You are on page 1of 2

SK SERI SEKAWAN DESA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KESENIAN (VISUAL) BIL 1 / (2019)

Tarikh : 27.12.2018 (Khamis)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Encik Mohamad b Abdul Rahim

Kehadiran(Bilangan) : 6/6

Tidak Hadir : -

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI
- Tuan guru besar mengucapkan selamat kembali semula kepada semua guru dan
berkumpul untuk mesyuarat kali pertama 2019.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


- Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke 4 (2017) dan dicadangkan
untuk disahkan oleh Puan Aslina Binti Salim dan disokong oleh Pn Nurul Huda
bte Abdullah.

3. RANCANGAN TAHUNAN DAN BORANG BIODATA GURU


- Pengerusi meminta guru-guru menyediakan rancangan tahunan mengikut tahun
yang diajar dan berkongsi dengan guru-guru yang lain.
- Guru-guru juga diminta supaya melengkapkan borang biodata diri dan
menghantarnya kepada Ketua Panitia sebelum 31/1/19 supaya dapat dimasukkan
ke dalam fail panitia.
Tindakan : Semua guru PSV

4. MELAKSANAKAN PROGRAM PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI.


- Semua guru PSV di minta merujuk jadual pencerapan dan penyeliaan yang telah
diberikan serta berhubung dengan pencerap-pencerap lebih awal dan membuat
persediaan yang sepatutnya.
Tindakan :Semua Guru PSV

5. SEMAKAN PRESTASI PERBELANJAAN


- Pengerusi menerangkan mengenai prestasi perbelanjaan bagi setiap panitia.Proses
perbelanjaan hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan perlu
dipatuhi oleh semua ahli panitia PSV dari masa ke semasa.
Tindakan: Semua Ahli Panitia PSV

6. PAMERAN HASIL KERJA MURID


- Hasil Lukisan dan kerja tangan pelajar perlu disimpan dan di letakkan di Bilik Seni
untuk dibuat rujukan dan dijadikan bahan pameran. Guru-guru juga boleh
menayangkan hasil kerja murid di papan kenyataan di setiap bilik darjah.
Tindakan : Ketua Panitia dan Guru PSV
7. PROGRAM PENAMBAHBAIKAN BILIK SENI
- Bilik Seni akan dibersihkan dan perlu mengadakan Program Gotong-Royong bagi
menambahbaik bilik tersebut.
- Guru-guru perlu berganding bahu bagi menghias bilik seni.
- Sudut tayangan bahan perlu diwujudkan di Bilik Seni.
- Hasil kerja murid perlu disimpan di dalam fail poket.
Tindakan: Semua guru PSV

8. PERANCANGAN AWAL TAHUN DAN DSKP


- Ketua Panitia menerangkan perancangan-perancangan yang perlu dilakukan
pada awal tahun sebelum sesi pengajaran dan pembelaran bermula.
- Guru-guru PSV telah diagihkan tugas untuk memuat turun DSKP mengikut tahun-
tahun yang tetapkan dan menyimpan dalam bentuk hard copy (dibukukan).
Tindakan: semua guru PSV

9. PERANCANGAN KEWANGAN
- Semua Guru Panitia diminta mengurus dan merancang perbelanjaan untuk tahun
2018 berdasarkan jumlah peruntukan dan baki wang yang ada.Disarankan supaya
menjalankan perbelanjaan berhemat dan bersesuaian dengan kemampuan.
Tindakan : Semua Guru PSV

10. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


- Guru-guru telah ditugaskan untuk menyediakan kertas soalan bagi PPT dan PAT
mengikut kelas yang diajar.
- Murid tahap 1 tiada peperiksaan.
Tindakan: Semua guru PSV

11. AKTIVITI TAHUNAN


- Rujuk Buku Pengurusan 2019.

12. HAL-HAL LAIN


- Murid juga tidak diberi kertas lukisan tambahan jika diminta oleh murid semasa
PdP.
- Minta jasa baik semua guru PSV untuk menjayakan Program Tahunan Panitia
dengan jayanya.

PENUTUP

Tuan guru besar memohon maaf di atas kesilapan dan kekurangan sepanjang berada di SKSSD
dan mendoakan kesejahteraan kepada semua guru dan kejayaan yang lebih cemerlang buat guru
dan anak-anak didik SKSSD.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh,

Pn. Nur Syahirah binti Abu Bakar


Ketua Panitia,
Pendidikan Kesenian (Seni Visual)
SK Seri Sekawan Desa

Tarikh : 03.01.2019

You might also like