You are on page 1of 5

SMK BELAWAI, MUKAH

PANITIA SAINS
LAPORAN MESYUARAT PANITIA SAINS Bil.1/2018

Kepada:

1 Nama Panitia Sains


2 Mesyuarat kali ke 1
3 Tarikh Mesyuarat 09 Januari 2018
4 Masa 1330
5 Tempat Bilik Mesyuarat SMK Belawai, Mukah
6 Wakil Pengurusan -
7 Bil sepatutnya hadir 10
8 Bil tidak hadir 0
9 Bil Hadir 10

KEDATANGAN
Bil Nama Guru Hadir/ Tidak Hadir
1 Cg. Siau Siau Ing Hadir
2 Cg. Hasimah Bt Hakim(KP Sains Menengah Atas) Hadir
3 Cg. Jeme B. Sedi(KP Sains Menengah Rendah) Hadir
4 Cg. Nurhana Binti Mustafa(KP Sains Tulen) Hadir
5 Cg. Norafizam Bin Reduan Hadir
6 Cg. Abu Seman B. Masri Hadir
7 Cg. Lisa Wong Siew Yieng Hadir
8 Cg. Maria Carlesty Anak Jiee Hadir
9 Encik Mohamad Hairy Bin Yusup Hadir
10 Pn. Selimiah Binti Ahmad Marzuki Hadir

Bil Perkara Tindakan

1
1.0 Ucapan Pengerusi Ketua Panitia
1.1. Pengerusi iaitu Cg. Hasimah Binti Hakim mengalu-alukan kehadiran
pengerusi bersama iaitu Cg. Jeme B. Sedi (KP Sains Menengah
Rendah) dan Cg Nurhana Bt. Mustafa (KP Sains Tulen)
1.2. Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran guru ke Mesyuarat
Panitia Sains kali yang pertama.
1.3. Pengerusi majlis meminta maaf kerana mengambil sedikit masa guru-
guru.
1.4. Pengerusi mengucapkan tahniah atas peningkatan pencapaian
matapelajaran sains dalam peperiksaan PT3 2017.
2.0 Agenda Semua ahli panitia
2.1. Penentuan Sasaran Pencapaian Matapelajaran
2.1.1. Panitia menetapkan sasaran GPMP sains PT3 ialah 4.00.
2.1.2. Panitia perlu menetapkan sasaran GPMP selaras dengan
sasaran GPMP yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.1.3. Kenaikan minimum yang ditetapkan oleh pihak sekolah ialah
5% kenaikan.

2.2. Penyediaan Pelan Tindakan


2.2.1. PSPTPO perlu ditambahbaik untuk pelan jangka masa panjang.
2.2.2. Pelan tindakan perlu disediakan mengikut subjek iaitu subjek
sains, kimia, biologi, dan fizik.
2.2.3. Program yang dirancang oleh panitia perlu mempunyai impak
dalam peningkatan prestasi akademik. Antara aktiviti yang
dirancang ialah:
2.2.3.1. Kelas tambahan berjadual bertujuan untuk
menghabiskan silibus pembelajaran lebih awal daripada
rancangan pengajaran tahunan.
2.2.3.2. Penghasilan buku skrap untuk membiasakan pelajar
dengan kaedah yang betul untuk menjawab soalan.
2.2.3.3. Ujian bulanan mengikut tahap kemahiran kelas
masing-masing.

2.3. Agihan Tugas Panitia Sains


2.3.1. Rancangan Pengajaran Tahunan(RPT) mesti disediakan dan
diserahkan kepada guru yang mengajar subjek berkenaan.
2.3.2. RPT perlu disediakan oleh:
i. Sains T1- Cg. Abu Seman Bin Masri
ii. Sains T2- Cg. Jeme Bin Sedi
iii. Sains T3- Cg. Maria Carlesty Anak Jiee
iv. Sains T4- Cg. Nurhana Binti Mustafa
v. Sains T5- Cg. Norafizam Bin Reduan
vi. Kimia T4 & T5- Cg. Hasimah Binti Hakim
vii. Biologi T4 & T5- Cg. Nurhana Binti Mustafa
viii. Fizik T4 & T5- Cg. Norafizam Bin Reduan
2.3.3. Rancangan Pengajaran Harian(RPH) perlu diseragamkan dan
2
format RPH untuk subjek sains telah ditetapkan. RPH juga
perlu dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.
2.3.4. Untuk seliaan makmal, Makmal A di bawah seliaan Cg. Jemi
Bin Sedi, makmal B di bawah Seliaan Cg. Abu Seman Bin
Masri dan makmal C dan D di bawah seliaan Encik Mohamad
Hairy Bin Yusup.
2.3.5. Masa pembelajaran subjek sains akan di ubah mengikut
kesesuaian dan persetujuan daripada Tuan Pengetua kerana
perlukan masa yang lebih untuk proses Amali Sains.

