You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUSUN

JALAN MELATI,08200 SIK


KEDAH DARUL AMAN
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2015

TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT

KEHADIRAN​ :
● PN.ZAHARIAH SHAMSUDIN PK PENTADBIRAN
● EN. MOHD KHAIDIR BIN MOHD ANUAR KETUA PANITIA
● PN. FAIZAH BINTI MAT ISA SETIAUSAHA
● EN. MOHD FAIZAL BIN ALI AJK
● PN. ZARIMAH BINTI ABD AZIZ AJK
● PN. SAFARINI BINTI MD TAJUDIN AJK

UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


Puan Zahariah mengalu-alukan kehadiran semua guru Sains ke Mesyuarat Panitia Kali
Pertama bagi tahun 2015. Puan Zahariah juga berharap agar semua guru sains akan lebih
komited dalam menjalankan tugas dalam merealisasikan kehendak yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan. Guru-guru Sains juga perlu lebih dedikasi dalam PdP bagi
membentuk modal insan yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Malaysia.PK
Pentadbiran juga mengesahkan perlantikan semua AJK.
Tindakan: Makluman
UCAPAN PENGERUSI
En Khaidir mengalu-alukan kehadiran Puan Zahariah dan semua AJK ke Mesyuarat Panitia
Sains Kali Pertama 2015. Beliau juga berharap semua ajk dapat memberi komitmen dalam
memantapkan lagi perjalanan panitia memandangkan tugas sebagai Ketua Panitia baru
disandang oleh beliau pada tahun ini bagi menggantikan Cik Hartini yang telah berpindah.
Tindakan: Makluman
AGENDA

1.​PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada

2. ​PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

3.​PENGAGIHAN TUGAS JAWATANKUASA PANITIA SAINS

Ahli Jawatankuasa Panitia Sains telah diagihkan tugas seperti berikut demi
memantapkan lagi pengurusan panitia.
● Ketua Panitia - EN. MOHD KHAIDIR BIN MOHD ANUAR
● Setiausaha - PN. FAIZAH BINTI MAT ISA
● Headcount - EN. MOHD FAIZAL BIN ALI
● PBS/PEKA - PN. ZARIMAH BINTI ABD AZIZ
● Bilik Sains - EN. MOHD KHAIDIR BIN MOHD ANUAR
● Koleksi Soalan - PN. SAFARINI BINTI MD TAJUDIN
Tindakan: Semua Guru

4.​TAKWIM 2015
** rujuk salinan Takwim 2015

Tindakan: Semua Guru

5.​PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


5.1 ​Rancangan Pengajaran Tahunan.

Rancangan Pengajaran Tahunan akan disediakan mengikut Takwim Sekolah dan


berdasarkan Panduan Perkembangan Murid(Tahap 1) dan Dokumen Standard Kurikulum
dan pentaksiran (Tahap 2).Semua RPT juga akan dikumpul dan dimasukkan ke dalam fail.

5.2 Rancangan Pengajaran Harian.

Contoh Rancangan Pengajaran Harian (Rujuk Lampiran)


5.3 Aktiviti : 4 Fasa – Persedian/Imaginasi/Perkembangan/Tindakan.

1. Aktiviti berpusatkan murid.


2. Guru sebagai pemudahcara pembelajaran murid.
3. Penerapan Elemen Merentas Kurikulum dan Keusahawanan
4. Pengukuhan/Pemulihan/Pengayaan
5. Penilaian/Pentaksiran:
Pemerhatian/Soal jawab/Perbincangan/Kerja Bertulis/Kerja rumah
6. Kemahiran Tambahan:
Teknik belajar kendiri/Mengambil nota/Membuat perbentangan/
Mengemukakan pendapat/Menggunakan sumber pendidikan/Kolaborasi

