You are on page 1of 24

BAHAGIAN SUKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT SUKAN


(TID)
PERINGKAT SEKOLAH

UJIAN UMUM

BATERI UJIAN UMUM

1
BAHAGIAN A
(ANTHROPOMETRIK)

UJIAN 1 : KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)

1. Definisi : Ukuran jarak dari lantai hingga ke bahagian paling atas


kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki. (tidak
memakai kasut dan stokin)

2. Rasional : Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan


terhadap sesuatu jenis sukan atau permainan.

Contoh :- Atlet bola keranjang, bola jaring, pendayung dan


perenang mempunyai kelebihan dari ketinggian manakala atlet
gimnastik dan terjun mendapat kelebihan jika rendah.

3. Objektif : Untuk mendapat ukuran ketinggian murid semasa posisi


berdiri.

4. Peralatan : Pita Pengukur (2 meter)


Pita penanda
Papan klip A4 atau Sesiku ‘L’ panjang

Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:


- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencat

2
5. Prosedur :

5.1 Pita ukur dilekatkan secara menegak di permukaan dinding yang rata setinggi
dua (2) meter.

5.2 Murid berdiri membelakangkan dinding dengan kepala, bahu, punggung dan
tumit berada dalam keadaan rapat ke dinding. Pita ukur berada di tengah-
tengah belakang badan tanpa memakai alas kaki.

5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat sementara kedua-dua tapak
tangan mesti rapat di sisi peha.

5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas, dan memandang
kehadapan.

5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian
paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4
(bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak
(bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala. (Pastikan murid tidak
mengangkat tumit semasa ukuran diambil).

5.6 Bacaan perlu diambil pada paras mata penguji.

6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm.

3
MENGUKUR TINGGI BERDIRI

4
UJIAN 2 : KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)

1. Definisi : Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala


semasa posisi duduk melunjur.

2. Rasional : Nisbah ukuran panjang bahagian atas badan dan


bahagian bawah badan memberi kesan terhadap tahap
pencapaian bagi sukan dan permainan tertentu.

Contoh :- Atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang


panjang, berbadan rendah mendapat kelebihan dalam acara
angkat berat.

3. Objektif : Untuk mendapat nisbah (panjang kaki) ukuran bahagian


atas dan bawah badan semasa posisi duduk melunjur.

4. Peralatan : Pita Pengukur (2 meter)


Pita Penanda
Papan Klip A4 atau Sesiku ‘L’ panjang

Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:


- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat

5
5. Prosedur :

5.1 Pita ukur dilekatkan secara menegak dipermukaan dinding yang rata setinggi
dua (2) meter.

5.2 Murid duduk membelakangkan dinding dengan posisi kepala, bahu dan
punggung berada dalam keadaan rapat ke dinding dan pita ukur berada di
tengah-tengah belakang badan.

5.3 Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisi rapat dan melunjur dengan lurus.

5.4 Semasa ukuran dibuat, murid menarik nafas, tahan nafas dan memandang ke
hadapan.

5.5 Ukuran tinggi diambil dari bahagian permukaan lantai hingga ke bahagian
paling atas kepala. Untuk mendapat bacaan yang tepat, pastikan clipboard A4
(bahagian tinggi) diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara menegak
(bahagian tapak) di bahagian paling atas kepala (Pastikan punggung murid
tidak terangkat semasa ukuran dibuat).

5.6 Bacaan dicatat pada paras mata penguji.

6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1cm

6
MENGUKUR TINGGI DUDUK

7
UJIAN 3 : PANJANG DEPA ( ARMSPAN)

1. Definisi : Jarak mendepa dari hujung jari tangan kanan ke hujung


jari tangan kiri dalam posisi melintang dan selari dengan paras
bahu.

2. Rasional :

2.1 Untuk mendapat ukuran panjang depa.

2.2 Ukuran panjang depa armspan boleh memberi kesan terhadap


pencapaian bagi sukan dan permainan tertentu.

Contoh : Atlet renang dan peninju yang


ukuran depa tangannya panjang
mempunyai kelebihan.
Atlet angkat berat memerlukan
depa yang pendek.

3. Objektif : Untuk mendapat ukuran panjang, lengan semasa


mendepa.

4. Peralatan : Pita pengukur (3 meter)


Pita penanda
Papan Klip A4

Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:


- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat

8
5. Prosedur :

5.1 Pita ukur dilekatkan secara melintang di permukaan


dinding yang rata sepanjang tiga (3) meter. Bacaan sifar
(0) pada pita ukur hendaklah dilekatkan berada pada
(1) penjuru dinding.

5.2 Murid berdiri membelakangkan dinding dengan posisi


kepala, bahu dan punggung berada dalam keadaan rapat
ke dinding. Ke dua belah kaki berada dalam posisi rapat.

5.3 Murid mendepakan kedua tangan pada paras bahu dan


ianya selari dengan pita ukur yang dilekatkan secara
melintang di permukaan dinding. Posisi tapak tangan
mesti menghadap ke hadapan.

