulu

kepada murid tentang tajuk yang hendak dipelajari .

15.2 Pengerusi juga meminta guru untuk melatih murid menulis

tarikh,hari dan tajuk di dalam buku latihan setiap kali diberi nota dan

latihan.

15.3 Beliau juga meminta guru biasakan murid menulis tarikh dalam

bulan Melayu dan bulan Islam di dalam buku latihan.

Tindakan:Semua ahli panitia

16. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

16.1 Pengerusi memaklumkan agar semua guru mencetak tapak

transit modul offline PBS dan lampirkannya di dalam RPH

masing-masing.

16.2 Semua guru perlu laksanakannya dari masa ke masa kepada

murid dan merekodnya dalam borang modul offline tersebut.

Makluman:Semua ahli panitia

17. Program Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM)

17.1 Program memartabatkan Bahasa Melayu akan dilaksanakan pada

bulan Februari dan perlu dilaksanakan mengikut kemampuan guru-guru.

17.2 Pelaksanaan program MBM mestilah mengikut surat edaran dari

Pejabat Pelajaran Daerah.Program ini mestilah dilaksanakan pada

minggu pertama setiap bulan. Jadi program ini hanya dilaksanakan


8
sebulan sekali sahaja tetapi pada bulan September program MBM mesti

dilaksanakan pada minggu ketiga.

17.3 Semua aktiviti yang telah di rancang untuk program MBM mestilah

dilaksanakan mengikut jadual yang telah dibekalkan.

17.4 Aktiviti yang telah dilaksanakan perlu didokumentasikan dan

laporan perlu dibuat setiap bulan oleh setiausaha dan di hantar kepada

puan Siti Salamiah Md Nor.

Tindakan:Semua ahli panitia

18. LINUS

18.1 Puan Zalina membentangkan analisis Tahun 2 bagi Literasi

Bahasa Melayu seramai 11 orang murid adalah tegar manakala 9 orang

Murid adalah linus.Bagi tahun 3 pula seramai 20 orang murid adalah

linus.jumlah ini sangat membimbangkan dan perlu diberi penekanan

serius terhadap murid ini.

18.2 Puan Zalina binti Ali hanya mengambil murid dari konstruk 1

hingga konstruk 6 sahaja untuk pemulihan.Selain itu,Puan Zalina binti Ali

juga memaklumkan bahawa ibu bapa telah di maklumkan bahawa anak

mereka murid linus sebelum saringan dijalankan.

18.3 Puan Zalina binti Ali juga memaklum bahawa linus juga boleh

ambil kewangan dari Bahasa Melayu dan bimbingan dan Kaunseling.

Makluman:Semua ahli panitia

19 Pemulihan

19.1 Encik Faisal bin Samsudin memaklumkan bahawa beliau akan

mengambil murid dari konstruk 1 hingga 5 bagi kelas 2 Bestari seramai

11 orang adalah linus.Tahun 3 Bestari pula hanya 3 orang murid sahaja

yang di ambil oleh beliau untuk proses bimbingan dan seramai 9 orang

9
murid pula dari kelas 3 Cerdas adalah murid linus.

Makluman:Semua ahli panitia

20. Program Peningkatan Prestasi

20.1 Bagi tahun 4 dan 5 modul telah disediakan dan dibukukan untuk

diberikan kepada semua murid tahun 4 dan 5.selain itu, tahun 6 juga

disediakan modul mengikut matapelajaran masing-masing untuk

keperluan semua murid tahun 6.

20.2 Pada bulan Mac Penataran Kertas Soalan akan diadakan untuk

murid tahun 4 dan 5.

20.3 Encik Mohd Faizal bin Ahmad meminta guru-guru yang terlibat

dengan tahun 4 dan 5 memberikan perhatian kepada murid untuk

persediaan menghadapi peperiksaan upsr.

Makluman:semua ahli panitia

21. Buku RPH

21.1 Buku Rph mestilah dilengkapkan selewat-lewatnya 31 Januari dan

di hantar kepada Guru Besar untuk semakan.

21.2 Rekod Pengajaran Harian mestilah mengikut Standard PAK21

dan setiap perancangan pengajaran mestilah dibuat setiap hari sebelum

pelaksanaan pdp.

21.3 Encik Mohd Faizal bin Ahmad memaklumkan bahawa semua

buku rph guru-guru telah selesai dilengkapkan dan telah di semak oleh

beliau.

