You are on page 1of 5

PENULISAN ITEM

1.0 DOMAIN PEMBELAJARAN (KOGNITIF)

Domain Pembelajaran Kognitif ialah yang melibatkan pengetahuan dan


pembanguan kemahiran intelektual. Domain Kognitif yang digunapakai oleh
bahagian pentaksiran adalah menggunakan Taxonomy Bloom (1956) sebagaimana
yang terdapat dalam kurikulum. Kategori domain Kognitif adalah seperti berikut:

1. Pengetahuan – memerlukan calon untuk mengingat perkara yang telah dipelajari


seperti fakta, istilah konsep, prinsip, hukum dan sebagainya. Aktiviti utama ialah
MENGINGAT.
Contoh kata kerja yang biasa digunakan ialah siapa, mengapa, apa, bila,
bagaimana, senaraikan, namakan, labelkan, nyatakan, definikan, padankan, pilih
dan sebagainya.

Contoh soalan
i. Definisikan kandungan lembapan.
ii. Apakah nama bangunan tertinggi sekali di Malaysia?
iii. Senaraikan nama bekas perdana menteri Malaysia.
iv. Nyatakan unit asas jisim.

2. Kefahaman – calon perlu menunjukkan kefahaman tentang fakta, konsep, idea


dan hukum dengan menterjemahkan maklumat tersebut dalam bentuk yang lain.
Aktiviti utama ialah MENERANGKAN.
Contoh kata kerja yang biasa digunakan ialah huraikan, jelaskan, terangkan,
ringkaskan, tafsirkan, kelaskan, terjemahkan, bincangkan, tentukan,
hubungkaitkan, rumuskan, gambarkan, susunkan dan sebagainya.

Contoh soalan
i. Huraikan sistem pengudaraan saluran mendatar pada stor penyimpanan
bijirin.
ii. Terangkan mengapa sering berlakunya hakisan di tebing sungai.

3. Aplikasi – memerlukan calon menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari


seperti fakta, konsep, perinsip, teori, hukum dan sebagainya untuk
menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Aktiviti utama ialah
MEMINDAHKAN.
Contoh kata kerja yang biasa digunakan ialah gunakan, pilih, binakan,
tunjukkan, susunkan, rancangkan, kirakan, hitungkan, selesaikan, sediakan,
lakarkan dan sebagainya.

Contoh soalan
i. Terangkan langkah untuk memasang rotovator kepada traktor.
ii. Lukiskan suatu daya F dari titik (4,0,0) ke (4,4,0). Tentukan momen daya
tersebut terhadap asalan sekiranya magnitudnya ialah 10 N.
iii. Sejumlah kacang tanah pada 25 % MCwb dikeringkan kepada 15 % MCwb.
Selepas dikeringkan berat kacang tanah adalah sebanyak 1800 kg. Kirakan
berat lembapan yang telah dikeluarkan semasa proses pengeringan tersebut?
iv. Terangkan langkah untuk membuat cantuman tunas pokok rambutan supaya
dapat menghasilkan bebagai jenis buah rambutan.

kumat2015 1
PENULISAN ITEM

4. Analisis - memerlukan calon memecah, mencerakin dan mengupas fakta untuk


mengkaji unsur-unsur secara mendalam termasuklah membandingkan dan
membezakan fakta dan maklumat yan g diperolehi. Aras ini menguji kebolehan
pelajar mengenalpasti isi tersirat dan tersurat sesuatu fakta yang telahg
dipelajarinya. Aktiviti utama ialah MEMISAHKAN.
Contoh kata kerja yang biasa digunakan ialah analisiskan, kategorikan,
kelaskan, bandingkan, periksakan, kumpulankan, permudahkan, bezakan,
hubungkan, mengandaikan, kirakan, kritikkan, ubahsuaikan, tuliskan, hasilkan
dan sebagainya.

