You are on page 1of 9

SK AU KERAMAT

MINIT MESYUARAT PBS BIL 4/2018

TARIKH : 11 NOVEMBER 2018


MASA : 1.30 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN
PENGERUSI : PUAN NORFOUWIZA BT JAILANI
KEHADIRAN :

1. Pn. Fauwizah bt Jalaini – GPK Tadbir & Kurikulum


2. Cik Norhasniza bt Mohd Yazid – GPK HEM
3. Pn.Emilia bt Kamarulzaman – GPK Kokurikulum
4. Pn. Norliza bt Chik Busu – GPK Petang
5. Pn. Azizah bt Abdullah
6. Pn. Suraimi bt Yeop
7. Pn. Suliyati bt Anuar
8. Pn Roslina bt Mohd Damanhuri
9. Pn. Wan Fadhilah Hanim bt Wan Yusuf
10. Pn Mazilah bt Mat Daud
11. Pn Zarina bt Mat Dani
12. Pn. Nur Fazlina bt Khairuddin
13. Pn Norma bt Hitam
14. Pn Harriani bt Marzuki
15. Pn Hasnah bt Ahmad
16. Pn.Rozita bt Mat Ali
17. Pn Siti Noor Fatmawati bt Mohamed
18. Pn. Rosni bt Hamzah
19. Pn. Hafsiah bt Mat Noh
20. Pn. Syahidah Farhana bt Mohd Nor
21. Pn. Siti Sarah bt Yusuf
22. Encik Zaidi b. Mohd Mokhtar
23. Pn Norafida bt Abdullah Aziz
24. Pn Wan Rohani bt Wan Deraman
25. Pn Norslawati bt Sulaiman
26. Cik Nor Idawatie bt Ahmad
27. Encik Abdullah b. Mustafa
28. En.Mohd Baieth Rahmani bt Mohd Lukhman
29. En. Mohd Hidayat b. Saidi
30. En. Basri b. Sidi Ahmad
31. Pn. Zuraidah bt Che Mat – Setiausaha

1.0 Ucapan pengerusi


1.1 Pengerusi iaitu Puan Norfouwiza mengucapkan terima kasih kepada semua
guru yang terlibat dengan JK PBS bagi sesi persekolahan 2018.

1.2 Beliau mengucapkan tahniah kerana dapat mengikut takwim yang telah
ditetapkan sepanjang tahun 2018.

1.3 Mesyurat kali ke 4 ini adalah bertujuan untuk menilai dan mengkaji semula
segala kelebihan dan kelemahan yang dihadapi sepanjang pelaksanaan PBS di
sekolah sepanjang tahun 2018.
Tindakan : Makluman

1.4 Beliau mengharapkan sebarang masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh
JK PBS dan semua guru dalam melaksanakan pentaksiran sekolah akan dapat
diatasi dan diperbaiki untuk tahun 2019 nanti.

1.5 Guru-guru hendaklah bekerja keras lagi bagi memastikan murid mendapat
keseimbangan dari segi ini iaitu pencapaian holistik.

1.6 Murid-murid tahun 6 juga tidak boleh dihalang untuk menyertai aktiviti ko-
kurikulum walau pun mereka akan terlibat dalam UPSR kerana di akhir nanti
mereka akan juga diukur dari segi akademik, PAJSK, PPsi dan Extra
kurikulum. Murid-murid akan disertakan dengan 4 slip iaitu keputusan UPSR,
PBD, PAJSK dan PPsi.

2.0 Pengesahan minit mesyuarat

2.1 Pengesahan minit mesyuarat ketiga telah dibuat oleh :


Pengesahan : Puan Hasnah bt Ahmad
Sokongan : Puan Mazilah Mat Daut

3.0 Perkara berbangkit

3.1 Puan Norfouwiza juga memberitahu bahawa tahun ini sekolah akan
mengeluarkan 5 slip bersama-sama slip UPSR iaitu slip
UPSR,PBD,SEGAK,PAJSK dan PPsi. Pada tahun ini, pelaporan SEGAK akan
diberikan secara berasingan dari PAJSK.

