You are on page 1of 7

SJK(T) LADANG SUNGAI WANGI,

32000 SITIAWAN, PERAK.


MINIT MESYUARAT GURU 1/2019

Tarikh : 20.12.2018
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : 1. Puan N.Kamalaselvi (Guru Besar)


2. Puan V.Tolachinma (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Puan M.Rajamani (Penolong Kanan HEM)
4. Puan M.Kalpakanally (Penolong Kanan KoKu)
5. Encik Muhammad Aizat
6. PuanK.Komala
7. Puan M.Saraswathy
8. Encik S.Elavarasan
9. Puan N.Kumutha
10.Puan K.Kavitha
11. Puan A. Jayanthy
12.Puan S.Kalpana
13.Puan A.Rajes
14.Puan T.Muveena

T.Hadir : Puan D.Deva Malar (Cuti Bersalin)

1. Ucapan Guru Besar.

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada
semua guru atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat guru kali pertama bagi tahun 2019.

1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen tinggi yang diberikan
oleh semua guru. Beliau meminta semua guru bekerja sebagai satu pasukan dalam semua
aktiviti sekolah.

1.2 Guru Besar menyatakan walaupun keputusan UPSR 2018 tidak begitu membanggakan
kerana peratus lulus telah menurun dari 58% ke 50%.Walau bagaimanapun sekolah kita
berjaya menghasilkan dua pelajar 8A.

1.3 Guru Besar berharap pada tahun ini guru-guru akan bekerja dengan lebih tekun untuk
meningkatkan keputusan peperiksaan UPSR 2019.

Tindakan: Semua Guru


2. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu .

2.1 Minit mesyuarat yang lalu dibaca dan dicadang oleh Puan S.Kalpana dan
disokong oleh Puan M.Saraswathy

Tindakan. Setiausaha.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit.

3.1 Program Tranformasi Sekolah 2025(TS25)

3.1.1 Guru Besar menerangkan Program Transformasi Sekolah 2025. Program ini merupakan
sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malayasia ke arah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

3.1.2 TS25 adalah satu usaha kea rah melahirkan modal insane unggul melalui:
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
disokong kepimpinan yang berkualiti/berwawasan
guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
komitmen komuniti yang padu

3.1.3 Ketibaan tahun 2019 menandakan kita sedang berada di pertengahan Gelombang Kedua
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

3.1.4 Pelbagai inisiatif telah dirangka dan sedang dilaksanakan oleh KPM untuk merealisasikan
aspirasi ke arah memacu peningkatan sistem pendidikan negara sepanjang gelombang
kedua. Antara inisiatif tersebut ialah
 pengukuhan perpaduan di sekolah,
 pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT),
 Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)
 pengukuhan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
 peluasan penglibatan sektor swasta

3.1.5 Sekolah mesti melahirkan generasi murid yang berkualiti, dalam erti kata murid bukan
sahaja cemerlang dari aspek penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran, bahkan
murid juga perlu cemerlang dari aspek kerohanian, sahsiah serta kemahiran insaniah.

Tindakan: Semua Guru

3.2 Persediaan Awal Persekolahan 2019

3.2.1 Guru Besar meminta semua guru menggunakan waktu PdP dengan optimum. Guru tidak
dibenarkan duduk dan mengajar dalam kelas.
3.2.2 Pastikan guru sedia untuk PdP pada hari pertama persekolahan. Semua kelas mesti lengkap
dengan semua persiapan termasuk kerusi meja, jadual waktu, jadual tugas, jadual
keselamatan, peraturan sekolah, buku latihan dll.

3.2.2 Fail rekod hendaklah disiapkan dan dihantar ke pejabat pada minggu pertama.

3.2.3 Setiap guru diminta memohon 1 bulan awal ke lawatan luar Negara. Tindakan tatatertib
akan diambil sekiranya tidak mengikut peraturannya.

3.2.4 Walaupun sekarang perhimpunan tidak dimasukkan dalam minit mengajar guru, guru
mesti hadir ke perhimpunan pagi sekolah.

