You are on page 1of 7

SULIT

PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR


TAHUN 2017

“MOCK TEST”
SET DUA

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011


Ogos

1 jam 15 minit Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
di Bahagian A dan 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak di Bahagian B.

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 2 011

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Saya berharap agar __________ semua akan berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti,” kata
Guru Besar Sekolah Kebangsaan St. George (1) kepada murid-muridnya.
A kita
B kami
C kalian
D kamu

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Perahu yang menghilir sungai itu hampir-hampir tenggelam kerana __________ dengan
muatan barangan.
A ketat
B sarat
C pesat
D sendat

3 Encik Sabri membuang semua air yang bertakung di rumahnya untuk mengelakkan
pembiakan __________ demi kesihatan keluarganya.
A pepijat
B jejentik
C kekupu
D lelabah

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 3 011

4 Nakhoda Tanggang mengarahkan anak-anak kapalnya supaya __________ sauh untuk


meneruskan pelayaran mereka.
A membongkar
B menarik
C melabuh
D membuka

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Pengantin lelaki itu menyisipkan __________ keris pada sampingnya.


A sepucuk
B sebilah
C sehelai
D sebatang

6 Baru-baru ini, tanaman sayur-sayuran di kebun Pak Cik Hamid musnah akibat banjir.
__________, dia tidak pernah berputus asa untuk mengusahakannya semula.
A Malangnya
B Oleh sebab itu
C Di samping itu
D Namun begitu

7 “Asyik-asyik dia yang datang memohon bantuan kewangan __________ dia orang berada,”
kata Ketua Kampung Lembah Keramat.
A manakala
B namun
C kerana
D walhal

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 4 011

8 Suasana dalam mesyuarat pemilihan ketua kampung itu __________ apabila dua pihak
berbalah pendapat.
A lintang-pukang
B porak-peranda
C hingar-bingar
D huru-hara

9 Cikgu Abdul Rahman sedang membuat demonstrasi cara-cara menghasilkan baja kompos
di makmal Sains.
Pilih perkataan sinonim bagi demonstrasi.
A pemberitahuan
B pertunjukan
C penerangan
D pembelajaran

10 Kamu akan berjaya dalam hidup jika kamu berfikiran luas.


Pilih perkataan antonim bagi perkataan bergaris.
A hebat … tenang
B gagal … sempit
C tewas … kecil
D menang … lapang

Doktor Yusman pulang ke Malaysia setelah 15 tahun berkelana di Australia dan beliau tidak
berhajat untuk merantau lagi.

11 Apakah peribahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan di atas?


A Seperti cacing kepanasan
B Seperti tikus jatuh ke beras
C Seperti ikan pulang ke lubuk
D Seperti kerbau dicucuk hidung

12 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Bersiap sedialah menghadapi ujian akhir tahun,” kata Cikgu Lisa kepada murid-muridnya.
A Cikgu Lisa berpesan agar murid-muridnya mengambil ujian akhir tahun.
B Murid-murid meminta Cikgu Lisa mengadakan ujian pada akhir tahun nanti.
C Cikgu Lisa meminta murid-muridnya bersedia bagi menghadapi ujian akhir tahun.
D Murid-murid diminta bersedia menghadapi ujian Cikgu Lisa pada akhir tahun nanti.

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 5 011

13 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Siapkan kerja sekolah dan susun buku di dalam beg sebelum tidur,” kata Puan Salmah
kepada anaknya.
A Puan Salmah meminta anaknya menyiapkan kerja sekolah dan menyusun bukunya
sebelum tidur.
B Sebelum tidur, Puan Salmah menyuruh anaknya agar menyiapkan kerja sekolah dan
menyusun buku.
C Puan Salmah menyuruh anaknya menyiapkan kerja sekolah dan menyusun buku di
dalam beg sebelum tidur.
D Sebelum tidur, Puan Salmah berpesan kepada anaknya agar menyiapkan kerja sekolah
dan menyusun buku di dalam beg.

14 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Adik mendapat tawar ke sekolah berasrama penuh.
II Hatinya tawar untuk bermain bola sepak setelah mengalami kecederaan pada lututnya.
III Gulai ayam yang dimasak oleh Kak Long Amirah tawar sedikit kerana terlebih kuah.
IV Pasaraya Zorro tawar potongan harga sempena musim perayaan.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Bayaran ke pameran Sains itu bukan mahal sangat.


B Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Jepun.
C Setengah pengunjung datang ke pameran ialah murid sekolah.
D Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.

16 I Kutu-kutu rayau itu masih melepak di tepi jalan walaupun sudah larut malam.
II Abang membeli pisang goreng di gerai yang berdekatan dengan rumah kami.
III Sekolah sahabat pena saya yang tinggal di Sarawak itu jauh dari bandar pusat.
IV Emak menasihatkan adik supaya tidak makan terlalu banyak mempelam jeruk.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 6 011

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pelancaran Program Mentor Menti di Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi

Pada hari Rabu, 18 Januari 2017, Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi telah melancarkan Program
Mentor Menti. Program ini dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi, iaitu
Encik Zamani Abdul Rahman. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada para guru,
ibu bapa dan murid-murid tahun enam.
Tujuan Program Mentor Menti dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tahap prestasi
pembelajaran murid-murid agar dapat mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid.
Selain itu, program ini diharapkan dapat merapatkan hubungan antara guru-guru dan ibu bapa
dengan murid-murid. Hubungan mesra yang wujud menjadikan murid-murid lebih selesa untuk
berinteraksi dengan mentor dan permasalahan dapat dikesan serta boleh diatasi.
Program ini bermula dengan perasmian dan kata-kata aluan daripada Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Intan Kasturi. Kemudian kumpulan mentor dan menti dibahagikan. Setiap mentor
membimbing lima orang menti. Sesi perkenalan antara mentor dengan menti dan melaksanakan
perbincangan tentang jadual perjumpaan yang akan dijalankan. Selesai perjumpaan pertama
program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.
Diharapkan program ini akan menjadi pemacu kepada peningkatan prestasi murid-murid
supaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017.

Dilaporkan oleh,
NurulSyahida
(NURUL SYAHIDA HAFIZI)
Setiausaha Program Mentor Menti,
Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi.

17 Pelancaran Program Mentor Menti Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi dirasmikan oleh
A Ibu bapa
B Guru Besar
C Pengerusi penaja
D Setiausaha program

18 Bagaimanakah Program Mentor Menti dijalankan di Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi?


A Ibu bapa menjadi mentor kepada anak
B Guru menjadi mentor kepada ibu bapa
C Murid-murid menjadi mentor dan menti
D Setiap mentor membimbing lima orang menti

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 7 011

19 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Program Mentor Menti kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa.
B Program Mentor Menti dilancarkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
C Program Mentor Menti menyasarkan kecemerlangan dalam UPSR 2017.
D Program Mentor Menti diharap menjadi pemacu dalam bidang kokurikulum.

20 Frasa menjadi pemacu dalam petikan di atas membawa maksud


A berusaha mencegah perkara yang buruk
B bertidak untuk memesatkan sesuatu kegiatan
C berupaya untuk menghasilkan pencapaian berganda
D berhasil dalam membentuk tingkah laku yang bersopan

BAHAGIAN A TAMAT

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT

You might also like