5.4 Semasa ukuran diambil, murid dikehendaki menarik


nafas dan tahan nafas serta memandang ke hadapan.

5.5 Ukuran diambil dari bahagian dari hujung jari tangan


kiri hingga ke bahagian paling hujung jari tangan kanan
(Jika ada kecacatan anggota tangan, ukur pada bahagian
paling hujung anggota tanagan).
Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, pastikan papan
klip A4 diletakkan rapat pada dinding (90 darjah) secara
menegak di bahagian hujung jari yang bertentangan
dengan jari di hujung penjuru dinding.

5.6 Bacaan dicatat pada paras mata penguji.

6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir 0.1cm.

9
MENGUKUR PANJANG DEPA

10
UJIAN 4 : BERAT BADAN

1. Definisi : Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) dengan


berpakaian sukan lengkap tanpa beralas kaki.

2. Rasional : Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap


pencapaian sukan dan permainan tertentu.

Contoh : Atlet acara larian dan berbasikal jarak jauh memerlukan


berat badan yang ringan.

3. Objektif : Untuk mendapat bacaan berat badan.

4. Peralatan : Alat penimbang berat yang standard.

Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:


- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat
5. Prosedur :

5.1 Alat penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.

5.2 Pastikan jarum alat penimbang berat bermula pada skala sifar (0).

5.3 Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki berdiri dalam posisi menegak di
tengah-tengah alat penimbang tanpa alas kaki dan memandang ke hadapan. (
Pastikan murid memakai pakaian yang ringan).

6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.5kg.

** (Pastikan tiada benda dalam poket peserta semasa menimbang)

11
MENIMBANG BERAT BADAN

12
BAHAGIAN B
(KECERGASAN)

UJIAN 5 : LARI PECUT 40 METER.

1. Definisi : Keupayaan larian pecut 40 meter dengan catatan masa


terpantas dengan permulaan gaya berdiri statik.

2. Rasional : Kepantasan dan kelajuan adalah elemen penting dalam


kebanyakan sukan dan permainan tertentu.

Contoh : Olahraga, Berbasikal, Badminton, Hoki, Bola Sepak,


dan lain-lain.

3. Objektif : Untuk mendapat catatan masa bagi mengukur


kepantasan.

4. Peralatan : Jam Randik (Stop Watch)


Tepung / ’cat sembur’
Pita pengukur (50 meter)
Kon – 6 unit
Bendera merah
Kawasan larian – 50 hingga 60 meter (padang berumput yang
tidak basah)

Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:


- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat

13
5. Prosedur :

5.1 Tandakan garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 40 meter.
Letakkan dua (2) kon di setiap hujung garisan permulaan dan garisan penamat.

5.2 Murid memulakan larian dengan posisi berdiri standing start dalam keadaan
sebelah kaki dominan berada di belakang garisan permulaan. (Dibantu oleh
seorang pembantu pelepas).

5.3 Pelepas berdiri 5 meter di hadapan garisan permulaan. Pelepas akan memberi
isyarat ’sedia’ dengan mengangkat tangan lurus dengan bendera pada paras
bahu.

5.4 Catatan masa mula diambil (oleh penjaga masa) sebaik sahaja pelepas
menjatuhkan bendera ke bawah.

5.5 Murid hendaklah memakai kasut (wajib) sukan semasa ujian dijalankan dan
kasut spike tidak dibenarkan.

5.6 Setiap murid diberi dua (2) percubaan.

6. Pemarkahan : Catatan masa terpantas diambil hampir kepada 0.01 saat.

**(Pastikan pelajar dilepaskan hanya seorang setiap kali sahaja)

14
UJIAN LARI PECUT 40 M

15
UJIAN 6 : JANGKAUAN MELUNJUR

1. Definisi : Keupayaan tahap kelenturan badan semasa posisi duduk


melunjur di lantai. (Johnson 1997b)

2. Rasional : Kelenturan badan memberi kesan terhadap prestasi


dalam kebanyakan sukan dan permainan.

3. Objektif : Untuk mengukur tahap kelenturan dan kelembutan sendi


pinggul, ’trunk’, otot belakang dan belakang paha (hamstring).

4. Peralatan : Pita Ukur


Pita Penanda
Pembaris

Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:


- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat

16
5. Prosedur :

5.1 Murid dikehendaki melakukan regangan dan memanaskan badan sebelum


memulakan aktiviti.

5.2 Murid tidak dibenarkan memakai kasut semasa ujian dijalankan.

5.3 Lekatkan pita pengukur 1 meter di atas lantai yang rata.

5.4 Murid duduk melunjur dengan tumit berada tepat pada ukuran 25 sm.
Kedudukan pita ukur berada di celah antara kedua-dua belah kaki dengan tanda
bacaan sifar (0) berada menghala pangkal paha.

5.5 Kedua-dua kaki dibuka seluas bahu. Penguji perlu menahan kaki murid supaya
tidak bergerak melepasi penanda 25 sm dan pastikan lutut tidak terangkat
(prosuder dilakukan tanpa ada sebarang penahan/dinding di belakang).

