You are on page 1of 5

Pada zaman globalisasi dan modenisasi ini, kehidupan adiwangsaMalaysia menjadi semakin

maju dan memerlukan penggunaan kos hidupyang tinggi. Untuk mencapai keselesaan dalam
kehidupan ini, kita bukansahaja perlu bersedia secara mental dan fizikal malah aspek
kewangan jugatidak boleh dipinggirkan. Oleh yang demikian, sebagai langkah
persediaanuntuk masa depan, amalan perlulah bermula dari awal iaitu kita kecil lagikerana
pepatah Melayu juga mengatakan bahawa melentur buluh biarlah darirebungnya. Wang ini
boleh disimpan di dalam bank atau juga di dalamtabung. Wang yang disimpan itu boleh
diibaratkan sebagai sedikit-sedikitlama-lama menjadi bukit. Oleh yang demikian, sudah
pastilah amalanmenabung wang akan mendatang impak yang positif terhadap kita padamasa
hadapan.Antara kemaslahatan menabung wang adalah untuk persediaan masadepan
khususnya dalam pelajaran. Sebagai seorang pelajar, wang amat penting untuk menampung
perbelanjaan persekolahan seperti membeli buku- buku rujukan, membeli alat-alat tulis,
membayar uran sekolah dan yurankelas bimbingan luar. Semua ini memerlukan wang yang
banyak, lebih-lebihlagi apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan, mereka
akanmenyambung pelajaran di peringka yang lebih tinggi seperti di menaraganding, di kolej
dan di institusi pendidikan swasta yang lain. Semakintinggi pendidikan seseorang itu, maka
semakain banyaklah wang yangdiperlukan. Oleh hal yang demikian, jika kita memiliki
amalan menyimpanwang sejak kecil lagi, sudah pastilah masalah ini akan dapat
diatasi apabilakita bersiap sedia lebih awal lagi.Di samping itu, wang yang telah ditabung
juga boleh dijadikansebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang
keskecemasan. Bak kata pepatah malang tidak berbau, nasib buruk seseorangitu sukar
dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia perlulahdiambil jika perkara yang
tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahlikeluarga yang lain. Antara contoh kes kecemasan
itu ialah gangguankesihatan, ditimpa bencana alam sepert banjir kilat, gempa bumi
dan tanahruntuh serta juga tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu, sekiranya kitasudah
bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan payung sebelumhujan, sudah pasi
masalah ini dapat diatasi.

21.sorok duit kat banyak tempat.

ok lah cara ni aku paling suke. hehe kire ni macam suprise tau, kau letak lah duit dalam
buku ke, tinggalkan duit dalam seluar ke, letak bawah buku buku kat rak tu ke. setiap jean
kau tu kalau boleh time ade duit banyak, letak lah singgit ke 5 inggit dalam setiap seluar,
basoh pun tak hancur punye. nanti nak pi keluar date, pakai seluar raba sikit ade duit kire
boleh lah on pergi. dari takde duit langsung kan? haa. time duit banyak lah best buat, nanti
korang rasa macam duit dah habis, rasa diri miskin betul, tapi nak keluar jenjalan ke macam
suprise sikit lah jumpe duit dalam setiap kocek seluar kau tu. hehe

2.kasi kepada orang yang paling di percayai.

yang ni kau perlukan seorang yang amat bole di percayai, jangan kawan, sebab ada
pepatah kata kawan makan kawan, jadi kau pilih lah abang ke mak korang ke or adek
korang ke. yang penting boleh di percayai. kalau sahabat pun boleh lah kan, asalkan kau
percaya 100% kat orang tu. haha tren nak buat apa? korek hidung bea? tak, bagi pelajar
sekolah mesti dapat duit hari kan? hari tu kau bagi lah rm1 ke rm2 ke kat orang yang boleh
di percayai tu. sebab apek bagi dye? nape tak pegang sendiri? kau pun tau kang nampak
duit banyak je mesti nak di habiskan, tak habis tak boleh. takat makan kat kantin je, tu pun
nak sampai 3 4 inggit. jadi kau gunakan kawan kau tu (guna cara baik k) untuk pegangkan
duit kau, tak kisah lah kau pegang duit dye or dye pegang duit kau. sampai masa nak outing
duit berkepuk best.