Contoh soalan

i. Nyatakan kesan kepada udara apabila kenderaan bermotor bertambah di


dunia.

ii. Satu objek dengan jisim 14 kg berada di atas satu permukaan mendatar yang
kasar. Pemalar geseran di antara permukaan dan objek tersebut adalah 0.57.
a. Kirakan daya tolakan minimum yang diperlukan untuk menggerakkan
objek tersebut.
b. Jika permukaan tersebut boleh dicondongkan, kirakan sudut condong
maksimum yang akan membolehkan objek tersebut menggelongsor ke
bawah.
c. Jika permukaan tersebut dicondongkan pada sudut 2θm , kirakan daya
mendatar yang diperlukan untuk memberhentikan objek tersebut daripada
tergelincir ke bawah.
Diberi pemalar pecutan graviti, g = 9.8 ms -2.

Rajah 1

iii. Satu rangka berbentuk rombus seperti yang digambarkan dalam Rajah 1
dibentuk oleh empat dawai lurus seragam dan homogen. A, B, C dan D
adalah titik-titik tengah sisi rombus tersebut. Panjang sisi PQ dan QR ialah
28.3 cm, manakala panjang sisi OP dan OR ialah 44.7 cm. Tentukan sentroid
bagi rangka rombus tersebut.
5. Sintesis - memerlukan calon merancang, mereka/mencipta dan menghasilkan
sesuatu hasil yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai unsur. Ini termasuk
penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah/prosedur, atau cadangan

kumat2015 2
PENULISAN ITEM

yang baharu. Calon perlu mengapliksikan apa yang dipelajari bagi memperolehi
hasil yang baru. Aktiviti utama ialah MENGGABUNGKAN.
Contoh kata kerja yang biasa digunakan ialah gabungkan, susunkan, binakan,
hasilkan, susunkan, rekabenkkan, rumuskan, ciptakan, cadangkan, ubahsuaikan,
tukarkan, perincikan dan sebagainya.

Contoh soalan

i. Sebagai seorang penolong pegawai pertanian anda ditugaskan untuk


membeli sebuah traktor untuk kegunaan di sawah padi. Sediakan satu
cadangan untuk membuat perolehan tersebut.
ii. Huraikan bagaimana untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik.
iii. Sediakan satu rekabentuk sebuah bengkel kimpalan yang lengkap dengan
susun atur peralatan dan meja kerja.
iv. Apabila anda menggantikan x = -1 ke dalam formula y = 5x - 2 anda akan
mendapat -7. Sediakan satu formula lain yang juga boleh memberikan y = -7
apabila x = -1.

6. Penilaian - menghendaki calon menilai sesuatu, membuat pertimbangan atau


justifikasi untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan berasaskan
piawaian atau kriteria tertentu. Aktiviti utama ialah MENILAI.
Contoh kata kerja yang biasa digunakan ialah nilaikan, syorkan, hakimkan,
justifikasikan, pilih, simpulkan, menilai, pertahankan dan sebagainya.

Contoh soalan

i. Apa yang anda perhatikan tentang graf fungsi bentuk y = mx + c? Apakah


persamaan dan perbezaan?
ii. Sebuah kedai pakaian menawarkan jualan hari raya dengan diskaun separuh
harga dan sebuah lagi menawarkan “beli satu percuma satu”. Yang manakah
tawaran yang lebih baik?

kumat2015 3
PENULISAN ITEM

2.0 MAKNA KATA TUGASAN ITEM SUBJEKTIF

Antara kata tugasan yang lazim digunakan dalam item subjektif termasuklah yang
berikut:

