You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus,


peraturan-peraturan langkah kerja, algorithm dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short
& Spanos 1989). Mata pelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang khusus, walaupun kerap
dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang khusus dan
tepat bagi mempelajari matematik. Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima
oleh pelajar maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya pelajar akan membuat
pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Guru berdepan dengan
pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan
bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang
bercanggah ini tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang
ingin disampaikan. Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk
apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone
1982; McDermott 1984; Resnick 1983)

2.0 MISKONSEPSI DALAM PECAHAN

Antara miskonsepsi yang sering berlaku dalam tajuk pecahan ialah menukar nombor
pecahan kepada pecahan setara. Pecahan setara ialah nombor yang mempunyai nilai yang
sama walaupun kelihatan berbeza. Berdasarkan artikel 1 yang ditulis oleh Wong Chu Yew
bertajuk Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep
Pecahan Setara, penulis mendapati bahawa murid menghadapi miskonsepsi dalam pecahan
setara. Wong Chu Yew menyatakan bahawa kebanyakan murid tidak faham tentang konsep
pecahan terutamanya konsep pecahan setara. Wong mendapati masalah murid-murid daripada
lembaran-lembaran kerja yang dihantar oleh murid-muridnya.

Berdasarkan artikel 2 yang ditulis oleh Mohd Maliki, antara kesukaran yang murid
hadapi dalam pecahan ialah murid tidak dapat membezakan nombor bulat 1 dan nombor
pecahan. Hal ini akan memberi kesan kepada murid dalam menukar nombor bercampur kepada
pecahan tak wajar. Murid juga akan mengalami masalah dalam membuat pengiraan operasi
bercampur sekiranya tidak mahir dalam pecahan setara.

3.0 RANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN


RESOS

Bagi rancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan resos, penulis telah
memperkenalkan jalur pecahan dengan menunjukkan bahan konkrit kepada murid. Reimer dan
Moyer (2005) menyatakan bahawa bahan konkrit membantu murid lebih memahami pecahan
dengan memberikan maklum balas segera dan khusus. Penulis telah menyediakan sebuah
bahan resos yang boleh digunakan oleh murid untuk memahami konsep pecahan setara.
Bahan resos ini dinamakan ‘Papan Serbaguna’ supaya mudah difahami oleh murid. Dua ruang
kosong berbentuk segi empat dan bulatan disediakan pada resos ini. Ruang kosong ini
disediakan bertujuan untuk diisi dengan jalur pecahan dan bulatan pecahan. Hal ini dapat
membantu murid untuk membandingkan saiz pecahan yang berbeza yang apabila
digabungkan, akan menghasilkan nombor bulat 1 (One Whole), seterusnya dapat memahami
konsep pecahan setara. Resos ini memfokuskan kepada pelajar yang lemah dalam tajuk
pecahan setara.

Dwyer, Ringstaff dan Sandholtz (1991) menegaskan bahawa pendekatan


Konstruktivisme merupakan pembelajaran berpusatkan murid dan bukan berpusatkan kurikulum
sementara Bagley dan Hunter (1992) menyatakan bahawa pembelajaran menjadi satu proses
yang dinamik melalui pendekatan ini. Mereka juga menyatakan bahawa pembelajaran aktif
membawa kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi. Dengan itu, pendekatan Konstruktivisme
telah penulis aplikasikan. Pertama sekali, penulis telah menunjukkan contoh bagaimana hendak

1
menggunakan resos tersebut. Penulis telah menggunakan pecahan pada ruang kosong
2
tersebut untuk menghasilkan nombor bulat 1.

Kemudian, penulis meminta murid untuk menghasilkan nombor bulat 1 dengan

1
menggunakan nilai pecahan yang lain. Murid telah menggunakan nilai pecahan untuk
4
mengisi ruang kosong yang disediakan bagi menghasilkan nombor bulat 1.

Seterusnya, penulis meminta murid sekali menghasilkan nombor bulat 1 pada resos
tersebut. Namun, pada kali ini penulis meningkatkan lagi tahap kesukaran dengan meminta
murid untuk menggunakan nilai pecahan yang berlainan. Nilai pecahan yang berlainan perlu
dipilih dengan betul supaya apabila digabungkan akan menghasilkan nombor bulat 1. Berikut
merupakan hasil selepas beberapa minit murid melakukan gerak kerja.

Penulis turut mengaplikasikan pendekatan Koperatif. Menurut Nur (2000), dalam proses
pembelajaran dengan model pembelajaran Koperatif, murid didorong untuk bekerjasama pada
suatu tugas bersama dan mereka harus mengkoordinasikan usahanya untuk menyelesaikan
tugas yang diberikan oleh guru. Penulis meminta murid bekerja secara berkumpulan untuk
mencari pecahan setara yang sebanyak mungkin dengan menggunakan jalur pecahan.
Respon yang ditunjukkan oleh murid adalah positif dan sangat baik. Mereka dapat
memahami proses penggunaan resos serta mendapat output yang baik daripada resos
tersebut. Mereka lebih memahami akan konsep pecahan setara dalam Matematik setelah
menggunakan resos tersebut yang nyata berbeza dan lebih menarik daripada gaya pengajaran
tradisional. Hal ini demikian kerana resos tersebut merupakan bahan konkrit yang boleh dilihat
dan dipegang lantas menarik minat murid-murid untuk mempraktikkan resos tersebut. Cramer
dan Henry (2002) dalam penyelidikan mereka menunjukkan bahawa bahan konkrit memberi
kesan positif kepada murid dalam menguasai konsep dan prosedur pecahan.

Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan yang dapat penulis temui ketika resos
sedang digunakan. Pertama sekali, murid perlu menunggu giliran yang lama bagi menggunakan
resos tersebut. Hal ini demikian kerana, bahan resos yang terhad tidak dapat dibandingi dengan
kelas yang padat dengan murid. Oleh itu, kumpulan yang seterusnya akan mengambil masa
yang lama sementara menunggu kumpulan yang sedang menggunakan resos tersebut. Selain
itu, kelemahan yang timbul semasa melaksanakan penggunaan resos tersebut ialah penulis
mendapati bahan resos ini sudah sikit rosak pada beberapa bahagian. Hal ini demikian kerana
kualiti bahan pembinaan resos tersebut yang tidak begitu kuat menyebabkan ia mudah rosak
setelah digunakan oleh semua murid.

4.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi


memantapkan lagi resos yang telah digunakan bagi membantu murid dalam memahami konsep
pecahan setara. Pertama sekali, resos tersebut perlu dihasilkan dengan lebih banyak supaya
semua murid mempunyai peluang untuk menggunakannya tanpa menunggu giliran yang agak
lama. Oleh itu, tempoh masa pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan dengan efektif.

Selain itu, resos tersebut hendaklah dibina dengan menggunakan bahan yang
mempunyai kualiti yang baik dan teguh. Hal ini demikian supaya resos tersebut dapat bertahan
dan tidak mudah rosak. Apabila kualiti bahan binaan resos menjadi lebih kukuh, resos tersebut
boleh digunakan berulang kali tanpa masalah fizikal. Seterusnya ia akan tahan lama lantas
dapat digunakan oleh generasi yang akan datang.

5.0 PENUTUP

Terdapat banyak pendekatan pengajaran dalam menyelesaikan masalah pembelajaran


matematik. Pada waktu yang sama, terdapat juga beberapa prinsip dan garis panduan yang
dikemukakan bagi membantu guru-guru menjadikan pengajaran matematik lebih efektif dan
memberi impak yang lebih mendalam kepada murid untuk jangka panjang. Kebijaksanan guru
perlu dalam memilih strategi yang sesuai. Persisi seorang doktor yang ingin memberikan ubat
kepada pesakit yang memerlukan beliau terlebih dahulu mengetahui jenis penyakit dan punca
penyakit tersebut. Guru matematik juga perlu terlebih dahulu mendiagnos atau mengenalpasti
jenis masalah yang murid hadapi dalam usaha membantu murid menguasai matematik ialah
mendiagnos atau mengenalpasti jenis masalah yang mereka hadapi. Ini merupakan salah satu
strategi yang berkesan dalam membentuk kefahaman murid dalam sesuatu konsep. Contohnya
seperti penggunaan resos bagi membantu murid memahami konsep pecahan setara. Justeru,
kemampuan dan kebolehan matematik murid dapat meningkatkan keyakinan mereka sebagai
persediaan untuk melahirkan masyarakat dan generasi muda yang lebih rasional serta berdaya
saing dalam pasaran tenaga kerja negara.

RUJUKAN

Bagley, C. & Hunter, B. (1992, July). Restructuring, constructivism, and technology: forging a
new relationship. Educational Technology, 32, 22-27.
Champagne,A.B.,Gunstone,R.E, & Klopfer, L.E. 1983. Naive knowledge and science learning.
Research in science and technological Education, 1(2):173-183.

Cramer, K., & Henry, A. (2002). Using manipulative models to build number sense for addition
of fractions. Dalam B. Litwiller & G. Bright (Eds.), National Council of Teachers of
Mathematics 2002 Yearbook: Making sense of fractions, ratios, and oroportions (ms 41-
48). Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics.

Dwyer, C., Ringstaff, C. & Sandholtz, J. H. (1991, May). Changes in teachers' beliefs and
practices in technology-rich classrooms. Educational Leadership, 48, 45-52.

Nur. (2000). Pembelajaran Koperatif. Surabaya: UNESA UNIVERSITY.

Reimer, K., & Moyer, P. S. (2005). Third-graders learn about fractions using virtual
manipulative: A classroom study. Journal in Mathematics and Science Teaching, 24(1), 5-25.

Short, D. J., & Spanos, G. 1989. Teaching mathematics to limited English proficient students.
ERIC Digest. Washington, DC: ERIC Clearinghouse on Language and Linguistics.
(ERIC Document Reproduction Service No. ED317086). Availableonline:
http://www.eric.ed.gov/contentdelivery/servlet/ERICServlet?accno=ED317086

You might also like