You are on page 1of 2

SK ST.

GABRIEL KUALA LUMPUR


DRAF MINIT MESYUARAT JUARA
BIL 1/ 2015

Tarikh : 15 Jun 2015 (Isnin)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Pn. Rohayati bt. Md Zain

Kehadiran : Pn. Sa’diah bt. Hj. Ismail (Guru Besar)


Pn. Rohayati bt. Md Zain (GPK 1/Guru BM Tahun 6)
En. Khairul Nizam bin Aminudin (Guru BKLD/SU)
En. Mohd Khairulnashrun b. Zainuddin (SUP)
Pn. Norlina bt. Kamaruddin (Guru BI Tahun 6)
Pn. Nurul Najwa bt. Zainol Abidin (Guru Sains Tahun 6)

Hadir Bersama : Pn. Najmullizah bt. Mat Salleh


En. Razman bt. Mohd Salleh

Tidak Hadir : En. Muhammad Azam b. Aminuddin (Kursus)

Setiausaha : En. Khairul Nizam b. Aminudin

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli. Pengerusi
berharap mesyuarat kali pertama ini dapat memantapkan segala perancangan bagi
mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Pengarah JPNWPKL .

1.2 Pengerusi berharap segala aktiviti yang dicadangkan dalam Program JUARA dapat
dilaksanakan kerana akan ada pemantauan yang akan dilaksanakan secara
berterusan bagi memastikan program ini dilaksanakan di setiap sekolah.

PEMBENTUKAN AJK

2 2.1 Mesyuarat memutuskan pelantikan AJK Program JUARA 2015 seperti berikut:

Pengerusi : Pn. Rohayati Md. Zain


S/U : En. Khairul Nizam Aminudin
Naib S/U : Pn. Norlina Kamarudin
AJK : Guru Mata pelajaran Teras
Ustz. Halimi Abdu Hamid (Kerohanian)
En. Khairulnashrun Zainudin (SUP)

1
3 PELAKSANAAN PROGRAM

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa JPN menetapkan hanya 10% calon UPSR sahaja
perlu dilibatkan dalam Program JUARA. Bagi peringkat sekolah, 10 orang murid akan
dipilih untuk mengikuti program ini.
Tindakan : Pn. Norlina

3.2 Pengerusi meminta setiap guru mata pelajaran untuk menyediakan nota/modul yang
berkaitan kepada setiap murid untuk digunakan sepanjang program.

Tindakan : Guru mata pelajaran

3.3 Pengerusi meminta setiap pencapaian murid direkodkan di dalam Kad Skor masing-
masing. Kad Skor perlu mempunyai nama murid dan pencapaian setiap penilaian.

Tindakan : Setiausaha

3.4 Pengerusi memaklumkan aktiviti yang akan dirancang akan mengikut peracangan
sedia ada mengikut model GROW tetapi akan dilaksanakan secara berkumpulan untuk
disesuaikan dengan Program JUARA.

4 HAL-HAL LAIN

4.1 GB memaklumkan segala aktiviti yang dirancang untuk murid tetap kekal tetapi bagi 10
orang murid yang terpilih untuk program JUARA akan diuruskan terus oleh guru yang
telah ditetapkan.

5 PENUTUP

5.1 Pengerusi berharap setiap apa yang dirancang dan dipersetujui dalam mesyuarat ini
dapat dilaksanakan dengan baik demi kemenjadian murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.30 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

KHAIRUL NIZAM BIN AMINUDIN ROHAYATI BT MD ZAIN


Setiausaha Pengerusi
Program JUARA Program JUARA

Tarikh: 17/6/2015

You might also like