You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RIMAU

11, PERSIARAN SUNGAI SELANGOR, SEKSYEN 32


40460 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SK BUKIT RIMAU


BIL. 7 /2018

Tarikh : 06 SEPT 2018 / KHAMIS

Masa : 12.00 tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Bukit Rimau

Kehadiran :

1. Puan Fauzanah Bt Sharif Guru Besar ( Pengerusi )


2. Puan Siti Hawa Binti Abd Majid PK Pentadbiran
3. Puan Zubaidah Bt Daud PK HEM
4. Encik Mohamed Saleh Hussien B Abd Ghani PK Kokurikulum
5. Puan Wan Haniza Bt Wan Johan PK Petang

Turut Hadir
- Tiada -

Tidak Hadir
- Tiada -

Urus Setia Mesyuarat:

1. Encik Mohamed Saleh Hussien B Abd Ghani

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua PK dalam mesyuarat pada kali ini.
1.2. Pengerusi mengingatkan lagi tentang visi dan misi dan slogan JPS dan PPD Klang
1.3. Pengerusi juga menyatakan bagi mengekalkan cogankata SKBR yang baru
“DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN” manakala moto sekolah “SKBR SENTIASA YANG
TERBAIK”
1.4. Pengerusi juga menyeru warga SKBR akan penghayatan semula Slogan pengarah JPN
AKRONIM : TERBILANG Slogan JPNS ( T- Teliti E- Efisien R- Rajin B- Bijaksana I- Istiqamah
L- Laju A- Amanah N- Niat yang betul G- Gembira )

1.5. Pengerusi juga memaklumkan Slogan surat-surat keluar perlulah ada “ KLANG
CEMERLANG, KLANG TERBILANG”

-Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua Logo-logo kerajaan lama perlulah diturunkan.

-KPI adalah mengikut arahan-arahan yang sedia ada iaitu pesanan dari Pengarah bagi
mengutamakan Akademik : Membentuk, Membantu dan Memimpin agar kita sentiasa Peka
akan segala arahan.
1.6. Pengerusi juga mengingatkan bahawa Audit SKPMG2 masih berjalan, dan jika berlaku
kehadiran bagi Nazir-nazir, sebenarnya mereka datang untuk membimbing.

-Linus sebenarnya adalah suatu kaedah Bimbingan.

-% Kehadiran murid peringkat sekolah : KPI Pengarah - Tindakan PK HEM yang


melibatkan PPKI dan PK Petang – Tahniah kerana tindakan buat dan telah bergerak
selangkah untuk menyerahkan surat-surat amaran.

-5 Sekolah Daerah Klang tidak mencapai KPI Pengarah tentang Keberadaan Guru,
sentiasa dipantau oleh Guru Besar mereka.

1.7. Pengerusi juga memaklumkan tentang nasihat untuk mematuhi pekeliling 2013 berkaitan
Cuti Sakit, CRK, Guru Mengandung perlu memohon lebih awal.
-Guru keluar atas arahan perkhidmatan & ada Surat keluar 1 hari sebelum atau ( Urgent )
hendaklah dikecualikan dari MMI. Namun jika berlaku sebaliknya dan telah diberi nasihat
3 kali, perlulah dimaklumkan kepada Guru Besar.

-Terjadi lagi kes ke luar Negara, mesti dalam tempoh 30 hari mesti memohon kepada
ketua jabatan. Jika engkar ketua pentadbir tidak akan sokong.

-Semakan guru yang tinggal di Kuaters Guru mestilah mereka tidak memiliki rumah
sendiri, perlu minta 1 salinan slip gaji dari penduduk Kuaters.

1.8. Program Nilam diselesaikan sebelum disebut oleh En Badrul PPD – JOHAN ( Pengurusan
Pusat Sumber )
-Sekolah akan mengeluarkan sebuah “Majalah Sekolah”, setiausaha-setiausaha ketiga-
tiga unit akan mengurus bagi memasukkan segala maklumat yang diperlukan.

1.9. Perancangan Strategik Setiap Murid.


-Semak Pelan Operasi yang dilaksanakan. Semak SWAT sebelum OPDM.
Tujuanya untuk kemenjadian murid, samada dalam dokumentasi, sistem fail dan aktiviti,
terutama kelas-kelas hujung. Pastikan PK-PK ada laporan yang dihantar kepada GB.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pencadang : Pn Zubaidah Bt Daud
2.2 Penyokong : En Mohamed Saleh Hussien B Abd Ghani

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada -

4. LAPORAN UNIT KURIKULUM


2.1 Minggu UPSR – 24, 25, 26 & 27.
Rehatkan murid-murid tahun 1,2 & 3 pada 21, 24, 25 & 26 manakala murid-murid tahun
4 & 5 pada 24, 25, 26 & 27 Sept 2018. ( Semua Guru Datang Pada waktu pagi ), Murid
tahun 6 direhatkan pada 28 Sept 2018.

2.2 Beberapa guru ( Lebih kurang 10 Orang sebuah Bas ) pada 24 Sept. Lawatan ke pusat Al-
Quraan. LADAB pada 25 Sept. Rabu dijangka diserah pada Koko untuk program 1m 1s.
( Belum Muktamad )
5. LAPORAN UNIT HEM

5.1. “PROGRAM GURU PENYAYANG” masih berjalan dan masih berkuat kuasa di dalam
pemantauan Pengarah.

-Guru-guru bertugas – Perincian Tugas: 2 Guru menunggu murid di Pagar masuk sekolah, 2
Guru menunggu murid di Kantin, 2 Guru Memantau Kebersihan.
-Kehadiran awal 10 minit waktu pagi.
-PdPc bermula jam 07.30 pagi.
-Arahan ketua kumpulan guru bertugas – Jadual bertugas disiarkan di telegram untuk
peringatan.

6. LAPORAN UNIT KOKURIKULUM

6.1 Pertandingan pengurusan Kokurikulum 2018 Daerah Klang telah dihantar borang
instrumennya pada 30 Ogos 2018 yang lalu.

6.2 Pertandingan Pengurusan Bilik Sukan Cemerlang juga telah dijalankan oleh pemantau dari
PPD oleh En Khalifi dan En Nazri pada 14 Ogos 2018 yang lalu.

6.3 Perkhemahan luar akan diadakan pada 2 hingga 4 November 2018 ( 3 H 2 M ) di dua
tempat berasingan. Hari pertama Perkhemahan di Sungai Lembing dan hari ke 2
perkhemahan di Gambang Resort City.

6.4 Hari Keusahawanan Unit Kokurikulum akan diadakan pada 17 November 2018.

7. LAPORAN SESI PETANG


7.1 Guru-guru petang datang petang pada 21 Sept 2018 dan 25 Sept 2018.

8. HAL-HAL LAIN
8.1 Selasa 25 Sept 2018 PPKI unutuk persiapan Filing Sistem & Dokumentasi. Kemas kini
senarai semak.

8.2 Graduasi tahun 6 pada 13 November 2018.

9. UCAPAN PENANGGUHAN.
9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 02.30 tgh.

Pencatat Minit
Mohamed Saleh Hussien B Abd Ghani
SK Bukit Rimau

Tarikh : 06 Sept. 2018


.

You might also like