5.6 Tindihkan tapak tangan dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri,
kemudian mulakan gerakan melunjur perlahan-lahan ke hadapan dengan
tangan lurus dan jari menuding ke arah pita ukur yang berada di atas lantai.

5.7 Murid bertahan selama 2 saat apabila mencapai jangkauan maksima dan tidak
dibenarkan menghenjut ( no bouncing ).

6. Pemarkahan : Catatan terbaik dari 2 percubaan diambil dengan


bacaan hampir kepada 0.5 sm.

7. Kebolehpercayaan : r = 94 diperolehi daripada 2 percubaan terbaik


yang berbeza (Johnson 1977b).

17
UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR

18
UJIAN 7 : LARI ULANG ALIK (1O METER)

1. Definisi : Catatan masa yang paling singkat untuk melakukan lari


ulang alik 10 meter.

2. Rasional : Tahap ketangkasan memberi kesan terhadap pencapaian


dalam beberapa sukan dan permainan tertentu.

Contohnya : bola sepak, olahraga, badminton dan lain-lain

3. Objektif : Untuk mengukur tahap ketangkasan dalam catatan masa


yang paling singkat.

4. Peralatan : Pita Ukur


Kon
Pita Penanda
Lantai bersimen
Wisel
Jam Randik
Bongkah kayu (3” tinggi x 2” tapak x 1” lebar) – 2 unit

Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:


- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat

19
5. Prosedur :

5.1 Tandakan dua garisan untuk jarak larian 10 meter.

5.2 Letakkan 2 bongkah kayu melepasi garisan 10 meter. Jarak selepas garisan 30
cm. Jarak antara dua (2) bongkah kayu 30 cm. (Tandakan)

5.3 Murid berdiri di belakang garisan yang bertentangan dengan garisan yang
diletakkan dua (2) bongkah kayu tersebut.

5.4 Apabila isyarat ’mula’ diberikan, peserta akan berlari menuju ke garisan yang
telah diletakkan bongkah kayu, ambil satu daripada dua (2) bongkah kayu
tersebut dan berlari semula ke garisan permulaan. Letakkan bongkah kayu yang
pertama di kawasan yang telah ditandakan 30cm di luar garisan permulaan. Lari
semula ke garisan yang bertentangan, ambil satu lagi bongkah kayu dan berlari
semula ke garisan permulaan untuk menamatkan lari ulang alik 10 meter.

5.5 Pastikan sebelah kaki murid melepasi garisan semasa mengambil dan
meletakkan bongkah kayu.

5.6 Catatan masa mula dikira sebaik sahaja pegawai memberi isyarat ’mula’
sehingga ’torso’ murid melepasi garisan setelah selesai mengambil bongkah
kayu yang kedua seperti prosedur di atas. (Jumlah ulang alik sebanyak 4 kali)

5.7 Larian hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali mengikut giliran.

6. Pemarkahan : Catatan masa terpantas diambil hampir kepada


0.1 saat

**Nota : Jika bongkah kayu terlepas dari tangan /


terjatuh, larian perlu dihentikan dan ujian itu dibuat
semula.

20
UJIAN LARI ULANG ALIK 10 M

21
UJIAN 8 : LOMPAT JAUH BERDIRI

1. Definisi : Keupayaan kekuatan kedua-dua belah kaki semasa


melompat.

2. Rasional : Kuasa eksplosif otot kaki dikesan terhadap pencapaian


beberapa jenis sukan dan permainan.

Contohnya : Bola tampar dan acara lompatan padang.

3. Objektif : Untuk mengetahui tahap kekuatan kuasa eksplosif otot


kaki posisi lompat berdiri.

4. Peralatan : Pita ukur


Kon
Pita Penanda
Lantai bersimen
Sesiku ’L’ Panjang

Pegawai : Memerlukan 3 penguji satu stesyen:


- Prosedur (Pegawai yang menilai pelakuan peserta)
- Penguji (Membaca ukuran)
- Pencatat

22
5. Prosedur :

5.1 Tandakan garisan permulaan dan lekatkan pita ukur pada lantai yang rata
dengan tanda sifar (0) tepat berada di garisan permulaan.

5.2 Murid berdiri dua belah kaki rapat ke garisan dan buka kaki seluas bahu. (tidak
memijak / berdiri terlalu jauh dari gaisan).

5.3 Murid berdiri di hujung bebola kaki.

5.4 Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh mungkin dengan bantuan


hayunan tangan.

5.5 Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian tumit yang paling
belakang semasa mendarat dan skor diambil berdasarkan jarak lompatan yang
terbaik.
5.6 Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali berturut-turut.

5.7 Murid diwajibkan memakai kasut sukan.

6. Pemarkahan : Bacaan diambil hampir kepada 0.1 sm.

23
UJIAN LOMPAT JAUH BERDIRI

24

You might also like