3.pelihara kutu selama sebulan atau dua atau tiga atau enam.

haa kutu bukan sebarag kutu k, ni kutu duit. haha ade orang panggil main duit undi lah ape
lah, nak cakap bagai korang pun dah tau kan. melibatkan lebih dari 2 orang, memakan masa
ikut kemampuan dan perjanjian yang di tetapkan. main ni same je macam korang kumpul
duit selama berapa lama korang main dalam tu, cume yang untung dapat cepat je lah. and
lebih terjamin korang simpan duit. kalau simpan sendiri mesti korang akan gunakan? haa
bagi sesiapa yang main dan tak membayarnya apabila dah dapat duit, korang pukul je,
bunuh pun boleh.

4.sebelum jalan simpan

kire budak budak sekolah ni cam pagi pagi dapat duit kan? sebelum pergi sekolah tu bila
dah dapat duit korang terus simpan dalam tabung ke amanah rakyat ke, jadi korang akan
bawak duit sikit ke sekolah. justeru sikit sebanyak dapat kumpul saki baki duit tu. simpan lah
separuh dari ape yang kau dapat, lepas tu kalau ada duit syiling jangan habiskan, bawak
balik simpan masuk tabung. kan orang cakap kumpul banyak banyak lama lama jadi bukit.
lama lama tarah leper jugak bukit tu. *banyak banyak bukit, bukit ape tarah tak leper leper?
jawab jawab

ni je la kot aku nak share, hee setakat ni tu je yang aku dah pernah cuba buat. ada yang
berhasil ada yang tak lah. biasalah aku kuat makan, orang bujang katekan. hehe yang best
yang no1 tu, ada elemen suprise sikit kalau korang feeling. Haha

bijak
MENYIMPAN wang atau menabung, kemahiran hidup individu sepanjang hayat.
Kepentingan menabung kerana ia disifatkan sebagai dana keperluan kecemasan dan
bagi mencapai segala matlamat yang ada.
Persoalannya, bagaimanakah kita mahu menerapkan budaya menabung itu kepada si
kecil? Apatah lagi dengan sesi persekolahan memasuki bukan kedua sekarang, sudah
pasti usaha menabung itu juga harus dimulakan.

