You are on page 1of 4

KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) TINGKATAN 1

PENGENALAN
Komsas merupakan singkatan daripada dua perkataan iaitu kompenan dan sastera. Komsas
diperkenalkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini memberi peluang kepada pelajar di
sekolah menengah untuk menguatkan lagi teknik dan penggunaan Bahasa Melayu
pelajar.Pelbagai genre sastera dan aspek sastera yang akan diajarkan secara berperingkat-
peringkat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Teks yang merangkum pelbagai genre sastera sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
bagi Tingkatan 1 adalah seperti berikut.

Puisi Tradisional-.
Puisi Moden-
Prosa Tradisional-.
Cerpen-
Novel-.
Komponen sastera merupakan komponen wajib dalam Matapelajaran Bahasa Malaysia sejak
peperiksaan PMR 2005. Justeru, komponen sastera ini akan diberikan markah sepuluh peratus
daripada markah keseluruhan Kertas 2 (Bahasa Malaysia PMR). Bentuk soalan yang dikemukan
ialah soalan objektif untuk antologi dan soalan subjektif untuk bahagian novel.
UNSUR DALAM KARYA SASTERA

TEMA DAN PERSOALAN


Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera.
Persoalan merupakan perkara-perkara kecil dalam sesebuah karya yang mempunyai hubungan
dengan tema. Kewujudan persoalan yang pelbagai dalam sesebuah karya sastera bertujuan
menghidupkan dan mengukuhkan tema yang cuba disampaikan oleh pengarang.

PLOT
Sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita yang rapat
pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak-watak dalam cerita.

LATAR
Latar ialah keterangan-keterangan yang terdapat dalam karya sastera tentang tempat, masa
dan masyarakat yang mendasari sesebuah cerita.
Latar memainkan peranan utama untuk memberikan suasana kepada peristiwa atau manusia
yang terdapat dalam sesebuah cerita.
Terdapat 4 unsur latar iaitu:
1. Latar tempat
2. Latar waktu atau masa.
3. Latar masyarakat atau citra masyarakat.
4. Latar peralatan cerita atau watak.

WATAK
Manusia atau pelaku dalam cereka berbentuk naratif atau drama yang diberikan sifat-sifat
tertentu termasuk perangai dan pemikiran yang dikenal melalui percakapannya (dialog) dan
apa yang mereka lakukan (aksi).

PERWATAKAN
Sifat-sifat fizikal atau mental, tabiat, perilaku dan sifat keperibadian watak.

SUDUT PANDANGAN
Sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita, atau
bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan cerita. Ia berfungsi
untuk menjelaskan siapa yang yang menceritakan kisah tersebut.
Terdapat beberapa teknik sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang iaitu:
1. Sudut pandangan orang pertama iaitu pengarang terlibat dalam cerita tersebut.
2. Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas iaitu pengarang bertindak serba tahu dan
bebas menceritakan apa-apa sahaja walaupun tidak terlibat atau berada di luar lingkungan
cerita.
3.Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas iaitu pengarang tidak menceritakan semua
peristiwa atau watak tetapi hanya memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya akan
tertumpu kepada mereka.
4. Sudut Pandangan Objektif iaitu pengarangnya hanya menceritakan segala sesuatu yang
dilihat dan didengarnya sahaja. Dengan lain perkataan, pengarang tidak hanya berada di luar
lingkaran cerita dan hanya bertindak melaporkan apa yang dapat dilihat sahaja.
Imbas Kembali ialah teknik atau cara seseorang pengarang mengungkap dan menggambarkan
semula kisah, kejadian, peristiwa, suasana atau masalah yang telah berlaku atau telah dialami
oleh watak sebelum kisah yang disampaikan itu. Ia boleh dikemukakan melalui dialog,
monolog, dalam bentuk ingatan, renungan ataupun mimpi.

TEKNIK PENCERITAAN
Imbas muka ialah gambaran atau bayangan tentang sesuatu yang akan berlaku. Ia biasanya
bertujuan untuk menyediakan pengetahuan awal terhadap apa yang akan berlaku seterusnya.
Dialog merupakan perbualan atau percakapan antara watak-watak dalam sesebuah karya
sastera.
Monolog merupakan tutur kata atau pengucapan sesuatu watak secara bersendirian. Ia
biasanya sebagai satu usaha watak menyatakan fikiran atau perasaan.
Monolog Dalaman ialah kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak. Ia tidak dilahirkan
dalam bentuk dialog atau monolog.

NILAI DAN PENGAJARAN


Nilai merupakan sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dan lain-lain)
Pengajaran bermaksud peringatan, pedoman atau teladan yang terdapat di dalam sesebuah
karya.

GAYA BAHASA
Cara bagaimana seseorang pengarang menggunakan bahasa dengan baik dan kreatif dalam
usaha untuk menyampaikan pengucapan fikiran dan perasaannya. Dengan lain perkataan,
gaya bahasa merupakan saluran bagi seseorang pengarang menyalurkan pengalaman,
pemikiran, dan emosi melalui media bahasa bagi memungkinkan pembaca memahami dan
menghayati idea yang ingin disampaikannya di dalam sesebuah karya sastera.

You might also like