You are on page 1of 5

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA


MINIT MESYUARAT GURU BIL 6 / TAHUN 2013

Tarikh : 22 MEI 2013

Masa : 1.15 – 3.30 P.M

Tempat : PERSADA DISKUSI

Pengerusi : EN. BORAHAN BIN KASSIM

Kehadiran(Bilangan) : 32/34

Turut Hadir (Jika ada) : Pn Salina (Kerani Sekolah)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
 Pengerusi mengalukan kedatang guru-guru.
 Bacaan ummul kitab.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh: En Muhamad Safari
Disokong untuk pengesahan oleh: En Firdaus

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. -TIADA-
Tindakan: -TIADA-

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1. Guru Besar memaklumkan agar hubungan di antara pibg dan guru mesti dijaga.
Makluman: Semua Guru dan AJK PIBG

4.1.1. Guru Besar juga meminta guru-guru sebarkan kepada murid yang berumur 8
tahun untuk melayari web USIM untuk program Permata Insan manakala 8 tahun ke
15 tahun layari web UKM untuk program Permata Pintar.
Makluman: Semua Guru

4.1.2. Guru besar mengucapkan tahniah kerana sekolah mendapat Markah


pemantauan PTP sebanyak 97.7%.
Makluman: Semua Guru
4.1.3. Guru Besar mengumumkan perlantikan AJK Guru PIBG, Noraniza sebagai S/U
baru menggantikan En. Muhamad Safari dan beberapa AJK baru yang lain.
Makluman: Semua Guru
4.1.4. Guru Besar juga meminta semua guru mesti memberitahu pihak sekolah
sebelum mengambil cuti sakit sama ada swasta atau kerajaan supaya pengambilan
cuti sakit dapat dikurangkan.
Makluman: Semua Guru

4.1.5. Guru Besar Mengumumkan arahan PPD bahawa mengikut Perintah Am Bab
D, gangguan seksual dan dadah. Sekiranya terlibat hukuman buang kerja akan
dikenakan.
Makluman: Semua Guru

4.1.6. Guru Besar Mengumumkan arahan PPD bahawa mengikut Perintah Am Bab
D, gangguan seksual dan dadah. Sekiranya terlibat hukuman buang kerja akan
dikenakan.
Makluman: Semua Guru

4.1.7. Guru Besar memaklumkan Mulai 1 jun – 1 oktober sistem sedia ada akan
diubah kepada sistem pengurusan sekolah seperti berikut:
o Pengurusan maklumat sekolah
o Pengurusan kemudahan sekolah
o Pengurusan senggara takwim sekolah
o Pengurusan pentadbir sistem
o Pengurusan staf
o Pengurusan sekolah
 Sistem tadbir urus
o Admin sistem – penyelaras (GPB En Safari)-akan diberi latihan-
penyelaras akan membuat in-house training pada 1 jun.
o Admin data – penyelaras (GD En Dazreen) (1 julai)- buka fail aduan jika
ada masalah.
Makluman: Semua Guru

4.2. Pn. Fuziah meminta guru agar mematuhi Pelan Tindakan Peperiksaan mengikut
ketetapan yang diedarkan oleh SU peperiksaan.
Makluman: Semua Guru
4.2.1. Perancangan Hari Terbuka perlu dipersiapkan terutamnya bagi guru-guru kelas
agar tiada masalah yang akan timbul.
Makluman: Semua Guru

4.2.2. Pn Fuziah meminta agar guru lebih peka akan jadual ganti bagi pra sekolah
supaya kelas pra sekolah berjalan dengan lancar.
Makluman: Semua Guru

4.2.3. Minit mesyuarat sepatutnya hanya ditulis disediakan sahaja dan tidak perlu
dicatat disahkan.
Makluman: Semua Guru
4.2.4. Pn Fuziah mewakili pentadbir merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz
Mahyuddin memandangakan beliau akan menamatkan latihan mengajar pada
minggu ini.
Makluman: Semua Guru

4.3. Pn Rosilawati meminta guru yang bertanggungjawab ke atas buku laporan Ko


Kurikulum agar membuat laporan yang lengkap selepas aktiviti dan menghantarnya
ke pejabat.
Makluman: Semua Guru

4.3.1. Pn Rosilawati memaklumkan seorang murid SK Taman Sutera iaitu Fatin Nor
Fatihah telah terpilih ke peringkat MSSM bagi acara Bola Baling yang akan diadakan
di Kedah pada 2 – 8 Jun 2013.
Makluman: Semua Guru

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Pn Salina membentangkan Kewangan Panitia.


Makluman: Semua Guru

5.1.1. Pn Salina juga meminta agar guru menyediakan kertas kerja sebelum
memohon kewangan bagi program sekolah.
Makluman: Semua Guru

5.2. Pn Nursyima meminta agar guru-guru memasukkan markah ke dalam sistem


SAPS sebelum 29 Mei.
Makluman: Semua Guru

5.2.1. Pn Nursyima juga memaklumkan tiada penyata akan dikeluarkan bagi subjek
KSSR dan guru kelas perlu menunjukkan eviden murid melalui fail individu di dalam
kelas.
Makluman: Semua Guru

5.3. Pn Komathee memaklumkan sekolah akan mengadakan Kelab Doktor Muda dan
akan diisi dengan hanya 20 orang murid sahaja.
Makluman: Semua Guru

5.4. En Dazreen mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru di atas
kerjasama pada sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang lalu dan memaklumkan
akan mengadakan jamuan ringan bersempena majlis perpisahan Ustaz Mahyuddin
pada 23 Mei.
Makluman: Semua Guru

5.3. En Asraf meminta guru membuat pemeriksaan peralatan elektrik di dalam kelas
dan bilik-bilik khas dan mencatat kerosakan sekiranya ada.
Makluman: Semua Guru
PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh En. Borahan Bin Kassim dan penetapan tarikh mesyuarat
yang berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 P.M.

Disediakan oleh,

..........................................………
(SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN)
Tarikh : 23 MEI 2013

You might also like