5.4 Teknik penyoalan

1. Soalan yang jelas dan mudah difahami


2. Menyusun aras soalan dari yang mudah kepada sukar
3. Soalan yang berunsurkan Pengetahuan/Kefahaman/Aplikasi *rujuk nota
(Konstruk Soalan Bahagian A dan Bahagian B)
4. Menggunakan laras saintifik dalam penyoalan (KBAT)
(a) Berikan inferens (sebab/alasan) tentang kejadian tersebut.
(b) Nyatakan pemerhatian untuk menyokong inferens kamu.
(c) Kelaskan bahan-bahan berikut kepada dua kategori/kumpulan/set.
(d) Buat urutan yang betul – urutan menaik/menurun/proses/prosedur.
(d) Nyatakan hipotesis (andaian awal) ujikaji/penyiasatan.
(f) Terjemahkan maklumat di atas kepada carta palang/jadual/grafik.
(g) Apakah kesimpulan penyiasatan?
(h) Ramalkan kejadian yang akan berlaku?

5.5 Teknik Pembelajaran dan Pemudahcaraan

1. Pembelajaran Masteri 13. Hafazan


2. Pembelajaran Kolaboratif 14. Amali
3. Pembelajaran Koperatif 15. Dialog
4. Pembelajaran Konstruktivisme 16. Temu bual
5. Pembelajaran Kontekstual 17. Pembelajaran melalui
6. Simulasi Pengalamian (Experimental
7. Main Peranan Learning)
8. Syarahan 18. Pembelajaran melalui rakan
9. Permainan sebaya
10. Ceramah 19. Pengendalian Akses Kendiri
11. Tunjuk Cara (SAL)
12. Sumbangsaran 20. Akhbar dalam Darjah (ADD)
21. Melawat sambil belajar 30. Telahan (Inference)
22. Kajian Lapangan 31. Gerak Hati (Intuition)
23. Teknologi maklumat dan 32. Kemahiran Berfikir Kritis dan
Komunikasi Kemahiran Strategi Berfikir
24. Inkuiri Penemuan 33. Belajar Cara Belajar
25. Penyelidikan 34. Kajian Masa Depan
26. Pemerhatian 35. MESTAMU
27. Kaedah Berfokus 36. Lakonan
28. Kaedah Global
29. Pengunjuran

Semua guru disarankan untuk menjalankan tinjauan/kajian/pembacaan kendiri.Semua guru Sains


amat digalakkan untuk menjalankan kajian tindakan berkaitan dengan implikasi teknik
pembelajaran terhadap perkembangan murid.

5.6 Refleksi

1. Membuat refleksi kendiri/kajian mengenai amalan pengajaran dan


pembelajaran:
a) Mengenalpasti kekuatan Pnp
b) Mengenalpasti kelemahan Pnp
c) Melakukan penambahbaikan Pnp
d) Menulis dalam bentuk bilangan (
Pendekatan untuk menjalankan refleksi diri secara:

a) Soal selidik
b) Temubual dengan murid/guru/ibu bapa
c) Maklum balas dan Pemantauan oleh pihak atasan/penguran sekolah

5.7 Semakan hasil kerja murid

1. Menyemak hasil kerja murid secara:


a) tekal/berterusan/teliti
b) konstruktif (pembetulan)
c) komunikasi (teguran, penggredan)
2. Menandatangani dan mencatat tarikh masa menyemak hasil kerja murid
3. Semakan pengurusan sekolah (guru besar/penolong kanan)

5.8 Kontrak Latihan Murid


Penyediaan kontrak latihan murid hanya untuk KBSR iaitu Tahuh 6.Walaubagaimanapun bagi Subjek KSSR
guru-guru digalakkan untuk meyediakan kontrak latihan.

Tindakan : Semua Guru

6.​ P
​ ERANCANGAN STRATEGIK

6.1 Bab-Bab dalam PS Panitia Sains

1.0 ​Kandungan
2.0 ​Visi dan Misi
3.0 ​Pendahuluan
4.0 ​Matlamat
5.0 ​Objektif
6.0 Carta Organisasi
7.0 ​Takwim 2015
8.0 Maklumat Guru Mata Pelajaran
9.0 Analisis Pasca UPSR 2010 - 2015
10.0 Analisis Ujian Penilaian Tahun 5 (UPTL) 2014
11.0 Headcount dan Dashboard
12.0 Analisis SWOT
13.0 Strategi Peningkatan Prestasi
14.0 Pelan Taktikal
15.0 Pelan Operasi
16.0 Carta Alir Pelaksanaan Perancangan
17.0 Carta GANNT Pelaksanaan Perancangan
18.0 Belanjawan 2015
19.0 Penghargaan
20.0 Semakan dan Pengesahan