1. Takrifkan (istilah ...) memerlukan hanya satu penyataan yang setara (takrif).
2. Apakah yang dimaksudkan dengan ... memerlukan takrif dengan sedikit
ulasan yang relevan tentang keertian atau konteks istilah berkenaan.
3. Nyatakan ... memerlukan jawapan yang ringkas dan padat; tidak memerlukan
hujah atau alasan, jika adapun hanya sedikit sahaja.
4. Senaraikan ... memerlukan sebilangan perkara, tanpa huraian, dalam bentuk
senarai.
5. Gariskan ... memberikan asas-asas sahaja, jawapan ringkas
6. Lakar .. memerlukan lukisan tangan yang ringkas; bagi gambar rajah,
perkadaran dan kejelasan perincian penting perlu diberi perhatian; bagi graf.
bentuk dan/atau kedudukan lengkung perlu betul secara kualitatif sahaja.
7. Lukis .... memerlukan gambar rajah, graf atau lukisan yang lebih jitu (mengikut
skala bagi graf).
8. Galurkan .... memerlukan huraian mengikut kronologi/kejadian/ruang/proses
tertentu.
9. Jelaskan/Terangkan ..... memerlukan penyataan yang merupakan
taakulan/sebab-musabab atau sedikit rujukan kepada teori, bergantung pada
konteks.
10. Perihalkan/Huraikan ... memerlukan penjelasan (menggunakan gambar rajah
di mana-mana yang sesuai) tentang perkara-perkara utama bagi tajuk yang
ditanyakan; biasanya merujuk kepada fenomena tententu atau uji kaji tertentu.
Setakat mana huraian diharapkan hendaklah ditafsirkan berdasarkan nilai
markah yang diiunjukkan.
11. Huraikan dengan memberikan sebab-sebab .. ditafsirkan secara lebih umum,
iaitu calon mempunyal budi bicara yang lebih luas tentang sifat dan
penyusunan bahan yang hendak dimasukkan dalam jawapan.
12. Bandingkan .... melihat yang sama dan yang berbeza tentang dua perkara
yang dikemukakan.
13. Bincangkan ...... memberi huraian yang kritis tentang isu yang dikemukakan,
misalnya antara faktor yang terlibat, baik-buruk, pro-kontra, pengaruh sedikit-
banyak, dan sebagainya.
14. Cadangkan ... memerlukan cadangan tentang perkara yang diminta
(digunakan dalam dua konteks: tidak terdapat jawapan yang unik atau merujuk
kepada suatu situasi ‘baru”).
15. Mengapakah ... perihalkan dan sebab/hujah/ulasan bagi sesuatu situasi yang
diberikan
16. Cari ... istilah umum yang boleh ditafsirkan sebagai hitung, tentukan, dapatkan,
dll.
17. Hitung .... digunakan apabila jawapan berangka dikehendaki. Pada umumnya
jalan kerja hendaklah ditunjukkan, terutamanya apabila dua langkah atau lebih
terlibat.
18. Tentukan ... biasanya digunakan apabila kuantiti berkenaan diperoleh secara
penghitungan, menggantikan nilai-nilai terukur atau diketahui bagi kuantiti-
kuantiti lain ke dalam satu rumus piawai.

kumat2015 4
PENULISAN ITEM

19. Tunjukkan ... memberikan langkah/sebab yang membawa kepada sesuatu


keputusan/ fenomena yang diberikan, atau membuktikan sesuatu yang
diberikan, atau membuktikan sesuatu.
20. Ramalkan ... tidak memerlukan jawapan yang diperoleh secara ingatan tetapi
dengan membuat perkaitan yang logis antara maklumat-maklumat yang lain.
Maklumat demikian mungkin keseluruhannya diberikan dalam soalan atau
mungkin bergantung pada jawapan yang diperoleh dalam bahagian awal
soalan. Ramalkan juga memerlukan jawapan yang ringkas dan padat tanpa
penyataan sokongan.
21. Deduksikan ... diunakan dengan cara yang sama seperti ramalkan kecuali
sedikit penyataan sokongan dikehendaki, misalnya rujukan kepada suatu
hukum/prinsip, atau taakulan yang perlu hendaklah dimasukkan dalam
jawapan.
22. Setujukah anda .. memerlukan penyataan pendirian calon dengan hujah dan
alasan tentang sesuatu isu.
23. Sejauh manakah ..... menilai peranan sesuatu faktor dalam sesuatu proses
atau fenomena berbanding dengan faktor lain.
24. Ulas .... membuat rumusan/kesimpulan dengan alasan daripada fakt/data, dan
sebagainya.
25. Nilaikan .... memerlukan penggunaan lebih daripada satu kriteria.
26. Analisiskan .... memecah sesuatu komunikasi – petikan, perenggan, carta,
data, dsb - kepada bahagian-bahagiannya dan menghuraikan perkaitan antara
bahagian-bahagian itu.

kumat2015 5

You might also like