2.4. Semakan Buku Nota/ Buku Latihan


2.4.1. Jadual penghantaran buku nota dan latihan akan disediakan
oleh ketua panitia untuk disemak oleh ketua bidang, penolong
kanan dan pengetua.
2.4.2. Setiap guru subjek perlu memilih 5 buah buku untuk disemak
oleh penyemak.
2.4.3. Penghantaran pencerapan hasil kerja murid sekurang-kurangnya
1 kali sebulan.

2.5. Peperiksaan / pentaksiran


2.5.1. Jadual penyediaan kertas peperiksaan telah disediakan dan ahli
panitia perlu menyediakan kertas peperiksaan mengikut tugasan
yang diberikan seperti di dalam jadual penyediaan kertas
ujian/peperiksaan 2018.
2.5.2. Jumlah peningkatan yang disasarkan untuk setiap ujian ialah 5-
10%
2.5.3. Kertas ujian/peperiksaan mesti disediakan mengikut Jadual
Spesifikasi Ujian(JSU) yang telah ditetapkan oleh panitia.
2.5.4. JSU perlu dikepilkan bersama kertas ujian/peperiksaan untuk
disemak oleh Ketua Panitia, Ketua Bidang dan Pengetua.
2.5.5. Analisis item perlu disediakan selepas setiap ujian/peperiksaan
sekolah.

2.6. Pencerapan
2.6.1. Pencerapan akan dibuat 3 kali setahun iaitu pada bulan April,
Julai dan September.
2.6.2. Pencerapan pertama perlu dibuat sendiri oleh guru (pencerapan
kendiri).
2.6.3. Pencerapan ke-2 dan ke-3 akan dibuat oleh Ketua Bidang,
Penolong kanan, atau Pengetua.

2.7. Takwim/Program Panitia


2.7.1. Antara program yang dirancang untuk dijalankan sepanjang
3
tahun 2018 ialah pertandingan roket air, eksplorasi, pameran
keajaiban sains, kuiz taman herba, dan nyanyian sains.
2.7.2. Panitia sains juga akan menghantar pelajar untuk pertandingan
luar sekolah sekiranya mempunyai peruntukan kewangan yang
lebih.
2.7.3. Kutipan sumbangan penyertaan untuk setiap aktiviti
pertandingan akan dikutip.
2.7.4. Aktiviti pasca PT3 akan mengikut aktiviti yang dirancang
seperti minggu Sains dan Matematik.
2.7.5. Kelas tambahan awal akan dirancang oleh panitia khas untuk
menghabiskan silibus lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

3.0 3.1. Hal-hal Lain


3.1.1. Cg. Siau Siau Ing membuat peringatan supaya ahli panitia sains
mengamalkan penjimatan dalam menyediakan kertas
ujian/peperiksaan.
3.1.2. Cg. Siau Siau Ing juga mengingatkan supaya PLC perlu
dilaksanakan untuk setiap subjek sebanyak 6 kitaran.
3.1.3. Pencerapan akan dibuat sebanyak 3 kali.
3.1.4. Pencerapan perlu dibuat dengan kelas yang berbeza.
3.1.5. Program Pembudayaan amali perlu dilaksanakan dan laporan
perlu dihantar kepada penyelaras.
3.1.6. Pembahagian nisbah peruntukan kewangan untuk panitia sains
ialah 3:1. 3 untuk makmal dan 1 untuk panitia sains. 40%
daripada peruntukan mesti dibelanjakan pada sukuan pertama
tahun 2018.
3.1.7. Cg. Jeme mencadangkan supaya skema jawapan perlu
dikepilkan bersama kertas ujian/peperiksaan untuk simpanan
bank soalan.
3.1.8. Cg. Jeme bertanya tentang kertas A4 yang akan digunakan
untuk mencetak lembaran kerja kerana perlaksanaan KSSM dan
pengukuhan pembelajaran memerlukan kertas A4 yang banyak.
3.1.9. Pn. Selemiah mengingatkan guru subjek sains agar memesan
lebih awal bahan-bahan dan radas yang digunakan untuk
menjalankan amali supaya semua bahan dan radas dapat
disediakan.
3.1.10. Pn. Selemiah juga mengingatkan supaya buku rekod
penggunaan makmal perlu diisi dan buku pesanan perlu diisi
lebih awal.
3.1.11. Cg. Abu mohon agar masalah air dimakmal perlu diselesaikan
segera untuk kemudahan menjalankan aktiviti amali sains.

2.9 Penangguhan Mesyuarat Semua ahli panitia

4
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh, Disemak bersama:

…………………………….. ……………………………… ……………………


(Cg. Norafizam Bin Reduan) (Cg. Hasimah Binti Hakim) (Cg. Jeme Bin Sedi)
Setiausaha Panitia Sains, Ketua Panitia Sains Menengah Atas, Ketua Panitia Menengah Rendah,
SMK Belawai. SMK Belawai. SMK Belawai.

Disemak bersama: Disahkan oleh,

……………………………. …………………..
(Cg. Nurhana Binti Mustafa) (Cg. Siau Siau Ing)
Ketua Panitia Sains Tulen, Ketua Bidang Sains & Matematik,
SMK Belawai. SMK Belawai.

You might also like