3.2 Guru-guru kelas dan guru-guru mata pelajaran Tahun 6 telah pun menyiapkan
Pelaporan-pelaporan ini kerana Puan Norzan telah akan menandatangani slip
ini secara berperingkat sebelum berpencen dan selebihnya akan ditandangani
oleh guru besar baharu.

Tindakan : Makluman
3.3 Bagi peperiksaan PKSR 2 yang telah dijalankan, pembinaan soalan
menggunakan JSU yang telah ditetapkan. Namun demikian, Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) akhir telah dibuat sebelum 10 November 2018 untuk diserahkan
kepada ibu bapa bersama-sama slip peperiksaaan akhir tahun.

Tindakan : Semua guru mata pelajaran dan guru kelas

.
3.4 PKSR 2 yang telah dijalankan tidak memperolehi apa-apa maklumat
kebocoran. Ini menunjukkan ketelusan guru mentaksir murid.

4.0 Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.1.1 Semasa mesyuarat PBS kali pertama, mesyuarat telah menetapkan


bahawa laporan pentaksiran offline akan dikeluarkan dua kali
setahun untuk diserahkan kepada ibu bapa iaitu selepas
peperiksaan pertengahan tahun (semasa hari terbuka sekolah) dan
keputusan akhir tahun.

Tindakan : Tindakan Guru Kelas dan Guru M/pelajaran.

4.1.2 Laporan perekodan yang telah dikeluarkan perlulah diserahkan


kepada pentadbir untuk disahkan dan dibuat salinan oleh kerani
untuk tujuan simpanan sekolah.

4.1.3 Fail penyimpanan perekodan (perekodan transit) hendaklah


ditampal di belakang buku rekod mengajar dan direkodkan
mengikut tarikh pentaksiran yang dibuat. Bagi guru yang mengajar
banyak kelas bolehlah menyimpan di dalam fail tetapi hendaklah
mudah diekses jika ada pemantau yang datang bila-bila masa.

Tindakan : Semua guru mata pelajaran

4.2 Penilaian Pelaksanaan PBD 2018

4.2.1 Puan Zuraidah menunjukan Pelaporan PBD dan Analisis PBD bagi
semua mata pelajaran Tahun 1 hingga 6 sehingga Ogos 2018.

4.2.2 Pn Norfauwiza telah meminta untuk menyenaraikan nama murid-


murid yang masih berada di TP 1 dan TP 2 oleh guru mata
pelajaran terutamanya bagi mata pelajaran teras. Ini kerana
menurut beliau murid sepatutnya tidak berada di TP1 dan TP2 jika
mengikut justifikasi TP1-Tahu dan TP2 Tahu dan Boleh Buat.
4.2.3 Puan Saenah memberikan respon tentang ini dengan menyatakan
bahawa guru mata pelajaran tidak hanya melihat pada justifikasi
Tahap Penguasaan sahaja semasa membuat pentaksiran tetapi juga
perlu merujuk kepada DSKP yang memberikan penyataan untuk
pemberian TP.

4.2.4 Ini juga diakui oleh Pn Zuhaniz yang menyatakan bahawa merujuk
kepada penyataan TP tersebut memang murid tidak dapat diberikan
TP1 atau TP2 jika tidak menguasainya terutamanya bagi murid
Tahun 1 dan murid yang berada di kelas belakang.

4.2.5 Puan Norfouwiza meminta guru menilai dan melihat semula murid
yang mendapat TP1 dan TP2 ini supaya mereka dapat dibantu bagi
tahun 2019 nanti.

4.2.6 Ini kerana, kita juga akan diminta untuk membuat intervensi bagi
murid yang mendapat TP1 dan TP2 bagi tahun 2019 nanti.
Pelaporan perlu dihantar kepada Pejabat Pendidikan Wilayah
Keramat berserta gambar aktiviti yang telah dilaksanakan.

Tindakan : Ketua Panitia, Semua guru mata pelajaran

4.2.7 Selain itu juga, guru-guru mata pelajaran Tahun 5 perlu membuat
analisis bagi mata pelajaran masing-masing untuk melihat murid
ramai berada di TP berapa. Selain itu, mereka juga perlu
memberikan langkah dan isu yang berbangkit untuk mengatasi
masalah murid yang berada di TP1 dan TP2 ini.