3.2.5 Mulai tahun ini, guru-guru harus menganti balik jam kredit jika tidak dapat menghadiri
kelas disebabkan kursus/seminar.

3.2.6 Mulai tahun ini, peperiksaan tahap 1 telah dimansuhkan dan diganttikan dengan
pentaksiran bilik darjah.

Tindakan: Semua Guru

3.3 Taklimat Guru Kanan Pentabiran

3.3.1 Pengagihan Kelas dan Mata pelajaran.

3.3.2 Puan V.Tolachinma, Penolong Kanan Pentadbiran mengedarkan jadual waktu peribadi dan
kelas kepada semua guru.

3.3.3 Semua guru mestilah mematuhi jadual waktu masing-masing jika guru-guru
membuat sebarang pertukaran diminta memaklumkan kepada Pn.V. Tolachinma,

3.3.4 Puan V.Tolachinma membacakan pengagihan kelas 2019. Dasar pengagihan subjek adalah
berdasarkan opsyen dan kepakaran guru.

1. Puan M.Saraswathy (Tahun 6) 7.Encik Muhammad Aizat (B.Malaysia)


2. Puan Kumutha (Tahun 5) 8.Pn.V.Kavitha (Pusat Sumber)
3. Puan Jayanthy (Tahun 4) 9.Encik Raveendiran (Pemulihan)
4. Puan Devamalar (Tahun 3 ) 10.Puan Muveena (ICT)
5. Puan Devamalar (Tahun 2) 11.Puan Rajeswary (B.Inggeris)
6. Puan Kalpana (Tahun 1 )

Tindakan: Semua Guru

3.4 Fail Rekod

3.4.1 Semua maklumat peribadi dalam fail rekod hendaklah lengkap, seperti maklumat diri, Visi
dan Misi, jadual waktu, senarai tugas dll.
3.4.2 Fail rekod yang telah lengkap hendaklah dihantar ke pejabat pada hari Jumaat atau
selewatnya hari Isnin pagi.

3.4.3 Semua guru diwajibkan menyediakan fail rekod mengajar secara teliti dan terkini, meliputi
perkara berikut:-

 Butiran peribadi
 Rancangan Pengajaran Tahunan
 Rancangan Pengajaran Harian
 Senarai Buku Rujukan
 Senarai Nama Murid

Tindakan: Semua Guru

3.5 Pengurusan Panitia

3.5.1 Penolong Kanan pentadbiran membacakan nama semua Ketua panitia.

3.5.2 Guru-guru boleh berbincang dengan Ketua Panitia dan mengemukakan nota minta
cadangan pembelian buku, carta dan peralatan mengajar kepada Guru Besar
berdasarkan wang panitia masing-masing.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

3.6 Pengajaran Dan Pembelajaran

3.6.1 Guru-guru dinasihatkan supaya tidak mencuri masa seperti lewat masuk ke kelas tetapi
menggunakkan waktu PdP secara optimum.

3.6.2 Gangguan telefon bimbit semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung


adalah tidak dibenarkan.

3.6.3 Guru juga tidak dibenarkan duduk semasa mengajar. Kecuali mengalami
masalah kesihatan.

3.6.4 Penggunaan teknologi dalam PdP guru sangat kurang. Penggunaan ICT adalah selari
dengan tranformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah, yang memasukkan elemen TMK
atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh
yang demikian guru-guru diminta menggunakannya dalam PdP masing-masing.

3.6.5 Guru jug diminta menggunkan makmal komputer secara berjadual.Ini akan mewujudkan
sistem pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, di samping menarik minat murid
dalam PdP.
3.6.6 Guru-guru digalakkan untuk menggunakan bahan bantu mengajar semasa melaksanakan
PdP. Penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat membantu memudahkan pemahaman
murid terhadap topik yang diajar.

