You are on page 1of 4

27 – 29 APRIL

KERTAS
CADANGAN 2018
KELAB PALS
PROGRAM ECO CAMP SMK DATUK PATINGGI KEDIT
1. PENGENALAN
Perkhemahan ahli kelab PALS adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim
antara guru dan murid. Selain itu aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini
diharapkan dapat meningkatkan jati diri murid serta mendedahkan murid-murid kepada
kepentingan menjaga alam sekitar dan saling hubungan antara insan dengan alam sekitar.

2. OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid akan kepentingan menjaga alam sekitar
2.2 Mengukuhkan perasaan cintakan alam sekitar dan mengekalkan kelestarian alam untuk
generasi seterusnya.
2.3 Melahirkan generasi yang cintakan alam sekitar dan sentiasa berusaha menjaganya.

3. KUMPULAN SASARAN
Ahli kelab PALS yang aktif dan sentiasa hadir untuk perjumpaan mingguan kelab serta guru
penasihat.
Pelajar – 40 orang
Guru – 5 orang (Guru penasihat dan fasilitator)

4. BUTIRAN PROGRAM
4.1 Tarikh: 27 - 29 APRIL 2018
4.2 Tempat: Padang SMK Datuk Patinggi Kedit

5. JADUAL PROGRAM / AKTIVITI PERKHEMAHAN


Hari/ Tarikh Masa Aktiviti
Jumaat 2.30 petang - Pembahagian kumpulan
3.00 petang - Taklimat dan peringatan
3.30 petang - Pemasangan khemah
5.45 petang - Makan malam
8.00 malam - Kenali Diri – “Ice Breaking” @ Pohon
Matlamat
10.00 malam - Minum malam
Sabtu 6.30 pagi - Senam tari/ Zumba
7.15 pagi - Sarapan pagi
8.30 pagi - Aktiviti “Rantai Alam”
12.30 tgh hari - Makan Tengah Hari / Rehat
2.30 petang - Ceramah Pengurusan Sisa Pepejal
dan Kuiz Alam Sekitar
5.45 petang - Makan malam
8.00 malam - Melodi Alam
10.00 malam - Muhasabah diri/ Minum Malam
Ahad 7.00 pagi - Kawad Tari
7.45 pagi - Sarapan Pagi dan Bersihkan diri
8.30 pagi - Refleksi
11.00 pagi - Kesimpulan Dan Penutupan
6. KEWANGAN
6.1 Sumber Kewangan
- Yuran peserta
- Memohon sumbangan dari pihak NREB

6.2 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA JUMLAH / CATATAN


1 Tag Peserta RM 0.70 x 35 orang RM 24.50
Tag Guru RM 0.70 x 10 orang RM 7.00
2 Khemah - Pinjam dari stor sukan
sekolah
3 Makanan dan Minuman

Air Mineral RM 10 .00 X 7 kotak RM70.00


Jumaat
Makan Malam RM 5.00 X 45 orang RM225.00
Minum malam RM 1.00 X 45 orang RM45.00

Sabtu
Sarapan Pagi RM 1.50 X 45 orang RM67.50
Makan Tengah Hari RM 5.00 X 45 orang RM225.00
Minum Petang RM 1.00 X 45 orang RM45.00
Makan Malam RM 5.00 X 45 orang RM225.00
Minum Malam RM 1.00 X 45 orang RM45.00

Ahad
Sarapan Pagi RM 1.50 X 45 orang RM67.50
Minum Rehat RM 1.00 X 45 orang RM45.00
Makan Tengah Hari RM 5.00 x 45 orang RM225.00
4 Alat Tulis
Pen RM 0.80 X 50 RM40.00
Kertas A4 RM 10.00 X 1 RM10.00
4 Cenderahati /Sijil
Cenderahati RM15.00 X 2 RM30.00
Sijil RM 0.70 X 45 RM31.50
5 Bajet Luar Jangkaan RM71.40

Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan RM1499.40

7. PENUTUP
Program “Eco Camp” ini diharapkan dapat mencapai objektifnya bagi melahirkan generasi
yang peka akan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.
Disediakan oleh:
……………………………………………………………………………….
(Mohamad Salimin Bin Jahari)
Guru Penasihat Kelab PALS
SMK Datuk Patinggi Kedit

Tarikh: 15 November 2017

Disemak oleh:
……………………………………………………………………………….
(Siti Nor Ain Binti Yasin)

……………………………………………………………………………….
(Lenny Anak Sani)

Guru Penasihat Kelab PALS


SMK Datuk Patinggi Kedit

Tarikh:

Diluluskan oleh:
………………………………………………………………………………...
(Ujai Anak Sambau)
Pengetua
SMK Datuk Patinggi Kedit

Tarikh:

You might also like