6.2 Perancangan Strategik Panitia Sains 2016 – 2020

(Gelombang Kedua Transformasi)

Tindakan: Semua Guru

7.​ P
​ ENGURUSAN PEPERIKSAAN

7.1 Penggubalan Soalan PRA UPSR, PKBS 1 dan PKBS 2

1. Soalan peperiksaan digubal mengikut aliran oleh guru yang dilantik


2. Sediakan skema jawapan/peraturan pemarkahan
3. Penandaan kertas jawapan mengikut kelas mengajar masing-masing
Darjah Penggubal Soalan
Tahun 1 BERSAMA/BERASINGAN (1B SAFARINI/1D ZARIMAH)
Tahun 2 PN. ZARIMAH BINTI ABD AZIZ
Tahun 3 PN. SAFARINI BINTI MD TAJUDIN
Tahun 4 PN. FAIZAH BINTI MAT ISA
Tahun 5 EN. MOHD KHAIDIR BIN MOHD ANUAR
Tahun 6 EN. MOHD FAIZAL BIN ALI

7.2 Jadual Ujian Tahun 2015

** rujuk takwim 2015

7.3 Pengurusan Kertas Soalan Ujian/Peperiksaan

1. Buat persediaan awal.

2. Gubal soalan secara berjadual dan berperingkat.

** rujuk buku Info Guru 2015 –Info Kurikulum (m/s 38 )

Tindakan: Semua Guru

8. ​PENGURUSAN PBS DAN PEKA


8.1 Pentaksiran PEKA untuk KSSR diteruskan.

8.2 Rekod PEKA guna Sistem Offline Pelaporan KSSR.

8.3 Kaedah Pentaksiran PEKA

1. Mengikut DSKP Tahap Penguasaan 1 hinga 6


a) 12 Kemahiran Proses Sains
b) 5 Kemahiran Manipulatif
2. Dijalankan secara topikal atau sub-topikal
3. Tahap Penguasaan
a) Tahun 3
Memerhati/Mengelas/Mengukur dan Menggunakan nombor/
Membuat inferens/Meramal/Berkomunikasi
b) Tahun 4
Menggunakan perhubungan antara ruang dan masa/Mentafsir data/
Mendefinisi secara operasi/Mengawal pembolehubah/Membuat hipotesis
c) Tahun 5
Mengeksperimen
d) Tahun 6
8.4 PBS dilaksananakan mengikut pekeliling semasa.
1.​Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 1/2014:

2.​Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Tindakan: Semua Guru

9. ​HEADCOUNT DAN DASHBOARD PANITIA SAINS


9.1 Dashboard Sekolah 2015

GRED PURATA SEKOLAH : 1.50

PERATUS SEMUA A (5A) : 35.39 %

PERATUS LULUS SEMUA : 85.37 %

PERATUS GAGAL SEMUA : 0.00 %

9.2 Headcount Panitia 2015

Guru yang bertanggungjawab akan mengemukan laporan prestasi murid pada setiap kali
ujian/peperiksaan.

1. Tahun 4 – Faizah binti Mat Isa

Gred Purata Mata Pelajaran 2.50 71 calon


Peratus A 22.50% 16 calon
Peratus Lulus 49.30 % 35 calon
2. Tahun 5 – Mohd Khaidir bin Mohd Anuar

Gred Purata Mata Pelajaran 2.00 82 calon


Peratus A 29.60 % 24 calon
Peratus Lulus 64.20 % 52 calon

3. Tahun 6 – Mohd Faizal bin Ali


** ikut Dashboard Sekolah 2015

Tindakan: Semua Guru Tahap 2

10. ​PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


10.1 Cadangan aktiviti

1. Sayembara Sains 2015


*Penyelaras Program : Pn. Safarini
a) Bercerita/Puisi
b) Ujikaji
c) Dialog
d) Simulasi/Lakonan
e) Koir
** isu-isu alam sekitar/prinsip sains/fenomena