3.6.7 Semasa mengajar Pendidikan Jasmani guru hendaklah berpakaian PJ dengan kasut yang
sesuai.

3.6.8 Pencerapan guru dan semakan buku latihan tahun ini akan lebih kerap. Guru Besar akan
masuk setiap kelas mulai minggu pertama, guru diminta rujuk takwim sekolah dan sentiasa
bersedia.

3.6.9 Puan Guru Besar meminta supaya program LDP diadakan sekurang-kurang 7 kali tahun
ini.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

3.7 Unit Hal-Ehwal Murid

Jadual Kedatangan Murid dan Buku SPBT.

3.7.1 Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid membaca tugas-tugas guru di bawa bidang HEM.
(Rujuk Takwim sekolah)

3.7.2 Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Puan M.Rajamani meminta guru kelas menulis
nombor telefon murid di ruang yang disediakan pada buku kedatangan murid.

3.7.3 Guru-guru juga diminta supaya berhati-hati ketika menulis maklumat murid dalan buku
kedatangan murid supaya tidak berlaku sebarang kesilapan. Ini akan memudahkan
Penolong Kanan HEM untuk semak maklumat murid dalam APDM.

3.7.4 Guru-guru kelas juga diminta menanda buku kedatangan dengan cermat dan hantar buku
tersebut ke pejabat sebelum 9.00 pagi.

3.7.5 Puan A.Jayanthy telah pun mengedarkan buku SBPT ke semua kelas dan guru kelas pun
telah mengedarkan buku-buku tersebut kepada murid.

3.7.6 Guru kelas diminta menyemak buku SPBT dan memastikan buku dalam keadaan yang
baik.

3.7.7 Waktu rehat, guru bertugas hendaklah berada di kantin untuk memastikan tidak
berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Tindakan: Semua Guru

3.8 Unit Ko-Kurikulum

3.8.1 Pn. M.Kalpakanally mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana memberi
kerjsama dalam menjayakan semua aktiviti yang telah di rancang pada tahun 2018.
3.8.2 Puan M.Kalpakanally membacakan tugas- tugas guru di bidang ko-kurikulum. Beliau
meminta guru-guru penasihat setiap badan ko-kurikulum mengadakan mesyuarat pertama
untuk memilih AJK masing-masing pada 10.01.2019

3.8.3 Guru penasihat diminta ikut aktivitit seperti yang telah di rancang.

3.8.4 Puan M.Kalpaganally meminta kerjasama semua guru supaya ikut jadual yang diberi dan
jangan sekali-kali batal aktiviti kecuali kecemasan.

3.8.5 Guru yang membatalkan aktivti perlu memaklumkannya kepada Penolong Kanan Ko-
kurilum atau Guru Besar.

Tindakan: Semua Guru dan Pn M.Kalpakanally

4. 0 Hal-hal Lain.

4.1 Guru-guru diminta supaya masuk kelas mengikut masa dan jangan keluar kelas waktu
PdP.

4.2 Buku latihan murid mestilah disemak dalam tempoh 3 hari

4.3. Program Guru Penyayang perlu di jalankan pada waktu pagi dan waktu balik.

4.6 Guru bertugas mesti berada di pintu padar sekolah pada 7.10

4.7 Guru harus berada di sekolah sebelum 7.20pagi, jika lewat tolong catatkan sebab.

4.8 Jika guru hadir kursus, guru diminta sediakan lampiran kerja untuk murid.

Tindakan: Semua Guru

5. Ucapan Penangguhan:

5.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap akan mematuhi apa
yang telah disarankan oleh Guru Besar dan berharap semua guru memainkan peranan
masing-masing dengan lebih dedikasi dalam meningkatkan prestasi anak murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.


Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………… ……..........................
(Puan T.Muveena) (PUAN V.TOLACHINMA)
Setiausaha Mesyuarat Guru Penolong Kanan Pentadbitan
SJKT Ladang Sungai Wangi SJKT Ladang Sungai Wangi

Disah oleh:

………………………………..
(PUAN N.KAMALASELVI)
Guru Besar
SJKT Ladang Sungai Wangi

You might also like