You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

14/01/2019 HINGGA 18/01/2019


SK KG TUN RAZAK, BUKIT KATIL MELAKA
2019

Terima kasih diucapkan kepada Saudari/ra Pengerusi Majlis.

Assalamualaikum warahbatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Sebelum


memulakan ucapan saya pada pagi ini, dimohon kepada semua murid untuk sentiasa
peka dan prihatin dengan apa sahaja yang hendak disampaikan nanti.

Yang Berbahagia Tuan Guru Besar Ummi Azlina Bt Hj Yang


Yang Dihormati Penolong Kanan Pentadbiran Sk Kg Tun Razak, En.Salleh Bin Ali
Para Pentadbir, Guru-guru dan yang dikasihi murid-murid sekalian

Untuk makluman semua, saya wakil Guru bertugas pada minggu lepas ingin melaporkan
beberapa perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas:

TERLEBIH DAHULU CIKGU MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA


SEMUA MURID YANG HADIR PADA HARI INI. SANGGUP BANGUN
AWAL DAN BERSIAP DIRI KE SEKOLAH ADALAH JUGA SATU
PERGORBANAN DAN PERJUANGAN DEMI MASA DEPAN DIRI DAN
KELUARGA KAMU SEKALIAN.

1. Secara keseluruhannya persekolahan berjalan seperti mana yang dirancang.


Disiplin berada dalam keadaan terkawal tapi perlu diperbaiki. Tidak ramai yang
datang lewat ke sekolah dan murid yang selalu lewat ke sekolah pula adalah
murid yang sama setiap hari. Justeru itu,cikgu memohon agar murid yang selalu
datang lewat ke sekolah ini akan berusaha hari demi hari untuk hadir lebih awal
ke sekolah.

2. Disini ingin saya menekankan bahawa rasa hormat murid pada guru semakin
pudar, jadi pada awal tahun rasa hormati ini perlu di suburkan semula dengan
beberapa cara yang murid boleh menunjukkan rasa hormat pada guru.
Guru akan berasa dihargai apabila murid menghormati guru. Guru perlu
dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kamu. Guru juga mendidik
kita supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, murid boleh mengucapkan
selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Murid juga tidak boleh
sombong terhadap guru. Murid perlu mengenali setiap guru yang ada di sekolah
ini bukan sahaja guru mengajar matapelajaran bahkan paling penting Guru Besar
dan Penolong-Penolong Kanan sekolah. Murid juga boleh menghormati guru
dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh
menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran. Mereka perlu mematuhi peraturan
sekolah. Sebagai contoh, mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat
dalam gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, melepak dan lain-lain. Oleh
itu, jadilah murid yang berdisiplin.
Murid boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Murid boleh membantu
guru dengan melakukan perkara-perkara yang baik terhadap guru cth, menolong
guru didlm aktiviti yang berfaedah. Menghormati guru juga bermaksud
menghindari daripada menyinggung perasasan guru, bercakap dengan baik
dengan guru dengan menggunakan bahasa yang sopan, tidak meninggikan suara
semasa bercakap dengan guru. Cikgu mengharapkan semua murid dapat
melakukan amalan ini kerana menghormati guru sangat diutamakan dalam
menuntut ilmu.Murid yang ikhlas menghormati guru akan mudah menerima
setiap pelajaran yang dituntut.

3. Berkaitan dengan keceriaan kelas pula, tahniah diucapkan kepada kelas yang
telah mengambil inisiatif untuk menceriakan suasana kelas masing-masing
walaupun tidaklah sampai 100% namun usaha dan kesungguhan itu ada. Namun
masih banyak lagi kelas yang tiada perubahan apa-apa. Diharapkan kepada
semua murid untuk menceriakan kelas masing-masing dengan informasi terkini.
Setiap kelas hendaklah mempunyai senarai nama pentadbir sekolah, organisasi
tertinggi kelas, jadual bertugas harian, jadual waktu kelas, koordinat murid iaitu
susunan murid dalam kelas. Selain itu senarai nama murid yang terkini
hendaklah ditampal pada papan kenyataan. Sudut nilam juga perlu diwujudkan
dalam setiap kelas. Pada minggu lalu juga didapati tahap kebersihan adalah
memuaskan. Terdapat segelintir murid yang suka menyimpan sampah di dalam
laci meja. Semoga tahap kebersihan pada minggu seterusnya akan bertambah
baik.

4. Masalah yang paling ketara ialah waktu antara pertukaran guru, ramai murid
suka keluar dari kelas dan merayau-rayau di sekitar kelas malah ada yang suka
mengganggu rakan-rakan yang sedang belajar di kelas yang bersebelahan.
Walaupun teguran dilakukan oleh guru namun mereka tidak mempedulikannya.
Diharapkan kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi. Murid perlu berada di
dalam kelas dan membuat kerja sekolah masing-masing sementara menunggu
guru seterusnya masuk.

5. Masih ramai murid-murid yang meninggalkan sisa makanan di atas meja serta
meninggalkan bungkusan makanan dan minuman di atas dan di bawah meja.
Masih ada pelajar yang melengah-lengahkan waktu makan sehingga apabila
loceng masuk kelas berbunyi, masih ramai pelajar yang makan di kantin. Semua
murid perlu peka dengan persekitaran sama ada di kawasan kantin dan juga
kelas supaya dapat memastikan ianya bersih sebelum belajar. Ada juga sikap
segelintir murid-murid yang suka berlari-lari pada waktu rehat di kawasan
kantin dan sekitar sekolah serta ketika menaiki tangga. Andainya terjatuh
atau tersungkur, ini akan memudaratkan semua pihak. Semua murid perlu
peka dengan persekitaran sama ada di kawasan kantin dan juga kelas supaya
dapat memastikan ianya selamat sebelum belajar.

6. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menunjukkan tingkahlaku yang


baik seperti memberi salam dan ucap selamat kepada guru-guru yang
berselisih dengan mereka. Amalan mulia ini dapat menarik perhatian kepada
semua pelawat-pelawat yang datang ke sekolah tempoh hari.

Setakat ini sahaja laporan saya pada kali ini. Semoga apa yang disampaikan tadi akan
menjadi pengajaran kepada semua dan melakukan perubahan kea rah yang positif.
Dengan ini , saya sudahi ucapan saya dengan wabillahi taufik walhidayah
assalamualaikum wbr dan salam sejahtera. Sekian, terima kasih. saya serahkan kepada
adik pengerusi majlis.

You might also like