**dilaksana selepas UPSR melibatkan murid tahun 6

2. Klinik Pemulihan UPSR


*Penyelaras Program : En. Mohd Khaidir
a) Tumpuan kepada pelajar yang lemah
b) Jadual mingguan (6 orang murid)
*dikendalikan oleh Pn. Faizah/Pn. Zarimah

3. Kelas Tambahan Petang


*Penyelaras Program : En. Mohd Faizal bin Ali
a) Tiga kelas – jadual mingguan
*dikendalikan oleh En. Mohd Faizal/En. Mohd Khaidir
4. Kursus Peningkatan Profesionalisms Guru Sains Peringkat Sekolah
*Penyelaras : Pn. Faizah binti Mat Isa
a) Bengkel penandaan kertas jawapan Bahagian B
b) Dilaksanakan selama 3 hari (LDP)

5. Bengkel dan Ceramah Teknik Jawab Soalan Sains


*Penyelaras Program : En. Mohd Faizal bin Ali
a) Dijalankan dua kali setahun (Feb/Mei)
b) Sesi 1 (Feb)
i. pendedahan format UPSR – peruntukan masa menjawab
ii. persiapan menghadapi peperiksaan
iii. kaedah ulangkaji dan latih tubi
iv. kaedah mengambil nota
v. teknik membaca soalan/mengenal pasti kekunci
vi. teknik memilih jawapan/menghitamkan jawapan pada borang JOB
vii. teknik membuat semakan jawapan
c) Sesi 2 (Mei)
i. pendedahan peraturan pemarkahan/skema jawapan
ii. teknik menulis jawapan mengikut peraturan pemarkahan LPM
iii. perbincangan dan refleksi kekuatan/kelemahan/kesilapan calon
iv. langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kesilapan

Tindakan: Semua Guru

11. ​BILIK SAINS


11.1 Penggunaan Bilik Sains

1. Semua guru digalakkan untuk menggunakan bilik sains


2. Edaran jadual penggunaan bilik sains
11.2 Kebersihan dan Kekemasan Bilik Sains

1. Jadual Tugasan Bulanan/Mingguan Mengikut Kelas

11.3 Naik taraf/baik pulih LCD / Sistem Bunyi / Papan Putih di bilik sains

11.4 Najis burung

1. Ada disekitar pintu masuk hadapan bilik sains

Tindakan :Semua Guru


12. ​HAL-HAL LAIN
12.1 Perancangan Strategik - Objektif 5

1.Pengagihan Jadual Waktu

2.Rasional Satu Guru Satu Aliran

1. Penumpuan PdP guru yang lebih/terarah/tertumpu pada satu aliran sahaja.


2. Pemantauan perkembangan murid dengan lebih cekap.
3. Perancangan pelan intervensi dan pelan peningkatan prestasi mengikut aliran
dengan lebih tersusun.
4. Menggalakkan guru menghasilkan inovasi/BBM/VLE dalam meningkatkat mutu
PdP.
5. Meningkatkan kolaborasi/perkongsian antara guru.
6. Melahirkan perasaan cinta kepada kerjaya dan keseronokan bekerja.

Cadangan

Jum Kelas
Nama
Wak 1 2 3 4 5 6
Guru
tu 1B 1D 2B 2D 3B 3D 4B 4D 4K 5B 5D 5K 6B 6D 6K
Faizal 10 5 5
Khaidir 17 4 4 4 5
Faizah 12 4 4 4
Safarini 6 2 2 2
Zarimah 6 2 2 2

Tindakan: Semua Guru

13. ​PENUTUP
13.1 Penangguhan mesyuarat pada Pukul 2.15 petang.

13.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Panitia Sains Kali Kedua

Tarikh : 12.04.2015

Tempat : Dewan al-Husna (Bilik Mesyuarat Guru)


Hari : Selasa

Masa : 2.30 petang

Disediakan oleh: Disemak dan Disahkan:

……………………. ………………………….
(FAIZAH BINTI MAT ISA) (​MOHD KHAIDIR BIN MOHD ANUAR)
Setiausaha Panitia Sains Pengerusi Panitia Sains
SK Seri Dusun SK Seri Dusun

You might also like