Tindakan:Semua ahli panitia

22. Pusat Sumber Sekolah(PSS)/NILAM

22.1 Encik Zamri bin Arshad memaklumkan bahawa buku Nilam akan

ikut format buku baharu.

10
22.2 Selain itu, beliau juga memaklumkan kepada semua ahli panitia

bahawa mulai bulan Februari guru-guru boleh membawa murid ke pusat

sumber mengikut jadual yang telah diberikan dan mestilah mengikut

kelas masing-masing.

Tindakan:semua ahli panitia

23. Bilik Khas

23.1 Encik Mohd Faizal bin Ahmad memaklumkan bahawa penyelaras

bilik-bilik khas mestilah mengemaskini fail-fail yang berkaitan dengan

maklumat guru dan data murid.

Makluman

24. Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

23.1 Mesyuarat mengambil maklum pengurusan mata pelajaran adalah

seperti seperti ketetapan yang dalam Buku Panduan Pengurusan

Sekolah 2018.

Makluman:Semua ahli panitia

25. LDP/LADAP

25.1 Encik Mohd Faizal bin Ahmad mencadangkan agar panitia

mengadakan LDP secara dalaman.

25.2 Sekiranya panitia ingin mengadakan bengkel untuk murid tahap 2

dialu-alukan dan mestilah bergantung kepada perbincangan dalam

panitia.

25.3 Jika panitia ingin menganjurkan lawatan luar mestilah melibatkan

tahun 1 sekali.

Makluman:Semua ahli panitia

26. PCG

26.1 Encik Mohd Faizal bin Ahmad memaklumkan bahawa anggaran

perbelanjaan tahunan bagi setiap panitia telah diedarkan.

11
26.2 Beliau juga memaklumkan bahawa sekiranya panitia ingin

membeli barang mestilah mengisi borang nota minta dahulu dan

seterusnya berbincang dengan guru besar untuk mendapat persetujuan.

Makluman:Semua ahli panitia

27. Bahan Bantu Mengajar

27.1 Pengerusi meminta agar semua guru menyediakan BBM semasa

menjalankan PDP.

Makluman:Semua ahli panitia

28. Pemantauan Kurikulum Bersepadu(PKB)

28.1 Pengerusi memaklumkan bahawa PKB adalah merangkumi

pencerapan pdpc,pemantauan bilik darjah,pemantauan buku latihan

murid,dan penilaian buku rekod pengajaran.

28.2 Buku latihan murid yang akan dipantau oleh pihak pentadbir

adalah mengikut jadual yang dibekalkan dalam buku panduan

pengurusan sekolah 2018.Buku latihan tersebut hendaklah disertakan

dengan kontrak latihan murid.

Makluman:Semua ahli panitia

29. Laporan Nazir/Lawatan JPNK/PPD

29.1 Encik Mohd Faizal bin Ahmad memaklumkan bahawa tiada

laporan khusus daripada nazir.

29.2 Beliau menyarankan agar panitia perlu memantapkan lagi

pengurusan fail ,aktifkan PLC dalam panitia,perkayakan bahan bantu

mengajar dan banyakkan latih tubi untuk murid.

Makluman:Semua ahli panitia

V. HAL-HAL LAIN

30. Encik Hashim bin Abdullah memaklumkam bahawa pelancaran untuk MBMMBI
dan watikah pengawas akan diadakan pada 5.2.2018.

12
Tindakan : Semua Ahli Panitia

VI. PENUTUP

31. Encik Mohd Faizal bin Ahmad mengharapkan panitia akan memperkasakan
program dan pengurusan fail Panitia dan berharap kerjasama diantara semua
ahli panitia untuk menjayakan setiap program yang dirancangkan berjalan
dengan lancar.

32. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dengan bacaan Tasbih Kaffarah
dan Surah al-Asr.

“SKSLR TO THE TOP”

Disediakan oleh : Disemak oleh:

SITI AISHAH BINTI SAAD ZAINON BINTI ZAILANI


Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Penolong Kanan
SK Seri Lindungan Raja, SK Seri Lindungan Raja ,
09700 Karangan, 09700 Karangan,
Kedah Darul Aman. Kedah Darul Aman.

Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh :

MOHD FAIZAL BIN AHMAD


Guru Besar
SK Seri Lindungan Raja,
09700 Karangan,
Kedah Darul Aman.

13

You might also like