Tindakan : Guru Tahun 5

4.2.8 Semasa pentaksiran dibuat di dalam kelas,di bahagian impak pula,


guru perlu menulis jumlah murid yang dapat mencapai band atau
tahap penguasaan (TP) dan jumlah murid yang tidak mencapai.
Dengan ini pihak pentadbir tahu apa yang guru telah lakukan
kepada murid yang tidak mencapai tahap penguasaan ini.

Tindakan : Semua guru mata pelajaran

4.2.9 Bagi penjaminan kualiti 4P masih diteruskan. Borang-borang yang


telah diisi oleh Ketua Panitia semasa pemantauan dan pencerapan
dibuat telahpun dikemas kini dalam fail penjaminan kualiti di bilik
PBS.
4.2.10 Jika ada sebarang masalah berhubung dengan penggunaan borang
ini hendaklah terus berhubung dengan setiausaha PBS kerana
setiausaha akan terus bertanya masalah ini dengan pegawai di
PPWKL yang terlibat.

Tindakan : Ketua Panitia dan Setiausaha PBS

4.2.11 Guru-guru diminta merancang pentaksiran dan sasaran yang ingin


dicapai semasa merancang RPH supaya lebih mengetahui hala tuju
PdP pada hari itu. PdP dan pentaksiran yang akan dibuat di dalam
kelas mestilah bersesuaian dengan pentaksiran yang akan
dilakukan pada hari itu.

Tindakan : Guru mata pelajaran

4.3 Pengurusan PAJSK

4.3.1 Puan Emili memberitahu bahawa kehadiran dan penyertaaan murid


semasa perjumpaan ko-kurikulum adalah amat membanggakan
apabila tahun 2018 ini perjumpaan untuk aktiviti Ko-kurikulum
telah dibuat pada hari Rabu setiap minggu.

4.3.2 Dengan ini akan dapat membantu meningkatkan kehadiran murid


dalam aktiviti ko-kurikulum dan menyumbangkan markah
kehadiran. Ini kerana, untuk murid Tahun 6 yang ingin memasuki
sekolah berasrama penuh aktiviti Ko-kurikulum diambil kira.

4.3.3 Ucapan terima kasih juga kepada semua guru kelas tahun 4,5 dan 6
yang telah menyiapkan pengisian data PAJSK secara online,
walaupun masa yang diberikan adalah suntuk dan sistemnya yang
sangat perlahan.

4.3.4 Encik Fathiyakan telah memberikan rumusan untuk PAJSK bagi


Tahun 6 yang mana rumusan grednya ialah A-0, B-26, C-238, D-0
dan E-0. Dari rumusan ini murid banyak berada di gred C iaitu 238
orang. GPS yang diperolehi iailah 2.89. Menurut beliau markah
lebih banyak tertumpu pada aktiviti sukan dan permainan

4.3.5 Bagi data Tahun 4 dan 5 boleh merujuk dalam fail Ko-kokurikulum.
Dari rumusan itu juga murid banyak berada di gred C.

Tindakan : Makluman

4.3.6 Untuk SEGAK pula,Pn Norslawati iaitu Ketua Panitia PJK


memberitahu SEGAK berlaku 2 kali setahun iaitu bulan Mac dan
Ogos. Rumusan yang diperolehi 35% murid Tahun 6 adalah
melebihi berat badan. Oleh itu, guru pendidikan jasmani telah
membuat satu aktiviti “Ceramah Pemakanan” kepada murid.
Mereka juga dinasihatkan melibatkan diri dalam sukan.

4.3.7 Melalui perjumpaan ini murid akan ditanya tentang sejarah, latar
belakang keluarga serta pola pemakanan mereka di rumah. Dari
soal jawab tersebut rata-rata murid memberitahu makanan
kegemaran mereka adalah ayam goring.

4.4 Pengurusan PPsi

4.4.1 Puan Hariani sebagai guru bimbingan dan kaunseling memberitahu


Ujian Aptitut Tahun 3 dan Tahun 6 telah dilaksanakan sepenuhnya
oleh sekolah di bawah UBK.

4.4.2 Ujian Aptitut Tahun 6 ini telah menilai 9 konstruk kecergasan


pelbagai untuk melihat kepelbagaian kecergasan murid. Analisis
keseluruhan skor tertinggi mendapati bahawa murid sekolah ini
lebih ramai berada di Eksis Stansel iaitu Kerohanian.