Ibu bapa sendiri perlu menunjukkan mereka juga mengamalkan usaha menabung. Beri
galakan kepada anak-anak dengan membeli tabung, selain tunjukkan akaun simpanan
yang anda buka untuk mereka. Ambil masa untuk terangkan duit dalam akaun
berkenaan diperoleh sempena kelahiran mereka atau sempena hari jadinya. Beritahu
juga tabungan amat mustahak sebagai bekalan pendidikan mereka di masa depan. –
Puteri Afroze Ahmed Kamil, Perunding Kewangan
Perunding Kewangan Islam Bebas, Puteri Afroze Ahmed Kamil, berkata tabiat murni itu
perlu bermula dari rumah dan ibu bapa sewajarnya menjadi penyubur kepada tabiat
berkenaan.
Menabung seharusnya bermula sejak usia muda, malah anak di usia tadika yang sudah
memahami mengenai peranan wang, seharusnya diajar mengenai kepentingan wang dan
kenapa individu perlu menabung.
“Salah satu cara memperkenalkan penggunaan wang kepada kanak-kanak ialah dengan
menggunakan permainan seperti “Monopoply” atau Sayidina. Permainan ini mengajar
anak mengenai kebaikan pelaburan. Permainan itu menerangkan sekiranya ingin
membuat sesuatu pelaburan, kita memerlukan sejumlah wang dan ini boleh didapati
dari tabungan kita.
“Lebih penting ibu bapa perlu menunjukkan mereka juga mengamalkannya. Beri
galakan kepada mereka dengan membeli tabung, selain tunjukkan akaun simpanan yang
anda buka untuk mereka. Ambil masa untuk terangkan duit dalam akaun berkenaan
diperoleh sempena kelahiran mereka atau sempena hari jadinya. Beritahu juga tabungan
amat mustahak sebagai bekalan pendidikan mereka di masa depan,” katanya mengulas
mengenai menabung.
Segelintir ibu bapa mengambil jalan mudah menggalakkan menabung dengan hanya
membenarkan anak membawa bekal tanpa wang saku, sedangkan itu bukan cara yang
baik kerana anak tidak didedahkan dengan pengurusan wang yang betul.
Jelasnya lagi, anak kecil mungkin belum faham mengapa mereka perlu menabung,
justeru ibu bapa memainkan peranan memberi penerangan dan motivasi mengenai
kebaikan menabung.
“Mungkin dengan menerangkan kepadanya, sebahagian wang saku yang diberikan itu
boleh disimpan dalam tabung, sekiranya mereka dapat berjimat cermat dengan
membawa bekal ke sekolah. Tidak semua anak suka membawa bekal, kebiasaannya anak
lelaki lebih gemar membeli. Bagaimanapun, ibu bapa dapat memotivasikan mereka
dengan membekalkan makanan kegemarannya.
“Bagi kanak-kanak yang tidak diingatkan mengenai kepentingan menyimpan wang,
mereka mungkin akan menghabiskan kesemua wang saku itu termasuk membeli sesuatu
barangan yang tidak berfaedah berbanding kanak-kanak yang tahu matlamat menabung
pasti akan menyimpan, jika ada lebih,” katanya.
Wang saku ibu bapa perlu sediakan untuk perbelanjaan anak ke sekolah iaitu termasuk
untuk bayar tambang bas, selain membeli makanan.
Bagi anak yang lebih dewasa, mereka mungkin memerlukan bukan saja perbelanjaan
untuk makan di sekolah, tetapi keperluan lain seperti membeli ‘top-up’ kredit telefon
bimbit, majalah, makanan, minuman dan sebagainya.
“Ramai ibu bapa bertanyakan berapakah jumlah yang sesuai diberikan kepada anak,
tetapi saya rasakan ia sesuatu yang sangat subjektif. Jumlah ini biasanya bergantung
pada faktor kemampuan ibu bapa, berapa yang diperlukan oleh anak untuk berbelanja,
misalnya sekolah di sesetengah bandar mungkin harga makanannya lebih mahal.
Kadang-kadang mereka memerlukan wang lebih kerana perlu membeli makan tengah
hari kerana ibu bapa bekerja dan tidak dapat menyiapkan makan tengah hari untuk anak
mereka atau kerana aktiviti kokurikulum anak.
“Jumlah wang saku ini bergantung kepada keperluan murid dan kemampuan ibu bapa.
Mungkin murid sekolah menengah, mereka perlukan lebih makanan, jadi perbelanjaan
mereka lebih besar. Seelok-eloknya ibu bapa harus bertanya mengenai perbelanjaan
anak. Adakah mereka berbelanja dengan cara berhemah? Cuba fikirkan, jika anak anda
berbelanja RM1.30 sehari untuk membeli air berkarbonat, dalam sebulan anak anda
mungkin berbelanja RM26. Ini mungkin satu peratus dari pendapatan isi rumah anda,”
katanya.
Sebelum memberi wang saku untuk anak, ibu bapa sepatutnya membuat perhitungan
dulu berapa yang diperlukan, bersesuaian dengan keperluan umur, keperluan anak itu
sendiri dan juga kemampuan ibu bapa.
“Mungkin ada ibu bapa yang tidak kisah memberikan wang saku yang besar tetapi
kriteria utama fikirkan adakah jumlah itu sesuai dan tidak keterlaluan. Ini secara tidak
langsung akan memberi mesej kepada anak mereka harus berbelanja mengikut
keperluan dan bukan mengikut kehendak,” katanya.
Mengenai segelintir kanak-kanak sanggup berlapar sebab ingin melihat tabungnya cepat
penuh atau meminta rakan ‘membelanja’ ketika waktu rehat, katanya, ia terjadi mungkin
semangat membara mereka untuk capai jumlah terbesar, tetapi perlu jelaskan itu bukan
tabiat yang baik.
“Ibu bapa harus prihatin mengenai keadaan itu dan selalu berbual dengan mereka dan
menyatakan cara itu tidak tepat. Jika anak ingin cepat melihat tabungnya penuh, maka
ibu bapa atau penjaga itu harus siapkan bekalan dari rumah atau berikan mereka sedikit
ganjaran.
“Ibu bapa juga boleh bekerjasama dengan mereka, memberi ‘upah’ sekiranya si kecil
membantu anda membuat sebarang pekerjaan (seperti mengemas rumah yang jarang
dilakukannya) supaya dapat kumpul wang saku lebih banyak.
“Bagi remaja, galakkan mereka buat kerja sambilan yang bersesuaian dengan umur dan
ia tidak mengganggu pelajaran mereka. Ibu bapa harus memantau anak tidak terjebak
dengan perbuatan tidak bermoral seperti mencuri untuk mendapatkan wang cara
mudah,” katanya.
Pada masa sama, Puteri Afroze turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak menggunakan
wang simpanan anak tanpa pengetahuannya.
Mengambil satu kes seorang anak kenalannya ‘patah hati’ untuk menabung kerana wang
tabungan hasil simpanan wang hari rayanya digunakan ibu bapanya untuk membayar
hutang ibu bapanya dan itu adalah tindakan tidak bijak.
“Cara ibu bapa berbelanja secara berhemah dan menabung menjadi contoh yang terbaik
kepada anak. Kawan saya menceritakan, suami dia menyuruh anak berbelanja secara
berhemah supaya duit itu dimasukkan dalam tabung. Seorang daripada anak mereka di
Tahun Satu dengan berkata spontan, jika ayahnya tidak membeli rokok, sudah lama
mampu beli kereta baru. Situasi itu menyebabkan suami dia terdiam,” katanya memberi
contoh mudah bagaimana ibu bapa perlu menerapkan sikap bertanggungjawab.