Tindakan : Makluman

4.4.3 Bagi tahun 3 pula, menilai 3 kemahiran iaitu kemahiran Bahasa


melayu, Inggeris dan matematik. Ujian ini merangkumi kemahiran
bahasa dan matematik. Dalam ujian ini didapati murid menjawab
sambil lewa dan tiada kesungguhan. Ini kerana mereka tidak
mengetahui kepentingan ujian ini dibuat.

4.4.4 Slip Ujian Aptitut Tahun 6 akan diserahkan kepada murid semasa
penyampaian slip UPSR bersama 2 slip yang lain. Bagi tahun 3
pula, slip diserahkan kepada murid bersama-sama slip peperiksaan
akhir tahun dan PS.

Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal lain

5.1 Pada hari terbuka, ramai ibu bapa yang hendak mengetahui pretasi anak-
anak mereka yang berada di tahun 1, 2 dan 3. Namun demikian, Band dan
TP tidak akan tahu sehingga akhir tahun apabila ke semua bab telah
dipelajari.

Tindakan : Makluman
5.2 Untuk Tahun 2019, Pn. Norfouwiza berharap guru mata pelajaran
hendaklah membuat analisis TP untuk murid masing-masing. Kenal pasti
murid yang perlukan bimbingan supaya kita dapat bersama-sama
membantu murid ini.

Tindakan : Semua guru

6.0 Ucapan pengangguhan

6.1 Pengerusi berharap segala kelemahan dan isu-isu yang dihadapi pada
tahun 2018 ini akan sama-sama diatasi untuk tahun 2018. Kerjasama
semua guru amatlah penting bagi memastikan pelaksanaan PBD peringkat
sekolah berjaya.

6.2 Beliau berharap semua guru akan terus menjalankan pentaksiran dengan
telus dan berada dilandasan yang sepatut dan sebetulnya.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh,

(ZURAIDAH BT CHE MAT)


Penyelaras PBS 2018
SK AU Keramat
SK AU KERAMAT
54200 KUALA LUMPUR
TEL : 03-41079639

BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT

MESYUARAT : MESYUARAT PBS BIL 4/2018


TARIKH : 11 NOVEMBER 2018

BIL/PARA AGENDA/PERKARA MAKLUM BALAS

4.1.1 laporan pentaksiran offline akan dikeluarkan dua Telah dilaksanakan oleh semua guru mata
kali setahun untuk diserahkan kepada ibu bapa pelajaran
iaitu selepas peperiksaan pertengahan tahun
(semasa hari terbuka sekolah) dan keputusan
akhir tahun.

4.1.3 Fail penyimpanan perekodan (perekodan transit) Telah dilaksanakan oleh guru mata
hendaklah ditampal di belakang buku rekod pelajaran
mengajar dan direkodkan mengikut tarikh
pentaksiran yang dibuat. Bagi guru yang
mengajar banyak kelas bolehlah menyimpan di
dalam fail tetapi hendaklah mudah diekses jika
ada pemantau yang datang bila-bila masa

4.2.5 Puan Norfouwiza meminta guru menilai dan Telah dilaksanakan oleh guru mata
melihat semula murid yang mendapat TP1 dan pelajaran
TP2 ini supaya mereka dapat dibantu bagi tahun
2019 nanti.

4.2.6 Puan Norfouwiza juga meminta guru-guru mata Telah dilaksanakan oleh guru mata
pelajaran Tahun 5 membuat analisis bagi mata pelajaran Tahun 5
pelajaran masing-masing untuk melihat murid
ramai berada di TP berapa. Selain itu, mereka
juga perlu memberikan langkah dan isu yang
berbangkit untuk mengatasi masalah murid yang
berada di TP1 dan TP2 ini.

4.2.8 Semasa pentaksiran dibuat di dalam kelas,di Telah dilaksanakan oleh guru mata
bahagian impak pula, guru perlu menulis jumlah pelajaran
murid yang dapat mencapai band atau tahap
penguasaan (TP) dan jumlah murid yang tidak
mencapai.

Disediakan oleh,

………………………………
(ZURAIDAH BT CHE MAT)
PENYELARAS PBS 2018
SK AU KERAMAT

You might also like