INFO: Contoh pengiraan wang belanja (murid sekolah kebangsaan di


bandar):
Belanja untuk makan ketika waktu rehat:
 Makanan : Nasi lemak/mee/sandwich : RM1 – RM2
 Minuman : RM1 – RM1.30
 Kuih : RM0.40 – RM0.50
 Jumlah yang diperlukan antara RM2 ke RM5, bergantung apa yang dibelanjakan
ketika di kantin sekolah. Walau bagaimana pun mungkin ada yang memerlukan
perbelanjaan selepas waktu sekolah dan biasanya murid suka membeli makanan ringan
yang kurang berkhasiat yang dijual di luar sekolah.

INFO: Cara jimat/menabung:


 Salah satu cara untuk mengajar anak kita berjimat adalah membawa bekalan, jika
tidak mahu bawa makanan bawalah bekalan air dari rumah. Ibu bapa dapat pastikan
bekalan air dari rumah adalah dari sumber air bersih atau sudah dimasak.
 Sering nasihatkan anak-anak supaya membeli makanan yang berkhasiat. Makanan
ringan serta minuman berkarbonat perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan
ketagihan. Namun, perbelanjaan itu boleh ditukar kepada simpanan jika anak membawa
bekalan makanan dan air ke sekolah.

Manfaat menabung
 Sekiranya ibu bapa adalah pembayar cukai, pastikan menabung sekurang-kurangnya
RM3,000 dalam PTPTN anak untuk mendapat penolakan cukai.
 Sekiranya ada berlebihan, masukkan dalam simpanan yang memberi pulangan yang
berlebihan, contohnya Amanah Saham Berhad (ASB) atau tabung amanah saham yang
memberi pulangan yang menarik dengan risiko yang rendah.
 Caranya ibu bapa boleh membantu anak memupuk sikap suka menabung
Banyak caranya dan kaedah terbaik adalah dengan anda sendiri menabung dan
menunjukkan sikap yang positif terhadap menabung.

Beri galakan atau motivasi dengan cara berikut


 Gandakan setiap ringgit yang mereka simpan. Apabila mereka kecil, anda mungkin
dapat gandakan 100 peratus, tetapi jika sudah banyak, mungkin anda dapat berikan 25
peratus atau 50 peratus daripada jumlah simpanan mereka.
 Buka akaun simpanan PTPTN atau amanah saham untuk mereka.
 Galakkan mereka untuk membuat matlamat untuk simpanan mereka. Contohnya jika
mereka inginkan sesuatu permainan yang agak berharga, mereka haruslah menabung.
Contohnya seorang kanak-kanak berusia 11 tahun membeli ingin membeli permainan
bernilai RM800. Selepas mengumpul wang selama enam bulan, beliau dapat
mengumpul wang sejumlah wang berkenaan. Sebagai tanda penghargaan kepada si kecil
yang mencapai prestasi baik sepanjang tahun, ibu bapa boleh membayar 50 peratus
daripada jumlah berkenaan.
Baiknya cara ini apabila di sekecil bukan saja masih mempunyai simpanan dan pada
masa yang sama dapat memiliki permainan yang diidamkan.

You might also like